As Salam
Aku tetibe dah rasa bosan dengan peNyidai baju dekat balkoni ni. Rendah satu hal Tak kukuh 1 hal. Udah 3 kali repair. Ini pun macam dah nak roboh. Geram aje. Hari tu pegi Giant ada jumpa offer penyidai tu RM89.90 je from actual price RM109.90. Udah Hata cakap tak perlu beli lagi. Pakai sampai roboh katanya. π
Hari tu lalu dekat tiktok outdoor hanger jenis pentagon tu. Nampak macam jimatkan space dekat balkoni ni. Dekat tiktok shop harga dalam RM25 & below. Tengok dengan shopeeaahhh RM22 je. Jadi aku terus check out. Hari Rabu dah sampai. Aku angkat kotak dari atas mailbox. Ringan aje kotaknya. Sementara menunggu hujan reda untuk pegi amik motor, aku ajak Hata tolong pasangkan.
Seller ni betul-betul suruh customer berfikir sendiri cara nak pasang ye kome. Sekeping kertas instructions pun takde. Ate kome mana gayanya??? Tengok semula la gambar yang aku check out tu. Agak-agak je.Mujur la betul semuanya...Tapi habuk dia jangan cerita la kome. Ntah stock bila seller ni bagi dekat aku pun tak tahu la. π
Moh le kita sambung menyambung kome...
Keruh warna baby wipes aku masa lap setiap besi tu.
Test satu kali....
So far setakat guna semalam...Alhamdulillah masih berdiri teguh. 1 baris boleh letak max 5 hanger. So kalau waktu tu banyak kain dibasuh, boleh jemur at least 25 - 30 helai pakaian. Bahagian atas tu boleh la kalau nak jemur si kecik yang ada (inner piece)...
Yang ni kita tengok boleh bertahan berapa lama. Kalau sekejab jugak. Aku mintak balik duit aku pada Hata. Amik mintak EXTRA sebab nak beli yang aku tunjuk awal-awal dulu tu. π
Hanger ni kalau emergancy basuh baju malam nak pakai esoknya, boleh bawak masuk dalam rumah. Tak makan space banyak. Hanger sedia ada aku dah lipat. Tunggu masa je aku nak masukkan dalam tong roro dekat bawah kawsan rumah ni. Kawasan rumah aku ni ada 1 tong roro. Penduduk boleh buang barang dalam ni ( bukan sisa makanan) dan sampai satu masa, mereka akan kutip.
Masa aku baru pindah kan ada banyak barang di-unboxing-kan. Jadi banyak kotak dan plastic. Kami buang dalam tong roro ni la. Tak buang dekat bilik tong sampah tepi lift. Bagus jugak macam ni kan?



Aduh satu hal pulak nak kena assemble tanpa instructions ye. Ampaian dekat rumah ni pun tunggu masa je nak roboh hihi
ReplyDeleteBetul tu sis.Tiba2 kena connectkan semula sel-sel otak yg dh lama x brhubung ni ..hahahha
DeleteHahaha tergelak kita jap tau... btul.la seller ni soh awok think outside the box hahaha... tp nasib baik berjaya juga ye memasangnya...
ReplyDeleteTang toro roro box tu bagus nyaa ..sennag nak buang brg² terpakai kan.. x yah pening2 nak cr tmpt buang
Itu la sis...Mujur bleh pasang. Haah..Ok jgk ada roro tu..At least sampah x brcampur.
DeleteMacam main games cantum & menang tu. Nampak kotor pada besi tu.
ReplyDeleteHaah..Hahaha..betul tu.Brhabuk betul besi2 tu...
DeleteAgak2 kalau penuh gantung semua dia tak tumbang ke apa lagi gantung seluar jeans yg berat tu
ReplyDeleteSy guna ni utk gantung pakaian slain dr seluar jeans sis.Sbb seluar jeans sy gantung dkt penyidai lain..=)
Deletebest tu ada tong roro, senang nak declutter brg2
ReplyDeleteIye.Lupa nk cerita. Dkt kwsn rumah ni ada 1 tmpt utk recycle jgk.
DeleteAiiiiih kalau saya menyerah agaknya. Nasib baik kakak memang bertangan dingin dalam hal seni dan rakit merakit πππ. Menjadi hanger nya walau tanpa instruksi π
ReplyDeleteIni pun kena buat berdua sama Hata...=)
DeleteBab DIY ni cukup akak dan hsuband x suka...ada satu kabinet beli kat shopee..sampai hari ni tak pasang sebab x reti...semak otak simpan je lepas tu beli kabinet daput yang baru...hahaahha..jiwa kami x sesuai dengan DIY la...
ReplyDelete