BELANJA SEBAB BERJAYA & REZEKI TAK DISANGKA-SANGKA

As Salam

Hari Ahad aku tak briskwalk sebab Sabtu malam ahad aku tidur jam 12.30 tengahmalam sebab aku alter sehelai baju ni. Tapi aku tak puas hati dengan hasilnya. Yang ini nanti aku cerita ye. Lepas tu pagi Ahad tu Hata nak sambung mengemas bilik menjahit. Kami sarapan nasi goreng yang Hata masak dengan teh o panas dan keropok yang aku goreng.

Lepas tu aku pun marathon la melipat kain kome. Udah nak jadi gunung. 😁. Disebabkan memasing pun makan lambat, jadi jam 12.30 tengahari, Hata BERJAYA memberi ruang yang lebih luas dalam bilik menjahit aku. Jadi aku belanja la Hata dan anak-anak air dari 7-Eleven.
Aku beli iced Caramel Latte, Hata iced Latte, kids air Slurpee..
Lepas tu singgah Petron untuk beli Roti Boy.

Dalam jam 4:00 petang Hata dapat 1 message dari kawan cosplay. Alhamdulillah client dia setuju untuk hire kami pada bulan Oktober nanti untuk event Halloween. Ini baru betul PAID job. Sebenarnya, ada satu hari tu, kawan cosplay Hata yang merupakan kawan cosplay aku jugak sebab kami kenal each other, ada mintak gambar cosplay Hata pakai pennywise untuk di-propose kepada client dia. Lepas tu kawan cosplay ni tanya ada costume lain tak? Aku malas nak cakap yang aku boleh jadi VALAK dalam cerita NUN tu. Sebab costume tu macam ade issue sikit. Lepas tu aku teringat yang aku ada costume THE Mummy. 

Terus la aku mintak Hata tunjuk gambar costume tu a few days after Hata bagi gambar Pennywise dia. Alhamdulillah. Client tu pilih 2 cosplay character ni. Pennywise & The Mummy...Alhamdulillah. Rezeki aku jugak dapat PAID job setelah sekian lama tak dapat 😁. Seronok tak terkata. Jadi terus la masuk dalam bilik menjahit dan cari storage box yang label costume The Mummy...
Baju masih boleh pakai, seluar je dah ketat kome...
Maklum la dah 2 tahun tak pakai.. Costume ni mengecut kot. 😁

Tak sabar nak cosplay bulan Oktober nanti. In Shaa Allah masih ada masa yang cukup untuk buat apa-apa alteration dekat existing costume ni supaya nampak lagi real. 

Memang sedap la iced Caramel Latte 7-Eleven ni kome. Aku pulak sejak pindah sini rasanya dah tak pernah beli air kopi dekat 7-Eleven ni. No wonder blogger Cie suka. Adakah aku bakal install apps 7-Eleven atau beli bahan & homemade sendiri macam Cie??? 😁

BERTAMBAH KOLEKSI...

As Salam

Alhamdulillah 15 September 2026 hari tu nama aku diumumkan sebagai pemenang untuk giveaway 15th Anniversary blogger Cie. Aku lambat 2 hari untuk update detail pada Cie. Mujur Cie sabar tunggu update dari aku & tak pilih winner lain. 😁..Hari Jumaat dapat tracking number dari Cie. Hari sabtu dapat message dari Cie update yang parcel dah delivered. Waktu ni Hata baru lepas hantar Ammar ke latihan bola sepak. Jadi aku mintak Hata tolong ambilkan sebelum naik rumah.
Alhamdulillah, bertambah koleksi tudung bawal aku.
Waktu biru & coklat polkadot.
Hari ni aku pakai untuk ke ofis. Tudung ni senang nak bentuk sebab jenis kain cotton. Flawless kebenor muka ni dengan camera fon...😁

Thanks a lot Cie. I loike both of them. Aku baru je sorting tudung-tundung bawal yang lama aku tak pakai. Aku nak letak dekat recycle box. Sekali dapat yang baru untuk gantikan yang lama. Seronok teman kome. 😁Semoga pintu rezeki senantiasa terbuka untuk Cie & family. Amin

BRISKWALK 7.0

As Salam

Hari Sabtu aku briskwalk aje dengan Hata dekat laluan biasa. Cumanya kali ni kami tak sarapan dekat Q Bistro & patah balik. Kami teruskan perjalanan ke rumah & terus ke kedai roti canai melayu.
Dekat pukul 8 pagi baru gerak dari rumah.
Masa dah nak sampai ke LRT, baru aku perasan connection GPS jam ni terputus...
Lepas beberapa meter dari LRT, baru la connection ni reconnect semula.
Aku rasa aku jalan lebih dari 4KM.😁
Roti telur bawang pilihan aku & Hata.
Adakah roti canai ni bakal jadi tempat sarapan kami selepas briskwalk di minggu akan datang? 😆

Lepas sarapan, kami balik rumah. Aku bungkuskan anak-anak nasi lemak telur mata untuk che mek dan nasi lemak ayam goreng untuk Ammar. Jam 10 pagi naik motor ke kedai hardware area rumah lama - nama Jalan Langkawi, Setapak masa awal-awal kahwin dulu sebab nak beli penyambung paip. Sebenarnya hari tu paip bilik air anak-anak bocor. Masa Hata nak ganti dengan kepala paip yang baru, time pulas tu, tetibe batang paip tu patah sebab dah reput. Jadi baki kepala paip lama dah tetinggal dalam salur paip utama tu. 

Hata dah mengelabah & nak panggil plumber. Cari plumber online. Lepas tunjuk gambar range yang mereka mintak adalah RM150.00 hingga RM250.00. Lepas tu aku cakap dengan Hata. Cuba try google macamana cara atau ada tak tools yang boleh digunakan untuk keluarkan baki batang paip yang tertinggal tu. Hata pun google. Hari Jumaat, aku balik sekali dengan Hata. Sampai KL Sentral, aku singgah dulu kedai ECO sebab nak cari mini wipes yang aku cerita semalam. Hata suruh jugak aku cari tools ni.
Tools ni digunakan untuk keluarkan baki batang paip yang patah tu.

Usaha aku nak dapatkan tools ni pun ada cerita jugak. Masa dalam kedai ECO dekat area harware, aku jumpa sorang staff kedai ECO ni. Aku tunjuk gambar  tools ni & tanya ada tak tools ni. Staff tu jawab TAK ADA. SINI SAJA TOOLS YANG ADA. Sambil tunjuk rak tools. Aku tak puas hati dan cari satu-satu. Beralih ke rak lagi satu. Alik bawah sikit aku jumpa tools ni kome. Sabar aje lah. Masa nak jalan ke area toys, aku nampak staff yang sama cakap TAK ADA tadi. Aku tunjuk dekat dia kome. Aku cakap. Ni ada.Lepas tu staff renyeh je macam kerang busuk.

Sambung balik kisah paip tu ye...Jumaat malam tu, Hata try tools ni untuk keluarkan baki batang paip yang tertinggal. Tapi yang tercabut adalah batang connector ke main paip tu kome. Lagi la Hata mengelabah. Jadi lepas briskwalk, kami ke kedai hardware,bawak connector main paip yang tercabut tu dan tunjuk pada tukang kedai. Tukang kedai pun tunjuk connector tembaga dengan harga RM10.00. Balik dari kedai hardware, Hata singgah mr.DIY dekat Danau Kota tu. Besar jugak mr DIY sini kome. Ada 3 tingkat. Kami berjalan dekat setiap tingkat. Nampak topi ni. Saje la try kome. Beli tu idak.
Ok ni kalau bawak gi kebun.😁

Balik rumah, Hata try la baiki sendiri paip tu..Alhamdulillah berjaya Hata sambung semula connector dan ganti kepala paip bilik air anak-anak. Sebabnya dari hari Khamis anak-anak tumpang mandi dalam bilik kami. Lepas tu 2 hari jugak lah aku tak dapat nak basuh kain sebab paip air ke washing machine bersambung dengan paip air dari bilik air.

Alhamdulillah, jimat RM150.00-RM250.00 kami. Mana yang boleh buat sendiri tu kita try la ye dak? Takkan semua nak panggil orang untuk selesaikan. Usaha sendiri dulu.Kan? Hari Sabtu kami tak kemana pun. Hata sambung mengemas bilik menjahit, aku marathon basuh kain.

Hari ni nak makan malam apa kome?

TERSALAH BELI RUPANYA

As Salam
Hari yang aku pergi kedai ECO dekat M3 Mall tu, salah satu barang yang aku nak cari adalah mini pack wipes. Dulu-dulu kedai ECO ada jual banyak design mini wipes termasuklah ada 1 season tu wipes dia gambar papa Zola. Hari tu aku tak nampak mini pack tu. yang ada mini pack untuk make up remover je. Aku nak yang biasa. Che mek pun nak jugak. Tetibe aku nampak 1 pack mini wipes warna biru. Aku amik 1 pack je. Tak baca detail aku terus bawak ke kaunter untuk dibayar.

Sampai rumah che mek mintak 1 pack. Aku tak bagi sebab aku cakap aku nak guna. Masuk bilik, aku pun belek la mini pack tu. Ya Allah...Mujurlah aku tak bagi che mek kome. Rupanya aku salah amik...Aku amik yang ini :
Aku terbeli yang ini kome....
Ini detail dia...Lalu aku pun up gambar wipes ni dekat google Ai Mode untuk tanya dengan lebih lanjut. Ini 1st time aku jumpa wipes ni, jadi aku rasa was-was la nak guna...Ini detail dia...
Lepas tu aku tanya lagi soalan yang lain untuk kepastian. Jangan ketawa atau rasa geli pulak ye. Aku tanya untuk kepastian...
Ha..memang untuk lap montot kome. Nak lap mangkuk tandas sebelum guna pun boleh. 
Allahuakbar, mujur sangat la aku tak bagi pada che mek hari tu..kalau tak risau jugak kalau che mek guna untuk ke mulut atau muka...Hari tu pegi dekat kedai ECO AEON AU2 & NU Sentral pun aku tak jumpa mini wipes yang biasa. Jadi aku buat survey dekat shopee. Cari yang best price & check out...
Aku borong terus 8 paket yang dalam setiap paket ada 8 mini wipes.
3 paket che mek amik, lagi 5 paket aku amik simpan buat stock.
Memang comey-comey aje mini wipes ni kome.
Aku dapat harga murah la dari kedai ECO. 😁
Aku try jugak beli hot patch ni. RM0.59 je 1 pcs.

Sekarang aku dah tak payah risau dah tetnang stock wipes & mana nak dapatkan stock wipes kalau dah habis nanti.

Korang ada stock wipes any size dekat rumah? Aku ada stok yang besar untuk dekat rumah kalau tetibe nak guna. Yang size kecik untuk letak dalam kereta.

DINNER WITH BEEF BULGOGI

As Salam

Ni banyak cerita throwback aje ni kome. Jenuh nak habiskan giliran untuk sampai ke cerita latest. 😆

Hari Rabu lepas Asar aku masuk dapur semula. Daging yang aku defrost sebelum ke M3 Mall tu dah elok terlerai dari melekat to each other. Disebabkan aku dah lama tak masak menu ni . jadi memang kena bukak tiktok la untuk refresh balik bahan-bahan yang diperlukan. Nak bukak blog malas nk mencari. Cari dekat tiktok aje la...
Dah siap perap semangkuk. Sorry la mangkuk comot. 😁
Lepas perap aku tutup mangkuk ni dengan piring & simpan dalam peti sejuk.
Aku malas nak simpan dalam tupperware lagi waktu ni.

Lepas maghrib Hata tanya nak makan apa untuk dinner? Aku bagitahu yang aku dah prep daging bulgogi ni cuma takde la daun bawang & bijan tu semua. yang simple dengan bahan yang sedia ada dekat dapur ni je. Kari ayam pagi tadi pun masih ada baki lagi. Jadi malam tu aku masak la daging bulgogi & nasi. hata nak telur omelet gulung.
Daging tu aku memang sengaja potong kecik-kecik sebab nak bagi cepat masak.
Tak perlu tunggu lama-lama. Masak pun sekejab je. Agak-agak air dari daging dah nak kering, terus tutup api dan angkat masuk dalam mangkuk.
Menu simple dinner hari Rabu lepas. 😁
Aku ni gatai duk makan dalam mangkuk konon-konon nak feeling macam makan dekat Sushi King. Sekali che mek pun join makan macam aku.

Alhamdulillah...Kenyang kami sekeluarga makan daging bulgogi ni. Next time boleh buat lagi untuk stock sekali dua makan. Bahan-bahan ada lagi tu.

Korang lunch apa nanti?

MOON CAKE DARI BAKERS COTTAGE

As Salam

Hari tu balik kerja naik kereta dengan Hata. Malas nak bawak anak-anak keluar makan sebab lepas beli sepapan telur ayam dekat NSK tu jam dah 6.45 petang. Jadi aku ajak Hata beli ayam & nasi ayam dekat Bakers Cottage - Taman Melawati je. Dapat beli seekor ayam dan 2 mangkuk sup. Tapi nasi ayamnya udah habis pulak. Jalan kaki ke ayamas beli nasi 3 bungkus. Aku pulak salah nampak dan salah faham sebab staff ayamas tu cakap nak letak gravy sekali ke asing dekat nasi tu. Jadi aku ingat nasi tu nasi putih biasa. Masa dia letak pun nampak macam nasi putih je.

Mengadu dengan Hata. Melintas pulak ke KFC beli 3 bungkus lagi nasi  KFC. Sampai rumah jam 7.30 malam. Lepas mandi & solat maghrib baru makan. Mujur la aku beli nasi lebih dari 3 bungkus sebab memasing kelaparan kome. Seekor ayam blackpepper habis waktu tu jugak. Baguslah habis. Aku tak nak simpan. Risau langsung tak termakan nanti.

Masa dekat Bakers Cottage tu aku jalan kejab dekat area roti. Memang selalu je nampak moon cake ni. Nak beli risau tak habis makan sorang sebab rasa macam kids tak makan sangat moon cake ni. Tapi hari tu aku amik jugak la sebiji sebab ada promo RM10++ je. Aku memang dari dulu suka flavor red bean.
Sebiji moon cake flavor kacang merah / red bean ni pun jenuih nak habiskan.
Cantik aje kejadiannya kome.
Macam ni la dalam dia...
Penuh dengan kacang merah dan macam ada hirisan kadang badam.

Korang pernah makan any flavor moon cake ni? Aku pernah makan beberapa flavor..Tapi aku suka yang ini. Ada jugak flavor durian. Rege almost RM30.00 sebiji. Tapi bau aje lebih. Rasanya kureng. Tapi bukan dari jenama Bakers Cottage la. Aku tak ingat dah jenama yang mana. Yang pasti Halal ye kome. 😆
Masa dekat area Muzium Negara...
Aku sempat snap gambar bulan merah ni...
Semua ni sebab jerebu sekarang ni...

Semoga jerebu ni cepat-cepat la berlalu ye dak? Tempat korang teruk lagi ke jerebunya?