UNPLANNED EXERCISE...

As Salam

Begitulah....Yang dirancang tak jadi..Yang tak dirancang dari awal tapi tetibe je rancang terus menjadi...

Cerita dia bermula pada hari Selasa lepas. Masa nak hantar che mek tuisyen, Hata bagitahu lepas hantar che mek nak singgah gym dekat rumah. Dia nak keluarkan peluh sikit sebab dah rasa berat badan naik.  Maka aku kena pakai baju yang sesuai siap-siap sebelum keluar rumah. Jadinya lepas parking kereta, kami hanya naik tangga ke level 2. Gym dekat rumah ni level 2..Not so big but not too small. Ada la 3 treadmill, 2 basikal, 2 jalan setempat & beberapa alat senaman lain termasuk dumbbell. Aku tak dapat nak amik gambar sebab waktu kami sampai tu dah ada orang dalamnya.

Lepas buat warm up, Hata gunakan peralatan yang ada. Aku pulak terus berjalan atas treadmill selama 32 minit...Speed dari 2.5km/j up to 4.5km/j...
Dapat la 2KM..Tak sure rekod dekat treadmill tak sama dengan rekod dekat jam.
Tapi rekod dekat treadmill 2km.

Hari Rabu pulak, che mek ade latihan persembahan Gamelan dekat Sentul. Jangka balik jam 5 petang. Sekali jam 6 petang rasanya baru gerak dari Sentul. Memang lambat la akan sampai rumah. Sudah lah Ammar tak pegang kunci SOLEX. Dia hanya pegang kunci pintu rumah, kunci grill & access card. Lepas ni memang kena buat 1 untuk dia. Asalnya memang tak buat untuk Ammar sebab kebiasaannya che mek yang akan sampai rumah dulu.

Lepas tu hari Rabu tu, masa aku sampai dekat LRT dalam jam 5.50 petang, hujan lebat sangat kome. Hata pulak jam 5.40 petang baru gerak dari Seremban. Aku dah risau Ammar je. Sebab hari Rabu dia takde kelas tambahan UPKK. Jadi memang akan sampai rumah dalam jam 6 petang gitu. 

Jadi aku call Hata bagitahu yang aku balik rumah naik cab. Nanti Hata balik, lepas Maghrib ke Isyak, Hata hantar aku ke LRT & amik motor. Waktu aku tengah tunggu lift, Ammar pun sampai. Memang tepat keputusan aku untuk balik naik cab.

Sampai rumah terus aku masak lempeng lagi sebab aku rasa tak puas makan hari Selasa tu. Lagipun kari ayam ada lagi. Ammar pun OK untuk makan lempeng cicah kari ayam...
Hari Selasa masak kari ayam cicah lempeng & panaskan nasi.
Sekali semua pakat nak makan lempeng. Lempeng pulak limited pcs. 
Sudahnya aku makan sekeping setengah je. Mujur la kenyang tapi tak puas. 😁

Che mek sampai rumah jam 6.40 petang. Hata sampai rumah jam 8 malam. Jammed teruk katanya sebab hujan. Masa Hata sampai rumah pun masih hujan. Mujur la jam 9:00 malam hujan dah reda. Ada rintik-rintik sikit je. Hata bagi idea. 

" Kita jalan kaki ke LRT untuk amik motor nak?"

Sudah....Tapi aku OK je. Boleh exercise. 😀.
Selfie sekeping sebelum mulakan perjalanan dari rumah ke LRT Taman Melati.
Dapat la berjalan 1.29km dari rumah ke LRT.
Hata cakap lebih baik kita jalan kaki dari jalan dekat treadmill sebab lagi banyak dapat steps. Aku cakap dekat treadmill tu jadi slow sebab 1st 10 - 15 minit aku buat slow aje...😁

Lepas amik motor kami singgah 7e sebab nak beli roti. Lepas tu balik rumah. Hata cakap dia nak makan roti je untuk dinner sebab waktu lunch dekat ofis di Seremban bos sana bawak Hata pegi makan kedai ni :
Hata cakap menu dekat sini sedap jugak. 
Nanti la free-free kita pegi try...

Alhamdulillah..Tak dapat pegi hiking, dapat berjalan & spend time berjalan kaki & pegi gym dengan Hata. This weekend tak sure lagi apa aktivitinya sebab banyak duk main dalam kepala aku ni. Salah satunya adalah nak menjahit. 😆

Korang buat apa esok?

ROAD TO 2 MILLION PAGEVIEWS

As Salam

Alhamdulillah setelah aktif semula berblogging sejak beberapa tahun lepas, terasa macam cepat pulak pageview blog ni naik. Thanks to all of you. Jadi tahun ni aku nak buat sekali lagi game untuk blog ni dengan konsep sama macam tahun lepas iaitu :
Sesiapa yang dapat screenshot waktu pageviews
dah capai 2 million korang kena terus email ke 

Aku ikhlas nak bagi simple gift sebagai penghargaan.
SEORANG winner yang dapat screenshot
 TEPAT 2 MILLION 
ATAU range number 
2,000,001-2,000,009
sahaja yang akan aku pilih ...

Good Luck & Thanks again to all of you.

BALIK KERJA...LAPAR

As Salam

Isnin - Jam 4.30 petang aku message che mek suruh keluarkan sotong & ikan kembung 2 ekor dari dalam peti sejuk & freezer. Aku sampai rumah nampak Hata pun baru sampai dari Seremban. Aku memang parking motor dekat belakang parking kereta kami. Memang ada ruang untuk parking motor penghuni rumah.

Sampai tu aku singgah kedai runcit untuk beli bendi, roti & tomato. Hajat dihati nak bakar ikan & goreng kunyit sotong untuk kids. Simple je. Tapi lepas siap masak, nasi tak masak lagi. Sampai jam 7.20 malam aku menunggu. Udah la tengah lapar sangat ni. 😁
Ikan kembung bakar guna air fryer, sotong goreng kunyit, celur bendi & air asam.  Air asam tu aku panaskan aje sebab rupanya masih ada bakli aku simpan dalam peti sejuk & maasih elok. Jimat masa untuk prepare air asam. Hata tak makan nasi. Jadi dia makan lauk je.

Lepas makan terus semayang maghrib & jam 8 malam terus hantar che mek ke kelas tuisyen. Masa sampai, pintu untuk naik kelas tak bukak lagi. Jadi aku mintak Hata pusing hantar aku dekat 99 speedmart sebab aku nak beli milo & roti wholemeal untuk diri sendiri & Hata.

Pagi tadi buat bekal untuk Ammar & aku. Lepas tu aku add on roti milo tabur ni. dah lama tak makan macam ni kome. Layan betul rasanya. 😁. This weekend boleh la buat lempeng macam blogger cie buat hari tu sebab stock milo dah ada. Dah lama rasanya aku tak beli milo sebab hari tu beli packet kecik...Sampai keras milo tu tak berusik.

Untuk lunch aku makan roti telur letak cheese dan chicken slice macam hari tu je. Sebab balik rumah nanti nak makan nasi lagi. Korang masak apa hari ni?

NIATNYA NAK MENJAHIT....

As Salam

Beberapa hari yang lepas, niat asal aku balik kerja, masak, dinner. Lepas dinner ingat nak sambung menjahit. Kain yang kak Notie bagi hari tu aku dah berjaya siapkan kain. Lepas tu dapat jahit lace untuk kaki baju, lengan baju kiri dan kanan. Tinggal nak sambung body je. Tapi hari tu tertangguh sebab nak kejar kerja lain.

Tapi masa balik kerja, tetibe aku rasa pinggan sebelah kiri aku sakit. macam ada angin tak lepas. Lepas dinner aku mintak Harta tolong spray dengan spray untuk kaki cramp tu. Lepas spray rasa warm je. Selesa. Lepas habis rasa wram, terasa semula sengal-sengalnya tu.
Lebih kurang macam ni la keadaan aku waktu tu. Masa nak tido Hata tolong urutkan sekejab. Lepas tu aku telan muscle relaxtion pill. Lepas tu ajak la badan ni berehat & mata ni lelap. Tapi tak berjaya kome. Hata dekat sebelah dah lena, aku pulak pusing ke kiri, ke kanan, idak maunya lelap. Tak selesa sangat. 

Sampai aku tak ingat waktu bila aku lena. Esok paginya bangun tido Alhamdulillah, ada rasa lega sikit. Tapi aku masih berhati-hati risau jadi semula.  Pagi semalam Ammar cakap dia tak nak bawak bekal sebab bag sekolah dia dah penuh. Semalam dia ada KOKO dan hanya bawak 1 bag sekolah je. Jadi beberapa subjek dari SRA kena masuk sekali dalam bag SK.

Biasa kalau hari Rabu yang ada koko, Ammar tak mandi dekat masjid sebab koko pun habis jam 4 petang. Tapi aku suruh jugak Ammar bawak bekal roti coklat mini. Risau lapo little hero teman tu. 😁. Semalam ingat nak sambung menjahit. Tapi aku pulak rasa malas sebab rasa nak berehat je. Dan ada hal lain pulak.😁

Harapnya this weekend aku dapat siapkan baju kurung moden lace tu. Sikit aje lagi nak siap...


Chaiyok! Chaiyok!

RABU - 29 JULY 2026 - 5:00 PAGI

As Salam

Aku ni memang dah terbiasa TUTUP DATA masa nak tido waktu malam dan juga kalau aku tido sejam dekat ofis. Aku tak suka tidur aku diganggu dengan vibration / ringing notification. Kalau ada apa-apa just call aku sebab once aku dah tutup data, aku akan buat fon aku in ringing tone.

Al-kisahnya pagi jam 5.35 pagi kak Yang kol aku. Aku ni kalau adik beradik call pada waktu-waktu tak dijangka memang auto berdebar. Bila jawab call tu, soalan pertama kak Yang adalah...

" Ada baca message dalam whatsapp group KULAAN?" - What's app group family alik ipoh

Aku jawab takde sebab baru bangun tido. Lepas tu kak Yang aku bagitahu yang mak sedara aku dekat Ipoh - adik arwah abah dah tinggalkan kami dalam jam lebih kurang 5:00 pagi tadi. Terkejut aku kome. Last jumpa acik masa wedding cousin aku bulan June hari tu. 
Makcik aku yang duduk - tudung warna blue black belakang kak cik.

A few weeks after wedding, Kak Nana (anak acik) update yang acik kena warded sebab kuman dekat paru-paru dah naik ke otak & dah kena tebuk dekat tengkuk...Allahuakbar...Terkejut kami semua waktu tu...Memang doa semoga acik dapat lawan sakit tu...
Ini gambar masa kak cik aku datang melawat arwah dekat hospital Ipoh..

Hubungan kami semua ok...Jadi kami adik beradik berpegang pada kata-kata arwah abah..Time raya jangan lupa ziarah adik beradik arwah abah walaupun waktu tu abah dah takde. Kita ni family besar jugak... Kalau bukan time raya pun, sekali sekala kena datang melawat mereka.

Dulu, arwah acik memang selalu datang rumah dekat kampung. Kalau kami bagitahu nak buat kenduri, mesti dia akan sampai dengan kak Nana atau dengan anak-anak dia yang lain. Ingat lagi waktu aku kawin & kakak-kakak aku kawin, arwah acik akan sampai 3 hari sebelum majlis. Menolong macam-macam. Antara kenangan yang aku tak boleh lupa adalah malam berinai. Bukan pengantin je yang berinai...Arwah acik pun akan berinai sama smp ke kaki ye kome sebab dia yang tolongpengantin pakaikan inai. termaasuk la masa aku kahwin dulu. Memang arwah acik yang tolong pakaikan inai sampai ke kuku kaki.

Kalau kami bagitahu nak datang beraya, dia memang akan masak macam-macam. Sampaikan kami pernah bagitahu jangan masak banyak-banyak sebab tak nak susahkan dia dan kakak sepupu. Tapi tetap jugak akan ada beberapa jenis makanan dah tersedia untuk kami.

Semoga arwah....
Diampunkan segala dosa-dosanya...
Dilapangkan kuburnya...
Diterangi kuburnya...
Diringankan azabnya...
Serta ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman...
Amin..

Sedih tak dapat balik ziarah untuk kali terakhir sebab hari ni Hata masih di Seremban dan hari ni jugak bos Seremban nak jumpa Hata..Che mek pulak ada rehearsal gamelan dekat Sentul - naik bas sekolah. 

Apa pun aku dah kirimkan sikit bantuan pada kak Yang untuk disampaikan pada anak-anak acik.

APA ITU ROSHARI?

As Salam

Hari tu masa Hata masih dekat Tanah Merah, Hata bagitahu yang ada parcel dia sampai dan mintak aku amik dekat mailbox. Maka masa balik kerja aku pun pegi singgah mailbox. Yang aku jumpa hanya buku yang che mek redeem dari budget RM100 yang dia dapat. Sampai rumah update Hata kata tak ada. Lepas tu Hata bagi gambar rider letak dekat mailbox. Sudah....Takkan kena curi pulak kan?

Lepas tu suruh che mek turun bawah untuk check semula. Alhamdulillah..Ada kome. Rider yang hantar buku che mek tadi dah tolak parcel Hata ke dalam benor sampai masa aku gagau tangan tu tak terasa parcel Hata. 😁. Bila dah dapat, Hata suruh la aku unboxing & amik gambar sebab nak update seller.
Hata beli sunglasses baru kome.
Kegunaannya untuk drive malam.
Warna kuning dipilihnya kome...

Hata cakap dia beli sebab nak pakai waktu malam. Waktu siang pun boleh pakai. View nampak lagi clear cuma adalah warna kuning tu tapi setakat yang aku test, warna kuning tu tak menggangu penglihatan.

Harga pun idak la mahal sangat. Masih mampu milik. Aku berkenan nak dapatkan satu size sama macam sunglasses yang Hata beli ni. Tapi size yang Hata punya spek ni takde warna lain selain dari warna kuning. Aku nak warna hitam.

Kena cari spek mata dari brand lain tapi size sama la nampak gayanya. 😁

Korang ada sunglasses?

LUNCH AT 12:30PM

As Salam

Hari Ahad planning nak ke Anime Fest tak jadi...Planning nak pegi hiking pun tak jadi jugak. Semuanya gara-gara Hata ajak aku marathon nengok cerita Agent Kim Reactivated. Aku tahu Hata layan cerita ni. Aku tak layan sangat. Aku layan last 4 episode rasanya sampai episode last malam tu. Sudahnya jam 2:00 pagi baru tido kome. Aje handey Hata. 

Pukul 6:00 pagi bangun untuk subuh...Ingat nak teruskan planning. Ishhhhhh...Idak le aku larat kome. Sambung tido semula. Bangun-bangun matahari dah ada dah. Kau rasa??? Last-last anak-anak breakfast yang ringan-ringan je. Che mek masak fries, Ammar makan cornflakes, Hata makan roti letak butter & jem strawberry. Aku??? Aku mintak che mek masak samosa je. Makan la 2 ketul. Lepas tu sedar-sedar dah jam 11:00 pagi. 

Terus la aku keluarkan ikan, ayam & baki udang galah ada lagi 5 ekor yang dh siap letak kunyit, garam & serbuk kari sikit. Lepas tu aku memang ada beli kobis kimchi. Ngam. Aku goreng ikan, ayam & udang. Lepas tu masak lemak putih je kobis kimchi tu.
Menu lunch hari Ahad.
Pukul 12:30 tengahari aku dah panggil semua untuk lunch.
Ini Hata punya ye. Aku masih belum boleh terima ulam cicah budu walaupun dah almost 18 years bersama. 😁

Alhamdulillah...Kenyang kami sekeluarga. Sementara aku masak, Hata kena siapkan kerja sebab this week Hata kena pegi ofis dekat Seremban. Ulang alik je dari rumah. Jadi minggu ni aku masih kena bawak motor ke LRT macam minggu lepas. Aku OK je. As long as boleh sampai rumah dengan kadar segera. 😁

Lepas Asar baru kami keluar rumah sebab Hata nak potong rambut dia & rambut Ammar sekali. Sambil mereka potong rambut aku dan che mek kemana? Aku & Che mek masuk dalam Melawati Mall. Jalan-jalan je. Baru nak masuk dalam Jaya Grocer tetibe Hata kol cakap dah siap potong rambut. Jadi aku & che mek naik semula pegi dekat main entrance tunggu Hata sampai.

Lepas tu kami terus ke kedai mamak Syed. Makan cheese naan & kari kambing. Lepas tu ke Longwan beli sepasang uniform sekolah Ammar yang baru sebab yang lama udah tak muat kome. Lepas tu terus la balik.Waktu ni udah pukul 7.20 malam. Sedang elok sampai rumah jam 7.45 malam & memang kalut la untuk selesaikan apa yang patut. 😁

Korang masak apa hari ni?

FOMO : MAGNUM PISTACHIO

As Salam

Semuanya tunggu Hata balik dari outstation baru la saknika benda nak dibeli, nak dimasak, nak dimakan. Kan? 😁. Kisahnya lepas maghrib Sabtu malam Ahad. Dekat rumah ni hujan dari jam 3.30 petang lagi. Tapi sebab nak jugakkkkkk rasa aiskrim magnum pistachio tu, makanya pegi jugak la ke 7 Eleven. Mujur la dekat aje dengan rumah. Dekat-dekat pun kena naik kereta jugak la..Nak naik motor udah hujan, nak jalan kaki...Idak la kome. Ini bukan zaman bercinta nak berhujan bersama. Kalau berhujan bersama silap-silap salah sorang kena tampal cool fever di dahi.😆

Mujur la 7e dekat rumah ni masih ada stock aiskrim ni. Terus grab 4 pcs & bawak balik rumah... Kids tak follow waktu ni.
Dalamnya gini..Coklat & hijau olive.
Kokak pertama...
Awal-awalnya begini...
Habis yang cover coklat...
Tengah-tengahnya begini...Manisssss
Habis sudah...

Pandangan aku tentang aiskrim ni....

Biasa je. Takde yang special. Manissss walaupun memang ada rasa pistachio tu..Memang kena minum air yang banyak lepas makan. Mungkin peminat tegar pistachio akan jawab sebaliknya dari pandangan aku. It's up to you sebab tekak memasing kan?.Jangan marah dengan komen aku ye...😁. 

Kalau diberi pilihan aku lebih suka Magnum Almond & Magnum Pamogranate.✌

SAMYANG BULDAK SWICY

As Salam

Masa pegi Giant Kota Damansara hari tu, ada aunty offer anak-anak try rasa samyang ramen flavor baru. Aunty ni cakap sedap...Sudahnya kami berempat merasa la samyang baru ni. Hata approved...Jadi Amik la sepaket buat try. Rege idak le morah kome...RM26.90 kalau tak silap. Bukan beli saja. Beli dan dapat percuma samyang ramen MEPOY pulak lagi...
SWICY mean sweet & spicy. Masa kami rasa memang boleh diterima oleh anak tekak memasing.😁


Korang dah try?

SURAYA SEAFOOD RESTAURANT

As Salam

Jumaat lepas maghrib aku tanya Hata larat ke tak nak pegi beli barang dekat Rosyam Mart KL - tepi Jakel? Hata cakap OK. Rasa dah cukup rehat dah lepas sampai rumah sebelum Asar. Ok ...Kita kasi onzz plan kita. Lepas maghrib kami dinner dekat Suraya Seafood Restaurant. Alhamdulillah senang je nak dapatkan parking dekat belakang kedai Kak Som.

Sampai-sampai terus cari meja & alhamdulillah senang aje nak dapatkan meja waktu ni. Kami pegi dekat kedai yang lama. Bukan kedai seberang yang baru. Datang je waiter, terus order sebab aku dah tahu aku nak makan ape. Lunch hour aku tak makan berat. Makan sandwich bekal pagi tu je. Jadi aku LAPAR. Aku order ini..
Aku request nak PEDAS.
Anak-anak memasing order paprik daging & paprik ayam.
RM10.00 per plate.
Kailan ikan masin RM10.00 per plate.
Tak habis sebab aku rasa macam taste dia kureng sikit malam tu.
Hata order maggi celup. Hata tak amik nasi sebab dia cakap malam tu tak nak makan nasi. Tapi dia share makan ikan siakap steam limau tu. Makan ikan saje.
Amik sosej ni jugak..RM3.00 / cucuk..
Amik ayam pulut dan ayam merah.
Masa nak order sosej, nampak LATOK ni kome.
RM10.00 per pack...Pada aku murah sebab kalau dekat depan Lotus's Ampang RM15.00 / pack. Tak suree sekarang masih ada jual atau tak.
Puas hati dapat makan latok ni kome. Rasanya last aku makan masa berbuka puasa dekat D'linq Che Wan tu. Kan?

Lepas makan kami terus menuju ke Rosyam Mart sambil dengar taklimat tentang UPKK dekat google meet secara online dekat henfon aku. Aku siap bawak earbud. Sebelah bagi Ammar, sebelah aku guna. Sambil pilih barang, sambil dengar taklimat. Ammar pegang fon. Mana-mana info yang rasa penting Ammar screenshot.

Lepas membeli kami pun balik rumah. Tak ingat dah jam berapa sampai rumahnya kome. Sampai tu terus la masukkan udang, sotong, ikan rebus dalam freezer. Selesaikan apa yang patut then tido le kome....

Apa pun aku tak puas hati pegi Rosyam Mart kali ni sebab tak dapat beli lagi sekali daging striplion seketul besar macam hari tu. Dekat sini ada yang dah dipotong slice besar yang macam nak buat steak tu. Nanti nak kena pegi Rosyam Mart dekat Setiawangsa la beli.

Oh ya..nak beli drummet jugak nanti sebab aku tak jumpa drummet dekat sini.

120 CLICKS IN PAST 28 DAYS

As Salam

Semalam baru berkesempatan nak bukak gmail. Belek setiap email tetibe jumpa email ini...

1st time aku dapat email macam ni. Rasa seronok pulak. Meh aku paste dekat sini sebab aku dapat reach this achievements...

Gitu lah puncanya...Terima kasih pada yang rasa info dalam blog ni berguna / pada yang click adsense yang ada.

Korang pernah dpt email macam ni? Korang mesti la lagi banyak dari aku...Kan?

KEEP IT SHORT & SWEET

As Salam

Hari ini lambat bersiaran lagi sebab pepagian sudah ke KPJ Ampang Puteri. Sebab Hata ada appointment dengan department physiology. Pepagian tu idak la pagi sangat. Dalam jam 9.30 pagi kami gerak dari rumah. Sampai KPJ terus pergi ke bilik apply GL. Lepas tu Hata cakap macam lama, jadi Hata suruh aku & anak-anak pegi makan dekat cafe dulu. Sementara kami amik makanan, Hata pun sampai. Tak sampai pun 10 minit. Rupanya GL ready dalam 40 minit. Jadi kami semua brunch terus sebab dekat cafe ni, jam 10:00 pagi ke 10:30 pagi dah ada menu untuk lunch.
Ini pinggan aku. Nampak penuh pinggankan?

Sebenarnya tak banyak pun dan aku boleh habiskan tanpa bantuan Hata.😆. Aku amik nasi separuh, ikan siakap sweet sour, telur dadar, kerabu pucuk paku & sayur campur. Lepas makan dalam 30 minit, kami pun pergi semula ke bilik apply GL. Dalam 5-10 minit GL ready to collect. Dan kami menuju ke tingkat 1 bilik Physiology.

Kenapa kena kesini? Sebab hari tu Hata mengadu sakit dalam telinga. Bila doctor check katanya begitu & begini. Lepas seminggu makan antibiotic pun tak jalan. Hata pergi pulak klinik lain. Dapat jawapan lain pulak yang sampai membawa kepada appoinment ini. 

Doctor cakap telinga Hata sakit sebab stress urat dekat bahu dan tulang belakang dekat tengkuk tu LURUS. Manusia normal tulang dekat tengkuk tu ade lengkungan. Tapi tidak pada Hata. Jadi tujuan fisioterapi ni adalah untuk kendurkan semula urat yang tegang tu dan begkokkan semula tulang yang lurus tu. Fisio ni kena buat 2 - 3 kali.

Lepas selesai sesi fisioterapi kami ke Giant kota Damansara. Saje nak jalan jauh sikit. Sambung beli grocery sikit. Lepas tu Hata singgah sini untuk bagi anak-anak main. RM2.00 sorang.😆
Arcade.

Lepas habis main, kami pun balik la kome. Kereta banyak kebenor hari ni. Jadi ikut DUKE nak kasi elak jammed tapi jammed jugak dekat tol. Sampai rumah, simpan barang, solat Zohor, then terus suruh anak-anak tido. Kami semua tido. Terasa penat pulak sebab keluar rumah dari jam 9.30 pagi sampai jam 3.30 petang.😁

Esok ada macam-macam planning. Tapi mana satu yang berjaya ditunaikan? Esok aku update ye?......

Kome buat apa esok?

IDEA DAH LARI!!!!

As Salam

Sehari dua ni dilanda kebizian dan kekeringan idea. Hari ni lagi la...Kebizian jadi tak sempat nak up cerita yang makin kering. Hari ni dalam sejarah aku pergi kerja pakai baju & tudung warna contra. Katanya matcha strawberry...Entah betul entah tidak...
Dah lama tak buat mirror selfie ...
Sweater yang aku pakai ni warna soft pink & tudung bawal warna 
hijau nak ke soft olive gitew...

Ok..Tetibe datang idea nak share cerita tenang tumbler yang aku dapat free masa beli 3 flavor tealive dalam sachet. Baru 3 hari lepas rasanya nak guna tumbler ni. Buat tukar-tukar dengan tumbler yang sedia ada. Baru aku tahu yang tumbler ni bukan macam flask. Bila aku letak air sejuk, tumbler ni berpeluh kome. Mujur ade coaster yang aku dapat dari sis Mummy Ayu sebagai penyelamat penyerap peluh tumbler tu. Bila air dah bertukar ke suhu bilik, air dalam tumbler tu jadi satu rasa lain. Rasa yang tak sedap dekat tekak aku.
Tumbler free from tealive

Ini yang tak syok bila air rasa lain ni. Terus terfikir...Apa aku nak buat dengan tumbler ni? Padahal sebelum guna aku memang dah basuh dengan sabun. Lepas tu aku bilas dengan air paip. Then bilas lagi dengan air masak.

Silap-silap tumbler ni jadi bekas aku letak sudu, straw dekat pantry je...😆

Tumbler korang pernah jadi kes macam ni?