BUKAK PARCEL ADA BACA BISMILLAH TAK?

As Salam

Hari Isnin yang lepas aku telah dikejutkan dengan terima parcel dekat ofis dari brader courier yang memang selalu hantar parcel ke ofis aku. Dia memang cover area sini. Masa dia sebut nama aku, aku angguk tapi otak blur. Dalam kepala duk mikir aku beli apa? Rasanya pembelian terakhir adalah shoulder bagsmart tu je. Itu pun alamat rumah. Dah lama rasanya tak beli barang letak alamat ofis.

Bila tengok pengirim dari Indonesia. Sudah aku fikir sapa pulak? Takkan scammer hacked akaun shopee aku? Aku tengok jugak SPayLater aku kot-kot la scammer tu shopping guna akaun tu. Tapi takde apa-apa transaksi pulak sebab kalau nak guna SPayLater kan kena masukkan password? Kecoh jugak la aku dekat ofis hari Isnin hari tu.

Ofsmate aku pulak duk menakutkan aku. Dieorang cakap risau orang hantar jampi-jampi 😆. Hari Isnin tu aku bawak balik la parcel tu dan tunjuk pada Hata. Hata tambah rasa risau aku dengan tanya..

"Awak ada baca bismillah tak masa bukak unknown parcel ni?"
Aku jawab "Takde..."😆

Lepas tu aku pun biarkan aje la parcel tu terbiar sepi dekat meja solek. Sampailah hari Rabu lepas aku baca entry dekat blog dan tengok gambar hadiah yang blogger Cie dapat. Bag & pouch tu sebijik macam parcel misteri yang aku dapat hari Isnin. Baru la otak aku boleh relate cerita dekat entry Cie dengan parcel misteri aku tu. 😆

Rupanya parcel ni dari Kak Notie sebab aku dapat jadi peserta 10 terawal yang join her Giveaway hari tu. Allahuakbar. Macam-macam spekulasi yang terjadi hanya kerana 1 parcel misteri yang aku terima. 😁. Aku pulak tak terfikir itu hadiah dari Kak Notie. Aku dapat totebag & pouch bag ni. Alhamdulillah. Terima kasih kak Notie. Semoga murah rezeki sokmo.
Besar juga totebag ni. I suka 💜
Comey aje si koala tu 😉
Bahagian dalam totebag ni ada poket jugak.
Dapat pouch bag ni. Macam-macam boleh letak ni. 😁

Terima kasih sekali lagi pada kak Notie. Misteri telah terungkai masa aku baca entry blog blogger Cie. 😁

0 Comments:

Post a Comment

DISCLAIMER: All content provided on this "thisni3zahata.blogspot.my" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of thisni3zahata.blogspot.my will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.