As Salam
Hari tu semangat betul aku mengemas dapur. Sebab mata serabut tengok banyakkkkkkk kotak-kotak yang masih berisi dengan barang-barang yang berlabel "barang dapur". Aku amik masa 2 hari mengemas area dapur dan peti sejuk. Mengemas sikit-sikit sebab tu take time. This week kelas tuisyen che mek dah pun bermula. Isnin, Selasa & Khamis. Jadi Waktu hantar, balik rumah, dan waktu ambil selepas 2 jam Hata ajak aku temankan sebab penglihatan Hata waktu malam masih terhad.
Sesi mengemas peti sejuk.
Ini nampak clear sebab belum beli sayur mayur lagi...Rupanya banyak jugak stock ikan bilis aku...Ade yang belum berbukak lagi dari dalam packaging yang kak ipar bagi waktu dia pergi ke Sabah dulu..Mujur masih elok...Stock ikan masin pun ada jugak.Harapnya masih elok sampai la ke bulan puasa nanti. Boleh jugak digoreng waktu bersahur kalau dah takde idea nak makan apa. Semua tupperware yang aku simpan selama ni aku GUNA.Che mek & Hata bukak peti sejuk pun terkejut tengok keadaan peti sejuk waktu ni..Harapnya kekal sampai bila-bila la teraturnya tupperware-tupperware ni 😆
Bekal pertama 2026
Semangat nak masak sebab nak habiskan petai seciput yang aku bawak balik dari kampung hari tu. Udang tu pun dah lebih seminggu aku beli. Jadi elok la aku masak. Aku potong siap-siap jugak sotong masuk dalam bekas. Bersihkan ayam dapat 2 bekas. Ok la untuk 2 kali masak. Harapnya lepas ni aku & Hata lebih bersemangat nak memasak dan dapat balik dan sampai rumah awal.
Lepas masak & mengemas terus rasa macam kena mandi semula sebab dah macam-macam bau rasanya yang melekat dekat baju ni. Jam 11.30 malam aku bersihkan badan. Lepas tu baru la lena sikit tidur sebab peti sejuk dah siap dibersihkan dan dikemaskan. Lauk basah semua aku letak dalam freezer. Tempat beku fridge aku guna untuk buat stock ice cube.
3 hari lagi anak-anak akan mulakan sesi persekolahan yang baru untuk tahun 2026. Berdebor-debor aku nak tunggu result pilihan kelas che mek.. Dapat ke tidak kelas yang che mek pilih. Harap-harapnya dapat la apa yang che mek pilih. Lepas dah tahu dapat kelas mana baru senang sikit nak beli buku sekolah.


8 comments:
sedapnya sambal petai. senang bawak bekal tak payah keluar makan dah. jimat masa rehat.
Best je tgk kemas mcm ni kan? Paling best lepas payday/lepas top up stok.. penuh je.. hehehee
Akak ada stok udang besau2 sekilo setengah lagi..tu semua akan jadi habuan bekal pi keja nanti la tu...
seronok dapat kemas peti ais.. buat masa sekarnag ni, tak memasak lah kita.. hihihi
Ikan masin kalau masak waktu sahur berselera la bagi akak. Sambal petai udang tu aduhhhh sedapnya.
i bwk bekal hari ni ie nasi goreng! sbb masak nasi goreng for my boys sblm i kuar gi opis, so bwk lah bekal for myself jugak alang2 kan
Sungguh tersusun isi dalam peti ais Nieza. Semua dalam bekas tupperware. Alhamdulillah. Bila sudah kemas dapur semua cantik, mesti semangat masak, kan.
Saya pun baru tadi kemas peti ais dengan Sarah. Ubat lama lama yang dah buka walaupun belum expired semua buang. esen vanila la, pewarna la letgo semua... yang lama lama tak pakai... semua buang..
Mudah mudah sempat lah memasak setiap hari.,, lebih sihat dan lebih jimat.
Post a Comment