Feb 13, 2026

1 JAM SIAP #7

As Salam

Hari Selasa hari tu Hata balik lambat lagi. Tapi kali ni kami bawak motor masing-masing sebab aku nak cepat sampai rumah. Jadinya sampai rumah tu terus la rebus ayam. Lepas tu prepare bahan untuk buat sup je. Tap nak tunggu ayam tu empuk lama jugak kome.

Sampabil-sambil tunggu ayam empuk, aku hiris bawang, halia, potong batang saderi,carrot & kentang. Lepas tu terasa nak makan ayam tu dengan cili kicap pulak . Maka kita tumbuk la bawang putih & cili padi. Add on kicap, gula & perahan air limau nipis sikit. Selesai.

Jam 7.15 malam aku bagi Ammar makan dulu. Che mek dah makan ayam sambal hijau yang aku masak sebelah paginya. Hata sampai jam 7.40 malam. Solat, lepas tu jam 7.55 malam terus hantar che mek ke kelas tuisyen. Jam 8.30 malam aku & Hata makan malam. Dah lewat sebenarnya ni. Kalau Hata tak balik lewat, sempat je makan sebelum jam 7 malam.
As simple as ABC

Alhamdulillah, walaupun simple tetap la kenyang. Sampai habis ayam aku 7 ketul. 3 ketul Ammar makan, 2 ketul aku makan, 2 ketul lagi Hata habiskan. OK la kan? Sebab nak masak cepat. Ammar tiap kali balik sekolah memang lapar sokmo 😁

Tapinya masa amik che mek jam 10.15 malam, 3 beranak ni nak makan oden dekat Family mart pulak. Sudahnya masa che mek turun dari kelas, terus la kami ke Family Mart sebelah tu. Che mek & Ammar amik ramen dgn cheese. Hata amik 4 pcs oden. Aku amik 2 pcs lobster ball. Ok la buat raso-raso.

Batang saderi & daun sup tu aku beli secoet-secoet je dekat kedai runcit dekat bawah rumah ni. Uncle tu faham aku nak buat stock untuk sekali masak je. Jadi aku mintak sebatang je batang saderi & sikit daun sup. Memang aku masak semua kecuali batang saderi tu.Guna separuh je 😆

Alhamdulillah esok cuti panjang bermula. Esok in Shaa Allah misi mencari baju & Kasut raya akan diteruskan. ✌

Kome kemana esok?

8 comments:

Suria Amanda said...

Selasa nanti kot akak pi cari baju raya...nanti puasa malas nak pi dah...x sanggup nak beramai- ramai kat shopping mall

Puan Hazel said...

Simple tapi sedap, ini yg kita mahu hehe... Cuti sekolah & CNY bergabung, mantul :D

Tot said...

Lauk simple macam ni la, sedap! 😋 Laju Nieza masak.
Saya tak pernah beli oden di Family Mart tu. Kalau ramen cheese, pernah cuba.

Abam Kie said...

selalu begitulah bila isteri bekerjaya...cuma sempat masak yg simple2 je. tu pun ok je janji sedap kan?

uncle gedek said...

ABC? Kalau uncle ABCDE.... sampai Z

Roziah @ Cie said...

Simple macam ni je menu mudah nak dimasak.

fanny Nila (dcatqueen.com) said...

Jadi teringin nak buat sup ayam begini nanti 😍😍😍. Mudah dan memang sedap. Yg penting cepat masaknya. Sayapun tak suka kalau hrs masak yg butuh waktu lama kak 😄.

thisni3za said...

SA : Betul tu sis. Weekend smp semalam org penuh je dkt mall mana2 pun.

PH : Betul tu sis.Semua tmpt kena smp awal utk avoid jammed.

Tot : nnt kena try beli ni sis.

Abam Kie : betul tu Abam Kie. janji kenyang utk dinner ok dah tu =D

Uncle : ngam..hahaha

Cie : betul tu cie =D

Fanny : kan.Kita geng. =D