Q BISTRO DAH ADA SET TOMYAM

As Salam
Hari Sabtu lepas, dalam jam 10.30 pagi tu kami ke Q Bistro tepi rumah ni. Tepi petrol pump Petron ni aje ha. Pegi pun jalan kaki je sebab tahu dekat sana parking memang payah nak dapat waktu peak hour orang nak bersarapan. Masa masuk kedai ni pun memula melilau jugak mencari meja untuk 4 orang. Mujur la tak sampai 5 minit mencari dah ada customer yang keluar. Memula nak order asing-asing. Tapi tertarik nak amik menu set sebab dapat beberapa jenis lauk & 2 nasi dengan harga RM49.90.
Set tomyam ayam...
Sedap jugak sebab rasa macam tomyam dekat food court.
Telur dadar crunchy.
Seekor ikan siakap sweet sour. 
Rasa sos dia not bad..Ikan di goreng garing.

Kami dapat jugak 2 nasi putih dan sayur kangkung belacan. Kami tambah lagi 1 nasi untuk Ammar. Che mek order nasi goreng biasa. Boleh tahan jugak la menu ni. next time bleh amik set lain pulak. Selesai makan kami pun balik rumah. Makan dekat Q Bistro sebab malas nak masak menu lain untuk malam nanti.

Hari Ahad pagi, aku hanya panaskan baki lauk yang hanya tinggal serba sikit. Nasi lemak pun tinggal sepinggan je. Jadi aku masak nasi putih 3 pot. Memang stock sampai malam la ni.
Menu breakfast hari Ahad.
Paru tu memang aku tak goreng semua. 
Jadi boleh la buat tambah lauk untuk pagi Ahad tu.
Baru dapat rasmikan lampu untuk ruang tamu. 
I loike...😁..
Position sofa ni buat sementara waktu masa majlis je..
Lepas majlis kami alih semula sofa 2 seated ni ke tempat asal.

Ahad malam Isnin aku kena basuh coffee mat sebab penuh dengan minyak  sambal ikan bilis yang melompat-lompat masa memasak. Lepas tu melipat kain mana yang sempat, lepas tu suruh anak-anak kemas bag sekolah awal supaya esok pagi tak perlu kelam kabut. 

Petang ni Ammar ajak gi makan mamak pulak...Aduhai...

9 comments:

  1. lawa lampunya.. kalau semua lampu tutup, takde la seram sangat.. hihihi

    ReplyDelete
  2. Cantiknya lampu. Kalau ramai orang, rasa lebih jimat amik menu set kalau nak makan di kedai tomyam, bagi saya.

    ReplyDelete
  3. Sebelah pagi dah ada menu tomyam ye? Jarang jumpa ni.

    ReplyDelete
  4. Q Bistro area Putrajaya ni makanan tomyam ada, dim sum pun ada tapi so far makan yang mamak je kat sini.

    ReplyDelete
  5. ok sgt rege set tu sbb ada ikan siakap! lampu kat ruang tamu tu so nice laaa. i likeee

    ReplyDelete
  6. biasa ke q bistro menu breakfast..tk prasan plak menu tomyam ada....menarik nmpknya

    ReplyDelete
  7. Berkenan plak akak ngan lampu tu...erm...nak tinjau2 poket husband..ada kaching kaching lagi x...hahahahaha

    ReplyDelete
  8. Linda : Thx dear =D

    Tot : Thx sis...=D

    Cie : Time sy pegi ni jam 10.45 rasanya..Dah ada dah menu masak2 ni =D

    Ezna : Dim Sum? Wahhh..Best jgk tu sis =D

    MZ : Thx sis...Lampu biasa2 je =D

    Mama Tisya : Nnt bleh gi try ni sis =D

    SA : Nnt dh ada budget bleh start survey2 sis =D

    kakMim : Thx sis =D

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "thisni3zahata.blogspot.my" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of thisni3zahata.blogspot.my will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.