Jan 2, 2026

JIKA TIDAK HARI INI, MUNGKIN MINGGU DEPAN

 As Salam

Begitulah situasinya antara aku dan Hata...Hari tu nak masak nasi, plan nak guna periuk nasi yang comey muat 3 pot tu...Sekali entah kemana pulak la kami letak penutup periuk tu sampai tak jumpa-jumpa lagi...Lepas tu masak la guna periuk besar yang muat 10 pot lebih kot...

Nahhhh norkiahhhhhh!!!!...Air / wap masa nasi tu meriah betul menyembur ke lantai dan kitchen kabinet aku...Jenuh jugak memikir macamana nak selesaikan issue ni? Dulu masa dekat rumah lama aku lapik kain je bawah periuk ni...Tapi tetap la rasa tak best sebab wap tu kadang-kadang macam terlampau melawan tokey...

Jadinya hari tu aku berdua dengan Hata je ke Giant Setapak...Niat asal nak beli lauk basah untuk stock minggu lepas...TETIBE kaki kami melencong ke area electric...TETIBE tengok area rice cooker....TETIBE terberkenan dengan rice cooker yang ini...Mula-mula tengok jugak perbezaan harga dekat Shopeeahhh...Beza hanya dalam RM18 termasuk shipping kalau beli online...Kalau beli online nak kena tunggu pulak..Kami nak cari solution ASAP sebab rasanya dalam minggu tu memang akan kerap memasak...
Kami amik rice cooker jenis macam ni dari brand TEFAL...
Waktu ni Giant ada bagi diskaun...Ok jugak la diskaun ni sebab tak jauh sangat beza dengan harga dekat online...
Periuknya gini...Bulat macam belanga...
Dah try test masak nasi 3 pot...
Alhamdulillah takde wap yang melampau keluar dari rice cooker ni...
Hanya kena alert dengan wap yang keluar dari corong atas cover tu je...
So far kiri kanan cover takde wap yang mengalir keluar...
Ini pilihan yang ada untuk memasak...
Aku mesti la pilih white rice...
Lepas masukkan periuk, tutup..Lepas tu tekan button white rice & 
biarkan aje nasi tu masak macam rice cooker lain...
Menu express kami sekeluarga...
2 ketul ekor ikan siakap masak sweet sour, ayam goreng & chicken popcorn korea tu che mek beli dekat cafe ofis Hata waktu mereka lunch.
Semua ni Hata yang masak sebab aku ade kerja lain yang nak diselesaikan...

Semoga usaha kami nak elak dari lantai berkecak dipermudahkan...Besar jugak modal nak beli rice cooker ni kome...Tapi pejam mata sekejab sebab dah penat nak fikir solusi lain...


Rice cooker korang ade jadi macam aku punya tak???
Ke sebab jenis beras?
Alhamdulillah esok cuti lagi selepas sehari bekerja hari ni...
Kemana kome esok?

SEWING PROJECT : MOOD YANG TIBA-TIBA

As Salam
Hari kedua di tahun 2026 aku nak story tentang apa yang aku jahit...

Hari Selasa hari tu masa aku dekat dapur, aku rasa tak sedap hati bila tengok storage kabinet yang aku letak microwave & air fryer tu togel tak berlapik...Aku risau lama-lama jadi comot sebab dasarnya putih...Maklumlah...Orang baru dapat perkakas baru untuk rumah sendiri..Memang level penjagaan dia tu lain maciam sikit 😆

Jadinya aku masuk dalam bilik Ammar, bukak shelf rack yang ada kain-kain perca & bukan perca, lepas tu nampak pulak tuala che mek yang lama. Tuala tu sekali dua aje che mek pakai sebab tak serap air sangat...Jadi apa aku buat???
Ukur dasar storage kabinet, cari kain, jumpa kain flannel ni & towel tadi..
Potong ikut ukuran...
Jahit keliling tapi tinggalkan dalam 1 tapak tangan untuk proses terbalikkan 
kain ni..Lepas diterbalikkan ke arah yang betul, aku jahit keliling 
sekali lagi hujung ke hujung.. 
Sepatutnya dah siap...
Tapi rasa macam kosong pulak kain ni...
Jadi aku jahit silang pangkah macam ni...
Jarang jauh-jauh je aku jahit...
Siap...
Hampar atas kabinet & susun semula barang asal atas kabinet ni...
Selesai permasalahan aku tentang dasar kabinet ni 😆

Kalau dah comot nanti kita boleh angkat dan basuh...Proses amik ukuran, cari kain, potong kain dan jahit amik masa dalam sejam..Sampaikan Hata pun pelik ape angin aku menjahit tengah-tengah malam ni??? Tapi itu la..Bila hati kata kena jahit cepat-cepat & bila angin menjahit tu mari, memang segar aje mata ni mengadap mesin jahit & semua perkakas menjahit. Tengok la nanti kalau rajin lepas siap jahit langsir aku jahit lagi sehelai buat back up...

Esok kemana kome?

Esok pagi dalam jam 10.30 In Shaa Allah kami akan ke jemputan majlis perkahwinan cucu kepada 2 pupu arwah FIL...Arwah FIL dengan 2 pupu yang kami panggil pok cik pin ni memang rapat...Masa arwah FIL meninggal dia sanggup datang dari Pasir Putih walaupun dah kena berjalan menggunakan tongkat dan bantuan dari orang lain. Jadi macam tak best pulak kalau tak datang.


Lepas kenduri kemana kita kome??? Nanti aku share ye..

Jan 1, 2026

UNBOXING : SIMPLUS MULTIFUNCTIIONAL EGG COOKER

As Salam

Aku plan nak mulakan semula rutin breakfast yang telah aku tinggalkan sekian lama sejak-sejak dapat kunci rumah rasanya...Hari tu terasa nak beli egg cooker supaya senang aku nak masak telur rebus tanpa perlu aku on dapur gas. Maksudnya masuk dalam maker lepas tu tinggalkan dan tunggu masak sendiri je...

Jadi aku pun survey la egg cooker dekat shopee...Nak beli yang takde brand langsung risau pulak bila main dengan barang letrik ni...Nak beli yang advance sangat risau membazir pulak sebab fikir nak masak telur aje pun 😆...Jadi aku beli la brand SIMPLUS ni...Isnin malam selasa jam 11 malam aku test masak telur rebus kome...
Inilah egg cooker-nya...
Comey aje bekas ni kome...Tapi muat masuk 4 biji telur...
Aku beli masa 12.12 hari tu..Dapat la below RM40
As simple as ABC..
Basuh telur, letak dekat tapak, masukkan air separas telur, 
pilih jenis masakan yang korang nak...
Nak soft boiled egg, hard boiled egg, tea egg & ada lagi 4 pilihan lain...
Aku pilih hard boiled egg...Option L3

Mula-mula aku rasa aku salah pilih option..Idak bergerak proses masaknya kome..Lepas tu aku mintak tolong Hata tengok semula manual...Lepas Hata godek-godek, tengok suhu dekat screen makin naik sampai 100 LED (tak nampak dalam gambar sebab lupa nak snap..LED akan bernyala ditengah-tengah antara timer & function )..Lepas suhu dah sampai 100, cooker akan auto stop dan tunjuk angka 12...Lepas habis bilangan angka 12 secara menurun sampai ke 0, egg cooker ni akan berbunyi menandakan telur sudah masak...

Lepas dah bunyi tu cepat-cepat pegi tengok & keluarkan telur dari cooker ni...Lepas dah kupas kulit telur ni kami belah dua nak tengok menjadi ke idak???
Alhamdulillah...Menjadi kome...
Next time boleh masak yang soft boil egg & pilihan lain pulak...
Jenis telur yang boleh dimasak...

Ok..Lepas ni senang la nak prepare telur rebus aku...Bangun pagi sebelum, mandi masak telur ni dalam cooker then tinggalkan je...By the time aku dah selesai semua, telur rebus aku pun dah masak & aku bawak ke ofis...

Proses masak ni aku rasa dalam 20 minit kot..Aku pun terlupa nak tengok masa sebab kalut ke benda lain masa proses ni...But ok la kan? Sempat je nak masak sementara aku bersiap nak pergi kerja tu..Tak payah risau kena jenguk dapur gas dah. 😀

TEBAS KASI LICIN

Hari Ahad yang lepas, sebaik je lorry yang kami upah untuk buang semua barang yang ada dekat rumah lama, aku pun start la menebas pokok serai aku...Pokok kari aku tinggalkan sebab pokok ni kalau ditinggalkan takde la buat semak...Tapi pokok serai, kalau ditinggalkan akan jadi semak sampai ke tanah jiran sebelah...Jadi sementara Hata load saki baki barang-barang yang akan dibawa ke rumah baru, aku kerjakan pokok serai ni...Aku cabut SEMUA sekali...Batang serainya aku amik & bersihkan siap-siap...
Alhamdulillah...
Banyak jugak hasilnya...
Ada yang segar gemuk-gemuk...
Ade yang sedang-sedang & ada yang kuyus-kuyus je...
Semua aku amik...

Lepas tu aku masukkan dalam plastic & letak dalam peti sejuk...cadang nak simpan sikit, nak try biakkan sikit & mungkin nak bawak balik kampung..Tapi tak sure bila boleh balik...

Korang buat apa hari ni?