Apr 30, 2026

MY KITCHEN : BUTTERMILK CLAMS

As Salam


Aduhai...Hata ketawa bila aku bagitau sis SA mintak resepi dari Hata. Jadi Hata bagi la.Dia pun masak simple-simple je janji kami sekeluarga kenyang. 😆
Simple clams buttermilk recipe from Hata.

Harap resepi ringkas ni dapat bantu sis SA untuk masak this weekend ye? 😁.

Yeay!!!! Esok cuti. Kemana kome? AKu dan Hata takde plan lagi sebab memasing tengah nak menabung untuk misi hujung tahun 😆. 

Tapi rasa macam nak menjahit.

MISI HARI AHAD

As Salam

Ahad pagi Hata ajak ke pasar pagi dekat Danau Kota. Tapi sebelum tu kami ke kedai nasi lemak Saleha dulu sebab Ammar request nak sarapan dengan nasi lemak Saleha. Lepas beli baru kami ke pasar pagi tu. Hata teringin cakoi & capati dekat pasar tu sebab dah lama sangat tak makan.
Sarapan pagi Ahad.
Cakoi, roti goreng inti kacang merah, apam manis, 
capati, nasi lemak Saleha & kopi O panas.

Lepas makan kami berehat lagi. nasi lemak & capati masih ada baki & memang tak masak tengahari la hari Ahad tu. Jam 12.30 tengahri aku & Hata keluar ke Kamdar Masjid Jamek. Mencari apa? Planning nak cari kain untuk kenduri kahwin 31.5.2026 nanti. Ingat nak jahit. Tapi takde corak kain dari warna tema yang aku berkenan. 

Last-last aku ajak Hata gi Muaz Textile. Aku cakap kita cari dekat sana. Kalau takde cari dekat First Lady. Kalau takde jugak baru fikir cari kain dekat Shopeahhh. Alhamdulillah. Jumpa aku kurung untuk aku & che mek. Hata pulak beli 1 set baju melaju slim fit size L & untuk Ammar kami belikan size S - dewasa. Lepas dah dapat baju, kami turun bawah cari tudung mix & match pulak. Alhamdulillah jumpa jugak shawl warna mixed & match. Aku amik 2 warna shawl yang berbeza. Balik rumah bagi che mek pilih.
Temanya SAGE GREEN

Ntah la betul ke idak ikut tema. Amik aje la warna yang seakan-akan pun. Tapi memang tak sama dengan warna baju dari Somerset bay yang aku beli. Kalau sama aku dah recycle je pakai baju itu. Alhamdulillah baju aku & che mek 2 pasang dapat harga below RM100. Baju melayu hata & Ammar RM89.90 sepasang. Ok lah..Janji ikut tema.😁

Balik rumah terus suruh kids try. Alhamdulillah baju kurung che mek aku amik size L, ngam dengan che mek. Tak besar sangat. Aku kena amik size L sebab nak lengan baju tu panjang sikit. Che mek kurus tinggi. Jadi kalau amik baju size M, lengan tu akan pendek sikit. baju Ammar pun muat. Cuma nanti aku kena potong sikit bahagian lengan & kaki seluar.

Lepas tu memang kami duduk rumah je tak kemana. Sebab baki capati & nasi lemak ada lagi. Memang beli lebih. Lepas maghrib sekali lagi kami keluar sebab nak beli susu kotak dutch lady Ammar dekat Lotus's. Alhamdulillah dekat Lotus's dapat harga lagi murah dari Giant. Aku beli 3 pack susu full cream & 1 pack susu perisa strawberry. lepas tu beli susu kotak Lotus's full cream 5 kotak.

OTW balik rumah singgah gerak jual DURIAN. Ammar nak makan durian pulak kome. Layan lagi kehendak anak. Sekarang bukan musim durian sangat. jadi agak susah nak cari gerai yang banyak stock. Kami singgah 1 gerak ni yang jual durian kampung special - 3 biji RM50. Alhamdulillah puas dapat makan walaupun hanya durian kampung. Aku dah Hata tak nak dah makan durian yang mahal-mahal ni sebab dah pernah rasa. Jadi tekak nak makan durian kampung je. Mujur la Ammar tak banyak songeh. Asal dapat makan durian Ammar dah senyum dah. Makan la puas-puas ye kome.😁
Alhamdulillah semua isi elok. Ada seulas dua je yang keras sikit.

Lepas makan terus balik la kome. Udah malam. Esoknya sekolah & kerja. Misi mencari baju untuk kenduri kahwin 31.5.2026 tercapai dan keinginan Ammar nak makan durian pun tercapai jugak. Selesai aktiviti hari minggu kami. 

Minggu ni kerja 4 hari je..Esok cuti 3 hari kome 😁

Apr 29, 2026

JANUARY,FEBRUARY,MARCH & APRIL BIRTHDAY CELEBRATION

As Salam

Hari Selasa hari tu ofis aku buat bday celebration untuk staff yang lahir bulan January, February, March & April. Simple je celebrationnya sebab buat time teatime. But meriah sebab bos pun mulut bising. Lagi bising bila tengok hadiah bday masing-masing dari bos kami yang tukar jenis hadiah tahun ni. 😆
Karipap pusing gebu gebas 😆
Staff-staff yang diraikan.
Hadiah birthday yang bos aku sediakan. Tahun ni lain dari tahun lepas.
Aku cakap dekat bos. Ini mini handbag hermes 😁
Alhamdulillah..Kami suka 😆
Memasing senyum sampai ke telinga bila bukak hadiah ni..
Tambah senyum & ketawa 1 ofis bila tengok character dekat setiap totebag ni.
Memang kena betul dengan character memasing.
Aku duk terfikir, character apa la yang bos aku akan pilih untuk aku nanti. 😆

Aku makan both cake 1 slice each, karipap 3 ketul & 6 pcs cucoq udang tu. Lepas tu dah terasa kenyang sangat. Alhamdulillah kenyang sampai waktu balik kerja jam 5.30 petang.Balik kerja cuaca elok panas. Terus rasa happy sebab fikir kain dijemuran akan kering elok 😁. 


Kome buat apa hari ni?

Apr 28, 2026

Tag Berantai: Jom Berkenalan

As Salam

Blogwalking ke blog sis SA & baca entry sma tajuk macam tajuk entry aku petang ni. Skrol ke bawah tengok macam nama sendiri. Klik nama tu....Ehhh..Memang betul blog kita kena tag. Meh le kita layankan kome. Tapi aku nak tag siapa? 😆. Step ni senang je. Cuma kena tunggu untuk chatgpt generate gambar kita je.
  1. 1. Log akaun chatgpt anda.
  2. 2. Upload gambar anda.
  3. 3. Taip: “Knowing everything you know about me from my blog (taip nama blog anda), make an infographic of me in Bahasa Melayu. Make a 3D cartoon style image."
  4. 4. Tekan ENTER untuk menjana imej.
  5. 5. Save gambar dan post di blog anda.
  6. 6. Tag 5 sahabat blogger yang lain.
Lepas pilih gambar, letak arahan, klik generate dan tunggu sekejab, maka inilah hasilnya...
Disebabkan dalam blog ni aku macam banyak kecek kelate, udah Chatgpt ingat aku ni anak kelate. Padahal nantu orghe kelate jah...Lepas tu apesal black pink ada dalam cerita hidup aku ni??? Layan K-Drama tu betul dah..Tapi part K-pop tu macam jauh je perginya...😆 Apa pun ade jugak yang betul dalam ni..Kita layan aje la ye...

Tapi aku saje je bagitahu dekat chatgpt yang aku anak orang payrock...Ini je hasil yang dia bagi...
Udah tetibe suka kopi Ipoh pulak. Lepas tu ade hati nak pegi concert Blackpink. Sudahhhh..Ada sesiapa nak belanja ke?? 😆

Aku tag mana-mana yang aku rasa belum kena tag lagi la ye kome...

Sesiapa antara 5 blogger yang kena tag ni, kalau lalu blog ni, meh la layan jugak tagging ni ye...Just for fun. 😁

DINNER AT SURAYA SEAFOOD RESTAURANT KAMPUNG BARU

As Salam

Hari Sabtu lepas maghrib kami ke kedai printing dulu sebab che mek mintak print kan soalan contoh untuk exam dia minggu depan. Lepas tu baru la kami ke Kampung Baru. Sampai sana dalam jam 8.30 malam. Parking dekat luar RM6.60 per entry dan kena jalan kaki masuk ke dalam deretan kedai makan Kampung Baru tu. Plan asal che mek nak makan dekat kedai makan nama KAK SOM. Sekali sampai dkedai tu dah bertutup dengan kain biru yang orang buat renovation tu. Lerrrrr...Tutup untuk renovation pulak. 

Jadi kami terus kena tukar plan ke SURAYA Seafood Restaurant seberang jalan kedai Kak Som tu. Aku memang tak nak makan nasi sebab masih kenyang makan mukbang yang Hata buat. Tapi aku tetap jugak order pulut manga & rojak buah
Rojak buah nest. Aku cakap aku tak nak nenas 
& mintak lebihkan buah kedondong.
Pulut manga yang sedap. Pulut tu lembut elok masaknya.
Hata order nasi air berlauk.
Teh o ais untuk che mek & aku share dengan Ammar. Hata amik sirap bandung.

Ammar kami orderkan nasi putih & tomyam ayam. Che mek pulak makan mihun tomyam. Kami makan tenang-tenang aje. Dalam jam 10 kot kami pun gerak balik. OTW nak balik tu kami singgah kedai gunting rambut Ammar dekat Taman Melawati. Dekat sejam jugak menunggu Ammar siap. 

Lepas tu balik rumah, mandi sebab badan dah bau orang memasak. Dalam jam 12.30 jugak baru kami semua tido...Hari Ahad misi aku & Hata tercapai. Selesai 1 hal. Tak perlu fikir dah sampai la hari event. 😁

Kome buat apa hari minggu?

Apr 27, 2026

YANG MANA SATU BETUL?

As Salam
Hasil tangkapan dekat Giant & kedai telur tepi NSK

Hari Sabtu pagi aku & Hata ke klinik Anda sebab aku nak jumpa doctor untuk beberapa perkara. Doctor detect aku ada eczema . Jadi aku kena cari cara untuk elak eczema ni berterusan sebab nak cure sepenuhnya memang tak boleh. Lepas tu kami ke Giant setapak beli barang dapur sikit. Hata cakap nak buat mukbang. Aku follow je. Bleh la top up apa-apa yang kurang dekat dapur tu. Especially susu kotak full cream anak-anak. 

Lepas amik apa yang perlu untuk buat mukbang & susu kotak, kami pun ke kaunter bayaran. Dekat sini aku hangin aje dengan cashier & back up staff dekat kaunter ni. Aku amik susu kotak dutch lady yang kotak kecik 6 kotak sepaket tu. Dekat rak harga RM8.90. Aku amik susu full cream & perisa strawberry untuk che mek. Aku amik banyak susu full cream untuk stock sebulan. Aku amik 4 pack. Sekali masa dia punch susu full cream tu, harga jadi RM9.90 pulak. Bila aku tanya kenapa harga tak sama. Dia boleh tanya aku...

"Ada amik gambar tak?" 

Terus la Hata sound sekali. 
" Takkan setiap barang yang kami amik kami kena snap gambar?"

Terus staff tu diam aje. Lepas tu tetibe pulak cakap ini susu rahmah kena amik dekat rak lain.  Betul la kan? Takkan setiap barang yang kita amik kita kena amik gambar price tag? Aku memang ade amik gambar hari tu. Tapi hanya gambar shower gel & gambar santan kotak 200ml cap S&P. Yang lain tu aku tak amik la sebab budget tak lari harga yang aku kejar tu. 

Kena lagi dengan aku pulak.." Aik?? Susu rahmah? Ini sy amik dekat rak sana, nampak harga RM8.90. Kenapa cakap susu ni susu rahmah & kena amik dekat sana (ntah mana dia tunjuk tadi aku pun tak pasti) untuk dapatkan harga RM8.90 pulak?"  Terdiam lagi staff tu.

Kejadian sama untuk susu anlene kotak kecik 4 kotak untuk satu pack. Harga dekat rak RM6.29 sen. Sekali punch harga RM7.70. Mintak gambar lagi. Kena sound lagi. Berbulu je aku & Hata pepagi hari tu kome.

Sudahnya aku cakap kira aje la yang lain dulu. Dah siap kira staff lagi sorang tak balik-balik lagi dari tengok harga. Sudahnya aku & Hata cakap cancelled aje la amik 4 pack susu dutch lady & 2 pack susu anlene tu. Sakit hati aje.

Perkara ni bukan sekali jadi. Dah beberapa kali. Bukan dekat Giant je. Dekat Lotus's pun pernah jadi. Masa aku beli detergant basuh kain. Harga dekat rak RM16.99. Sekali punch harga RM18.59. Aku bayar dekat cashier depan rak detergant tu. Bila dia pegi tengok dekat rak, dekat price tag tu tunjuk promo untuk RM16.99 tu tamat SEMALAMnya. Tapi sampai hari ni tak buang price tag promo tu. Aku mana ada masa nak tengok promo tu start & end date dia bila. Mata aku ni nampak rege murah dari biasa memang terus grab. Keje staff Lotus's tu sendiri la untuk buang any promo price yang dah tamat tempoh.

Lepas tu aku cakap. La..Promo dah habis semalam. Kenapa tak buang? Staff tu diam je. Lepas tu pegi balik dekat kaunter cashier & refund baki RM18.59-RM16.99. Kadang kita bukan nak amik kesempatan. Tapi geram jugak la dengan kecuaian macam ni. Kalau waktu tu dia bertegas cakap harga dah back to normal, memang aku return aje sebotol detergant tu. Aku diam bila dia terus je proceed dengan refund.

Sabar aje la bila ada kes-kes gini. Tapi tetap jugak la bersuara supaya staff yang jaga pricing tu alert. Kan? Korang pernah kena macam aku kena ni? Apa yang korang buat?

MUKBANG WITH HATA

As Salam

Semalam pegi Giant Setapak lepas balik dari klinik. Ade kes jadi dekat Giant masa nak buat pembayaran. Tapi tu nanti entry petang ni aku ceritakan ye. Balik dari Giant dah dalam jam 11 pagi. Sampai rumah terus Hata cakap nak prepare masak bahan-bahan mukbang sekali dengan masak nasi, dan buttermilk clams. Aku tolong gitu-gitu je sebab lepas tu aku tak sedar yang aku terlelap dalam bilik . Tau-tau ada bau masakan😁

Jam 1.30 tengahari kami dah bersiap sedia untuk lunch.
Mukbang & makan nasi.
Closed up sikit. Ini semua Hata kukus.
Udang, sotong, bemdi, timun & salad.
Ikan siakap goreng garing. Memang potong 3 sebab nak bagi senang kids makan. Waktu ni che mek duk makan ikan goreng je sampai 3 ketul. Kira seekor ikan che mek sorang je yang makan 😀
Cicah dengan sos yang Hata buat sendiri. 
Memang superb la dekat tekak aku 💜
Makan dengan nasi. Sebab waktu ni Ammar pagi tu tak bersarapan.

Alhamdulillah, kenyang kami sekeluarga makan meriah ber-mukbang bagai hari Sabtu tu. Lepas makan memang berehat aje la. Aku je jemur kain 1 round. Lepas tu memang berehat sampai la lepas maghrib che mek ajak makan dekat luar. 

Dekat mana? nanti aku cerita ye?
Kome buat apa hari minggu hari tu?

Apr 26, 2026

IT'S WE TIME

As Salam

Hari Jumaat pagi lepas hantar anak-anak ke sekolah, aku & Hata berdating / ber-we time dekat kedai mamak NZ. Dekat belakang Wangsa Walk tu. Saja pegi brakfast jauh sikit sebab masa sampai jam baru pukul 7.05 pagi. Masih terlalu awal untuk aku naik LRT ke ofis. Lagipun dah lama kami tak breakfast dekat sana.
Aku amik set puri. Macam tak percaya aku boleh makan sampai habis. 
Biasa aku sekeping, Hata tolong habiskan lagi sekeping. 😁

Hata amik maggi goreng tambah telur mata. Kami makan santai-santai je sampai jam 7.45 pagi. Lepas tu Hata hantar aku ke LRT Sri Rampai. Dah lama tak dating berdua sejak-sejak Hata start outstation ni. Dah almost 3 months tak outstation. Sekali kena udah direct 2 minggu . I is terkesan jugak la 😆. Nasib dah prepare mental & fizikal 😁.

Aduhai..Esok dah start kerja. Mujur la kerja 4 hari je lepas tu Jumaat cuti sampai Ahad. Korang buat apa hari ni? Aku planning nak beli barang dapur. Stock dah ada yang habis especially susu kotak untuk anak-anak makan dengan cornflakes. Nak beli chicken slice & chicken loft jugak untuk gilir-gilir letak dalam chicken wrapped anak-anak.

Grocery shopping is one of my therapy 😁

Apr 25, 2026

TERBANG MELAYANG RM270.00

As Salam

Khamis malam Jumaat yang lepas, masa balik dari AEON AU2, waktu aku nak bukak peti sejuk, aku terpijak setompok besar air yamg mengalirdari peti sejuk. Terkejut betul aku. Bila bukak peti sejuk nampak air mengalir dari dinding alik dalam peti sejuk. Terus la Hata google technician yang boleh baiki masalah peti sejuk ni. Peti ni baru dalam 4 tahun rasanya.

Hata set untuk technician datang jam 10.30 pagi Jumaat. Lepas technician tengok & baiki Hata pun hantar gambar pada aku.
Motor tempat ais batu tu dah rosak.

Katanya salah satu punca adalah sebab bila buat air batu, terlalu banyak air yang mengalir keluar dari bekas ais tu. Bila air terlalu banyak mengalir keluar dan masuk dalam saluran motor tu, lama-lama motor tu jadi rosak. Lagi satu sebab aku terlalu banyak buat ais batu dalam peti sejuk ni. Pulak.

Jadi lepas ni aku kena transfer bekas ais batu yang aku beli dekat kedai ECO ke dalam freezer dan kena pesan dekat kids kalau refill air dalam bekas ais batu, make sure masa letak tu elok-elok jangan sampai tertumpah. Maka melayang la RM270.00 Hata. Tak pelah..Nak buat macamana. Silap sendiri jugak. Lepas ni kena beringat la.

Moral of the story. Letak jugak la ayam yang dah dipotong kecik-kecik dalam bekas untuk elak aku nampak kosong membazir ruang je peti tu 😁. Peti sejuk korang ade meragam macam ni?

OLE-OLE DARI JERTEH

As Salam

Semalam Hata sampai rumah dalam jam 6.40 gitu. Aku memang tak masak sebab memang planning nak makan dekat luar je. Jadi lepas maghrib baru kami keluar. Planning nak makan dekat mamak Syed,Taman Permata tak jadi sebab dekat luar dengar bunyi guruh yang kuat. Sampai dekat kereta hujan dah start turun. Masa dekat Melawati Mall hujan dah turun lebat sangat. Jadi kami ke AEON AU2. Makan dekat food court je. Beli makanan dekat AEON. Yang dah siap bungkus tu. Kebetulan pulak waktu ni staff AEON dah letak diskaun 20%.

Lepas makan kami ke Al-Ikhsan. Ammar tak sabar lagi nak mintak si ayah tengokkan stock kasut yang dia berkenan tu dekat sana. Tapi masa sampai kami cari takde. Bila tanya staff katanya kasut itu tak masuk dalam al-ikhsan dekat AEON AU2 tu. Jadi kami masuk sekejab dalam grocery, beli coklat then balik. Waktu balik hujan yang lebat tadi dah berenti.

Sampai rumah Hata mintak aku masak 1 satar yang Hata bawak balik dari Jerteh tadi. Dia beli masa OTW nak balik KL.
Hata belikan kami kepok lekor. Ada yang boleh direbus & digoreng.
Hata belikan jugak 2 jenis Satar.
Aku bakar dalam air fryer suhu 180c untuk 15 minit.
Alhamdulillah memang sedap la cite dia kome.

Aku masak 8 pcs. Duk berborak dengan Hata, tak sedar dah makan 3 pcs. Lepas tu aku stop sebab dah jam 9 lebih ni kome. Mana maunya makan dah jam-jam ni. Dah la waktu ni aku masih kenyang. Diajak makan pulak. Memang lepas tu aku tido tak ingat apa. Sedar-sedar tekak rasa perit. Bangun minum air & sambung tido sampai la bunyi alarm jam 5.20 pagi. Snooze sampai jam 5.40 pagi baru slow-slow bangun dan prepare chicken wrapped Ammar & che mek.

Pagi semalam semangat Hata nak tunjuk promo dekat kedai kasut yang Ammar berkenan tu. Apa lagi. Macam nak melompat la si anak bila tengok ada SALE tu. Tapi tak dapat diconfirmkan lagi outlet mana yang ada stock kasut yang Ammar nak tu. Tengok la macamana hari ni.

Hari ni nak lunch apa pun tak pasti lagi.
Korang buat apa hari ni?

Apr 24, 2026

MURTABAK DAGING Q BISTRO

As Salam

Hari Rabu aku dah jammed fikir tentang menu dinner. Balik rumah tanya kids, memasing cakap tak tahu nak makan apa. Tapi aku tahu Ammar kena makan nasi. Che mek cakap takmo nasi. Aku pun not in nasi mood. jadi jam 6.20 petang kami jalan kami ke Q Bistro. Sebelum tu singgah petron beli curry puff mereka yang ala-ala curry puff IKEA tu. Beli la 3 biji.
Aku amik murtabak daging RM11.50 kalau tak silap.
Boleh la..Aku makan 1 slice je. Baki bawak balik. 
Tetibe rasa tak selesa nak makan dekat mamak tanpa Hata 😆
Menu Ammar macam biasa...
Nasi separuh, ayam goreng seketul. Kuah kari ayam & kuah ayam madu.

Lepas murtabak aku siap dibungkus kami pun gerak ke kaunter bayaran lepas tu ke Giant mini. Aku nak beli roti. Sebab pagi tu terbantut aku nak makan roti wholemeal bila tengok date dah expired dan roti dah berkulat. Sedangkan baru je sehari dua expirednya. Dulu-dulu roti Gardenia ni kalau expired sehari dua masih boleh dimakan. Tak de kulat. Ini dah ada kulat dah.

Jadi aku beli roti yang baru sebab nak makan dengan nutella dekat rumah. Sampai rumah jam 7.05 petang. Terus suruh Ammar mandi, aku pun mandi. Lepas maghrib rekod video Ammar bercakap dalam bahasa arab cerita tentang pinggan yang bulat dan letak dekat rak pinggan. Beberapa kali take jugak baru OK. Aduhaiiii..Sabar aje la dengan little hero.

Hari ni tak sure lagi nak makan apa. Kita tunggu la idea dari Hata pulak fikir tentang menu dinner. Esok kemana kome? Esok aku & Hata takde plan apa-apa lagi. Mungkin pegi beli barang dapur sikit kot.

SEWING PROJECT : LEFT TO RIGHT

As Salam

Hari tu ada masa free sikit jadi aku niat nak sambung menjahit baju kurung sekolah che mek yang dah beberapa lama ditinggalkan selepas berjaya dipotong. Aku rasa aku start dalam jam 8 malam. Mula dengan jahit tepi, lepas tu buat lubang leher baju. Lepas tu mula cantum kekek , pesak & lengan baju. Then buat poket baju & cantum ke badan baju.

Ade yang tersilap jugak. Maklum la dah lama tak menjahit baju kurung pesak, bukak jahitan dan sambung ke arah yang betul semula. Alhamdulillah by 10.30 malam dapat siapkan sehelai. Siap iron sekali lalu. Alhamdulillah kali ni aku perati betul-betul posisi poket baju kurung che mek ni. Kali ni aku berjaya jahit poket baju alik kanan badan baju.  Bukan lagi lefthanded macam sebelum ni.😆
Sehelai baju kurung pesak sekolah che mek.
Ini belum iron betul-betul lagi. Part leher baju tu memang aku 
jahit mesin je. Malas nak jadi sembat tangan.😁
Poket baju lubang size 5.5 inch. Alik KANAN 😆

Alhamdulillah. Siap sehelai. Dapat la che mek buat tukar-tukar sampai hujung tahun nanti. Dengarnya tahun depan semua pengawas PSS kena letak jawatan sebab nak fokus pada SPM. Kalau confirm, tahun depan kena jahit baju kurung sekolah warna putih. In Shaa Allah aku try jahit awal sikit. Try la jahit lebih dari sepasang. Actually jahit baju kurung pesak ni simple je. Yang tricky masa nak amik ukuran setiap bahagian baju macam kekek, pesak, poket . 😁.

Next project apa? 
16 May 2026 nanti Teacher's day kan?
Kain remnant ada lagi ni..
Boleh la start cari idea nak jahit apa untuk buat as hadiah teacher's day nanti.😁



Apr 23, 2026

JALAN KAKI LAGI KE KL EAST MALL

As Salam

Lupa nak cerita. hari Sabtu lepas Zohor, Hata bergerak ke jerteh. This week outstation kesana pula. In Shaa Allah petang ni akan balik ke KL semula. Bukan nak cerita tentang Hata outstation, tapi nak cerita tentang keinginan tertangguh che mek 😆.

Actually masa dekat Mid Valley, che mek ada cakap nak makan Ilao-Ilao. Tapi disebabkan kekangan masa jadi Hata cakap petang nanti pegi la dengan ibu ke KL East Mall. Aduhai...Pepandai je Hata bagi idea tau 😆. Jadi 4.30 petang cuaca dah mendung sekali dengan guruh. Jam 5.30 petang baru kami bertiga bersiap. Masa dekat lobby aku try la panggil grab. Dah la kena charge RM8. Tapi lebih dari 5 minit kami tunggu masih tak dapat driver. Jadi kami decided untuk jalan kaki sekali lagi. Laju-laju jalan kaki sebab hari dah mendung macam dah nak hujan sangat dah.

Sampai je KL East mall, terus menuju ke Ilao-Ilao. Mujur la 1 level je dengan bridge dari rumah. Kami makan dekat bangku mall je. Sebab bangku dekat kedai tu dah penuh dengan pelanggan lain.
Puas hati kids dapat makan aiskrim ni..Aku amik sesudu dua je dari che mek.

Lepas makan kami ke Decathlon pulak. Saja jalan-jalan lagi.  nak legakan sikit kaki yang berjalan dari rumah ni. Takkan pegi semata-mata nak makan aiskrim kan? Jadi kita buang masa la sekejab. Tetibe tersangkut dengan sehelai seluar track ni. Grab sehelai dan bayar. Lepas tu ke Al-Ikhsan saje tengok-tengok rege kasut yang Ammar berkenan. Sama je regenya dengan dekat Sport Direct. Lepas tu kami pun berjalan kaki balik.

Masa OTW aku bungkus burger daging special untuk dinner. Kids aku bungkuskan daging salai masak lemak. Ok je burger ni. Rasa biasa. Rasa macam sedap lagi burger yang dijual depan simpang nak masuk rumah aku tu. Burger Azli. Tapi rasanya hari tu gerai tu tak bukak.

Malam tu kami santai-santai aje dekat rumah sebab aku dah penat berjalan. Tapi tetap la mengemas dapur. Susun tupperware yang dah dibasuh dalam kabinet, basuh lapik kaki dekat dapur, tukar lapik kaki...Ehhhhh mengemop 1 rumah pulak. Cuci bilik air master bedroom. Aduhai..Kata nak santai-santai je..Tapi tetap la buat keje.Lepas tu repeat tengok cerita Rain dalam Ghost Doctor. Jam 11.30 malam ajak anak-anak tido. 

Dinner nanti nak makan apa ek? Encik bos dah balik 😍