FAMILY BBQ NIGHT

As Salam

Lambat sikit bersiaran hari ni sebab selesaikan kerja tertunggak dulu then dah settled baru boleh mengadap blog. Hari Sabtu pagi jam 6.50 hantar che mek ke sekolah sebab dia terlibat dengan aturcara majlis anugerah dekat sekolah. Cikgu invite dia untuk tolong pihak urus setia. Lepas hantar che mek, aku, Hata & Ammar ke kedai mamak Bidayah bersarapan dulu sementara nak tunggu jam 7.30 pagi. Lepas sarapan, hantar Ammar pulak ke sekolah untuk kem bestari solat. Lepas tu aku & Hata balik rumah.

Jam 9.30 pagi aku & Hata keluar rumah semula ke NSK untuk beli sepapan telur, daun kucai, taugeh untuk dibawa ke Kajang. Jam 10.20 pagi sampai dekat sekolah che mek sebab che mek cakap majlis habis jam 10.30. Sekali che mek pegi teman kawan dia berjalan dari SMK ke SK pulak. Sudahnya jam 10.40 che mek sampai dekat kereta & kami pun balik rumah.

Dekat rumah che mek prepare ramen. Dia nak buat ramen cheese roll. Aku kemas bag untuk 1 malam. Hanya bawa baju tidur je sebab planning ahad pagi lepas bersarapan kami akan terus balik rumah. Jadi balik pakai baju tidur aje la. Tak menyinggah kemana lepas tu. Hata pulak prepare barang-barang dan bahan untuk masak Char Kueteow.
As usual...Memang penuh bonet. Hata siap bawak kuali CKT & 
sudip sendiri dari rumah kami ye kome. 😆
Che mek hanya bawak ramen dah siap masak then wrap dekat rumah kak ipar.
Laku keras ramen cheese roll ni. Siap ada yang mintak che mek open order. 😆

Majlis start lepas asar. Sebelum tu aku & Hata lari sekejab ke Mydin add on kerang & udang sebab Hata rasa macam tak cukup 30 ekor udang yang kami beli dekat Rosyam Mart. Korang tau aje la dekat Mydin Taman Diplomatik ( kalau tak silap) memang susah nak dapatkan parking. Jadinya aku yang turun beli udang & kerang sementara Hata tunggu tepi.
Kueteow goreng.
Char Kueteow by Hata. Kami tak masak banyak at one time. Kami masak 1 paket untuk CKT & 1 paket untuk kueteow goreng. Dah habis baru masak lagi. Total Hata masak 5 kali. 2 kali kueteow goreng & 3 kali CKT. Ahad pagi breakfast Hata masak CKT lagi 2 paket request by abang ipar.
Kak ipar order nasi kerabu. Lauknya kak ipar rebus telur masin. Anak sedara prep sendiri & bakar kambing & drummet.
Kambing bakor kome.
Anak sedara goreng jugak chicken meatball ni.
Meriah jugak isi dalamnya. Aku makan seketul 2 aje kome. 
Udah kenyang saknika benda dimakan.
Anak sedara bukak jugak booth kopi. Aku pilih chocolate pistachio. Not bad.
Masa OTW datang Kajang, aku nampak ada orang jual ubi kayu. jadi aku minta Hata singgah & beli sikit. Sementara Hata masak CKT, aku rebus ubi kayu ni. Ahad pagi makan dengan gula. Layan kome. Ni kalau ada ikan masin & nyor parut lagi best. 😁
Berguna bag besar ni ye kome. Dalam ni aku sumbat bantal we bare bears aku, selimut, bantal red racoon che mek & beberapa barang lain.

Alhamdulillah..Selesai dah aktiviti hari Sabtu. Ahad balik rumah kepala start pening asyik nak tido je kome.

5 comments:

  1. Seronoknya makan2 nampak sedap tu CKT. Nasi kerabu pun menarik.

    ReplyDelete
  2. Aiiiih macam sedap semuaaaaa 😍😍😍😍. Seruuu sangat kak bisa kumpul keluarga begini. Drolling lihat nasi kerabu dan kwetiaw juga ramen wrap nya 🤤🤤

    ReplyDelete
  3. Seronok dapat kumpul² macam ni..mcm² makanan ada..bebola tu nampak sedap..buat sendiri ke beli?

    ReplyDelete
  4. Seronoknya la bila dapat berkumpul ramai-ramai macam ni, memori paling best untuk anak-anak. Walau penat prepare barang sampai penuh bonet kereta, tapi bila tengok semua orang makan kenyang dan gembira, terus hilang penat tu kan Nieza. Ubi kayu rebus cicah gula tu pun menu killer tu, layan...

    ReplyDelete
  5. sedap belaka foodnya! best dpt attend event gini ;) ckt tu memang menyelerakan sungguh!

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "thisni3zahata.blogspot.my" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of thisni3zahata.blogspot.my will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.