As Salam
Semalam balik kerja che mek dah get ready nak pegi ke Q Bistro. Tunggu Ammar sampai, lepas tu Ammar mintak berehat sekejab 10 minit. Lepas tu terus gerak. Tapi singgah kedai jajan dulu sebab Ammar nak beli biskut timbang. Lepas tu aku nak ke Giant mini beli barang sikit. Sampai Q Bistro terus order sebab dah tahu nak makan apa tanpa perlu tengok menu. Kami order cheese naan, kari kambing, tosai, Ammar amik nasi separuh & ayam goreng. Air order 1 je teh o ais untuk che mek sebab aku & Ammar dah bawak air masak dari rumah.
My litte hero dan nasi mamak berpisah tiada 😆
By 7.15 petang kami dah gerak balik ke rumah. Sampai rumah selesaikan apa yang patut lepas tu aku start masak kuah beef bolognese sekali dengan spaghetti angle hair untuk lunch che mek hari ni. Hari ni che mek akan sampai rumah awal. At least ada la makanan yang che mek boleh makan sementara tunggu aku sampai rumah.
Lepas masak, aku rasa malas nak melipat kain. Che mek datang mintak jahitkan sikit tudung dia sebab jahitan dekat dagu tu dah tetas.. Ehhhhh..Terus rasa nak menjahit kome. Jadi aku cari plastic bag kain langsir. Tengok kain untuk kepala langsir & ring. JUMPA!!. Jom kita try test jahit sehelai dulu...Jahit lurus je kome.
Lipat kain dekat kepala langsir lepas tu tepek dengan pengeras yang dah siap berlubang ni. Aku beli yang siap berlubang sebab senang nak letak ring tu nanti.
Ni view sebelum dan selepas pasang ring.
Senang aje kome kalau kita beli pengeras yang dah siap berlubang walaupun mahai sikit dari harga takde lubang. Means kena tebuk lubang sendiri.
Tapi langsir ni baru siap sehelai. Banyak helai lagi yang aku nak kena siapakn. Semoga this weekend dapat siapkan walaupun nampak gaya macam akan banyak perkara nak kena selesaikan. Nanti dah sipa langsir ni aku update sini lagi ye.
Angin menjahit tengah ada ni marilah kita hidupkn enjin mesin jahit dan luncurrrrrr....Kalau time dia gi laut dalam nanti lama jugak nak tunggu dia datang semula 😆. Tetibe rasa macam nak makan nasi ayam dari the chicken rice shop.




2 comments:
Kak SA selalu pi Nilai 3 je untuk langsir..hahahah...skrg dah pandai sikit beli kat Kaison aje..sebab langsir kak SA jeni yang cangkuk2 tu je..teringin nak railing guna batang kayu tu tp nanti la..
untung la pandai jahit langsir sendiri kerana upah jahit langsir ni beribu2 jugak,,,
Post a Comment