Jun 27, 2026

PROJEK KAIN PERCA : MINI PILLOW FOR BROOCH & CORD KEEPER

As Salam

Selain dari keychain semalam, aku ade jugak try jahit mini pillow untuk brooch yang asyik lalu dekat FYP tiktok aku. Tak senang jugak nak jahit finishing dia. Jahit keliling & isi polyester tu senang je. Part nak tutup tu yang mencabar sikit. Jadi aku try la buat 2 version. Aku suka version kedua. 
Aku jahit size 2.5" x 2.5" 
Moh le masukkan isinya dengan polyester.
Alhamdulillah dah siap...

Dua-dua pun senang je nak jahit on the 1st stage. But part nak tutup jahitan lepas masukkan polyester tu aku kena belajar untuk kemaskan jahitan. Mini pillow yang warna biru tu senang sikit nak buat finishing sebab aku jahit guna mesin jahit je. Cuma untuk design warna purple tu aku kena improve skill jahit guna tangan untuk finishing. 😁
Try jahit cord keeper ni jugak.
Tak susah. Simple je. Cuma nanti nak fikir design lain.

Alhamdulillah siap 3 items in 1.5 hours at the night.Boleh dah ni nak buat combo hadiah kan? Ke nak kena add on ini?
Keyholder.
Chapstick holder

5 items in one giftbox macam menarik. Complete. 😆. 

Korang buat apa hari ni?

Jun 26, 2026

PROJEK KAIN PERCA : KEY FOB KEYCHAIN

As Salam
Semalam rasa relax sikit sebab tak masak 😆. Masa Ammar sampai rumah, aku terus ajak ke Q Bistro. Aku dah takde idea nak masak apa. Sampai Q Bistro aku terus mintak Ammar beratur ambil nasi & pilih lauk sendiri. Ayah outstation ni Ammar memang kena berdikari. Kalau pegi mamak dengan ayah, biasa ayah la yang tolong amikkan nasi & lauk untuk Ammar. 😁. Aku dan che mek cari meja. Aku order nasi goreng ayam takde sayur, teh o ais untuk che mek & ais kosong untuk Ammar. Aku dah bawak air masak dalam tumbler dari rumah.

Sampai rumah jam 7.30 malam. Terus suruh Ammar mandi & selesaikan apa yang patut. Jam 8.45 malam rasa lapang sikit. Terus aku rasa nak meneruskan project yang baru nak mula ni..Jadi aku pun bukak lampu & kipas dalam bilik menjahit. Pilih beberapa helai kain then ukur & potong.
Pening jugak la nak pilih corak mana untuk testing ni.
Dah jahit kiri kanan, cantum hujung dengan hujung.
Ambil key fob & playar then kepit sampai rapat.
Alhamdulillah siap.
Ade a few here & there yang aku kena improve especially part actual size lebar keychain ni. Ingat nanti free-free nak buat lagi sampai PERFECT.

Ok.Dah boleh buat giveaway dah ni. 😆

THANK YOU OFFICEMATE

As Salam

Terima kasih ofismate yang belikan coklat & MammaBunz. Kelmarin ofismate yang belanja aku air ZUS Coffee rupanya belikan jugak coklat untuk aku cuma dia letak dalam peti sejuk ofis. Semalam dah petang baru dia ingatkan semula pada aku yang dah lupa ni. Jadinya aku amik sebiji coklat Ferrero Rocher & Cadbury tu. Cadbury tu pulak aku share dengan 1 ofis. Ade 2 orang staff yang tak nak. Sejenis yang memang tak makan jajan-jajan macam ni. 😁
Manissss...Lepas makan ni kena minum air masak yang banyakkkk...
Pagi semalam sampai ofis nampak tori ni atas meja. Aku dah tau dah siapa yang bagi. Bila aku nampak staff tu , aku tanya & dia sengih je. Confirm la dia. 😁

Hari Rabu dari ofis sampai ke LRT Taman Melati hujan turun dengan boleh tahan lebatnya. Sampai LRT Taman Melati aku kena pakai baju hujan untuk balik ke rumah. Sampai rumah tengok Amamr pun dah sampai rumah jugak. Aku lupa hari tu dia ada koko dekat sekolah. Jadi takde kelas tambahan UPKK dekat SRA sampai jam 6 petang. 

Bila tanya mereka nak makan apa, mereka semua jawab tak tahu nak makan apa sebab waktu tu memasing tengah mengadap 2 -3 keping roti letak nutella. Aku tengok nasi semalam masih elok rasa nak makan yang EXPRESS. Jadi aku masak nasi goreng aje lah. Habiskan sosej & goreng keropok keping sepaket.
Kenyang.

Jam 6.50 petang semua pakat makan set nasi goreng ni. Lebihan keropok keping aku masuk dalam balang. Nanti boleh la makan buat kudap-kudap. Keropok tu nampak kuning sebab aku guna minyak recycle je. 😁. Lepas goreng keropok ni, aku dah buang dah minyak tu masuk dalam tong minyak recycle khas.

Esok cuti. Tapi ada beberapa perkara nak kena settlekan. Dalam kepala ni semua perkara nak buat. Nak menjahit, nak buat crafting, nak hiking, nak mengemas, nak cari durian. Tapi esok kena tido Kajang. 😁

Korang buat apa esok?

Jun 25, 2026

LAPAR TAPI KENA TUNGGU SEJAM SETENGAH

As Salam

Hari Selasa aku rasa lapar yang teramat sangat. Balik rumah dah planning nk masak SUP KAKI AYAM. Sebab ade la stock kaki ayam dalam 5 ke 6 ketul dalam peti sejuk tu. Sampai rumah letak bag, bukak tudung terus menuju ke dapur. Keluarkan kaki ayam, lalukan air dalam sinki dan terus terjunkan dalam periuk untuk mula dimasak.

Jam 6.30 kot Ammar sampai dari rumah. Aku tahu sup kaki ayam ni memang amik masa yang lama nak masak untuk bagi betul-betul empuk kulit kaki tu. Mujur la che mek tak habiskan spaghetti carbonara yang aku masak awal pagi tu. Jadi aku panaskan sebekas fettucini & tuang dalam baki kuah. Dapat la sepinggan. Alhamdulillah kenyang Ammar sampai ke esok paginya...

Che mek pulak masih kenyang makan menu yang sama masa balik sekolah. Jadinya lepas maghrib tu aku sorang aje la yang makan sup kaki ayam tu. Sup tu bukan hanya ada kaki ayam je. Aku ada masukkan jugak isi ayam supaya anak-anbak boleh makan sekali.
Sup kaki ayam, nasi putih & teh o suam.

Hari yang aku pegi Village Grocer tu, aku beli jugak sebekas terung pipit. Nampak segar. Aku pilih yang paling murah sebabnya aku sorang aje yang nak makan. Malam tu teringin nak makan sambal ikan bilis letak terung pipit ni. Stock sambal ikan bilis masa kak yang datang masih elok terbeku dekat dalam freezer. Jadi aku amik 2-3 sudu untuk Ammar & che mek makan dengan nasi putih & telur rebus. Aku amik lagi 2-3 sudu untuk campur dengan terung pipit ni. Alhamdulillah kenyang kami sekeluarga malam tu.

In Shaa Allah esok samada sebelum atau selepas semayang Jumaat Hata akan gerak balik dari Kuantan. Minggu ni Hata outstation dekat sana. Patutnya minggu ni dekat Johor untuk 3 hari je  (Isnin - Rabu). Tapi disebabkan ada perubahan jadual, jadi Hata kena ke Kuantan.

Doakan Hata selamat pulang ke pangkuan esok ye. Amin

CERITA JAM 2:10 PETANG - SELASA

As Salam

Ceritanya bermula disini. Hari Isnin aku & che mek tidur jam 12.30 tengahmalam sebab che mek ade kerja sekolah yang nak disiapkan. Che mek start dari lepas Maghrib ke lepas Isyak gitu la. Jam 5.20 pagi hari Selasa aku dah bangun prepare wrap untuk anak-anak. Lepas anak-anak dah pegi sekolah, aku pun bersiap la untuk pergi kerja. Sempat la jemur kain sebakul.

Sampai dekat LRT Ampang Park, aku bungkus nasi lemak daun pisang & 3 pcs kuih. Nasi lemak daun pisang tu aku makan dekat pantry lepas tu roomate HCMC aku cerita yang lunch nanti dia nak makan mee tarik dekat blok depan ofis aku ni. Plan asal aku nak follow dia sebab breakfast dah makan nasi. Jadi lunch tak nak la makan nasi dah. Sementara nak sampai ke jam 1 petang tu, aku cuba habiskan 3 pcs kuih yang aku beli pagi tadi. 

Alih-alih jam 12.30 tengahari, mata aku ni berat sangat. Baru teringat yang malam semalam tu aku tidur kurang dari 5 jam. Memang la mengantuk kome. Sudahnya lunch hour aku amik keputusan untuk tido dekat surau. Update Hata sebab aku nak tutup data internet. Tak nak ada gangguan gegaran untuk sebarang notifikasi 😆. Aku off data, tapi LUPA nak SET ALARM. Sudahnya jam 2.10 petang roomate HCMC aku kejutkan cakap dah pukul 2.10 petang. Kelam kabut aku bangun dan kemas tempat tido kome...
Muka tido tak cukup 5 jam & muka terlajak tido sampai jam 2.10 petang waktu bekerja 😆

Mujur la aku ada bagitahu roomate tu yang aku tak jadi follow dia dan nak tido. Kalau aku tak bagitahu dia, mesti mereka ingat aku keluar ke Avenue K & tak balik lagi ke ofis. Sedangkan aku lena dekat surau. 😁. Gitu la penangannya kome. At this age kita kena tido cukup masa. Kalau kurang mula la macam-macam jadi. Ade je yang tak kena. Masa muda-mudi dulu tido 3 jam pun takde hal untuk esoknya pergi kelas atau pergi kerja. Sekarang?

Sini aku share waktu tidur yang mencukupi untuk setiap peringkat umur. Kenapa tidur yang cukup tu penting. Bukan untuk fizikal je. Untuk mental health jugak. Kalau cukup tido takde la kita dapat mata panda. 😆
Semoga bermanfaat. Gigih mintak Chatgpt buatkan 1 poster khas untuk entry kali ni. 😆

Korang biasa tido berapa jam sehari dalam setiap hari bekerja?

Jun 24, 2026

COMPLETED 5 OF 5 ORDERS = DAH BOLEH START ENJIN

As Salam
Oh...Begini rasanya...
Hatiku gembira....

Kita tukar la lirik tu dari sengsara kepada gembira...

Alhamdulillah...Hari Isnin complete 5 order aku sampai dekat rumah. Sejak-sejak pindah ni, banyak barang yang aku beli, aku letak alamat rumah je. Idak la aku pening fikir macamana nak bawak balik & idak la pening nak jawab dengan ofismate yang bertanya aku shopping apa. 😆. Padahal sorang dua je yang bertanya.😆
Last 2 orders yang sampai. Cukup 100 pcs dan takde defect / lost.
Pom pom ribbon / border & ring tu memang cantik & sweet sangat warna masing-masing. Harapnya cukup la 5 meter each color. Ring kecik tu idak la aku kira sebab ada 250 pcs.

Lengkap sudah peralatan untuk mulakan project kain perca aku. Moh le kita start mengkome. Modal dah keluar, bahan dah ada. Meh kita kejar masa pulak. 😆. Hari Selasa hari tu aku masa sampai dekat parking motor LRT Taman Melati tu, aku tetibe je rasa nak try tongkat 2 motor ni. Sebab selama beli motor ni, hanya Hata aje yang memang guna tongkat 2 tu. Aku memang tak guna. Sebabnya aku malas nak kerah tenaga untuk tarik dan pijak tongkat 2. Lepas tu aku rasa tak yakin. Risau aku tak kuat & motor pun jatuh. 😆
Tapi kali ni sangkaan aku meleset & usaha aku berjaya kome...
Aku BERJAYA tongkat 2 motor ni. Memula tu rasa macam susah jugak sebab aku memang tak pandai & tak biasa buat tongkat 2... Masa test JPJ dulu markah tongkat 2 motor memang kena tolak dah. 😁

Aku salute orang perempuan yang selalu & senang je tongkat 2 motor masing2-masing. 

Jun 23, 2026

FROM OFFICEMATE TO OFFICEMATE

As Salam

Isnin pagi jam 6.50 aku dah dapat w/apps dari 1 of ofismate chinese yang dah kenal sejak aku masuk keje sini. Dia tanya aku nak kopi apa sebab dia nak belanja birthday girl. Aku cakap jangan belanja. Aku bayar dekat dia. Dia refused nak belanja jugak. Jadi aku mintak dia orderkan aku air ini. Sampai dekat ofis jam 8.30 pagi. So pagi semalam aku tak buat air dekat ofis. Hanya minum air ini & makan bekal roti wholemeal letak nutella.
Terima kasih semua atas ucapan & doa yang diberikan.
Tahun ni rasa nak share wish dari ofismate sedangkan tahun 
lepas dapat juga wish dari mereka. 😁

Disebabkan birthday celebration aku tahun ni ada kelainan, jadi aku planning nak beli "candy" untuk semua ofismate yang wish birthday aku. Rasa macam nak memberi walaupun barangnya kecik je. Jadilah buat lepas niat nak belanja ofismate sebab ingat tarikh hari lahir kita. Aku beli ini untuk setiap sorang ofismate. OK la kan? Janji ikhlas.
Dah keluar dari Village Grocer baru teringat tak beli lagi candy untuk ofismate. Kaki melangkah ke Mr.DIY dan bukannya patah balik masuk grocery yang hanya 10 langkah je. Jadi aku pilih la 2 manis-manis ni untuk ofismate.

Dulu-dulu masa aku umur 10 tahun celebrate bitrthday dekat kampung, aku pernah mengharapkan hadiah dari kawan-kawan sebab nak rasa diraikan. Tapi bila dah makin dewasa tahun ke tahun, hadiah tu aku tolak tepi. Ucapan dan doa baik-baik yang aku perlukan. Semoga semua ucapan yang baik-baik itu berbalik kepada mereka semula. Amin.

Apa kata lepas ni kalau umur panjang lagi tahun depan kita pulak memberi dekat kawan-kawan pada hari lahir kita? Yang simple-simple macam aku buat ni pun OK jugak kan?😁.

Semoga Allah panjangkan usia aku sampai tahun depan & dapat buat apa yang aku niatkan ni.Amin