As Salam
Lepas ni setiap minggu yang aku & Hata mengemas, aku akan update dekat sini 😆..Sebabnya nanti aku boleh buat rujukan banyak mana barang-barang yang aku dah sedekah, buang & recycled dan supaya lepas ni aku berpada-pada la beli barang yang sama..Barang yang lain takpe kot..Kan? Janji berguna...😆...Minggu lepas aku mengemas tempat menjahit...Hata kemas sikit rak pinggan & 1 level shelf rack dekat dapur....
Minggu ini, lepas keje, kami pegi lunch dekat Quill City Mall...Aku nak try masuk NSK dekat sana..Tekak nak cari telur ikan nak buat pais. Dah beli telur ikan..Lupa plk nak beli daun pisang...😑...Balik dari NSK, aku berehat sekejab..Lepas tu ingatkan nak masak untuk dinner..Sekali udah start mengemas dalam bilik plk...
Hata keluarkan box atas shelf rack belakang meja kerja dia dan kotak atas almari baju Hata...Aku pulak start mengemas sikit-sikit meja solek...
Tilam dan bantal kekabu Ammar masa dia baby...
Kami letak dekat tempat recycle tepi simpang nak masuk taman kami ni..
Nak amik kekabunya sahaja pun amik masa jugak...
Buat masa ni aku malas nak bergelumang dengan kekabu...
30% kot mainan anak-anak masa mereka masih kecik...
Nak bagi dekat cucu-cucu sedara...Rasa macam dieorg tak main dah..
Sebab memasing dah ade gadget sendiri 😁
Ni nanti next round nak sorting mainan yang ada dalam box bawah rak TV...
Sabtu malam ahad kami makan biasa-biasa je...Ahad pagi aku kukus dim sum..Masih ada baki lagi..Lepas tu buat indo mee...Pkol 12tghari ke AEON Big sebab nak beli makanan kucing dan singgah guardian beli ini...
Kebetulan sangat pencuci muka aku dah habis...
Alang-alang pegi beli makanan kucing, kita singgah untuk stock up.
Pkol 3pm pegi Banana Bro untuk late lunch..Aku memang tak larat nak masak...Berkicap rasa badan dengan peluh mengemas rumah ye kome...Jadi kita makan dekat luar lagi la...Pkol 6.20pm ofismate Hata sampai rumah kami untuk pick up Hata..Minggu ni Hata dah start outstation..Destinasi kali ni adalah di Bagan Serai...In Shaa Allah esok sebelum / selepas solat Jumaat mereka akan gerak balik ke KL...Doakan Hata selamat pulang ke pangkuan kami ye ...😍..Lepas Hata gerak tu aku sambung mengemas meja solek & beberapa area lain dekat bilik tidur kami ni..Cadar tilam sampai kena tukar baru sebab berhabuk aku keluarkan barang-barang yang tak perlu simpan dah...
Jumpa stock goodie bag masa anak sedara kawin dulu...
Aku plan nak bawak balik kampung...
3 plastic bag lagi
Lagi hasil yang aku perlu pejam mata je masuk dalam plastic ni...Aku tak sure lagi sekali..KENAPA AKU SIMPAN SEMUA NI??? SELAMA INI?...Ni aku ada jumpa beberapa bekas pomade Hata lah...Beberapa botol kosong perfume aku. kotak perfume, kotak serum...Wehhhh...Ade jumpa jugak beberapa bekas shower, conditioner & shampoo, shower cap dan berus gigi dari hotel-hotel yang kami pernah pergi kome..Aku simpan buat ape??? Haaaa..Tapi ade jugak bekas-bekas ni yang aku habiskan isinya & simpan semula...Sebab bekas-bekas ni boleh dikitar semula kalau kita perlu gunakan shower, shampoo dalam kuantiti yang sedikit untuk jangka masa yang singkat. Macam bulan 7 nanti kan Hata akan ke Tasik Kenyir, jadi bekas-bekas tu boleh la aku isikan stock untuk 3 hari 2 malam Hata dekat sana...Bergunakan??? Korang pulak macamane?
Ini pun basikal lama Ammar, che mek, scooter che mek ada yang aku akan bawak balik kampung untuk anak-anak sedara / cucu sedara baiki tayar & pakai....Anak-anak dah besar dah...Basikal-basikal ni pun mereka dah tak sesuai nak naik..Jadi dari terbiar jadi besi buruk, baik la aku bagi pada mereka-mereka yang boleh guna..Kan???
In Shaa Allah this weekend kalau takde apa-apa planning, aku dan Hata akan start mengemas area lain pulak...Penat memang penat..Tapi lepas tengok lapangnya sesetengah area dalam rumah ni..Baru hati rase seronok dan tak serabut..Kan?