Dec 7, 2025

1 YEAR PLUS ALREADY

As Salam

Rupanya dah setahun lebih aku tak tukar bloglist aku..Baru perasan kome lepas tengok beberapa blogger lain buat refresh bloglist masing-masing...Rasa macam nak buat jugak..Nak bagi nafas baru untuk tahun 2026...Bila nak start? Nanti dah free-free sikit lepas pindah ni aku buat ye kome..Nanti kome join tau...

Hari ini operasi mengemas barang masih diteruskan..Memang penat kome...Masa oindah dari Kepong ke Wangsa Melawati ni hampir 10 tahun lepas, muat lorry 5 tan..Sekarang ni bila tengok pada barang yang makin bertambah especially penambahan costume & kain-kain..Rasa macam tak muat lorry 5 tan ni...


Esok koje dah kome....

Dec 6, 2025

JOM TRY - CHOCLATE PISTACHIO

As Salam

Hari tu ofismate aku try flavor baru dari AIK CHEONG...Suka benor dia try flavor baru dari brand-brand yang dia tau...Jadi dia bagi aku sepaket flavor diatas...Dah seminggu lebih jugak baru aku sempat nak try...
Cantik packagingnya warna purple nak ke lilac gitew...
Dalamnya serbuk macam biasa...
Dan macam biasa aku memang buat yang versi ada ais 🧊🧊🧊

Pada aku rasa dia ok. Cuma rasa pistachio tu memang kuat la kome...Kadang-kadang aku rasa macam makan pistachio mentah sebab bau dia kuat...Tapi rasa dia boleh layan...Nak repeat tak??? 50/50 😁

Korang dah ada yang try flavor ni? Cer komen sikit.

DUDUK DALAM BILIK TAK KELUAR DAH

As Salam

Linda tanya kita jawab...😁

Actually masa orang kedai perabot sampai memang kami dah suruh mereka pasang wardrobe ni dalam bilik master bedroom terus...Sebab wardrobe ni besar & berat kome..Wardrobe ni tingginya 8 kaki... Jadi memang kena terus pasang dalam bilik sebab tak muat nak masuk kalau pasang diluar & tolak masuk bilik..
Ini hall kami...
Ini balkoni panjang yang sambung terus dengan balkoni dekat master bedroom
Panjang balkoni ni average dalam 6.5 meter.
Aku tahu sebab hari tu beli golf carpet 3 meter dekat MR.DIY..
Panjang tu takat dari gambar ni diambil sampai dekat tiang pertama pagar tu je...Jadi kena beli lagi 1 yang 3 meter jugak baru ngam..Itu pun tak sampai ke hujung balkoni..Ade dalam 30cm lagi nak sampai ke dinding balkoni tu...
Ini master bedroom dari pintu masuk dalam rumah..Itu sliding door nak ke balkoni panjang macam gambar diatas..
Ini view master bedroom dari sliding door pulak..
Jadi kami letak wardrobe tu dalam bilik dekat bilik master bedroom..Tinggi wardrobe ni 8 kaki. 
Hall kami takde tingkap...Hanya ada sliding door je...

Jadinya memang wardrobe ni dipasang & akan kekal dalam bilik master bedroom ni..Aku tak pasti bilik ni dikategorikan luas atau sekadar OK je...Sebab alik kanan wardrobe tu masih muat aku punya meja solek lepas tu alik kiri boleh muat 1 penyidai tuala secara menegak ke dinding bilik air dan mungkin 1 shelf rack baju yang sedia ada dekat rumah lama...

Aku cadang nak letak katil dekat dinding depan wardrobe ni..Aku tak ingat pulak panjang katil ni berapa inci..Harap-harapnya masih ada ruang berjalan lepas pasang katil nanti...

Gitu la panjang lebarnya jawapan aku untuk soalan Linda..Harap terjawab sudah soalan Linda ni ye....Mungkin Linda ingat kami pasang dekat hall sebab view sliding door tu sama antara bilik master bedroom & hall...

Pagi ni lepas sarapan kami ke rumah lama lagi... Ade lagi nak kena kemas... Macam macam nk dipilih Dan dibuang. Semalam anak sedara yang dekat Kajang datang tolong apa yang patut.. Minggu depan pulak kalau free nak mintak mereka tolong pasangkan katil aku & almari baju kids


Apa aktiviti kome hari ni?

Dec 5, 2025

HANGING TV

As Salam

Memandangkan kami memilih untuk menggantung TV dekat ruang tamu, maka hari tu gigih la si Hata beli drill dekat MR.Diy...Sekali test tak degih orghe kelate royak...Means tak lut langsung nak drill dinding rumah ni..Sudah dah la..Macamane???

Hari Rabu hari tu orang ASTRO datang untuk set up dekat rumah. Kami masih melanggan ASTRO sebab pagi-pagi aku nak pasang TV sementara nak siap gi keje tu...Kadang-kadang nak tengok berita TV3 / TV9 / TV1...Lepas tu kami fikirkan kalau-kalau mak mertua aku datang nanti..At least ada lah cerita dia nak layan..Mak mertua aku layan ye cerita drama-drama semasa dekat TV...😆

Masa contractor tu duk buat keje-keje penyambungan ASTRO, Hata pun tanya la macamane nak tebuk lubang dinding ni...Ehhhhh..Contractor tu offer diri sendiri cakap dia ada tools yang boleh tebuk lubang ni..jadi Hata upah la dia RM50. Dia tolong tebuk dinding, tolong  pasang bracket dan tolong gantungkan TV kami...Malam tu Hata sapu-sapu sikit lantai then bentang carpet..Nak bukak sofa tak boleh lagi sebab nanti kan nak masukkan barang-barang..Risau terlalu berhabuk..
Gini lah keadaan terkini area menonton TV kami malam tu...
OK la kan...Wayar-wayar yang berselirat tu nanti kita fix kan...
Sound system tu kami beli sebab dapat voucher RM250 dari AEON 3 tahun lepas sebab beli peti sejuk & washing machine 10kg...Rasanya macam kami tak tambah duit pun untuk set sound system ni...


Banyakkkkk lagi nak kena kemas ni..Tak sabar rasa nak cuti seminggu dari 20/12/25 sampai 28/12/25 ni...Dengan CF lagi...😁


Korang suka TV yang tergantung macam ni atau letak dekat atas kabinet TV?

ROAD TO 1 MILLION PAGEVIEWS LESS THAN 1K 💜


UNBOXING : 24 PCS AIR TIGHT CONTAINERS

As Salam

Hari Selasa lepas Ammar discharge, Hata bawak kami ke rumah baru...Tak lalu rasanya nak duduk dekat rumah lama yang dah macam tongkang pecah sebab masih dalam proses packing barang-barang yang nak dibawa & nak dibuang. Dalam bilik master bedroom tu lagi la bersepah sebab Hata tengah clearkan area work station dia...Bilik che mek pun lebih kurang jugak.

Jadi selepas luruskan tulang belakang setelah 3 hari 2 malam tidur tak tentu hala kongsi katil dengan Ammar, aku pun mula la mengemas sikit-sikit mana yang boleh untuk bagi ruang barang dari rumah lama sampai nanti..Jadi aku mulakan dengan unboxing 24 pcs air tight containers yang aku beli 13 October 2025 yang lepas...
Seronok tengok...😁
Yang tinggi ni..Memang tinggi betul sampai tak muat nak dimasukkan 
secara berdiri dekat dalam kitchen cabinet aku..kena baringkan..
Yang lain-lain ok..Muat..
Kali kedua seronok tengok...
Tapi masa nak tutup penutup tu agak terseksa ye...
Sebab rasa macam getah dekat penutup tu terlalu tebal sampai kena 
kerah tenaga yang banyak untuk tutup tupperware tu..Aku harap bila 
dah tutup ni, lepas ni dah senang la nak bukak tutup nya..
Means getah dah lembut..Harapanku..
Hari tu balik KB aku stock up 3 in 1 terus bawak balik rumah baru...
Jadi kita stock up la mana yang ada...

Semua container yang berisi & yang kosong aku dah susun dekat dalam kitchen cabinet..Hari Rabu pagi, sebelum Hata hantar aku ke LRT Taman Melati, sempat la Hata buat secawan air panas Mocha kongsi berdua 😍...Lepas ni nak stock up teh pulak dalam container yang lain..

Yang lain-lain tu aku dah ade planning nak isi dengan apa..Nanti aku share lagi ye...Macam ni rupanya perasaan orang yang ade dapur sempurna ber-kitchen cabinet di rumah sendiri..Excited dia lain maciam 😆

Korang pun ada perasaan macam aku jugak ke masa korang mula-mula masuk rumah sendiri?

Yeay!!!!! Hari ni hari exchange gift dengan ofismate...Alhamdulillah semalam semua berjaya bawak hadiah masing-masing ke ofis..Kami dah letak satu tempat. Around 12.30 tengahri nanti kami akan bawak hadiah-hadiah ni ke meeting room untuk di-setup.


ROAD TO 1 MILLION PAGEVIEWS LESS THAN 2K 💜


Dec 4, 2025

UNBOXING KITCHEN RACK CUTLERY HOLDER

As Salam

Hari tu gatai pi beli barang ni..Sebab tengok dalam gambar macam praktikal jugak la untuk susun pisau..Sebelum ni pisau-pisau aku susun dalam bekas sudu je..kali ni rasa macam nak proper la sikit...Kebetulan pulak hari tu kak ipar yang dekat Kajang ada bagi set pisau sebab dia menang game geng-geng wife gov.
Inilah dia bekasnya...

Aku pilih warna putih selain dari warna hijau...Aku ingatkan bekas ni besar sikit dari yang aku dapat ni...Sekali sampai comey aje kome...Masa nak pasang ade tricky sikit je masa nak cantumkan layer atas & bawah yang ada banyak batang gold tu..Tapi lepas tu ok je nak sambungkan semua...

Itu lah set pisau yang kak ipar aku bagi...Gunting tu macam malfunction sebab quality memang tak berapa elok..Cuma pisau tu memang tajam la setakat ini..Oh Ya..Masa AEON ade collaborate dengan Fazli Yaacob kan ade keluarkan pelbagai jenis pisau, Kebetulan pulak masa tu kami dapat kumpul banyak jugak sticker sampai boleh redeem almost all type of their knifes & gunting dari kempen ni...Tapi aku tak sure la pisau-pisau tu bolehletak dekat bekas comey ni ke idak sebab pisau tu berat jugak kome...

Hata cakap dia nak rasmi masa memasak dekat dapur baru..Kita ikut aje la..Kita tengok Hata nak masak ape nanti 😆 ...Malam tadi kami tidur lagi dirumah baru sebab rumah lama dah start penuh dengan kotak & barang-barang yang sempat aku kumpulkan sekali..


Wardrobe pun aku dah start guna some space untuk barang-barang aku...

ROAD TO 1 MILLION PAGEVIEWS LESS THAN 3K 💜


PERABOT DAH SAMPAI

As Salam
Hari Isnin lepas masa aku & Ammar masih di bilik 608, perabot kami iaitu katil anak-anak dan wardrobe aku & Hata dah selamart sampai dan dipasang oleh pekerja kedai perabot..Alhamdulillah semua nampak ok & mereka dah skru body to body katil & body to diven katil anak-anak..Semua pun dah masuk dalam bilik masing-masing...
Ini katil dalam bilik Ammar...
Tinggi & nampak besar katil ni...
Aku puas hati 😍
Design & warna yang sama macam bilik Ammar untuk bilik che mek...
Seronok le che mek sebab aku belikn tilam 10" untuk both of them..
Jadi tinggi la sikit katil ni nanti...
Wardrobe ni gedabak besarnya kome...
Plan asal nak letak dekat sliding door tu sebab ingat makan ruang 2 sliding je...
Tapi masa Hata VC dan tunjuk keadaan sliding kalau letak wardobe ni dekat sana,ruang pintu sliding tu jadi kecik sangat...Jadi tak cantik...
Maka letak la dekat tingkap ni...Selasa malam Rabu tu aku tolak wardrobe ni tutup 100% tingkap...Sebab alik sliding tu ade 3 power point..

Hata bagitahu kalau dia sempat & larat, hari ni nak angkat bag-bag pakaian yang sudah aku kumpulkan untuk dibawa ke sini...Lepas tu dah boleh gantung sikit-sikit sementara fully moving out dari rumah lama...

Selesai part perabot yang besar-besar ni...Sekarang tengah kumpul budget untuk beli kerusi dekat island table, meja kopi dekat balkoni, meja study anak-anak - kalau masih ada ruang dalam bilik masing-masing & karpet rumput golf untuk balkoni...


Harapnya dapat settle dalam keadaan terkawal & seperti yang dirancang..Amin

Dec 3, 2025

Dec 2, 2025

BERSIARAN LANGSUNG DARI BILIK 608

As Salam
My views from Sunday nite until today

Al-kisah si Ammar..Aduhai...It's something unpredictable but in the it's rite...Gitu lah cerita dia ...

Cerita dia macam ni...Hari Jumaat petang, Ammar & che mek mengadu sakit perut sampai takde selera makan...Sabtu petang baru bawak anak-anak ke klinik sebab aku nak mengemas rumah dan percaya anak-anak sakit perut biasa je...Sabtu malam Ahad aku urut che mek dan alhamdulillah Ahad siang dah elok...Kecuali Ammar...

Masa kami dekat OU, Ammar dah cakap dia sakit perut tapi aku ingat Ammar seorang yang tak tahan sakit. Balik dari OU kami singgah rumah baru sebab plan nak mengecat 2nd layer...Masa nak mula tu, baru peraan Hata terlupa nak bersihkan roller cat..Terpaksa pegi ke Mr.DIY dekat M3 Mall untuk beli yang baru...Sampai rumah dah maghrib..Lepas maghrib Hata cakap kami balik rumah lama dulu kemas-kemas baju sebab plan nak tido dekat rumah baru untuk sambung mengecat.

Plan A bertukar ke plan B bila Ammar cakap dia sakit perut yang sangat-sangat. Jadi plan kami bertukar kepada Hata drop aku dan che mek dekat rumah untuk kemas-kemas baju sementara Hata bawak semula Ammar ke klinik yang sama semalamnya ( Sabtu )...Sementara mengemas tu Hata update tentang Ammar. Buat urine test sebab takut kencing kotor..Sekali doctor check urine Ammar ada protien...Jadi doctor risau Ammar ada sembelit atau appendix..jadi suruh Hata refer Ammar ke hospital. Maka Hata pilih untuk pegi KPJ Ampang Puteri.

Hata sampai rumah amik aku & che mek..Lepas tu kami pegi rumah baru sekejab untuk aku amik beberapa barang untuk dibawa ke KPJ. Jam 9.30 malam kami sampai ke kecemasan, daftar 5 minit kemudian, 5 minit lepas tu dipanggil untuk check basic badan Ammar..Tetibe Ammar ada demam sikit.
Waktu ni Ammar kena pakai wheelchair sebab dah 
tak larat sangat nak berjalan...
Ini waktu tunggu turn untuk registration.
Hata dengan kaca mata hitamnya 😁
Lepas jumpa doctor nama Gerald, terus aku & Ammar dimintak masuk ke ED...
Tak lama lepas tu kami dibawak ke bilik xray untuk 
check condition perut Ammar...
Sunyi je suasana tempat x-ray ni kome...
Mujur la sekejab aje prosesnya 😁
Ini masa dekat ED...

Untuk amik darah Ammar & drip air...Cucuk kali pertama dekat tangan kanan, tak kena urat...Cucuk kali ke-2 darah keluar sikit sangat tapi masih boleh amik amount yang nurse perlukan...Waktu ni nurse majority lelaki..Ada seorang dua je nurse perempuan...Aku pelik...Waktu ni dieorg amik darah Ammar dengan teknik cucuk jarum, lepas tu amik sikit-sikit...Bukan cucuk jarum then amik terus darah masuk dalam balang biasa tu...Mungkin procedure baru kot sebab dekat klinik pun guna teknik yang sama...

Lepas amik darah, tunggu keputusan x-ray...Tak lama pun, specialist pun datang explain tentang keadaan perut Ammar...Doctor cakap dalam usus Ammar ada banyak najis yang terkumpul beserta dengan gas. Jadi doctor mintak nurse bagi ubat buang air besar tapi yang melalui saluran najis a.k.a ikut bontot...

Proses ni Ammar request untuk buat dekat bilik air sebab Ammar risau tak sempat ke toilet...Padahal jarak toilet hanya selang 3 katil je...Lepas cucuk Ammar ada membuang tapi tak banyak, ada jugak buang angin yang tersekat dalam usus tu...

Tak lama lepas tu, SN nurse lelaki jugak datang kali ke-3 untuk cucuk jarum drip air...Masa proses dekat lengan ni, Alhamdulillah sekejab je dah jumpa urat & Ammar tak jerit macam masa kali pertama & kedua. Tak lama lepas tu staff lain datang mintak aku register untuk admit Ammar. Single room tak available, yang ada hanya bilik 2 orang. Kalau nak bilik sorang yang premium, cost RM480/nite sedangkan insurance Hata untuk family tanggung kos bilik bawah dari harga itu.Jadi aku dan Hata setuju untuk amik bilik berdua. 
Waktu nistaff cakap tutup dulu langsir ni sebab takut lambat dapat bilik sedangkan masa registration dah dapat bilik dah..Mungkin mereka 
risau proses nak prepare bilik tu lama...
Tapi alhamdulillah aku & Ammar tak perlu tunggu lebih dari 15 minit pun...
Staff yang incharge bawak aku & Ammar ke ward east wing...
Dalam jam 11 malam dah dapat bilik...
Bilik 608...
Alhamdulillah katil sebelah kosong..Jadi malam tu hanya Aku & Ammar aje yang ada dalam bilik ni...Hata & che mek dapat naik sekejab je dengan alasan nak hantar barang keperluan aku...Sebab waktu-waktu macam ni mane boleh mana-mana pelawat naik..Lepas hantar barang, Hata & Che mek pun balik.

Selepas mandi & solat, dalam pukul 1 jugak aku suruh Ammar tido...Aku pulak jam 3 pagi baru dapat lelapkan mata sebab acu baru nak terlelap, bunyi mesin air drip Ammar...Tengok-tengok air drip botol pertama tu dah habis...Terpaksa la aku pergi kaunter panggil nurse...Dah terlelap, tersedar lagi jam 4.45 pagi sebab sekali lagi drip air Ammar habis untuk bekas silinder tu..Bangun lagi panggil nurse untuk refill...

Jam 5.40 pagi alarm harian aku pulak berbunyi..Snooze sampai jam 6.10 pagi...Maka terus la aku bangun selesaikan apa yang patut...Dalam jam 7.20 pagi aku sekali lagi ke kaunter tanya tentang cafe dekat KPJ ni...Sekarang bangunan dah baru, jadi mesti la ada perubahan kan...Nurse bagitahu dekat level G ade cafe..Maka aku bagitahu Ammar yang tengah mamai tu yang aku nak turun beli makanan...Lapo kome..Dari jam 7 malam semalam aku tak makan apa-apa..hanya minum air je lepas tu...
Aku beli nasi impit kuah kacang..Sedap tapi pedas sikit..
Makan seketul lepas tu letak tepi dulu sebab risau sakit perut...
Aku amik english breakfast ni...
Semua menu dekat cafe ni adalah secara buffet..
Amik makanan yang kita nak, lepas tu bawak ke kaunter untuk mengiraan & bayaran...Aku add on jugak 1 nasi lemak, drummet 4 pcs & nugget sayuran kot...
Alhamdulillah, jam 8.15 pagi Ammar bangun & dah ada selera makan...
Ini Ammar makan sarapan laksa kontot goreng yang KPJ sediakan...

jam 9 pagi specialist semalam datang buat rondaan..Dia check Ammar dan dah nampak ada perubahan...Tapi dia mintak nurse bagi sekali lagi ubat melalui bontot untuk clearkan betul-betul usus Ammar. Lepas sarapan dalam jam 10 macma tu nurse pun datang dengan sorang lagi staff untuk buat proses masukkan ubat. Waktu ni aku keluar dari bilik sebab tak sanggup tengok proses tu 😁Alhamdulillah, dalam masa 10-15 minit perut Ammar dah start rasa nak membuang...
Lepas membuang Ammar rasa lapar semula...
Jadi Ammar makan makanan yang aku beli dekat cafe pagi tadi...
Menu lunch untuk Ammar dari KPJ...
Korang dapat teka kan yang mana satu Ammar makan dulu?😁

Jam 3.30 petang kot baru Hata dan che mek dapat datang sebab sebelum tu orang internet TIME datang rumah baru untuk buat proses pemasangan..Lepas tu orang perabut plak datang jam 12 tengahari...Alhamdulillah wardrobe aku & katil anak-anak dah selamat sampai dan dipasang...Dalam jam 4.30 petang aku ajak Hata pegi turun ke cafe sebab tekak rasa nak makan buah, ingatkan dekat cafe aku jual cut fruit, rupanya, takde..jadi kami keluar dari area KPJ menuju ke ZUS seberang jalan tu...
Hata dan anak-anak masik menu biasa...
Aku pulak try amik menu terbaru ZUS dengan redeem voucher 20% off...
Sedap jugak menu ni kome..Next time bleh try lagi 😁

Dalam jam 5 lebih sekali lagi psecialist datang buat rondaan dan dia cakap In Shaa Allah hari ni Ammar dah boleh discharge cuma nak kena tengok progress membuang tu berjalan dengan lancar ke tidak..Ammar kena amik lagi ubat untuk lembutkan najis & buang angin...Specialist tu tekan-tekan perut Ammar dekat tempat yang sama dia tekan semalam tapi Ammar dah jebik kesakitan...Petang tu specialist tekan-tekan & Ammar takde rasa sakit sangat & that's is a good result.

Jam 7.30 malam semalam Hata & Che mek pun berangkat pulang sebab Hata masih tak berani nak balik malam sebab pemandangan Hata masih belum jelas sepenuhnya. Kita tunggu la petang ni ye...Harap-harap benar bagai dikata Ammar dah boleh dicharge..Aku ni dah amik EL dari hari Isnin lagi....

Esok Hata kena pegi semula ke IKONIK EYE SPECIALIST CENTRE untuk bukak kanta mata yang dah dipakai sejak hari Jumaat...Semoga proses tu berjalan dengan lancar..Amin...Hata kena pegi dan balik naik grab.

Dec 1, 2025

IKONIK EYE CENTRE

As Salam

Hari Jumaat, seharian Hata tak dapat nak bukak mata sebab Hata cakap sakit. Sakit dan pedih macam kena rembesan masa kita tengah potong bawang...Jadi semalam Hata hanya bangun untuk solat..Selebihnya Hata hanya TIDUR..Memang doctor dah bagitahu masa dekat centre tu balik rumah kena TIDUR.

Hari Jumaat tu, balik kerja aku singgah AEON Alpha Angle sekejab sebab nak beli tomato, kentang & kobis...Ehhhhh..Tersangkut 1 baju tidur berlengan panjang RM10 sehelai sebab ade event BLACK FRIDAY...Dari AEON tu aku amik cab bsalik kerumah. Sampai rumah terus masak kurma ayam & tumis kobis...Tapi yang makan hanya aku & Ammar..Che mek tak nak makan sebab sakit perut...Hata pulak tak masih tak boleh bukak mata...Hata cakap kalau bukak rasa pedih dan mata akan berair macam orang menangis...Jadi Hata hanya bangun untuk solat Maghrib & Isyak je..Tak makan langsung dari waktu aku pergi kerja...Masa sampai rumah kau hanya sempat masakkan maggi je sebab kami sampai rumah dah jam 11.30 pagi, aku kena pegi ofis semula jam 12.30 tengahari.
Dalam hujan naik grab jam 7.30 pagi kena charge RM60..
Sampai ikonik eye specialist jam 8.08 pagi...
Ingat lepas daftar nak pegi breakfast dekat ZUS dulu sebab 
appointment Hata jam 9 pagi...
Sekali staff suruh terus naik ke level 1...
Sebelum gerak dari rumah, pesakit tidak dibenarkan memakai minyak rambut / pomade, deodorant, perfume & bedak semuanya..
Mujur la Hata seorang yang tak cepat naik bau badan 😆
Aku sendiri pun waktu ni tak pakai perfume sebab risau melekat dekat baju Hata...Tapi aku masih pakai deodorant 😆
Sejukkkk...
Ni tengah tunggu giliran..
10 minit lepas tu kena beralih ke area lain untuk pesakit...
Aku follow la Hata...Sekali staff announce, semua peneman 
dekat duduk dekat area sebelah...
Tempat yang aku & Hata mula-mula sampai...
Maka duduk asing la aku & Hata dari jam 8.40 pagi sampai jam 10.30 pagi..
Ade kisah hot chocolate dan roti bakar ni...

Dalam jam 9 pagi staff ikonik berbangsa indon tanya aku nak air tak??? Aku jawab tak nak sebab aku ingat dia nak bagi aku air kosong dari water dispenser tepi aku ni...Lepas tu staff tu tanya brader selang sebuah kerusi aku pulak...

" Tuan nak minum? Hot choc / milo / kopi & roti bakar?"
Aku terus pelik..Kenapa staff tu tak cakap ade air-air ni masa tanya aku?

Sejam lebih lepas tu ade sorang lagi staff tanya aku...
Aku pun jawab...
" Saya nak hot choc & roti bakar "😁

Lapar kome..Tak sempat nak bersarapan pun pagi tu...Baru 2 kokak makan roti bakar peanut ni, Hata pun keluar dari bilik surgery...10 minit lepas tu kami pun keluar dari Ikonik Eye Centre ni untuk panggil grab kena charge RM27...
Dalam kalut pagi tadi bleh pulak terlupa perkara paling penting yang 
nak kena pakai lepas surgery ni... SPEK MATA HITAM!!!!
Masa tengah tunggu grab sampai dalam 8 minit..
Mata Hata memang tak boleh kena cahaya langsung...
Bila kena je auto mata Hata akan pedih dan berair...
Mujur la Hata pakai hoodie aku ni...
Jadi tutup la mata dengan hoodie..

Hari Sabtu pagi lepas subuh Hata cakap dah rasa ok sikit tapi masih kena pakai spek...Langsir dalam bilik pun tak boleh diselak melainkan langsir dekat area almari baju aku...Nak jugak masuk cahaya...Pagi Sabtu aku panaskan lauk kurma & malam Sabtu tu aku masak pulut kuning cicah sambal ikan bilis sebab rasa teringin...Aku masak sikit je pulut kuning tu...
Gini la Hata waktu makan nasi lauk gulai kurma ayam 😁
Itu spek mata yang sepatutnya Ammar pakai masa hari kanak-kanak sedunia...
Tapi rupanya dibeli untuk Hata sendiri yang pakai 😁

Semalam Hata dah ok dah sikit...Cuma spek mata tu memang tak boleh tanggal dari mata...Hari Rabu ni Hata kena pegi sekali lagi ke IKONIK Eye Specialist jam 4 petang untuk bukak contact lens yang dipakai sejak dari hari Jumaat lagi...


Hata cakap dia dah boleh nampak muka aku dengan jelas 😁...Kalau sebelum ni, memang kena pakai spek baru nampak jelas...kalau tak pakai spek nampak kabur je...Alhamdulillah...Semoga lasik ni jadi asbab penglihatan Hata makin jelas selepas ni...Amin

IT'S OUR 17TH ANNIVERSARY

As Salam

Alhamdulillah Allah masih panjangkan jodoh kami berdua..Doanya agar jodoh ini berpanjangan hingga akhir hayat kami berdua.Amin..
Gambar recycle aje kome...
Alhamdulillah untuk 25 tahun ni...
8 years in relationship & 17 years in marriage life

Hari Sabtu seharian kami memang tak keluar rumah sebab condition Hata masih belum sembuh sepenuhnya...Jadi hari Sabtu pagi aku panaskan lauk kurma ayam, masak pulut sikit lepas tu panaskan sambal ikan bilis...Makan la ini kami sekeluarga..Tapi dah lewat jugak sebab aku mengemas rumah dulu..Rasa lapar baru makan. 

Hari Ahad nak tak nak Hata kena keluar dari rumah jugak sebab nak kena pegi kedai perabot Ladaza tu untuk buat full payment baki duit perabot yang kami tempah hari tu...Jadinya jam 11 lebih baru kami keluar rumah. Waktu pagi aku masak nasi goreng.

Lepas buat bayaran, kami ke OU..Ingat nak celebrate anniversary..Sekali semua kedai penuh, nak cari parking pun hampir give up sampai aku bagitahu Hata, kalau 2x pusing lagi takde jugak parking, kita keluar aje la dari OU ni...Alhamdulillah tak sampai 3 minit aku cakap nak balik kalau tak jumpa parking, depan kami alik kanan parking lot ade sebuah kereta nak keluar..Tak jauh pun dari entrance tapi di tingkat 5...

Akhirnya kami makan aje la dekat food court OU ni...Macam tak dapat nak proper celebrate aje ni..Tapi tak pe lah..Nanti kita fikir lain untuk yang lebih proper 😁
Sebelum keluar kena titik ubat mata supaya tak terlalu pedih...
Actually aku pun tak nak ke OU ni sangat..Tapi Hata asyik sebut nak makan untuk celebrate..Sebab tu aku ajak ke OU sebab macam dah under same route dari LADAZA tu ke OU...Dalam mall Hata kena pakai spek mata hitam sepanjang masa..
Christmas deco dekat OU - New Wings..
Snap dari level 3 je kome...
Idak le aku nak turun sebab memang takde niat nak berjalan-jalan...
Niat nak gi makan, masuk AEON kejab lepas tu balik.

Semua pakat amik bento je kecuali Ammar...
Ini menu pilihan aku...Alhamdulillah kenyang...

Salmon pilihan Hata...
Che mek pilih ayam goreng crispy ni..
Che mek cakap sedap...
Terliur tengok rojak mamak..
Order la 1 yang biasa..Sedap tapi tak habis sebab kuah dia pedas sikit 😁

Lepas makan terus ke AEON sebab plan nk survey harga cordless vaccum...Ingatkan sama level dengan food court ni..Sekali dah pindah ke level LG skali dengan DAISO...Masa lalu dekat bahagian kanak-kanak, aku sempat grab 3 botol mandian untuk anak-anak...Hata pulak dapat grab 1 spek mata hitam Polaris sebab Hata cakap spek mata yang dia pakai waktu tu tak cukup gelap untuk tidak buat mata Hata silau & berair...Mujur la staff AEON ni nak melayan kami..Kebetulan spek mata tu ade diskaun 70% off...Terus la Hata beli...

Lepas survey cordless vaccum, kami pun gerak balik sebab waktu ni Ammar teribe sakit perut yang amat sangat sampai berjalan pun slow & macam membongkok sikit. Actually hari Sabtu petang tu kami dah bawak Ammar ke klinik, ingat bila makan ubat dah ok sikit..Rupanya tak ok lagi...

Lepas keluar dari OU, kami terus singgah rumah baru sebab planning aku & che mek nak mengecat 2nd layer ruang tamu dah bilik che mek...Baru start sikit udah Hata pulak tak rendam berus cat dengan elok...Udah aku & Hata kena pegi Mr.DIY dekat M3 Mall untuk beli berus baru..Plan kami nak tidur rumah baru so esok pagi Hata hantar aku dekat LRT Taman Melati je..Anak-anak kami pontengkan sebab nak temankan Hata berurusan dengan ASTRO untuk cabut & pasang decorder dekat rumah baru...Orang perabot pun akan sampai hari yang sama... 
Hadiah Anniversary yang aku pilih sendiri...
Tahun ni jam yang sama model dengan jam tangan tahun lepas

Ini jam tangan warna baru keluaran Casio untuk series Moonphase..Aku beli sebab keluaran kali ini ada warna fevret aku..Jadi masa tengah offer & masih ada stock, mari lah kita grab..Dah lama tak pakai jam tangan tali besi macam ni sebajk-sejak pakai smartwatch.

Hari tu gi kedai jam untuk potong tali sampai fit dekat tangan aku...Alhamdulillah chargenya hanya RM10...Hata pun ade teringin 1 jam casio ni...Tapi warna yang Hata nak berserta dengan takde tarikh dah habis stock...Jadi Hata cakap tunggu nanti-nanti lah dia redeem hadiah Anniversary dia pada aku 😆

Aku kisah Ammar yang mahu aku cerita kan....Nanti free kita share sini ye...