Tuesday, February 20, 2024

BILA MASUK USIA 40 TAHUN, BANYAK PERKARA KITA KENA KURANGKAN…

As Salam

Saje nak kongsi sbb semua akan berada di peringkat usia ini kalo diizinkan Allah...

1. Kurangkan makan

Oleh sebab badan kita ni dah menua, begitu juga organ di dalamnya. Keperluan badan pun dah makin berbeza. Makan sekarang sekadar cukup nak bagi tenaga dan tak boleh dah lagi nak disumbat selagi ada.

2. Kurangkan berkawan

Bukanlah semua kena tinggalkan. Mana baik kita simpan, yang mana toksik kita maafkan dan lepas itu lupakan. Kemudian alihlah perhatian. Waktu begini kena cari kawan yang selalu ingat mengingatkan bahawa dunia ini bukanlah tempat berkekalan dan sering nasihat kita untuk terus sediakan bekalan.

3. Kurangkan membeli

Saya perasan umur begini kita mula mengerti bahawa mengumpul barang tu dah tak perlu lagi. Semakin banyak barang semakin semak kita tengok sana sini. Lagi pula kita dah tahu barang tak pakai akan jadi beban di sana nanti. Berapa banyak rupanya dulu wang kita terbazir atas nama hobi dan sebab kita minat nak kumpul koleksi.

4. Kurangkan bercakap

Benda ini senang sahaja untuk suami. Untuk saya memang kena berlatih lagi. Kata Ustaz kalau nak kurangkan bercakap banyakkan berzikir di mulut dan hati. Bila semakin banyak ia terisi, semakin kurang rasa nak bercakap perkara yang tak mendatangkan erti.

5. Kurangkan ‘complain’

Selama ni saya selalu perhati, ada dua jenis orang saya pernah temui. Satu yang hidupnya suka sangat memuji-muji, semua orang dan semua benda sentiasa memberi erti. Orang begini saya lihat sentiasa disayangi. Tapi ada juga yang gemar komplen tak henti-henti. Seakan semua benda tak beri kebaikan buat diri. Orang begini pula selalu orang lain hindari. Apa kita nak jadi nanti, pandai-pandailah pilih sendiri.

6. Kurangkan ekspektasi

Nak rasa apa ni adalah atas pilihan kita. Ikhlaskan semuanya walau balasannya kadang tak seberapa. Tak pun kadang memang langsung tak ada. Kita baik sebanyak mana pun sentiasa ada yang tak suka dan selagi banyak mengharap balas atas segala usaha, semakin sakit jadinya hati saat diuji rasa. Tapi begitulah kaedahnya. Lillahitaala tu tak semudah berkata-kata.

7. Kurangkan kerja

Dulu kita ingat kerja ini lah yang bagi rezeki. Lagi banyak kerja lagi banyak duit kita nanti. Lalu kita kerja dan kerja tak berhenti-henti dan tak perasan satu masa anak dah besar dan pasangan dah tak sekuat dulu lagi. Tapi sekarang dah mula pandai bahagi-bahagi. Kita tahu bila nak kerja dan bila nak luang masa berkualiti. Kita nak menang dua-dua tak nak ada satu yang kita rugi.

8. Kurangkan anxiety

Nak hilangkan anxiety boleh cuba ikut pesan Ustaz Wadi. Yang dah lepas belajar lupa apa yang jadi. Yang akan datang jangan fikir begitu teliti. Jadi manusia kita cuma usaha sepenuh hati. Apa saja yang datang kemudian nanti itulah kita punya rezeki. Baik atau buruk sentiasa jadi rahsia yang sering menguji.

Pepatah Bahasa Inggeris ada mengatakan bahawa ‘life begins at 40’ yang bermaksud, kehidupan seseorang itu akan mula dirasai dengan betul-betul dan secara matang apabila masuk usia 40 tahun. Betul atau tidak?

Ada juga yang mengatakan bahawa perjalanan hidup apabila usia memcapai 40 tahun ini lebih mencabar dari segi mental dan fizikal apabila badan sudah terasa ‘tua’ dan banyak pantang larang perlu diambil berat supaya kehidupan menjadi lebih tenang. 


*Sudah bersedia untuk menjengah ke usia 40 tahun?