Jan 19, 2026

MAJLIS TAHLIL & DOA SELAMAT

As Salam

Lambat sikit bersiaran hari ni tapi tetap jugak nak update. Alhamdulillah selesai sudah majlis tahlil & dia selamat dekat rumah baru kami pada hari Sabtu malam ahad yang lepas. Kami masak simple je.Nasi lemak ayam berempah. Hari Jumaat dalam jam 9.30 malam kami ke Rosyam Mart dekat Setiawangsa tu beli barang. MasyaAllah..Ramai giler orang macam malam raya atau pun malam nak mula puasa.

Hari Jumaat tu jam 2.30 pagi baru aku dapat tido sebab rebus paru, siang udang kecik-kecik, rebus sotong, blender cili kering & blender serai. Hata pulak buat perapan ayam berempah. Kemas sikit rumah dengan alihkan sofa ke dinding supaya senang bila dah ramai-ramai nak duduk sebab kami buat solat jemaah waktu maghrib tu.

Jam 12.30 tengahari cucu sedara Hata pun sampai. Dia buat cocktail lepas tu jam 4.30 petang baru turun ke kolam.Waktu ni aku dah start buat sambal sotong dan sambal udang sikit buat tambah-tambah lauk.
Jenuh che mek melayan mek sorang ni 😆
Ini dia tengah main peek a boo dengan Hata 😆
1 storage box tu kami simpan mainan untuk dia main tiap kali datang sini...
Dah get ready nak terjun kolam 😆

Waktu ni cucu sedara, Ammar & che mek je yang turun dulu. Aku dan Hata mengemas sikit, lepas Asar dalam jam 5 petang baru kami turun. Aku mandi sekejab. Hata tak mandi. Jam 5.40 petang kami semua naik semula sebab aku nak start goreng paru, dan goreng ayam.

Dalam pukul 7 malam kak ipar yang dekat Kajang tu pun sampai. Lepas solat maghrib kami teruskan dengan bacaan yassin, tahlil & doa selamat. Gambar dengan family memang terlupa betul nak amik. Ingat nak amik gambar makanan je 😆
Cocktail dari anak sedara..Ala-ala macam BUKO.
Che mek buat ramen roll ni. Modal besar ni 😆
Ayam goreng berempah by Hata...
Dah lama Hata tak buat ni..Bukan tak nak buat, tapi bahan2nya banyak...😆
alam tu aku dah siap rebus dan gaul dengan garam, kunyit & tepung jagung.
10 biji telur rebus.
Sambal udang..I loike ni...Kalau ada petai mesti lagi best.
Aku suruh Hata masak banyak sikit supaya kami boleh buat stock.
Sambal sotong...
Hata lupa nk potong carrot 😆
Aku ingatkan tak laku..Ehhh..jalan jugak kome..Tinggal sikit je baki.
Kak ipar bawak carrot cake dari secret recipe.
Sedap giler...Rasanya dah lama tak makan carrot cake dari SR.
Ada lagi baku aku simpan dalam peti sejuk.

Dalam jam 10 malam mereka semua berangkat pulang. Cucu sedara tu planningnya nak tidur rumah kami. Tapi disebabkan pagi tu kalut siapkan order air sampai 23 cawan, terus terlupa nak bawak bag baju & yang lain-lain. Jadinya tak jadi la mek kecik tu tidur rumah tok chik dia 😆. Tak pe lah..Next time boleh datang lagi.

Alhamdulillah. Selesai dah majlis kecik-kecik kami. Penat jugak masak dalam portion yang banyak ni sebab dah lama tak jamu orang makan. Malam tu memang penat berdooh orghe kelate royak 😆.

0 comments: