Looking For Anything Specific?

ads header

DOCTOR CAKAP BADAN AKU PAKSA AKU TIDUR

As Salam

Hari Ahad yang lepas cerita dia macam aku kena mabuk tidur. Pantang mata terbukak, terus rasa nak cari bantal & sambung tidur. Sampaikan Hata terkejut tengok aku hari tu. Lepas tu Hata cakap dia pun rasa yang sama. Masa aku tidur kali kedua, Hata pun rupanya tidur jugak dalam bilik & aku tidur dekat sofa.

Hari Isnin aku terpaksa amik MC sebab sakit kepala yang teramat. Sampaikan lepas subuh , aku terpaksa tidur semula. Bangun semula jam 10 pagi dengan kepala yang sakit berdenyut-denyut. Jam 10.30 pagi aku decided untuk pergi klinik.

Doctor dengar cerita aku. Doctor cakap BADAN AKU YANG PAKSA AKU TIDUR sebab badan aku dah lemah & tak cukup tidur. Pulak..Sampai macam tu sekali ek badan aku suruh aku tidur. Part sakit kepala tu aku tak sure kepala aku sakit sebab kurang tidur atau terlebih tidur.

Lepas balik dari klinik, makan ubat & berehat, aku pun defrost ikan keli, ikan kembung & ayam. Petang sikit masak nasi, bakar ikan keli, bakar ikan kembung guna airfryer, buat air asam - tapi takde tomato sebab takde stock, celur bendi & masak gulai lemak cili api ayam untuk Ammar.
Menu dinner 29.6.2026

Alhamdulillah bertambah-tambah kami makan. Ikan keli tu aku tinggalkan 2 ketul untuk che mek makan waktu balik sekolah hari Selasa. Jadi la buat lapik perut sementara tunggu aku sampai rumah jam 6 petang.

Tapi kan...Aku syak salah satu sebab badan aku lemah nak tido je is because is NO CAFFEINE in my body on Saturday & Sunday lepas. Memang aku tak minum kopi / caffeine pun 2 hari tu. Last aku minum kopi hari Jumaat. Tapi takkan sebab itu kan? Perubahan hormon dalam badan ke? Kena jugak minum caffeine baru ada tenaga? Memang Monday to Friday biasanya setiap pagi aku akan minum caffein dekat ofis. Sabtu Ahad tu memang jarang. Kadang-kadang ada & kadang-kadang takde.

Entah la kan? Mungkin at this age perubahan tu macam tu pulak. Korang pernah kena macam aku?

Post a Comment

11 Comments

Pizzah said…
Mungkin sebab penat sangat tu kot. Kadang terlebih tidur boleh jadi pening jugak. Fuhh lauk macam ni memang berselera makan.
Puan Hazel said…
Kalau penat sangat mmg nak tidur je, badan lemau kata orang Kedah.. tapi PH at this age (late 40) ni susah pulak nak tidur. Nak dapatkan kualiti sleep tu tersangatlah payah :(
Roziah @ Cie said…
Banyak juga caffiene tu kalau setiap hari minum. Cie seminggu beberapa kali je. Masuk usia macam ni dah tak menentu dah. Cie pulak tidur lena tak sedar apa macam penat sangat badan.
adnil linda said…
Sabtu Ahad tu, ada masa memang tido...ada masa lepas subuh sampai ke malam nya pun tak tido
uncle gedek said…
Betul... badan kalau dah bagi signal penat tu... Kita akur je la....
Rodiah Amir said…
Saya kalau puasa kopi dia jadi tak tentu arah tak boleh tidur. Tengah usahakan nak kurangkan kopi juga ni
Sis Lin said…
Cuba check gula dalam darah, ikut pengalaman Sis, kalau asyik nak tidur, takut gula spike tinggi.. tapi kalau takde, mungkin penat sangatt kot.. jaga diri
Ako Retna said…
Slalu jadi kat opis, tgh keje² alih² ya allah mengantuk yg x bole bawa bincang... auto amek bantal pi tido dulu hahah.... pastu 30 min baru bangun blk n rs segar... kalau kt rumah pun pernah hadap laptop alih² mata x leh naknbuka... mmg auto terlelap
Tot said…
Tak tahu pula nak cakap camana, sebab tak pernah alami. Tapi kalau badan suruh tidur, tidur je la, rehatkan diri, kan. Semoga Nieza baik-baik saja dan sihat sokmo.
Mama Zharfan said…
may be betul kot, sbb caffeine eh? anyway, MZ plak, kalau tidur lambat, next day tu bdn akan rasa tak sihat/sakit kepala etc
Tubuh manusia memang di design untuk memberi sinyal jika tidak baik2 saja. Ntah Krn terlalu penat , atau sebab lain. Dia bagi tanda. Mungkin kakak terlalu letih, tapi tidak sadar. Bisa jadi Krn kebutuhan caffeine. Hanya saja kalau sekedar menebak, takut salah pula kan. Mungkin ada bagusnya kakak full medical checkup. Bagaimanapun itu penting 2 tahun sekali untuk dilakukan. Saya sendiri lebih suka MCU di Penang utk memastikan tubuh saya sehat2 saja. Krn di Malaysia lebih bagus dan akurat hasilnya. Juga bisa dalam hari yg sama result keluar.

Semoga memang hanya sekedar letih ya kak. Ambil rehat dulu ☺️🤗