Saturday, April 20, 2024

20 JAM 40 MINIT

As Salam
Sehari dua ni mmg VIRAL cerita ttg keperitan blk ke KL dr Kelantan.Begitu jgk la dgn aku. Pengalaman perit nk smp ke rumah. Kisahnya aku grk dr KB hari ahad 5pagi. Memula nmpk jln clear & walaupun kereta dh start byk tapi traffic terkawal lagi. Sedar tak sedar matahari dah terbit tapi kami masih jauh dgn bandar gua musang (GM)😨. Nak waze jalan lain pun lebih kurang je jammed dia. Nak ikut jalan jeli-gerik-kuala kangsar aku & Hata x berani walaupun org bgtau byk kereta lalu sane waktu tu. Cukup la dulu pengalaman lalu dkt jalan mempaga yg buat aku seriau. Jalan lengang, jalan kecik, kiri kanan mcm lombong , air warna lain2, lalu kelapa sawit, lalu ladang getah. Haishhh...Kalo dpt keluar dr sane matahari masih cerah xpe..Kalo sane pun dpt keluar waktu dh gelap..Mmg naya pak karim 😃

Setelah beberapa jam mengadap jammed, kami berenti je dkt mane2 kedai makan yg bukak.Nmpk byk kete berenti kami pun ikut sama berenti. Waktu ni Ammar dh nk terkucil. Sementara aku ke toilet, Hata order mknn sbb kelaparan.
Rambut little hero dah serabai 😀
Sup tulang + urat keting + perut kitab dia sedap wehhh.. 😋
Ade kisah mase dekat kedai makan ni. Masa aku nk gerak masuk kete, ttibe je terdengar bunyi motor terseret ke jalan. Bile aku toleh tengok2 motor dah menyusur betul2 depan mata. Naya wehhh...Lepas motor tu dah terbaring, lmbt jgk rider tu nk bangkit semula. Bila dia dh angkat badan, Hata tlg angkatkan motor . sekejab tu tgk ade 1 kete honda susur keluar parking masuk kedai. Rupanya kete tu nk masuk kedai tapi x bg signal. Motor tu plk duk alik kiri. Jadi mmg terbaring la motor tu mngelak kete yg keluar mengejut tu. Lepas Hata angkatkan motor, kami nmpk rider tu terjengkot2 berjalan masuk ke kedai. Driver kete dtg dkt dia & kami pun teruskan perjalanan. Mujur la nmpk mcm cedera ringan je. Internernal x sure.
Lepas tu kami mengadap jammed semula. KB tu GM 12jam.Cramp kome.
Berenti kejab dkt dpn sekolah GM utk fikir samada nk teruskan perjalanan / berenti dkt bandar GM
Lepas fikir byk kali, Kami decided utk amik hotel budget dkt GM utk berehat.Hata dh x larat. Lepas ke booked hotel, kami load brng asas sikit. Badan dh berlengas walau duduk dlm kete beraircond. Jadi kami ke kedai tepi2 bangunan hotel tu utk cari baju salin. Kami kalo blk KB mmg x bwk baju salin sbb kami mmg tgglkn baju salin dkt sane. Senang lain kali nk blk. X perlu bwk baju salin 😁
Baju paling murah 😂
Pkol 12tghmlm, kami teruskan perjalanan. Igtkan dah clear la sikit. Sekali apoooooooooooo...Jammed jgk wehhhh....Stress bermula...
Lepas 2 jam mengadap jammed bergerak 30cm stp 20 minit, Waktu ni jgk la kete ttibe shut down. Terkejut kami.. Dah la waktu ni duk dkt lane kanan. Mujur la ade 1 kete geng bdk lelaki tlg tolak kete ke tepi. Tapi x smp pun 10 minit duk dkt tepi jln tu, system turn on semula. Aku syak sbb kete ni dh terlalu lama enjin on tp x bergerak sgt. So enjin panas. Sbb tu system shut down kejab nk bg temperature kete cool down sekejab.

Tapi pkol 4 jgk baru kami gerak semula. Itu pun mnyiput jgk. Lepas highway merapoh tu jln dh clear dah. Ramai yg pecut. Pkol 7.30 smp dkt tol karak. Lepas tok karak jammed tp gerak slow..Laju sikit dr highway merapoh tu.
Alhamdulilah, akhirnya jam 8.40am hari isnin kami selamat smp ke rumah. Waktu ni aku & Hata terpaksa amik EL & kids ponteng sekolah. Terpaksa la kan..Smp je rumah, lepas load brng dr kereta, terus aku pejam mata smp la Ammar kejut ajak sarapan sbb lps load brng Hata gi beli sarapan. Lepas bersarapan, aku PAKSA semua kena TIDUR...Rehatkan badan masing2 lepas berjam2 dlm kereta. Aku risau kids demam je...Sebab lama sgt duk dlm aircond kan...

Tghari tu baru keluar cari mknn...Malam sebelum tidur kami semua minum vitamin C. Nk bg bdn re-cover blk sepanjang perjalanan kami nk blk KL.

MasyaAllah...
Aku rase perjalanan pulang kali ni yg paling lama & paling mencabar. 😂. Mana mungkin perjalanan yg sepatutnya am,ik masa 7 jam..Boleh jadi smp 20 jam 40 minit x termasuk 7jam waktu bertenang? Dulu tahun 2013 pernah la kena sekali. Itu pun 17jam je . Ini dah lebih seharian. Lepas tu aku ckp dgn Hata..lepas ni jgn buat hal blk KL on last day of PH..Blk awal sehari or 2 hari si better 😂

Ade ke yg sangkut sama mcm aku?
In Shaa Allah hari ni dh start hadir jemputan rumah terbuka..
Rumah aku je x terbuka...
Tp aku dh bgtau awal2...
Kalo nk dtg beraya bgtau.. Sbb aku xde buat open house tahun ni 😁