As Salam
Hari Ahad yang lepas cerita dia macam aku kena mabuk tidur. Pantang mata terbukak, terus rasa nak cari bantal & sambung tidur. Sampaikan Hata terkejut tengok aku hari tu. Lepas tu Hata cakap dia pun rasa yang sama. Masa aku tidur kali kedua, Hata pun rupanya tidur jugak dalam bilik & aku tidur dekat sofa.
Hari Isnin aku terpaksa amik MC sebab sakit kepala yang teramat. Sampaikan lepas subuh , aku terpaksa tidur semula. Bangun semula jam 10 pagi dengan kepala yang sakit berdenyut-denyut. Jam 10.30 pagi aku decided untuk pergi klinik.
Doctor dengar cerita aku. Doctor cakap BADAN AKU YANG PAKSA AKU TIDUR sebab badan aku dah lemah & tak cukup tidur. Pulak..Sampai macam tu sekali ek badan aku suruh aku tidur. Part sakit kepala tu aku tak sure kepala aku sakit sebab kurang tidur atau terlebih tidur.
Lepas balik dari klinik, makan ubat & berehat, aku pun defrost ikan keli, ikan kembung & ayam. Petang sikit masak nasi, bakar ikan keli, bakar ikan kembung guna airfryer, buat air asam - tapi takde tomato sebab takde stock, celur bendi & masak gulai lemak cili api ayam untuk Ammar.
Menu dinner 29.6.2026
Alhamdulillah bertambah-tambah kami makan. Ikan keli tu aku tinggalkan 2 ketul untuk che mek makan waktu balik sekolah hari Selasa. Jadi la buat lapik perut sementara tunggu aku sampai rumah jam 6 petang.
Tapi kan...Aku syak salah satu sebab badan aku lemah nak tido je is because is NO CAFFEINE in my body on Saturday & Sunday lepas. Memang aku tak minum kopi / caffeine pun 2 hari tu. Last aku minum kopi hari Jumaat. Tapi takkan sebab itu kan? Perubahan hormon dalam badan ke? Kena jugak minum caffeine baru ada tenaga? Memang Monday to Friday biasanya setiap pagi aku akan minum caffein dekat ofis. Sabtu Ahad tu memang jarang. Kadang-kadang ada & kadang-kadang takde.
Entah la kan? Mungkin at this age perubahan tu macam tu pulak. Korang pernah kena macam aku?


1 comments:
Mungkin sebab penat sangat tu kot. Kadang terlebih tidur boleh jadi pening jugak. Fuhh lauk macam ni memang berselera makan.
Post a Comment