DINNER & CARI HADIAH BIRTHDAY BOY

As Salam

Sebelum aku bercerita tentang sambutan hari lahir Ammar hari Sabtu hari tu, aku nak cerita dulu perjalanan mencari hadiah birthday Ammar dari seorang ayah iaitu Hata. Actually Hata dah beli hadiah Ammar secara online. Tapi hadiah tu tak bergerak dari China dah dekat seminggu dah. 

Hari Khamis lepas ambil aku dekat LRT Taman Melati, kami terus ke Melawati Mall. Makan dekat Boat Noodle je. Aku order nasi pad kra paw, noodle 1 mangkuk & air mineral. Hata order noodle 1 mangkuk & meatball.
Aku ingatkan aku boleh habiskan seorang..
Rupanya tidak..Kena share jugak dengan Hata.
Aku suka noodle ayutthaya ini.
Meatball pun share dengan Hata. Aku amik 2 biji je.

Lepas makan kami berdua pun berjalan ke Toy R Us dan Mr.DIY nak tengok kot-kot ada apa-apa yang Hata berkenan untuk ganti hadiah birthday Ammar yang tak sampai-sampai tu. Tapi nan hado yang berkenan kome.

Lepas tu aku ajak Hata masuk Kaison. Aku nak beli small paperbag untuk letak hadiah dari aku & dari che mek untuk Ammar. Alhamdulillah jumpa paperbnag yang cute & muat barang-barang tu. Hata pun akhirnya jumpa juga hadiah untuk Ammar. Tapi fikir kalau beli untuk Ammar mesti che mek nak jugak. Jadi belikan untuk che mek jugak.

Lepas beli kami pun balik rumah. Untuk dinner kami tak makan dah sebab kids masih kenyang makan nasi petang tu. Bag plastic barang beli dekat Kaison aku terus bawak masuk bilik sebab tak nak Ammar perasan. 😆. Dalam bilik sebelum tidur aku dah siap-siap masukkan setiap hadiah ke dalam paperbag & simpan dalam almari. 

Pagi Sabtu sebelum gerak ke Kajang kami berikan hadiah-hadiah tu pada Ammar. Memang senyum sampai ke telinga la member. 😁. Jadi la..Asal ikhlas & cukup untuk buat Ammar rasa diraikan. Aku rasa aku pun kena mintak hadiah dari Hata sebab berjaya lahirkan Ammar. 😆

2 comments:

  1. Hepy beday Ammar. Semoga membesar jadi anak soleh, tercapai segala cita2 dan dilindungi Allah dunia akhirat ! 🥳

    ReplyDelete
  2. Yang penting ikhlas.. Ammar mesti suka tu nanti dapat hadiahnya ..

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "thisni3zahata.blogspot.my" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of thisni3zahata.blogspot.my will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.