Jun 30, 2026

DINNER WITH ROLLED EGG

As Salam

Hari ahad rasanya macam hanya duduk dirumah selepas sampai dari Kajang sebab kepala aku terasa berat yang amat kome. Sampai je rumah, letak handbag, terus aku baring dekat sofa. Tak nak tido dalam bilik sebab risau terlajak. Hata pun sama naik merngantuk kome.

Untuk lunch anak-anak masih tak tahu nak makan apa. Jadi makan apa saja yang ada dirumah. Aku serius tak ingat kami makan apa petang tu. Yang aku ingat malam jam 9:00 tetibe tekak rasa nak makan rolled egg. Tanya Hata & he said nak jugak. Tanya kids, dieorang jawab dieorang makan scramble egg. Ok..Terus la aku pecahkan 5 biji telur untuk scramble egg & 5 biji telur untuk rolled egg. 
Rolled egg. Ini portion aku. Aku letak cili hijau & bawang holland potong dadu. Sama dengan Hata. Tapi aku letak mayonis & sos cili.
Puas hati dapat makan dengan portion ikut suka hati. 
Kiranya portion aku dan Hata ni 2 biji setengah telur seorang. 😁
Same goes to kids. Alhamdulillah kenyang kami sekeluarga malam tu.

Rolled egg ni pada aku akan lagi sedap bila kita letak capsicum. Tapi waktu masak ni stock lada benggala tak ada dekat rumah. Jadi aku amik aje apa yang ada dalam peti sejuk janji ada bahan tambah dalam rolled egg ni.

Korang suka makan scramble egg atau rolled egg macam ni?

FAMILY BBQ NIGHT

As Salam

Lambat sikit bersiaran hari ni sebab selesaikan kerja tertunggak dulu then dah settled baru boleh mengadap blog. Hari Sabtu pagi jam 6.50 hantar che mek ke sekolah sebab dia terlibat dengan aturcara majlis anugerah dekat sekolah. Cikgu invite dia untuk tolong pihak urus setia. Lepas hantar che mek, aku, Hata & Ammar ke kedai mamak Bidayah bersarapan dulu sementara nak tunggu jam 7.30 pagi. Lepas sarapan, hantar Ammar pulak ke sekolah untuk kem bestari solat. Lepas tu aku & Hata balik rumah.

Jam 9.30 pagi aku & Hata keluar rumah semula ke NSK untuk beli sepapan telur, daun kucai, taugeh untuk dibawa ke Kajang. Jam 10.20 pagi sampai dekat sekolah che mek sebab che mek cakap majlis habis jam 10.30. Sekali che mek pegi teman kawan dia berjalan dari SMK ke SK pulak. Sudahnya jam 10.40 che mek sampai dekat kereta & kami pun balik rumah.

Dekat rumah che mek prepare ramen. Dia nak buat ramen cheese roll. Aku kemas bag untuk 1 malam. Hanya bawa baju tidur je sebab planning ahad pagi lepas bersarapan kami akan terus balik rumah. Jadi balik pakai baju tidur aje la. Tak menyinggah kemana lepas tu. Hata pulak prepare barang-barang dan bahan untuk masak Char Kueteow.
As usual...Memang penuh bonet. Hata siap bawak kuali CKT & 
sudip sendiri dari rumah kami ye kome. 😆
Che mek hanya bawak ramen dah siap masak then wrap dekat rumah kak ipar.
Laku keras ramen cheese roll ni. Siap ada yang mintak che mek open order. 😆

Majlis start lepas asar. Sebelum tu aku & Hata lari sekejab ke Mydin add on kerang & udang sebab Hata rasa macam tak cukup 30 ekor udang yang kami beli dekat Rosyam Mart. Korang tau aje la dekat Mydin Taman Diplomatik ( kalau tak silap) memang susah nak dapatkan parking. Jadinya aku yang turun beli udang & kerang sementara Hata tunggu tepi.
Kueteow goreng.
Char Kueteow by Hata. Kami tak masak banyak at one time. Kami masak 1 paket untuk CKT & 1 paket untuk kueteow goreng. Dah habis baru masak lagi. Total Hata masak 5 kali. 2 kali kueteow goreng & 3 kali CKT. Ahad pagi breakfast Hata masak CKT lagi 2 paket request by abang ipar.
Kak ipar order nasi kerabu. Lauknya kak ipar rebus telur masin. Anak sedara prep sendiri & bakar kambing & drummet.
Kambing bakor kome.
Anak sedara goreng jugak chicken meatball ni.
Meriah jugak isi dalamnya. Aku makan seketul 2 aje kome. 
Udah kenyang saknika benda dimakan.
Anak sedara bukak jugak booth kopi. Aku pilih chocolate pistachio. Not bad.
Masa OTW datang Kajang, aku nampak ada orang jual ubi kayu. jadi aku minta Hata singgah & beli sikit. Sementara Hata masak CKT, aku rebus ubi kayu ni. Ahad pagi makan dengan gula. Layan kome. Ni kalau ada ikan masin & nyor parut lagi best. 😁
Berguna bag besar ni ye kome. Dalam ni aku sumbat bantal we bare bears aku, selimut, bantal red racoon che mek & beberapa barang lain.

Alhamdulillah..Selesai dah aktiviti hari Sabtu. Ahad balik rumah kepala start pening asyik nak tido je kome.

Jun 29, 2026

DATING DEKAT BOAT NOODLE

As Salam

Masa on the way balik dari Kuantan, Hata dah belikan makanan dinner untuk anak-anak. Masa kami ke Rosyam Mart, anak-anak tak follow. Kami pergi berdua je. Lepas beli Nims, kami ke khemah yang ada jualan sayuran dari pasar borong KL. Ade jual durian timbang, manggis sekilo RM6.00, 2 kilo RM10.00. Aku teringin nak makan buah rambutan yang dijual RM6.00 sekilo & RM10.00 untuk 2 kilo. Planning asal nak beli 2 kilo je, sekali masa timbang udah 2.7 kilo. Terus la aku tambah lagi genapkan 3 kilo. Sekali timbang 3.1 kilo. Brader jual tu cakap takpe. Saya sedekah. Mula-mula aku nak bayar RM16.00 sebab 3 kilo kan? Tapi brader tu cakap aku hanya perlu bayar RM15.00 je. Alhamdulillah. Rezeki.

Lepas tu Hata ajak aku makan cuma tak tahu nak makan apa. Aku ajak Hata makan dekat Boat Noodle. Kami order ini..
Lava egg padkrapaw.. Share berdua dengan Hata.
Hata order 2 bowl, aku order 5 bowl. 
Aku lapar sebab lunch time makan oden je 5 pcs.

Alhamdulillah dapat jugak dating dengan selepas 5 hari Hata outstation. Banyak betul topik & cerita yang kami borakkan. Sebab aku banyakkkkkkkk cerita terkumpul nak share dengan Hata. Hata pun sama. Tambah-tambah Hata cerita big big bos tempat Hata outstation tu ajak Hata main golf bila Hata cerita dekat KL Hata baru nak berjinak-jinak dengan game ni. Tapi skill nan hado. Jadi big big bos sana ajak Hata turun padang & turunkan ilmu main golf jugak sebab dia dah ada pengalaman main golf more than 10 years..

Gitu la cerita dia. 

Hari ni aku duk rumah je sebab kena migrain. Tak tertahan sakit kepalanya kome. Dah tengahari baru larat nak bangun ke klinik. Mujur this week Hata kena outstation ke Rawang je. Jadi boleh la ulang alik setiap hari.

BORONG NIMS CRISPY CHOCO TUB

As Salam

Penangan baca entry sis MamaTisya tentang Nims Crispy Choco tub yang dibeli. Hari Jumaat balik kerja Hata terus ajak ke Rosyam Mart. Balik dari Rosyam Mart aku ajak Hata singgah AEON AU2 sekejab sebab nak beli Nims tu. Teringat ke Ammar & che mek yang layan jugak makanan ni. Dah lama tak beli jugak. Last beli entah bile. yang pasti aku pernah borong sampai 6 tub dekat kawan kolej yang jadi agent stokis product ni.

Memang betul apa yang sis MamaTisya bagitahu. Beli 1 tub RM15.90, beli 2 tub dapat harga RM19.50. Jadi aku borong 4 tub dengan 4 flavor yang berbeza. Mula-mula masuk AEON, aku tak ingat gambar yang sis MamaTisya share dalam entry dia booth tu dekat area mana. Aku & Hata mencari dalam grocery. Lepas tu gigih bukak balik entry sis MamaTisya & lahhhhhhh..Dekat centre tu rupanya. 😆
Dapat 2 keping sticker sebab promoter booth tu letak 2 tub dalam 1 plastic bag. Aku beli 4 tub, jadi dapat la 2 plastic bag. Setiap plastic bag dapat sekeping sticker ni. Comey jugak ni. Tapi nak tampal dimana?
Inilah yang aku borong. Semua aku dah rasa & semuanya pada aku rasanya sedap & tak berapa manis. Matcha coffee tu rasanya flavor baru. Aku dah rasa sesudu kecik tester. Sedap. Sebab tu aku pilih.

Puas hati dapat beli banyak dengan harga below RM10 / tub. Bukan selalu dapat grab harga promo macam ni. Ni pun mujur la sis MamaTisya cerita dalam blog & AEON tu pun tak jauh dari rumah. 😁

Korang yang suka makan ni, boleh la grab promo ni sekarang. Aku pun makan ni bukan habis sekali hadap. Mau 3-4 hari baru habis ni. Lepas tu tiap kali makan memang kena minum air masak yang banyakkkkk..😁

Jun 28, 2026

SAYA TAK SUKA SAYUR SAWI

As Salam

Majority sayuran dalam setiap masakan bergoreng / masakan panas yang aku jumpa adalah sayur SAWI. Aku tak suka sawi. Jadi memang akan mintak NO SAYUR tiap kali order makanan bergoreng/masakan panas. Kalau sayur kailan aku suka 😆. Pada aku sayur sawi agak pahit & berlendir bila dikunyah. I don't like that taste. Pernah jugak dulu dalam nasi goreng biasa atau nasi goreng pattaya tukang masak masukkan sayur 3 sekawan tu. Kacang hijau, carrot & jagung. Pernah sekali aku makan 3 sekawan tu. Udah berbau / basi kome. Nak muntah aku waktu tu. Terus komplen dekat waiter. Sejak dari itu aku ambil langkah berjaga-jaga dengan tidak memintak sebarang sayur dalam masakan bergoreng / makanan panas. 😆

Bila dah ada anak pun aku selalu order macam tu dan anak-anak terikut. Tapi alhamdulillah anak-anak masih boleh makan sayur. Ammar boleh makan carrot, salad, brokoli & lettuce dalam menu subway dan beberapa sayuran lain. Che mek pun sama. Masih ada sayuran yang boleh diterima oleh che mek macam lettuce, carrot, cendawan, salad & beberapa sayur lain.

Masih ingat masa awal perkahwinan aku & Hata. Kami sekeluarga dengan family in law makan dekat satu restoran ni. Aku order kueyteow hailam. Aku tak makan sawi tapi hanya makan carrot dalam menu tu. 

Mak mertua aku tegur..."Za tok make lobok ko? Carrot make?"
Aku dah jammed...Lobak dengan carrot kan nama yang sama?

Aku jawab..." Tak makan sawi je...Carrot makan.."😆
La ni mak mertua aku pulak yang jammed...

Rupa-rupanya, mak mertua aku panggil sawi tu LOBAK...Carrot tu Carrot...Haaa..Udah misscommunication disitu kome. Masa tu baru-baru kahwin, Hata pun tak sempat nak ajar aku lebih bahasa ibunda - loghat kelate. 😆. Ate mane maunya sawi dipanggil lobak? Orang payrock panggil sawi tu sawi. Carrot tu carrot atau nama dalam bahasa melayunya adalah lobak merah.😁

Sama la macam situasi sekarang. Aku tak makan sawi tapi makan sayuran lain. Cuma tiap kali pegi kedai makan memang cakap tak nak sayur sebab majority sayuran dalam masakan goreng / panas letak sawi walaupun kadang-kadang ada jugak terselit sayur kobis & carrot. Jadi kita lamsamkan aje cakap tak nak sayur. 😆

Cuma kalau aku order kueyteow kungfu, aku nak semua sayuran yang ada kecuali SAWI. Biasa tukang masak akan masukkan sawi, carrot, bunga kobis, kobis. Aku akan bagitahu aku tak nak sawi. Sayur lain OK. Biasanya tukang masak tak akan masukkan sawi langsung atau dia akan gantikan sawi dengan baby kailan. Itu aku terima.

Nampak macam cerewetkan? Tapi nak buat macamana. Dari aku tak dapat habiskan makanan yang diorder, better aku bagitahu awal-awal. Tukang masak pun senang nak masak. Cumanya kalau dari awal aku cakap tak nak sayur tapi waktu makanan sampai ada sayur, memang aku suruh tukang masak tu masak semula menu aku yang tanpa sayur.😁.  Bukan kejam, tapi waktu ni la waktu yang sesuai untuk kita guna slogan " Customer is always right "😁

Korang ada yang perangai macam aku ke selain dari geng aku hero sis MZ?😆

Jun 27, 2026

AKU YANG TERLUPA

As Salam

Allahuakbar. Dah beberapa hari selepas tarikh hari lahir aku baru aku teringat kome. Aku lupa nak renew LESEN MOTOSIKAL aku. Gamble aje bawak motor dari rumah ke LRT seminggu ni dengan lesen motorsikal yang dha mati. 

Asalnya aku dapat notifikasi dari JPJ bagitahu roadtax motor merah dah tamat tempoh. Motor tu atas nama aku. Jadi aku remind la Hata. Ofismate cerita tentang dia renew lesen rasanya. baru la aku teringat nak check lesen motorsikal aku. Allahuakbar..Mengigil sekejab bila tengok lesen dah expired sejak tarikh hari lahir aku. 

Sebelum balik kerja semalam laju-laju la aku renew secara online. Lupa nak register MyDigital ID. Dah register baru boleh masuk dalam MyJPJ untuk renew Lesen Motorsikal. Aku pilih setahun. Tapi kena bayar RM40.00. Tunjuk dekat screen, expired date 2028 pulak. Setahu aku setahun RM20.00. Mungkin minimum renew secara online adalah 2 tahun kot. Kan?
Renew Lesen Motorsikal.

Alhamdulillah selesai. Senang aje step nak buat renew & buat payment. Balik keje semalam hati rasa lega sebab dah renew lesen. 😆

Korang pernah ke lupa renew lesen memandu macam aku?

PROJEK KAIN PERCA : MINI PILLOW FOR BROOCH & CORD KEEPER

As Salam

Selain dari keychain semalam, aku ade jugak try jahit mini pillow untuk brooch yang asyik lalu dekat FYP tiktok aku. Tak senang jugak nak jahit finishing dia. Jahit keliling & isi polyester tu senang je. Part nak tutup tu yang mencabar sikit. Jadi aku try la buat 2 version. Aku suka version kedua. 
Aku jahit size 2.5" x 2.5" 
Moh le masukkan isinya dengan polyester.
Alhamdulillah dah siap...

Dua-dua pun senang je nak jahit on the 1st stage. But part nak tutup jahitan lepas masukkan polyester tu aku kena belajar untuk kemaskan jahitan. Mini pillow yang warna biru tu senang sikit nak buat finishing sebab aku jahit guna mesin jahit je. Cuma untuk design warna purple tu aku kena improve skill jahit guna tangan untuk finishing. 😁
Try jahit cord keeper ni jugak.
Tak susah. Simple je. Cuma nanti nak fikir design lain.

Alhamdulillah siap 3 items in 1.5 hours at the night.Boleh dah ni nak buat combo hadiah kan? Ke nak kena add on ini?
Keyholder.
Chapstick holder

5 items in one giftbox macam menarik. Complete. 😆. 

Korang buat apa hari ni?

Jun 26, 2026

PROJEK KAIN PERCA : KEY FOB KEYCHAIN

As Salam
Semalam rasa relax sikit sebab tak masak 😆. Masa Ammar sampai rumah, aku terus ajak ke Q Bistro. Aku dah takde idea nak masak apa. Sampai Q Bistro aku terus mintak Ammar beratur ambil nasi & pilih lauk sendiri. Ayah outstation ni Ammar memang kena berdikari. Kalau pegi mamak dengan ayah, biasa ayah la yang tolong amikkan nasi & lauk untuk Ammar. 😁. Aku dan che mek cari meja. Aku order nasi goreng ayam takde sayur, teh o ais untuk che mek & ais kosong untuk Ammar. Aku dah bawak air masak dalam tumbler dari rumah.

Sampai rumah jam 7.30 malam. Terus suruh Ammar mandi & selesaikan apa yang patut. Jam 8.45 malam rasa lapang sikit. Terus aku rasa nak meneruskan project yang baru nak mula ni..Jadi aku pun bukak lampu & kipas dalam bilik menjahit. Pilih beberapa helai kain then ukur & potong.
Pening jugak la nak pilih corak mana untuk testing ni.
Dah jahit kiri kanan, cantum hujung dengan hujung.
Ambil key fob & playar then kepit sampai rapat.
Alhamdulillah siap.
Ade a few here & there yang aku kena improve especially part actual size lebar keychain ni. Ingat nanti free-free nak buat lagi sampai PERFECT.

Ok.Dah boleh buat giveaway dah ni. 😆

THANK YOU OFFICEMATE

As Salam

Terima kasih ofismate yang belikan coklat & MammaBunz. Kelmarin ofismate yang belanja aku air ZUS Coffee rupanya belikan jugak coklat untuk aku cuma dia letak dalam peti sejuk ofis. Semalam dah petang baru dia ingatkan semula pada aku yang dah lupa ni. Jadinya aku amik sebiji coklat Ferrero Rocher & Cadbury tu. Cadbury tu pulak aku share dengan 1 ofis. Ade 2 orang staff yang tak nak. Sejenis yang memang tak makan jajan-jajan macam ni. 😁
Manissss...Lepas makan ni kena minum air masak yang banyakkkk...
Pagi semalam sampai ofis nampak tori ni atas meja. Aku dah tau dah siapa yang bagi. Bila aku nampak staff tu , aku tanya & dia sengih je. Confirm la dia. 😁

Hari Rabu dari ofis sampai ke LRT Taman Melati hujan turun dengan boleh tahan lebatnya. Sampai LRT Taman Melati aku kena pakai baju hujan untuk balik ke rumah. Sampai rumah tengok Amamr pun dah sampai rumah jugak. Aku lupa hari tu dia ada koko dekat sekolah. Jadi takde kelas tambahan UPKK dekat SRA sampai jam 6 petang. 

Bila tanya mereka nak makan apa, mereka semua jawab tak tahu nak makan apa sebab waktu tu memasing tengah mengadap 2 -3 keping roti letak nutella. Aku tengok nasi semalam masih elok rasa nak makan yang EXPRESS. Jadi aku masak nasi goreng aje lah. Habiskan sosej & goreng keropok keping sepaket.
Kenyang.

Jam 6.50 petang semua pakat makan set nasi goreng ni. Lebihan keropok keping aku masuk dalam balang. Nanti boleh la makan buat kudap-kudap. Keropok tu nampak kuning sebab aku guna minyak recycle je. 😁. Lepas goreng keropok ni, aku dah buang dah minyak tu masuk dalam tong minyak recycle khas.

Esok cuti. Tapi ada beberapa perkara nak kena settlekan. Dalam kepala ni semua perkara nak buat. Nak menjahit, nak buat crafting, nak hiking, nak mengemas, nak cari durian. Tapi esok kena tido Kajang. 😁

Korang buat apa esok?

Jun 25, 2026

LAPAR TAPI KENA TUNGGU SEJAM SETENGAH

As Salam

Hari Selasa aku rasa lapar yang teramat sangat. Balik rumah dah planning nk masak SUP KAKI AYAM. Sebab ade la stock kaki ayam dalam 5 ke 6 ketul dalam peti sejuk tu. Sampai rumah letak bag, bukak tudung terus menuju ke dapur. Keluarkan kaki ayam, lalukan air dalam sinki dan terus terjunkan dalam periuk untuk mula dimasak.

Jam 6.30 kot Ammar sampai dari rumah. Aku tahu sup kaki ayam ni memang amik masa yang lama nak masak untuk bagi betul-betul empuk kulit kaki tu. Mujur la che mek tak habiskan spaghetti carbonara yang aku masak awal pagi tu. Jadi aku panaskan sebekas fettucini & tuang dalam baki kuah. Dapat la sepinggan. Alhamdulillah kenyang Ammar sampai ke esok paginya...

Che mek pulak masih kenyang makan menu yang sama masa balik sekolah. Jadinya lepas maghrib tu aku sorang aje la yang makan sup kaki ayam tu. Sup tu bukan hanya ada kaki ayam je. Aku ada masukkan jugak isi ayam supaya anak-anbak boleh makan sekali.
Sup kaki ayam, nasi putih & teh o suam.

Hari yang aku pegi Village Grocer tu, aku beli jugak sebekas terung pipit. Nampak segar. Aku pilih yang paling murah sebabnya aku sorang aje yang nak makan. Malam tu teringin nak makan sambal ikan bilis letak terung pipit ni. Stock sambal ikan bilis masa kak yang datang masih elok terbeku dekat dalam freezer. Jadi aku amik 2-3 sudu untuk Ammar & che mek makan dengan nasi putih & telur rebus. Aku amik lagi 2-3 sudu untuk campur dengan terung pipit ni. Alhamdulillah kenyang kami sekeluarga malam tu.

In Shaa Allah esok samada sebelum atau selepas semayang Jumaat Hata akan gerak balik dari Kuantan. Minggu ni Hata outstation dekat sana. Patutnya minggu ni dekat Johor untuk 3 hari je  (Isnin - Rabu). Tapi disebabkan ada perubahan jadual, jadi Hata kena ke Kuantan.

Doakan Hata selamat pulang ke pangkuan esok ye. Amin

CERITA JAM 2:10 PETANG - SELASA

As Salam

Ceritanya bermula disini. Hari Isnin aku & che mek tidur jam 12.30 tengahmalam sebab che mek ade kerja sekolah yang nak disiapkan. Che mek start dari lepas Maghrib ke lepas Isyak gitu la. Jam 5.20 pagi hari Selasa aku dah bangun prepare wrap untuk anak-anak. Lepas anak-anak dah pegi sekolah, aku pun bersiap la untuk pergi kerja. Sempat la jemur kain sebakul.

Sampai dekat LRT Ampang Park, aku bungkus nasi lemak daun pisang & 3 pcs kuih. Nasi lemak daun pisang tu aku makan dekat pantry lepas tu roomate HCMC aku cerita yang lunch nanti dia nak makan mee tarik dekat blok depan ofis aku ni. Plan asal aku nak follow dia sebab breakfast dah makan nasi. Jadi lunch tak nak la makan nasi dah. Sementara nak sampai ke jam 1 petang tu, aku cuba habiskan 3 pcs kuih yang aku beli pagi tadi. 

Alih-alih jam 12.30 tengahari, mata aku ni berat sangat. Baru teringat yang malam semalam tu aku tidur kurang dari 5 jam. Memang la mengantuk kome. Sudahnya lunch hour aku amik keputusan untuk tido dekat surau. Update Hata sebab aku nak tutup data internet. Tak nak ada gangguan gegaran untuk sebarang notifikasi 😆. Aku off data, tapi LUPA nak SET ALARM. Sudahnya jam 2.10 petang roomate HCMC aku kejutkan cakap dah pukul 2.10 petang. Kelam kabut aku bangun dan kemas tempat tido kome...
Muka tido tak cukup 5 jam & muka terlajak tido sampai jam 2.10 petang waktu bekerja 😆

Mujur la aku ada bagitahu roomate tu yang aku tak jadi follow dia dan nak tido. Kalau aku tak bagitahu dia, mesti mereka ingat aku keluar ke Avenue K & tak balik lagi ke ofis. Sedangkan aku lena dekat surau. 😁. Gitu la penangannya kome. At this age kita kena tido cukup masa. Kalau kurang mula la macam-macam jadi. Ade je yang tak kena. Masa muda-mudi dulu tido 3 jam pun takde hal untuk esoknya pergi kelas atau pergi kerja. Sekarang?

Sini aku share waktu tidur yang mencukupi untuk setiap peringkat umur. Kenapa tidur yang cukup tu penting. Bukan untuk fizikal je. Untuk mental health jugak. Kalau cukup tido takde la kita dapat mata panda. 😆
Semoga bermanfaat. Gigih mintak Chatgpt buatkan 1 poster khas untuk entry kali ni. 😆

Korang biasa tido berapa jam sehari dalam setiap hari bekerja?

Jun 24, 2026

COMPLETED 5 OF 5 ORDERS = DAH BOLEH START ENJIN

As Salam
Oh...Begini rasanya...
Hatiku gembira....

Kita tukar la lirik tu dari sengsara kepada gembira...

Alhamdulillah...Hari Isnin complete 5 order aku sampai dekat rumah. Sejak-sejak pindah ni, banyak barang yang aku beli, aku letak alamat rumah je. Idak la aku pening fikir macamana nak bawak balik & idak la pening nak jawab dengan ofismate yang bertanya aku shopping apa. 😆. Padahal sorang dua je yang bertanya.😆
Last 2 orders yang sampai. Cukup 100 pcs dan takde defect / lost.
Pom pom ribbon / border & ring tu memang cantik & sweet sangat warna masing-masing. Harapnya cukup la 5 meter each color. Ring kecik tu idak la aku kira sebab ada 250 pcs.

Lengkap sudah peralatan untuk mulakan project kain perca aku. Moh le kita start mengkome. Modal dah keluar, bahan dah ada. Meh kita kejar masa pulak. 😆. Hari Selasa hari tu aku masa sampai dekat parking motor LRT Taman Melati tu, aku tetibe je rasa nak try tongkat 2 motor ni. Sebab selama beli motor ni, hanya Hata aje yang memang guna tongkat 2 tu. Aku memang tak guna. Sebabnya aku malas nak kerah tenaga untuk tarik dan pijak tongkat 2. Lepas tu aku rasa tak yakin. Risau aku tak kuat & motor pun jatuh. 😆
Tapi kali ni sangkaan aku meleset & usaha aku berjaya kome...
Aku BERJAYA tongkat 2 motor ni. Memula tu rasa macam susah jugak sebab aku memang tak pandai & tak biasa buat tongkat 2... Masa test JPJ dulu markah tongkat 2 motor memang kena tolak dah. 😁

Aku salute orang perempuan yang selalu & senang je tongkat 2 motor masing2-masing. 

Jun 23, 2026

FROM OFFICEMATE TO OFFICEMATE

As Salam

Isnin pagi jam 6.50 aku dah dapat w/apps dari 1 of ofismate chinese yang dah kenal sejak aku masuk keje sini. Dia tanya aku nak kopi apa sebab dia nak belanja birthday girl. Aku cakap jangan belanja. Aku bayar dekat dia. Dia refused nak belanja jugak. Jadi aku mintak dia orderkan aku air ini. Sampai dekat ofis jam 8.30 pagi. So pagi semalam aku tak buat air dekat ofis. Hanya minum air ini & makan bekal roti wholemeal letak nutella.
Terima kasih semua atas ucapan & doa yang diberikan.
Tahun ni rasa nak share wish dari ofismate sedangkan tahun 
lepas dapat juga wish dari mereka. 😁

Disebabkan birthday celebration aku tahun ni ada kelainan, jadi aku planning nak beli "candy" untuk semua ofismate yang wish birthday aku. Rasa macam nak memberi walaupun barangnya kecik je. Jadilah buat lepas niat nak belanja ofismate sebab ingat tarikh hari lahir kita. Aku beli ini untuk setiap sorang ofismate. OK la kan? Janji ikhlas.
Dah keluar dari Village Grocer baru teringat tak beli lagi candy untuk ofismate. Kaki melangkah ke Mr.DIY dan bukannya patah balik masuk grocery yang hanya 10 langkah je. Jadi aku pilih la 2 manis-manis ni untuk ofismate.

Dulu-dulu masa aku umur 10 tahun celebrate bitrthday dekat kampung, aku pernah mengharapkan hadiah dari kawan-kawan sebab nak rasa diraikan. Tapi bila dah makin dewasa tahun ke tahun, hadiah tu aku tolak tepi. Ucapan dan doa baik-baik yang aku perlukan. Semoga semua ucapan yang baik-baik itu berbalik kepada mereka semula. Amin.

Apa kata lepas ni kalau umur panjang lagi tahun depan kita pulak memberi dekat kawan-kawan pada hari lahir kita? Yang simple-simple macam aku buat ni pun OK jugak kan?😁.

Semoga Allah panjangkan usia aku sampai tahun depan & dapat buat apa yang aku niatkan ni.Amin