MAJLIS TAHLIL & DOA SELAMAT

As Salam

Lambat sikit bersiaran hari ni tapi tetap jugak nak update. Alhamdulillah selesai sudah majlis tahlil & doa selamat dekat rumah baru kami pada hari Sabtu malam ahad yang lepas. Kami masak simple je.Nasi lemak ayam berempah. Hari Jumaat dalam jam 9.30 malam kami ke Rosyam Mart dekat Setiawangsa tu beli barang. MasyaAllah..Ramai giler orang macam malam raya atau pun malam nak mula puasa.

Hari Jumaat tu jam 2.30 pagi baru aku dapat tido sebab rebus paru, siang udang kecik-kecik, rebus sotong, blender cili kering & blender serai. Hata pulak buat perapan ayam berempah. Kemas sikit rumah dengan alihkan sofa ke dinding supaya senang bila dah ramai-ramai nak duduk sebab kami buat solat jemaah waktu maghrib tu.

Jam 12.30 tengahari cucu sedara Hata pun sampai. Dia buat cocktail lepas tu jam 4.30 petang baru turun ke kolam.Waktu ni aku dah start buat sambal sotong dan sambal udang sikit buat tambah-tambah lauk.
Jenuh che mek melayan mek sorang ni 😆
Ini dia tengah main peek a boo dengan Hata 😆
1 storage box tu kami simpan mainan untuk dia main tiap kali datang sini...
Dah get ready nak terjun kolam 😆

Waktu ni cucu sedara, Ammar & che mek je yang turun dulu. Aku dan Hata mengemas sikit, lepas Asar dalam jam 5 petang baru kami turun. Aku mandi sekejab. Hata tak mandi. Jam 5.40 petang kami semua naik semula sebab aku nak start goreng paru, dan goreng ayam.

Dalam pukul 7 malam kak ipar yang dekat Kajang tu pun sampai. Lepas solat maghrib kami teruskan dengan bacaan yassin, tahlil & doa selamat. Gambar dengan family memang terlupa betul nak amik. Ingat nak amik gambar makanan je 😆
Cocktail dari anak sedara..Ala-ala macam BUKO.
Che mek buat ramen roll ni. Modal besar ni 😆
Ayam goreng berempah by Hata...
Dah lama Hata tak buat ni..Bukan tak nak buat, tapi bahan2nya banyak...😆
alam tu aku dah siap rebus dan gaul dengan garam, kunyit & tepung jagung.
10 biji telur rebus.
Sambal udang..I loike ni...Kalau ada petai mesti lagi best.
Aku suruh Hata masak banyak sikit supaya kami boleh buat stock.
Sambal sotong...
Hata lupa nk potong carrot 😆
Aku ingatkan tak laku..Ehhh..jalan jugak kome..Tinggal sikit je baki.
Kak ipar bawak carrot cake dari secret recipe.
Sedap giler...Rasanya dah lama tak makan carrot cake dari SR.
Ada lagi baku aku simpan dalam peti sejuk.

Dalam jam 10 malam mereka semua berangkat pulang. Cucu sedara tu planningnya nak tidur rumah kami. Tapi disebabkan pagi tu kalut siapkan order air sampai 23 cawan, terus terlupa nak bawak bag baju & yang lain-lain. Jadinya tak jadi la mek kecik tu tidur rumah tok chik dia 😆. Tak pe lah..Next time boleh datang lagi.

Alhamdulillah. Selesai dah majlis kecik-kecik kami. Penat jugak masak dalam portion yang banyak ni sebab dah lama tak jamu orang makan. Malam tu memang penat berdooh orghe kelate royak 😆.

8 comments:

  1. byk jugak tu menu masakannya! of course penat! i memang craving carrot kek SR tapi tunggu weekend baru cheat day. weekday i konon2 cut sugar laaaa

    ReplyDelete
  2. Masak sendiri mcm ni mmg penat, tp puas hati tgk tetamu mkn.. nasi lemak ni yg renyahnya byk aksesori.. telur lg, timun lagi, ikan bilis lagi, belum lg nk mereneh sambal tumis tu... mcm nieza ni goreng ayam lg.. hehehehe... fahammm.. alhamdulillah semua dh setel, tahniah nieza & hatta

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah...seronok makan ramai² ni..tu yang semua makanan pun laku

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah majlis berjalan lancar. Masak sendiri bila menjamu memang renyah tapi puas hati bila habis. Carrot cake tu mengoda sungguh

    ReplyDelete
  5. Alhamdulilah majlis berjalan lancar ya Niza. Carrot cake SR tu pun akak suka la.

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah smua berjln lancar...masak sendiri puas ati cuma penat la kan

    ReplyDelete
  7. Penat yang berbaloi kan...syukur semuanya berjalan dengan lancar...

    ReplyDelete
  8. MZ : Alhamdulillah dpt masak byk tu...Sis dh mkn ke carrot cake SR?

    KakMim : Alhamdulillah selesai dah =D

    Linda : Betul tu..Tp tu la..Kepenatan tak terhingga =D

    Kak Notie : Betul tu sis =D

    Ezna : Kita bleh geng ni sis =D

    Mama Tisya : Betul tu sis =D

    SA : Betul tu sis..Alhamdulillah dah selesai dah =D

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "thisni3zahata.blogspot.my" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of thisni3zahata.blogspot.my will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.