Jan 20, 2026

BERTAMBAH LAGI 2..DARI 5 KE 7

As Salam
Semalam bermulalah episode parking motor dekat tempat baru...Iaitu dekat stesen LRT - Taman Melati. Alhamdulillah aku rasa perjalanan dari rumah ke stesen LRT - Taman Melati ni adalah separuh lebih sikit je perjalanan dari rumah dulu ke stesen LRT Sri Rampai...Cumanya sekarang ni aku kena add on lagi 2 pit stop of LRT Stesen..Kalau sebelum ni hanya 5 stesen, sekarang dah jadi 7 stesen...Masih tak boleh lawan stesen kak SA ..Smp 19 stesen kome...😆Masa perjalanan pun mungkin bertambah dalam 5-7 minit.

Semalam aku turun rumah dalam jam 7.25 pagi. Laluan lapang je dekat depan SK Taman Melati & SMK Taman Melati tu. Bila aku toleh ke kiri tengok budak-budak sekolah tengah beratur di perhimpunan dah. Dari SK tu sampai la ke traffik light nak ke LRT Taman Melati, semuanya clear. Ada kereta pun masih tak sebanyak kereta yang aku akan jumpa sdepanjang perjalanan dari rumah lama dulu.
Mirror selfie 1 kali...
Dah lama tak ber-selfie dengan cermin sisi motor ni ha 😆

Sampai je dekat LRT tu aku berdebar semula sebab mata kena alert dekat mana ada parking motor yang kosong. Aku kena parking dekat atas laluan nak ke flat belakang tu sebab parking motor bahagian depan LRT dah penuh. Mujur la senang je nak dapat parking. Tangga nak ke LRT pun dekat je.

Alhamdulillah setakat ni semuanya berjalan dengan lancar. Bila tiba waktu Hata outstation atau balik keje lambat dari office, dan aku kena bawak motor sendiri idak la kekok sangat. Tapi berdebar setiap hari dan setiap kali perjalanan nak ke LRT tu memang ada. Semoga semuanya baik-baik aje untuk aku , Hata dan anak-anak. nak sesuaikan diri bangun jam 5.30 pagi tu bukan senang. Biasa alarm jam berbunyi pukul 5.40 dan snooze sampai jam 5.50 pagi 😆.

Ini rutin baru buat kami sekeluarga. Semoga kami cepat-cepat dapat sesuaikan diri..Amin.

7 comments:

adnil linda said...

linda pun plan nak balik sg samak naik motor jumaat ni.. moga yang baik2 je...

Ezna Khalili said...

Mula2 mungkin rasa susah sikit tapi bila dah biasa semuanya ok....

Suria Amanda said...

Ye betul..dari Kajang nak ke Muzium Negara tu 19 stesen...moga yang baik- baik aje untuk Nieza, please be extra carefull ok...

Mama Zharfan said...

moga yg baik2 ajer utk nieza! saya kuar rumah lagi lah awal, biasanya around 6.30 am sbb nak hantar 2 boys ke dua sek yg berbeza...if lambat, akan lekat jem di mana2..area gombak ni high density population

Fajarwalker.com said...

Aku teringin nak tahu macam mana rupa LRT di Malaysia. Adakah sama macam di Indonesia, hehehe

notie said...

Banyak stesen lagi lerr akak ngantuk.

Tot said...

Bawa motor baik-baik ya, Nieza. Saya pun setiap kali drive kereta sendiri, masih ada rasa debar-debar tu. Baca doa naik kenderaan, Insya-Allah, selamat. 🤗