As Salam
Hari Sabtu lepas, dalam jam 10.30 pagi tu kami ke Q Bistro tepi rumah ni. Tepi petrol pump Petron ni aje ha. Pegi pun jalan kaki je sebab tahu dekat sana parking memang payah nak dapat waktu peak hour orang nak bersarapan. Masa masuk kedai ni pun memula melilau jugak mencari meja untuk 4 orang. Mujur la tak sampai 5 minit mencari dah ada customer yang keluar. Memula nak order asing-asing. Tapi tertarik nak amik menu set sebab dapat beberapa jenis lauk & 2 nasi dengan harga RM49.90.
Set tomyam ayam...
Sedap jugak sebab rasa macam tomyam dekat food court.
Telur dadar crunchy.
Seekor ikan siakap sweet sour.
Rasa sos dia not bad..Ikan di goreng garing.
Kami dapat jugak 2 nasi putih dan sayur kangkung belacan. Kami tambah lagi 1 nasi untuk Ammar. Che mek order nasi goreng biasa. Boleh tahan jugak la menu ni. next time bleh amik set lain pulak. Selesai makan kami pun balik rumah. Makan dekat Q Bistro sebab malas nak masak menu lain untuk malam nanti.
Hari Ahad pagi, aku hanya panaskan baki lauk yang hanya tinggal serba sikit. Nasi lemak pun tinggal sepinggan je. Jadi aku masak nasi putih 3 pot. Memang stock sampai malam la ni.
Menu breakfast hari Ahad.
Paru tu memang aku tak goreng semua.
Jadi boleh la buat tambah lauk untuk pagi Ahad tu.
Baru dapat rasmikan lampu untuk ruang tamu.
I loike...😁..
Position sofa ni buat sementara waktu masa majlis je..
Lepas majlis kami alih semula sofa 2 seated ni ke tempat asal.
Ahad malam Isnin aku kena basuh coffee mat sebab penuh dengan minyak sambal ikan bilis yang melompat-lompat masa memasak. Lepas tu melipat kain mana yang sempat, lepas tu suruh anak-anak kemas bag sekolah awal supaya esok pagi tak perlu kelam kabut.
Petang ni Ammar ajak gi makan mamak pulak...Aduhai...





1 comments:
lawa lampunya.. kalau semua lampu tutup, takde la seram sangat.. hihihi
Post a Comment