NEW OUTDOOR HANGER

As Salam

Aku tetibe dah rasa bosan dengan peNyidai baju dekat balkoni ni. Rendah satu hal Tak kukuh 1 hal. Udah 3 kali repair. Ini pun macam dah nak roboh. Geram aje. Hari tu pegi Giant ada jumpa offer penyidai tu RM89.90 je from actual price RM109.90. Udah Hata cakap tak perlu beli lagi. Pakai sampai roboh katanya. πŸ˜†

Hari tu lalu dekat tiktok outdoor hanger jenis pentagon tu. Nampak macam jimatkan space dekat balkoni ni. Dekat tiktok shop harga dalam RM25 & below. Tengok dengan shopeeaahhh RM22 je. Jadi aku terus check out. Hari Rabu dah sampai. Aku angkat kotak dari atas mailbox. Ringan aje kotaknya. Sementara menunggu hujan reda untuk pegi amik motor, aku ajak Hata tolong pasangkan. 

Seller ni betul-betul suruh customer berfikir sendiri cara nak pasang ye kome. Sekeping kertas instructions pun takde. Ate kome mana gayanya??? Tengok semula la gambar yang aku check out tu. Agak-agak je.Mujur la betul semuanya...Tapi habuk dia jangan cerita la kome. Ntah stock bila seller ni bagi dekat aku pun tak tahu la. πŸ˜†
Moh le kita sambung menyambung kome...
Keruh warna baby wipes aku masa lap setiap besi tu.
Test satu kali....

So far setakat guna semalam...Alhamdulillah masih berdiri teguh. 1 baris boleh letak max 5 hanger. So kalau waktu tu banyak kain dibasuh, boleh jemur at least 25 - 30 helai pakaian. Bahagian atas tu boleh la kalau nak jemur si kecik yang ada (inner piece)...

Yang ni kita tengok boleh bertahan berapa lama. Kalau sekejab jugak. Aku mintak balik duit aku pada Hata. Amik mintak EXTRA sebab nak beli yang aku tunjuk awal-awal dulu tu. πŸ˜†

Hanger ni kalau emergancy basuh baju malam nak pakai esoknya, boleh bawak masuk dalam rumah. Tak makan space banyak. Hanger sedia ada aku dah lipat. Tunggu masa je aku nak masukkan dalam tong roro dekat bawah kawsan rumah ni. Kawasan rumah aku ni ada 1 tong roro. Penduduk boleh buang barang dalam ni ( bukan sisa makanan) dan sampai satu masa, mereka akan kutip.

Masa aku baru pindah kan ada banyak barang di-unboxing-kan. Jadi banyak kotak dan plastic. Kami buang dalam tong roro ni la. Tak buang dekat bilik tong sampah tepi lift. Bagus jugak macam ni kan?

13 comments:

  1. Aduh satu hal pulak nak kena assemble tanpa instructions ye. Ampaian dekat rumah ni pun tunggu masa je nak roboh hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu sis.Tiba2 kena connectkan semula sel-sel otak yg dh lama x brhubung ni ..hahahha

      Delete
  2. Hahaha tergelak kita jap tau... btul.la seller ni soh awok think outside the box hahaha... tp nasib baik berjaya juga ye memasangnya...

    Tang toro roro box tu bagus nyaa ..sennag nak buang brg² terpakai kan.. x yah pening2 nak cr tmpt buang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la sis...Mujur bleh pasang. Haah..Ok jgk ada roro tu..At least sampah x brcampur.

      Delete
  3. Macam main games cantum & menang tu. Nampak kotor pada besi tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah..Hahaha..betul tu.Brhabuk betul besi2 tu...

      Delete
  4. Agak2 kalau penuh gantung semua dia tak tumbang ke apa lagi gantung seluar jeans yg berat tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy guna ni utk gantung pakaian slain dr seluar jeans sis.Sbb seluar jeans sy gantung dkt penyidai lain..=)

      Delete
  5. best tu ada tong roro, senang nak declutter brg2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye.Lupa nk cerita. Dkt kwsn rumah ni ada 1 tmpt utk recycle jgk.

      Delete
  6. Aiiiiih kalau saya menyerah agaknya. Nasib baik kakak memang bertangan dingin dalam hal seni dan rakit merakit πŸ˜„πŸ‘πŸ‘. Menjadi hanger nya walau tanpa instruksi 😍

    ReplyDelete
  7. Bab DIY ni cukup akak dan hsuband x suka...ada satu kabinet beli kat shopee..sampai hari ni tak pasang sebab x reti...semak otak simpan je lepas tu beli kabinet daput yang baru...hahaahha..jiwa kami x sesuai dengan DIY la...

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "thisni3zahata.blogspot.my" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of thisni3zahata.blogspot.my will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.