Mar 31, 2026

MALANG TAK BERBAU

As Salam

Hari Ahad lepas aku tak masak menu berat pun dekat rumah. Masih dalam proses merehatkan diri selepas seminggu lebih beraya & menahan diri dari panas terik. Jadi hari tu aku masak ini je untuk kudap-kudap selepas tapau makanan berat.
Sosej ayam + pulut & sosej ayam sahaja. Semua ni aku beli dekat atas kedai Pasar Siti Khadijah. Aku beli yang size kecik.

Lepas masak ini, aku ni syiok lka keluarkan bekas kuih raya. Nak isi kuih raya dalam balang sebab kak yong bagi banyak kuih raya dekat aku. Balang kuih raya yang dah 10 tahun lebih pun ada. Aku amik dari rumah mak sebelum mak meninggal. Masa nak basuh, ada 1 balang tu terlepas dari tangan aku & jatuh atas 1 lagi balang yang ada dalam sinki. 

Selesai basuh yang ditangan, aku amik yang lagi satu. Yang kena masa balang yang ditangan aku jatuh. Masa aku nak basuh, tetibe je balanag tu pecah & memang terleret lah jari aku dekat belahan kaca tu. Memula tu memang terkejut la sebab nampak isi putih dekat jari telunjuk aku ni. Lepas tu dah start nampak darah keluar. Aku ni kadang-kadang sesetangah anggota badan, darah memang susah nak stop.

Jadi aku panggil Hata mintak bawakkan minyak gamat. Lepas tekan sikit-sikit nak bagi stop bleeding, aku mintak Hata tuang minyak gamat tu dekat jari yang dah terkopek kulitnya. Nampak macam dah nak kena urat ruas jari. Alhamdulillah slowly bleeding tu stop tapi berkumpul setompok-setompok dalam minyak gamat dekat jari.
Ginilah rupa jari selepas dituang dengan minyak gamat tadi.
Bahagian darah berkumpul bentuk U / Y tu la tempat lukanya.
Nampak macam dah nak kena urat ruas jari kan?
Actually luka ni dalam jugak kome. Bukan sipi-sipi.

Lepas kena ni memang aku stop la semua kerja. Duduk sekejab lepas tu dah start rasa sakit. Sengal. Pedih semua ada. Mengadu dekat Hata & Hata cakap kena curah air yang warna kuning tu. Hhhhmmmmm memang idak le kome. Aku punya takut tu tak boleh bawak bincang. Lepas tu Hata suruh aku telan pain killer & tido. Bangun tido Alhamdulillah bleeding dah fully stop.

Semalam pegi kerja ingat tak nak la balut. Nak bagi kering sendiri. Sekali bahagian tu tersangkut dekat dokument pulak. Sudahhhhh..Udah bleeding semula. Terus la wrapped. Mujur aku memang bawak spare salotape yang memang untuk luka tu. Jadi aku balut dengan cotton face & letak salotape tu.

Malam tadi rasa sengal. Telan lagi sebiji painkiller. Hari ni nampak OK sikit tapi aku pakai handyplast untuk langkah berjaga-jaga. Aduhai...Lambat pulak nak melekat kulit yang terkopek tu. Teringat dulu pernah kena jugak macam ni. Tapi lagi dalam. Memang tak tido aku malam tu menahan sengal. Pegi farmasi, dieorang tengok luka tu, dieorang cakap kena pegi klinik & jahit sebab luka nampak dalam. Tapi aku tak pegi. 

Sekarang ni kadang-kadang datang jugak rasa ngilu manja-manja dekat tempat luka tu walaupun luka tu dah 100% tumbuh isis baru & dah tertutup elok.

Korang kalau luka kecik gini biasa korang buat macamana?

2 comments:

adnil linda said...

Seram nya..kalau ada lotion allano tu. Cube tempekkan, yang tu selalu dia bagi kering luka cepat sikit

Suria Amanda said...

Kalau Kak SA...akak rela pi klinik..x sanggup tunggu healing mcm tu...kira Nieza ni kental la..akak x leh..sejenis darah susuah berhenti sebab akak makan ubat kolesterol...