Feb 15, 2026

BANDUAN DAH ADA DEKAT NETFLIX

As Salam
Hari Rabu malam Khamis yang lepas jam 9 malam Hata dah siap bentang toto dekat depan TV. Lepas tu siap letak bantal cuma selimut je dia lupa nak sediakan. Sebabnya Hata ajak aku layan cerita yang dah keluar dekat Netflix & Hata bayar RM15 untuk tengok cerita ni. Sanggup dia ye. Maka aku pun amik la selimut & landing la depan TV sekali dengan anak. No popcorn. Just ice water 😆
Hata ajak aku tengok cerita ni.

Cerita ni 2 jam lebih sikit. Part bunuh-bunuh tu memang real macam dalam cerita asal. Kelar leher, krak kruk krak tulang-tulang si penjahat. Watak nama Saiful tu aku geram je. Memang betul rasa nak sepak je setiap kali ada watak dia keluar . Kira menjadilah watak yang dia bawak tu sampai aku rasa macam tu kan?😆
Scene ni memang macam kami 4 beranak sedikit berasa Wow...
Sebab dalam cerita Tamil scene ni memang OK.
Dah nak last memang function betul la si Yahya ni ( Aflin Shauki)
Memang dalam cerita tamil pun dia berfungsi dengan baik. 😆

Aku suka jugak watak nama Farid . Walaupun scene dia tak banyak. Tapi masa berlawan tu i loike ya..Memang macam betul-betul nak berlawan. Jenuh jugak Aaron Aziz nak handle dia walaupun.....again, scene tu tak lama pun.

Overall cerita ni OK je. Tapi itulah...Bila jalan cerita sebenar adalah 3 jam, kita remake jadi 2 jam je. Dia jadi macam cerita ni terlalu laju & cut cut sangat. But OK la..Masih boleh difahami. Walaupun ada character yang diubah siapa yang mati dalam cerita dekat balai tu.

Korang dah tengok ke cerita ni? 
Aku dengar cerita ni pun OK je. Final collection dapat more than 7mil.

7 comments:

adnil linda said...

Nanti kita cari .kalau yang Tamil tu dah tengok

Roziah @ Cie said...

Nampak juga iklan cerita ni lalu lalang.

fanny Nila (dcatqueen.com) said...

Saya langsung cek di Netflix saya. Ada tp blm bisa di play. Jadi saya pasang reminder supaya saat filmnya dah available, saya bisa nonton juga. Terkadang kan film2 di NF ini ada yg di negara tertentu saja. Atau masuknya tak sama tgl.

Suria Amanda said...

Ooo ada erk citer ni..apesal x nampak erk..hahahaha...nant akak tengok..

Ezna Khalili said...

Ohhh AA berlakonlah.

thisni3za said...

Linda : Nnt free bleh tgk =D

Cie : Nnt free bleh tgk.Tp ini kena byr..x sure nnt akan free or kekal brbayar.

Fanny : Nice...Owhhhh..Begitu.

SA : Skrg dh ada dah dkt Netflix sis..Kalu free2 nnt bleh la tgk.

Ezna : Iye sis..Aaron Aziz...Tp rasa mcm ade yg lain lg ok kot utk watak ni =D

Mama Zharfan said...

best if dpt layan citer kat TV...MZ jrg2 tgk tv sbb rasa bz memanjang...aging factor kot hahahah