Friday, January 24, 2014

Kutub Bumi Kian Menyongsang, Malaysia Bakal Jadi Negara 4 Musim Tidak Lama Lagi?

As Salam

Entry : Wallahu'alam

Jom la kita sama-sama baca..
Jadikan peringatan. Bila dah baca ini, aku jadi takut. Aku takut bile fikir sempat ke idak aku perbanyakkn ibadat & amal. Dapat ke aku cium bau syurga? Nak percaya atau tidak itu terpulang.. Kalau x betul pun at lease kite jadikan peringatan utk diri kita untuk tambahkan amalan.

Jom baca : Sumber dari blog yang Hata pass info ini pada aku.

Kebanyakan media sosial dan blogger kini sibuk memperkatakan fenomena pelik yang berlaku di seluruh dunia dan didakwa sebagai tanda awal kiamat. Negara beriklim tropika dan panas mula menerima kesan akibat perubahan cuaca mendadak pada tahun ini dan sebahagian kawasan seperti Mesir serta Vietnam turut dilitupi salji tebal.
saljidimalaysia
Perubahan magnet pada kerak bumi menyebabkan Kutub Utara bergerak dengan lebih cepat ke arah Siberia untuk berada pada kedudukan 40 darjah.
Beberapa kajian mendapati pergerakan itu berlaku semakin laju iaitu pada jarak 42 km sebulan dan dianggarkan berganjak sebanyak 2 km sehari pada 2013. Ia merentasi garisan Khatulistiwa untuk berada pada kedudukan 40 darjah di selatan.
Jika keadaan itu berlaku, seluruh permukaan bumi berkemungkinan akan berubah seperti dipaparkan dalam filem sains fiksyen berjudul ’2012′.
Paling memeranjatkan, kawasan Amerika Selatan terutamanya Brazil didakwa akan menjadi Kutub Utara manakala India menjadi Kutub Selatan.
Bagaimana dengan nasib Malaysia? Ia dikatakan akan membeku dan berada sebaris dengan India, sekali gus meletakkan garisan Khatulistiwa berada di Antartika.
http://billyinfo.blogspot.com/2013/12/kutub-bumi-kian-menyongsang-malaysia.html
Bandar pesisir pantai bakal tenggelam dan Australia Barat dipercayai turut mengalami nasib sama serta setengah negara mengalami waktu siang atau malam lebih panjang.
Fenomena medan kutub bumi menyongsang dikhuatiri mengakibatkan bencana alam lebih dahsyat seperti taufan, gempa bumi dan letusan gunung berapi.
Selain itu, ia juga akan memberi kesan besar kepada ekosistem dan migrasi haiwan yang selama ini bergantung kepada perubahan musim dan iklim di sesuatu kawasan.
Medan magnet bumi juga akan menjadi lemah dan terdedah kepada fenomena ribut suria serta sinaran kosmik iaitu partikel bertenaga tinggi dan gelombang elektromagnet dari angkasa lepas.
http://billyinfo.blogspot.com/2013/12/kutub-bumi-kian-menyongsang-malaysia.html
Pergerakan kutub memang sedang berlaku dan ia boleh dilihat menerusi kejadian bencana alam yang didakwa berpunca daripada pemanasan global dan perubahan iklim secara mendadak sejak akhir-akhir ini.
Pelbagai teori didedahkan menyebabkan saintis menganggarkan medan magnet akan menyongsang dalam tempoh dua tahun lagi berdasarkan pergerakan kutub yang semakin laju.
sumber: sinarharian, billyinfo.blogspot.com


Sama2 la kita perbanyakkan amalan selagi termampu. Aku sedih bile ada yang mcm SUKA pulak dgr berita2 gini..


End

Aiskrim Malaysia..

As Salam

Entry : activity

Smlm lepas dinner, tetibe teringt nk buat aiskrim Malaysia seperti yang aku janjikn pada Hata & my Qaisara..

Then mlm tadi aku pun buat la air sarsi & milo..

Che mek tolong kacau sikit2..pass kan aku plastik aiskrim tu..huhu..

Alhamdulillah misi berjaya..hasilnya :
sebatang 20 sen..boleh??haha

Dapat la dlm 20 batang..aku just testing aje buat ni..buat pun dalam jug kecik sajo..huhu

Harap2 today or tmrrw dah boleh dirasmikan..

Aku igt lg dulu2 beli 10sen jer sebatang..skrg..bile sekali sekala terjumpa..air sirap aje pun..tp jual smp 30sen. Pendek pulak tu..rase mcm separuh je dari plastik.kiki


Actually plastik ni dh lama beli. Beli kat pasar siti khadijah lagi..Beli rm4 dapat setgh kilo.huhu


Plan nk beli byk lg cordial so boleh la buat byk sikit..kiki..mane la tau boleh bwk blk kg ke..bwk jual kat opis ke..ehhh..haha



End