Jan 16, 2026

1 JAM SIAP!!! #1

As Salam
Hari Selasa aku & Hata mencari tudung kelabu che mek sebab che mek cakap dia tak jumpa tudung kelabu pengakap dia. Sedangkan aku masih ingat yang aku dah handover tudung tu dekat dia hari tu. Sabar aje lah..Sampai ke One Stop kami mencari. Tak pasal-pasal kena bayar RM26.50. Mahal gilerrr...Aku tak sempat nak menjahit. Bilik menjahit pun berkubang lagi ni.Aduhai..Lagi pun stock kain kelabu untuk tudung tu tak ada dalam simpanan.

Lepas tu Hata cakap tak sempat nak hantar dan ambil che mek ke kelas tuisyen sebab Hata ada job urgent nak kena siapkan dan perlu dibawak masuk meeting keesokan harinya (Rabu). Jadi tak ke kelas tuisyen la che mek hari Selasa tu. Otak dah start ligat memikir nak makan apa untuk dinner. Hata tak boleh nak keluar rumah sebab job urgent tu.

Aku teringat hari Jumaat lepas ada beli pucuk paku...Stock ikan bilis berlambak, ayam pun ada, sotong pun ada...Jadi lepas je tukar baju kerja, terus aku ke dapur. Defrost ayam & sotong. Buat ayam goreng & sotong goreng kunyit. Sambil goreng ayam, kita petik pucuk paku. Lepas tu tumbuk bawang cili & serai. By time ayam masak, kita dah petik dapur sebelah untuk masak gulai lemak pucuk paku & goreng kunyi sotong pulak. Hata tolong masakkan nasi.
Siap menu express...
Sampai rumah jam 6.40 petang...
Siap masak jam 7.40 petang. 
Sotong goreng kunyit fevret Ammar & che mek..
Gulai lemak pucuk paku...
Ehhhh...Ammar dah pandai makan pucuk paku ni kome...
Tapi takde la banyak sangat dia makan..Sekadar nak merasa je...
But ok la..He learnt how to eat sayur kampung 😆
Ayam goreng tergaring sikit 

Ada sambal ikan bilis, nasi lemak & telur mata tu semalamnya punya. Jadi tak nak membazir, Hata panaskan & makan. Alhamdulillah kenyang kami sekeluarga malam tu. Actually kalau sampai rumah before 6.30 petang, sempat je nak masak. Cuma jadi rushing bila kena hantar che mek ke kelas tuisyen jam 8 malam. Tak nak la makan rushing-rushing. Nanti tak kemas perut.

Sebab tu kadang-kadang kami pilih untuk dinner dekat luar or tapau sebab nak kejar masa. Kalau aku start masak jam 6.40 petang, siapnya mesti jam 7.40 petang. Nak solat dan nak makan. Memang tak sempat nak siap sebelum jam 8 malam.

Hari tu ada nasi lebih. Jadi pagi Rabu tu Hata masakkan nasi goreng sotong untuk kami bertiga bawak bekal. Che mek tak nak bawak bekal.

Korang biasa amik masa berapa lama nak masak?
Aku kalau lauk simple bleh la siap dalam masa sejam dengan 1 ke 2 lauk..Kalau lebih dari tu memang take time la...😆

2 comments:

Suria Amanda said...

macam kak SA tengok jenis lauk...kalau simple je..kejap aje dah masak...kalau renyah amik masa skit la..

notie said...

suami CC kat opis akak rajin masakan nasi goreng buat isterinya. Jadi bila cc bawak ke opis dan bagi kami rasa sebab dia masak banyak. Tagline kita orang nasi goreng suami orang. Laju je semua merasa dan sedap.