Sep 29, 2017

PANTANG NAMPAK

As Salam

Penyakit si left handed dan pengguna tegar otak kanan yg tak dapat dibendung oleh diri sendiri apabile mata aku ternampak barangan yang comel2..Haha..

Al-Kesahnya..Semalam my opismate bgtau MPH ade buat SALE up to 50% dekat Intermark...Maka aku pun pergi la dengan niat nk mencari buku word search utk che mek..She love that activity..Jadi kite layankan aje la..Tapi smp ke saat aku membayo barang lain...Tak jumpe..Dah lepas bayar baru jumpa..Jawabnya memang aku x beli la sebab udah malas nk ke kaunter cashier semula..Huhu..

Ape barang comel yg aku jumpe?
Cute Tin Box - 50% OFF
Tak pasal2 je sangkut tin box yg comel ni...Cantik gambar2 cartoon dekat box ni..Sebab tu aku beli..Huhu..Itu pun mujur la aku x ambik bookmark yg super comel..Tahan sikit nafsu membeli..Haha

Nak letak ape dalam tin box ni? Idea tu masih di-awang-awangan lagi..NO IDEA...Tapi tak boleh tunjuk pada che mek sebab nnt che mek igt itu dia punya dan CONFIRM akan jadi bekas pencil dia plk..Huhu...Jalan paling selamat buat masa ni is, tinggalkan dekat opis dulu...Dah ade idea nk letak ape baru bleh bwk blk rumah..Haha

Ini la penyakit aku tau...LANGSUNG TAK BOLEH tengok barang2 yg comel sikit...Gatal aje tangan ni nak sentuh..Kalo rege berpatutan..Rase mcm berlumba2 je note2 dalam dopet tu nak keluar..Huhu..Tak kire la brng2 mcm ni ke..Barang dapur ke...Baju ke..Memang kalo yg comel2 tu kalo aku nampak memang akan mcm kena pukau..Haha..

Pernah sekali aku bgtau Hata, kalo dah ada duit lebih, lebih dan lebih nnt aku nak borong kain cotton yg corak cantik2..Nak buat barang craft yg comel2..Haha..Ko rase Hata nak layan ke angan2 mat jenin wife dia ni?Hahaha..Terpaksa layan jgk..Ok la aku nak beli kain cotton kan? Dari aku nak beli mende lain..Kiki

Jadi kalo jumpe sesiapa yg perangai mcm aku ni, selagi boleh layan...dilayan la ye..Kalo agak2 over sangat, nasihati lah mereka (aku jgk) sebab pada aku, org mcm aku ni lebih suka org sekeliling yang jenis berterus terang..Kalo betul SALAH, sila nasihat dengan cara yg paling psiko supaya si pesalah boleh accept teguran & nasihat..TAPI... Kalo korang nak tegur, kena sediakan penjelasannya sekali...Sebab setiap teguran mesti ada alasannya sekali kan?

Jangan disindir2..Jangan dicerita belakang sebab once aku dapat tahu, memang org tu akan rase mcm dah takde jalan keluar lagi...Memang aku jenis yg cepat panas & cepat sejuk..Tapi sekali dia PANAS..Laharnya bagai lava si gunung berapi....Memang betul kata org..Lembutnya lidah tidak bertulang dan tajamnya bagai belati...Walau sakitnya hanya utk sementara, tapi parutnya kekal utk satu tempoh masa yg lama...

Eh..Ape yang aku type merepek meleret ni ek?
Korang layan aje la baca ek?
Kalo xmo baca jangan scroll smp bawah..Terus je tekan button X dekat hujung kanan window ..Kiki




End

Sep 28, 2017

DE QUERVIAN'S TENOSYNOVITIS

As Salam

Lanjutan dari kisah aku ke klinik hari ISNIN yang lepas...Memula aku cerita dekat doctor kaki aku rase mcm cramp mungkin penangan dari mengemas dan ditambah pulak dengan sakit sebab turun tangga dari tingkat 39 hari Rabu minggu lepas...Walaupun pecah record aku turun tangga dari tingkat 39 tu dalam 30 minit je..Tapi kesan dia mcm 3 hari ko kena tanggung...

Lepas tu aku tanya pulak pasal tangan ni..Memang sakit dan ngilunya kadang2 bawak ke siku dan ke bahu..Sememang mintak diurut je setiap malam...Sengal sgt...Lepas doctor check, dia syak tangan aku kena DE QUERVIAN'S TENOSYNOVITIS..

Aku pun tak paham, tapi doctor tu tunjuk serba sikit dekat internet gambaran sakit tu dan berikan aku contact doktor yg pakar dalam bab2 gini...Meh aku share sikit tentang sakit ini ye?

APA ITU DE QUERVIAN'S TENOSYNOVITIS:
De Quervain's Tenosynovitis adalah keadaan dimana beberapa tendon ( Tali tisu penghubung berserabut yang biasanya menghubungkan otot ke tulang dan mampu menahan ketegangan. Tendon adalah serupa dengan ligamen; kedua-duanya diperbuat daripada kolagen. Ligamen bergabung satu tulang ke tulang lain, manakala tendon menyambung otot ke tulang.)pada ibu jari anda. Tendon ini, yang dikenali sebagai penculik longus pencemar dan extvisor brevis brevis, pergi melalui terowong snug di pergelangan tangan, yang dipanggil kompensor dorsal ekstensor pertama. Anda boleh melihat tendon di bahagian belakang tangan anda apabila anda meluruskan jari anda. Bila, untuk apa jua sebab, terowong itu menjadi terlalu ketat, ia membentuk kitaran ganas; setiap kali anda menggerakkan ibu jari anda dengan cara tertentu, ia menarik tendon melalui terowong yang ketat, menyebabkan sakit dan memburukkan lagi keadaan.

BAGAIMANA DIAGNOSIS DIBUAT KEATAS PENYAKIT DE QUERVIAN'S TENOSYNOVITIS INI?
Pakar bedah tangan boleh membantu menentukan sama ada anda mempunyai Quervain. Jika anda mempunyai kelembutan pada tendon dan kesakitan apabila anda membuat penumbuk dengan ibu jari anda terselip di dalam dan bengkokkan pergelangan tangan dengan merah jambu menghadap ke bawah, maka anda mempunyai apa yang dikenali sebagai tanda Finkelstein yang positif, yang akan menunjukkan bahawa anda mungkin mempunyai de Quervain. Walau bagaimanapun, terdapat sebab-sebab lain kesakitan di kawasan ini, seperti arthritis di sendi di pangkal ibu jari anda, yang boleh merasakan sama seperti de Quervain. Oleh itu, x-ray boleh digunakan untuk membantu membuat diagnosis. Pakar bedah tangan dapat membezakan antara keadaan ini, walaupun agak mungkin seorang pesakit mempunyai keduanya.
Part perkataan surgery tu yang aku takut..Doctor cakap mungkin kena cucuk / kalau parah mungkin kena bedah..terus telan air liur kelat...

APAKAH PENYEBAB KEPADA PENYAKIT DE QUERVIAN'S TENOSYNOVITIS INI?
Penyebab keadaan ini tidak menentu. Nampaknya terdapat beberapa komponen genetik, kerana sesetengah orang mempunyai banyak masalah berkaitan seperti jari-jari pemicu atau sindrom carpal tunnel. Sesetengah berfikir bahawa berlebihan boleh menyumbang, bersama dengan pembengkakan atau keadaan umum seperti penyakit kencing manis dan tiroid.

Part kencing manis aku rase aku xde penyakit itu..Tapi kalo THYROID, aku hanya ada simptom2nya sahaja mase pregnant kan Ammar dulu...Means THYROID aku x serius, hanya perlu pemantauan je..Mungkin jugak sebab asal2nya urat salah parking, tapi aku buat dek je...Jadi makin tersimpul2 la urat tu smp sakitnya melarat2...

SIAPA YANG BERISIKO UNTUK MENDAPAT PENYAKIT DE QUERVIAN'S TENOSYNOVITIS INI?
Sesiapa sahaja boleh mendapatkan de Quervain, tetapi ia adalah yang paling biasa di kalangan wanita. Wanita-wanita muda dengan keadaan baru melahirkan atau sedang menyusu. Sekiranya anda seorang ibu baru dan baru-baru ini anda telah mengalami sakit nyeri di pergelangan tangan anda di dekat pangkal ibu jari anda, kemungkinan anda telah mengembangkan penyakit ini. Ia juga biasa berlaku pada wanita dalam usia lima puluhan dan enam puluhan.

Macam yang aku cerita sebelum ni..Memang rase sakit tu dah ada since 2 days before Aidiladha..Tapi aku tak layan sakit tu sebab fikir.."Sakit sikit je ni"...Lalu aku biarkan sampai sakit tu tak tertanggung dek diri sendiri..

CARA MERAWAT DE QUERVIAN'S TENOSYNOVITIS :
Rawatan boleh melibatkan rehat dan splinting, suntikan kortison, atau, jika semuanya gagal, pembedahan untuk melepaskan petak ketat. Biasanya, pada waktu seseorang melawat pakar bedah tangan dengan de Quervain, mereka mencari bantuan dari kesakitan yang tajam. Suntikan kortison sering memberi kelegaan yang sangat baik dalam masa yang singkat. Jika dua hingga tiga suntikan tidak berjaya dalam menyelesaikan keadaan, pembedahan sering dipertimbangkan. Terdapat risiko kepada semua bentuk rawatan, jadi pilihan rawatan harus dibincangkan dengan doktor anda.

Solution yang menakutkan aku...Tapi buat mase ni aku igt nk pergi berurut dulu..Kalo ok, kite abaikan aje nama penyakit ni..kalo tak ok jgk, baru la sediakan duit note RM50 tebal dari duit belanja bulanan utk jumpa pakar...Doktor pun ade bg aku contact doctor pakar tu..
DR.MUHAMMAD RAHMANI
Ape2 pun kena kol tanya ke-available-lan dia dulu...Itu kalo confirm nak jumpa nnt la...

So kawan2 yg ada masalah mcm aku ni jangan ambil ringan ye..Sekali dah serius..Memang mengeletar lutut bila baca penerangan tentang sakit tu...

Buat masa ni doctor mintak aku makan ubat ini dulu :
Radang Sendi

Kawan2 doakan tangan aku baik dgn hanya urutan ye..Takmo le cucuk2 ni...Meks ngeri tengok jarum..memang tiap kali nak kena cucuk mata ni tak pernah tengok jarum..Mata ni akan pandang tempat lain / tutup terus..Huhu




End

Sep 27, 2017

CUTI 3 HARI : MISI MENGEMAS RUMAH

As Salam

Sejak dari pindah rumah, misi mengemas memang masih banyak yg tertangguh...Penat nk kemas sekali gus..Makanya kite kemas la sikit2 ye?

Pagi2 hari Jumaat aku buat western breakfast...Tekak terasa nak makan baked bean dengan scramble egg + hot dog + roti bakar...
Wester breakfast katenye...
Memandangkan cuti 3, kami memang takde plan nk kemana2 sebab kerja Hata bertingkek2..Jadi kita isilah masa tu seadanya...Ekek..

Lepas sarapan, lepak2 kejab..Dalam pkol 10 pagi kami gerak ke taman permainan dekat perumahan depan kawasan rumah aku utk tunaikan permintaan che mek yg nak gi taman sejak dr 3 minggu lepas..Ekek.. Tengah2 melayan anak2 main, tetibe motor bawak ice cream mat cool dtg...Terus basahkan tekak dgn ice cream...Lepas tu sambung main dkt playground blk...
Lepas habis main dkt playground, memasing dahaga..Mujur la aku ade bawak air kotak sorg satu...Lepas tu terus blk rumah...Lepas Hata semayang Jumaat, kami lunch dekat luar..Penuhi tekak che mek nak makan nasi ayam..Layan..

Lepas tu mmg lepak dekat rumah utk siapkan kerja masing2...Sebelah malam pergi pasar malam dekat Taman Melati..Tekak aku nak makan nasi lemak sambal ikan bilis..Aku suka beli ikan bilis dekat pasar pagi / pasar malam sebab ikan bilis tu nampak FRESH..huhu

Pepagi hari Sabtu, aku dah masak sambal ikan bilis, rebus telur, masak telur mata kerbau dan masal nasi lemak...Lepas tu aku buat SPRING CLEANING bilik tidur utama...Ya Allah, banyak lagi rupanya barang2 yg tak dikeluarkan...Bile kira2 ade dalam 8 kotak...Lepas kemas2 ade 3 kotak brng je yg betul2 kena simpan...Yang lain semua TAK PERLU a.k.a SAMPAH...Dari pagi smp ke maghrib baru settle mengemas...( Lap peluh)..Makan tengahari pun kami makan nasi lemak yg masih berbaki je...Ekek

Hari Ahad pagi, Hata pilak teringin nak makan homemade roti canai...Lepas subuh Hata dah start menguli dan pkol 8 pagi start nak masak..
Doh roti Canai
Aku tak pandai nak buat adunan roti canai ni...Jadi Hata refer resepi dkt internet je....Nmpk macam dah jadi, tapi tak tau silap tang mane, time nk tebar tu, tepung ni jadi mcm x bersatu sgt...last2 nmpk mcm seroi..Means nmpk mcm x cukup uli..Plan nak buat roti canai tebar2 smp besar talam..lepas tu lipat2, then jadi la roti canai...Last2 aku tengeh dgn tangan, then lipat 4...lepas tu tepek2 sikit..Jadi la..Lembut jgk roti tu...Huhu

Sebelah tghari, aku follow Hata pergi jmp client dekat PJ..Tekak nak makan cendol & rojak la pulak..Mujur la jumpa..Huhu..Blk rumah, aku meneruskan operasi SPRING CLEANING bilik menjahit plk...Aku nak ubah posisi mesin jahit & almari brng jahitan...Sebelah malam, tangan kiri aku mula rase ngilu...Tapak tangan tak boleh dibukak sepenuhnya...Aku igt dah settle..Rupa2nya x elok2 lg..

Actually sakit tapak tangan bahagian ibu jari ni memang dah lama..Since 2 hari sebelum Aidiladha yg lepas..Aku igt salah urat biase je..Jadi aku ignore-kan..Sampailah mase blk dr kg, jug yg aku angkat terlucut sebab ibu jari tangan kiri ni sakit bile angkat mende berat..Nak dukung Ammar pun aku takut sebab takut terlucut...Lepas tu mintak Hata urut 3 malam berturut-turut..Alhamdulillah, dah rase ok sikit..Tetibe malam tu sakit blk...Kaki kiri aku pulak cramp malam tu..Jadi hari Isnin aku terpaksa MC sebab tak tahan sangat..Nnt aku cerita dekat entry lain ttg hal tangan ni ye?huhu

Masa buat SPRING CLEANING dekat bilik mnjahit, banyak barang2 craft yg aku jumpa...Jadi hati rase nak bagi kawan2 dalam blog ni brng2 tu...Jadi nantikan update meks ye...Huhu




End

Sep 26, 2017

ROTI TISSUE

As Salam

Sepanjang hidup belum pernah merasa makan roti tissue...Sepanjang hidup hanya tengok je orang makan..Nk order rase tak nak..Huhu

Hari tu mase pegi makan dekat NZ Curry House ramai pulak yg meng-order roti tissue ni..Aku xde rase nak makan yg berat2 that time..So pakat dengan che mek, kami order roti tissue...Huhu
Tinggi jugak roti tissue ni...
Cicah dgn kuah dhal..
Roti tissue ni crunchy..Dalamnya ada taburan gula...Layan la bile makan cicah dengan kuah Dhal tu..Aku & che mek tak larat nak mengabihkan..So kami 4 beranak la cuba mengabihkan walaupun time tu Hata dah ade menu sendiri...Harga pun xde la mahal..Dekat sini regenye hanya RM3.70..So masih dikira berbaloi la kan?Huhu...

Sedap rupanya roti tissue nih..Aku je yg eksen xmo makan..Tapi serius..tak tau la kenapa tak tergerak hati nak makan roti tissue sebelum ni...Kiki

Selalunya kalo gi mamak, aku akan order roti telur bawang..Tak pun tosai / capati...
Sekarang dah ada menu baru..Ekek




End

Sep 21, 2017

FLOWER SEQUINS

As Salam

Hari Ahad, Hata ade job cosplay dekat KAJANG...So Hata plan nak hangkut aku & anak2 tapi transit kejab dekat rumah my SIL...Kebetulan sgt my SIL xde ape2 aktiviti hari tu..So boleh la kami menumpang kasih kejab..Ekek..

Event Hata start pkol 11pg smp pkol 2pm..Jadinya tinggallah kami dkt rumah my SIL sepanjang tempoh itu...Aku tak kisah kalo nak tinggal dekat rumah..Boleh la aku kemas rumah & menjahit..Tapi bile fikirkan che mek nak bermain dgn her cousin, itu yg aku ikut aje plan Hata..

Petang Sabtu aku berjaya siapkan sehelai blouse...Tapi kali ni rase nk add on manik sebab rase seronok plk tengok kawan dalam FB update dia jahit manik dekat baju..Ekek..Makanya, malam tu pkol 4 pagi baru aku dapat lelapkan mata....Ekek
Manik bentuk bunga...
Aku mengaku aku memang tak pandai nak jahit manik..Kalo berjaya pun memang tak nampak sgt seni jahitan manik tu..Nampak keras je..Ekek..Tapi disebabkan barang2 semua dah ada..Tinggal kena belajar cara susunan manik utk hasilkan bentuk bunga, maka aku gigihkan jugak jahit...Kiki

Alhamdulillah..Siap jahitan manik ni untuk dua-dua belah lengan baju..Ini manik2 OLD SCHOOL..Manik2 sekarang dah advance..Ade manik yang korang hanya perlu jahit sikit je dekat kain...Segala design dieorg dah siapkan...Aku belum lagi smp ke tahap nak membeli manik2 gitu..Sebab aku tahu aku tak pandai nak hias baju dgn manik..Jadi baikla guna ape yang ade je..Janji jadi mcm ape yang aku nak..Simple pun tak pe..Janji ado..Ekek..

Belajar menjahit manik ni perlukan kesabaran sebab korang kena bermain dgn bahan2 yg sgt halus...Bukan sebarang jarum yg bleh digunakan..kalo nak belajar tentang jahitan ni, korang memang kena beli jarum khas utk menjahit manik..Jarumnya lagi halus dari jarum jahitan tangan yang lain...

Jadi, korang tolong jangan komplen UPAH JAHIT MANIK PADA BAJU MAHAL sebab nak menjahit manik ni perlukan tumpuan penuh tanpa gangguan.Sebab kalo salah, silap2 korang kena bukak semua jahitan dan jahit semula...Seksa mata...Ekek

Jadi? Moral of the story, hargailah si tukang jahit..Ekek..
Tetibe je rase nak jahit baju kurung lepas tu letak manik2 ni sikit...Ekek..





End

Sep 20, 2017

TERUNG CELUP TELUR

As Salam

Tak sempat2 meks nak update blog..Udah 3 hari ditinggalkan...Skrg baru ade kelapangan sikit nk update..Itu pun lepas turun tangga dr tingkat 39 sebab ade fire drill ...Adehhh..

Kite mulakan dgn cerita hari isnin...

Hari Isnin, aku pegi keje mcm biase..Same goes to Hata, che mek & Ammar...Pkol 10.15 pg Hata kol ckp ticer sekolah che mek kol kata che mek demam...Hata x boleh blk sebab that time dia ada meeting & akan ada interview session..Mencari graphic designer baru..So kalo ade sesiapa tengah cari kerja dalam bidang berkenaan, dialu2kan sgt update dgn aku ye?kiki

Makanya pkol 10.40pg terpaksa bgtau bos aku kena blk sebab anak demam..Smp dekat sekolah che mek pkol 11.30pg sbb tunggu bas x sampai2..last2 tunggu grab car...Itu pun amik masa smp 12 minit...Lepas amik che mek terus ke klinik...Time ni doktor igt aku cikgu che mek sbb time tu aku pakai baju kurung, ade lanyard cuma takde name tag..Bile je doktor tu cakap " Nanti puan bgtau parent dia"..Terus aku selit cakap " Saya ibu dia "..Dua kali doktor tu tengok aku & che mek berselang seli..Kenapa doktor?Hidung kami tak sama tinggi ke?..Lepas tu cikgu tu mngomel dlm senyum dan aku terdengar doktor tu ckp tentang hidung..Sabar aje lah doktor ni...Ekek...Ubat2 yg ade dekat rumah aku dah x berani nak guna..Takut dh x elok walau last guna 2-3 bulan yg lepas...Lepas g klinik, tapau nasi..

Smp2 rumah, terus aku mintak che mek mandi..Lepas tu mkn & makan ubat..Lepas tu suruh che mek tido sambil aku letak kain basah dekat kepala...Jelum2 air satu badan..Alhamdulillah, mlm tu nmpk mcm dh kebah sikit...Doktor bagi MC sampai hari Selasa...Jadinya aku pun kena ambil EL semalam...Alhamdulillah, hari ni che mek dah sihat dan dapat pergi sekolah...

Semalam aku lepas htr Ammar pegi taska (aku xmo berjangkit), aku suruh che mek rehat aje dekat rumah...Rutin biase..Bagi makan nasi ikut selera che mek, mkn ubat & tido...Semalam aku teringin nak try masak masakn yg ade disiarkan dekat FB...Nmpk macam menarik..Meh aku share sini ye?

TERUNG CELUP TELUR :
Bahan UTAMA : 1 batang Terung Panjang ( Brinjal) 
Bahan B :
- 1 biji telur size A
- 1 sudu KFC garam
- 1 atau 2 sudu KFC erbuk lada hitam 
Kacau telur bersama dgn terung dan panaskan minyak dalam kuali leper...
Aku pilih kuali leper supaya terung ni tak melekat antara 1 sama lain..
Masak smp terung tu nmpk mcm kaler gold...
Bile dah masak, Angkat terung & letak dalam pinggan utk tos-kan minyak...

SOS PENCICAH - CILI KICAP : 
Bahan A :
- 6 biji cili padi
- 2 ulas Bawang Putih
- 1 sudu KFC Garam
- 3 sudu KFC Gula
- Kalau nak kaw..Letak belacan bakar..Aku tak letak sebab tak larat nk menggaru hidung..Ekek
- Lepas tu tumbuk kesemua bahan hingga lumat...Then masukkan kedalam mangkuk..
- Masukkan kicap lemak manis dan sedikit perahan limau kasturi...
- Rasa masam, manis dan pedas sambal...Siap!!

TERUNG CELUP TELUR

Inilah hasilnya...
Sedap jugak masak macam ni terung panjang ni ye? Aku igt setakat buat pajeri & terung sambal tu je..Rupanya mcm2 resepi boleh buat dgn gunakan terung ni...Ade jgk yg masukkan hirisan terung ni dalam lasagna utk ganti dgn daging ayam..Aku dulu pun ade try2 masukkan terung ni kedalam resepi popiah goreng aku..Sedap..kiki


So kalo korang nk rase, boleh la try..Huhu
Sambal cili kicap tu makan dgn bihun sup pun sodap tau...huhu




End

Sep 16, 2017

DESAS -DESUS OFFICE MOVING OUT

As Salam

Khabar angin ni dah 2 bulan aku dengar duk bergemersik melalui cuping telinga dibalik tudung..Mula2 dengar mcm byk nau pilihan encik ED kami...Tapi lepas Aidiladha hari tu khabar angin tu makin kuat hembusannya smp terdengar bunyi yg TIDAK MENGGEMBIRAKAN...

Office skrg akan moving out to other office space dekat other building...

Memula dengar banyak pilihan tu, kalo encik ED pilih yg berhampiran dgn opis skrg, aku boleh pejam mata accept...Tapi berita skrg ni buat aku telan air lior....

Dulu mase anak masih belum darjah satu, boleh la aku move mane2 kerja sebab anak boleh pindah2 taska yg terdekat dengan opis aku / opis Hata...Sekarang anak dah darjah 1...Memang tak dapek la nak kemana2 sesuka hati..Kesian pulak dekat anak kalo nak pindah2 sekolah..Bukan sekejab anak nak adapt new environment dekat sekolah baru..Kalo time umur 6 tahun ke bawah tu boleh la saiko sikit2 utk dia accept tmpt baru...Tapi bile anak2 dah mula serasi dengan system pembelajaran satu2 sekolah tu, mmg kesian kalo kita nak paksa dia adapt new environment semata2 utk keselesaan kita sendiri..

Kita as parent mmg tak boleh jadi selfish pada anak yg masih perlukan sokongan kita...Sometimes / everytime kite perlu korbankan ape yg kita nak demi kebaikan si anak...Haih..Tak tau nak buat macamane skrg....Buat masa ni aku follow je la rentak bos..Selagi boleh follow kita follow..Kalo agak2 jumpa jalan mati, kite try la pusing cari jalan lain..ekek...Harap2 ade keajaiban berlaku dalam masa terdekat ni..huhu


Kawan2 doakan yg terbaik utk aku ye?huhu




End

Sep 15, 2017

TRAGEDI PUSAT TAHFIZ DARUL QURAN ITTIFAQIYAH

As Salam

Salam Jumaat semua..Semalam, kite sudah sedia maklum dengan tragedi yg menimpa 23 penghuni di PUSAT TAHFIZ DARUL QURAN ITTIFAQIYAH, dekat Keramat Hujung...Actually tempat ni dekat je dgn rumah aku..Kalo turun LRT Dato Keramat pun boleh sampai ke pusat ini..

Mula2 aku tak tahu cerita..Tapi bile one of member dalam group Aiman mula sebarkan cerita ni pagi semalam, aku mula rase menggigil membaca..Sampai2 opis mula la tgk FB & instagram kot2 ade yg update dengan lebih lanjut...

Ade yg update gambar mangsa (tapi dlm group aje la), ade yg update video semasa kejadian yg mana kite boleh dengar suara jeritan...Ade yg update video semasa kejadian, Azan subuh sedang berkumandang..macam2 lagi video yg mula ditularkan...Aku jadi sebak...

Lepas tu dapat tahu plk ade 2 tong gas berwarna kuning dekat depan pintu bilik keluar dan masuk asrama tempat mereka tidur.. Sedangkan tong gas yg pusat ni guna berwarna hijau..Mustahil kalo tiba2 ade 2 tong gas di depan pintu sedangkan dapur mereka berada ditingkat bawah...Siap ade berita mnyatakan pihak forensik / bomba jumpa bahan kimia jugak berdekatan tong gas tu..

Bagi yg terselamat syukur alhamdulillah..Mujur la ade antara anak2 ni berjaya menyelamatkan bayi/kanak2 yg mana anak2 ini adalah anak kepada ustaz yg sama2 tidur ditingkat kejadian..Hari ni aku tak lepaskan jugak peluang untuk tengok update2 dr semua media...Ade yg kehilangan 3 insan tersayang sekali gus..

Kalo korang nak tahu, 3 beradik ni :
3 beradik ini adalah anak saudara kepada salah seorang admin dalam Aiman FC (AHRFC)...Waktu dapat tahu tentang ini...Terus lemah rasa lutut aku...Sedih sgt...Tambah2 dengan surat dr mangsa bernama Amiel..Seolah2 sudah dapat merasakan pemergiannya tidak lama lagi..

3 beradik ni pun my friends ckp mmg berbeza perangai mase Aidiladha yg lepas..Si abg, dari byk bercakap dgn kwn aku, bertukar jadi seorg yg senyap...Ada antara mereka yg senantiasa mahu bersama dgn emak kepada kawan aku ni sebab mmg keluarga kawan aku yang menjaga mereka sejak ketiadaan ayah. Ade jgk yg bertanya..Bagaimana mati syahid? Dia mahu mati syahid...Ya Allah..Memang berhelai2 tisu atas meja aku...Berair mata saat baca dan dengar penjelasan dari kawan aku tu...

Semoga mangsa2 ini ditempatkan ditempat yang paling mulia disisi Allah swt...

Ketahuilah..Punca kematian hanyalah suatu ASBAB kepada matinya seseorg...Allah swt telah mengatur segalanya cara & bentuk kite saat kematian itu datang. Mgkn kite akan fikir mereka terseksa saat itu, tapi berdoalah agar mereka tenang saat nyawa diambil oleh malaikat...

Jangan terlalu menidung jari kepada sesiapa..Sebaliknya..berdoalah agar kita berada dalam keadaan bersedia saat nyawa diambil oleh malaikat...

Doa2lah agar kite mati dalam keadaan yg tenang dan senang...
Doa2lah agar jenazah kita mudah diuruskan..
Doa2lah agar insan2 tersayang duduk lama dikuburan agar malaikat bertanya dengan suara yang prlahan pada kita di alam sana nanti...





End

LAKSA DI JALAN 222

As Salam

Dah lama rasenye tak ke kedai makan sejak dari zaman bercinta dulu..Iaitu Kedai di Jalan 222 Petaling Jaya..Dulu masa bercinta selalu jgk pergi makan dekat sini sebab makan disini dikira makan BUDGET..Dulu, makan kenyang nasi lemak 2 bungkus, otak2 1 bekas, telur separuh masak 1 set (2 biji gred A ) dgn air kopi o ais...Total makan berdua baru RM10-RM12...

Sekarang harga yang naik tak banyak..Masih boleh menikmati menu2 diatas pada harga RM13-RM15..Kalo order LAKSA PENANG RAHIM memang boleh cecah RM20 sebab 1 pinggan laksanya harga RM5..Kalo 2 org makan dah RM10..Otak-Otak dah jadi RM0.80 sebatang..Makan sebekas dah RM4..Tambah air dan mungkin kalo mampu, bedal telur separuh masak plk 1 set..Kiki

Laksa dekat kedai RAHIM ni memang aku makan sejak dari dulu lagi..Cuma ade 1 masa dulu aku stop order sebab kuahnya terlalu cair...Lama jgk aku stop makan...Kalo pergi kedai 222 ni, hanya akan makan nasi lemak cop kaler MERAH, otak-otak, telur separuh masak dan air je...

Baru2 ni je aku try skali lagi order laksa penang rahim..Alhamdulillah..Rasa & kepekatan kuahnya dah back to normal..
Laksa Penang Rahim - Jalan 222
Beginilah laksa kegemaran aku tiap kali pergi 222...Memang sedap..semua bahan terasa...Telur sebiji..Bukan separuh atau suku...Telur extra tu dari pinggan laksa che mek..Kiki

Tapi 1 je perangai perut aku, kalo teringin nak minum KOPI O AIS, aku tak boleh ambil telur separuh masak..Kalo makan, memang lepas tu aku akan rasa mual & lepas tu mesti muntah...Perkara ni mula jadi mase aku pregnant kan Ammar rasenye..Tak kira la.Kopi O Ais / Kopi Susu Ais..Memang tak boleh ngam dengan perut kalo dimakan sekali dgn telur separuh masak...

Makanya, aku harus buat pilihan..Kalo nak akan telur separuh masak, tak boleh ambil air kopi..Kalo nak minum kopi, tak boleh makan telur separuh masak...Kalo makan laksa ok...Huhu

Dulu mase duduk dekat Subang (Time Bercinta) dan Puchong ( Sebulan Lepas Kahwin) selalu la jugak makan dekat sini..Tapi bile dah pindah ke tengah kota..memang jarang sgt pegi sini..Jarak jauh tu satu hal...Satu hal lagi, time pegi dah tentunya lapar..Time blk plk, sedang elok je smp rumah, udah lapar blk sebab dlm perjalanan je makanan tu dah hadam..huhu..

Sejak duduk tengah2 KL, biasenye kiteorg akan pergi on weekend..Itu pun sekali sekala je..Tak pun Jumaat mlm sabtu...Anak2 boleh tido lewat sikit sebab esoknya cuti..So kalo lapar semula waktu smp rumah, boleh la mkn ape2 yg lain...Kiki..

Itulah kisah LAKSA PENANG RAHIM yg menjadi kegilaan tekak aku..Ekek..
Kalo korang nk try bleh la pergi kedai 222 ni...Kedainya sebelah je kedai yg jual otak2..Ada signboard nama kedai laksa ni...Jgn tersalah pilih plk..Sebab selang sebuah kedai laksa penang Rahim ni pun ade kedai jual laksa jgk...Tp indonesian yg buat...



End

Sep 14, 2017

ALASAN BAWA TELEFON BIMBIT KETIKA SOLAT

As Salam
Ini kejadian yang terjadi betul2 dekat batang hidung sendiri...Cerita ni bukan nak tunjuk aku baik sangat sampai kisah pergi solat pun nak up entry dekat blog..Kisah ini pada aku, ia utk dikongsikan bersama betapa penting bawak telefon bimbit walau ke mana kite pergi..Tambah2 kalo waktu bekerja...

Kisahnya macam ini...

Beberapa hari lepas, aku pergi solat macam biase..Macam biase means memang aku tinggalkan telefon bimbit deka meja opis tiap kali pegi solat yg duration masa dalam 20-25 minit...Lama sebab aku kena transit 2 lift utk ke surau..So amik masa dekat situ utk tggu setiap lift...

Nak dijadikan cerita...

Lepas je selesai solat, mcm biase tunggu lift utk ke upper level( 2x tansit jgk )...Sekali tekan button lift, x bernyala..Tekan button turun / naik sama2 tak nyala lampu isyarat anak panah tu...Hati mula la tak sedap...Lepas tu mak cik cleaner yg baru keluar dr surau mula bersembang sesama sendiri mcm cerita lift ade problem...Lepas tu aku decided utk ke lower lever ( level 5 - cafe ) then ambik lift direct ke opis aku dr sane...Nak ke lower lift kena turun 2 tingkat dr tingkat surau...

Mase aku nak bukak pintu tangga, makcik cleaner cakap, " Adik..kuat tak angin dekat tangga tu? "..Ko boleh imagine tak tetibe ade angin yg kuat dekat tangga yg dilitupi dengan dinding konkrit?? Bile bukak pintu memang angin kuat dgn sedikit rasa haba...Bile aku angguk isyarat memang kuat anginnya makcik....Dan dan tu makcik cleaner tu cakap..." Iya lah tu..Liftnya ada masalah "..Iya lah makcik..Saya turun dulu ye..Cakap aku dalam hati sambil tak henti2 berzikir..( Time ni baru ligat kau nak berzikir ye????? )

Sampai2 je dekat level 5, tengok2 2 blok lift nak ke middle & higher level mmg dah TURN OFF..Lagi bertambah mengigil lutut aku...Jantung mcm berdegup kencang pulak time ni..Tapi aku try utk coooool dan terus ke ground floor...Tengok2 dah ramai yg tersadai dekat blok lift middle & upper level...Time ni aku ade nampak security dan teknikal person mcm ke sana kemari dgn walkie talkie yg berbunyi2...

Terus je sejuk kaki tangan aku...Aku bukan ape..Aku fikir kalo tetibe ade fire drill test / mmg betul2 lift tu ada masalah...Henfon aku dekat opis..Kalo tetibe ade kol / sms dr Hata or sesapa dan tak berjawab2 sampai dekat 30 minit..Tak ke org yg mencari tu risau?..Aku mampu berdoa je kalo tetibe building management suruh semua staff turun, my opismate perasan telefon dan wallet aku dekat atas meja..Maka tergeraklah hati dia utk bwk turun skali telefon dan wallet aku tu...Huhu

Dalam 5 - 10 minit aku terpacak dekat ground floor baru la lift back to normal..Mase smp depan opis, nmpk pintu kayu ke pintu opis tertutup rapat dgn bunyi angin dr pintu tangga yg masih kuat kedengaran...Berdegup laju balik jantung aku...huhu

Moral Of the story :

Jangan tinggalkan henfon walau ke mana anda pergi kalau time tu kita jauh dr org2 yg terdekat..Contohnya mcm dkt opis...Biasenye kalo time nk pegi solat aku akan btau Hata..So that dia tahu aku ade dekat mane dan kalo ade ape2 nk cakap, Hata akan tny / ckp lps aku blk dr solat...Jadi, tak akan timbul issue " WHERE ARE U? I MSG TAK JAWAB..I CALL TAK JAWAB "Huhu..

Aku pun tak budget nak jadi mcm kes lift tu..Disebabkan kes tu, aku dah takut utk tinggalkan telefon dkt meja opis..Maka hangkut la telefon itu ke mane2 je kecuali ke toilet...Kalo ke toilet tak kan sampai 30 minit kan? Paling lama kalo HARD CORE dalam 15 minit je...Ekek

Tapi pengalaman lift rosak walau aku takde dalam lift waktu tu memang menakutkan aku...Aku bukan berdiri dekat level 5 bangunan yg kalo jadi ape2 boleh pecut lari ke ground floor utk selamatkan diri...Aku tengah berdiri dekat level 21 kot waktu tu..Mau tak gabra..huhu


So, next time...Jgn tinggalkan satu2nya alat perhubungan kita dgn org2 terdekat walau kemana kite pergi ye?huhu




End

Sep 13, 2017

SEWING PROJECT : BLOUSE BARU LAGI!!!

As Salam

Hari Ahad memang takde plan kemana2 pada asalnya sebab Hata ade bertingkek- tingkek keje..Aku ok je sebab kalo x keluar, aku bleh la menjahit...Ekek...TAPI!!!!..Pkol 11.30 pg my BIL ajak gi makan nasi arab Al-Amin dekat Greenwood la pulaks...So pkol 1 tghari kami gerak kesana...Mase dekat Kedai makan tu la aku dapat kol dr staff Ninja Van utk deliver barang2 dari Chilindo...

Lepas sarapan pagi, aku terus sambung menjahit blouse sendiri..Praktis lagi sampai betul2 rase mcm pejam mata pun boleh jahit...Hahaha..Tapi setakat ni aku masih perlu CELIK MATA mase menjahit..Masih perlukan perhatian yang penuh terhadap jahitan ni..
Blouse with Bell Sleeve...
Kain dari NAGOYA..RM4 je semeter...Aku memang pilih kain yang murah2..Sebab aku kan ORANG BARU BELAJAR..So kalo hasil jahitan tu x cantik / tak berapa nak menjadi, takde la rase ralat sgt sebab kain tak mahal..Kalo serius nak menjahit nnt baru la aku beli kain yg lebih berkualiti...Huhu..Tapi kain ini pun ok jgk..Tak mudah nmpk tercarik kalo kita tarik kuat2...Org ckp reke..Means kain ni jenis kain yang tebal..

Puas hati dapat jahit lagi blouse utk koleksi sendiri..Boleh bawak gi opis / jalan2...Huhu..Puas hati jgk sebab dapat adjust sendiri labuh baju, labuh / kembang lengan baju...Kembang kempisnya bahagian pinggang baju..Semua ikut ukuran yg kita sendiri nak..Huhu... So korang tak mo belajar ke? Kalo rase jeles, bleh la slow2 beli mesin jahit yg lite2 utk belajar..Seronok menjahit ni tau...Kepuasan yg hanya si tukang jahit je yang dapat rasa...Baru je tengok dekat WOW Shop ade jual mesin jahit 12 jenis jahitan dgn harga RM249..Murah la tu..Boleh sgt nak beli utk beginner..Aku dulu pun beli mesin jahit SINGER mcm tu jgk sbg permulaan...TUTORIAL pun berlambak dekat youtube...Cuma korang kena pandai cari tutorial yg bagi detail tentang satu2 jenis jahitan...

Mungkin utk permulaan bleh belajar jahit seluar tido dulu..Seluar tido sendiri / seluar tido anak2...Then kalo dah yakin, boleh la ke next step...Memang makan masa nak belajar menjahit ni..Aku ni pun bertahun nak paham gerak geri mesin jahit...Nak adjust tension jahitan yg mcmane..Nak adjust sekuci mcmane...Nak refill benang sekuci mcmane...Haa..Byk kena belajar..Tapi kalo dah minat, semua pun kita akan rase MUDAH...

Ok..ini menu nasi arab yang kami ambil.. 
Nasi Arab MANDY...
Ada 1/2 chicken dan kambing bakar utk 4 org makan...Harganya aku x igt..Rasenye RM83 sekali dgn salad, sos dan soup...Air lain harga...

Kedai Makan Nasi Arab AL-Amin ni akan berpindah pada OKTOBER 2017 ni..

Lepas blk dari makan dan ambil brng dr Ninja van, my SIL dari Kajang pun sampai..Nak pass daging utk my MIL memandangkan my BIL blk hari Isnin..






End

Sep 12, 2017

CHILINDO.COM

As Salam

Hari Khamis lepas, aku terjebak membida dekat chilindo.com..Plan asal adalah nak mencari magic 360 mop yg tengah hot sekarang...Alhamdulillah dapat membida pada harga yg aku budget..Byk kali jgk aku try utk tutup bidaan pada harga yg aku bida..Tapi ade je yg bida lebih dr harga aku..Cuma 1 masa tu je dapat harga yg aku bida..Huhu

Bile dah siap pilih & bida brng2 yg aku nak, terus aku berkira2 nak buat payment...memula plan nak byr online..Tapi tetibe hati mintak byr by COD pulak...Lepas je aku closed akaun, terus dpt msg mintak sediakan duit cash within 24hrs..Tanjat mak..Terus rase kelam-kabut kejab sebab aku buat COD address taska che mek...Malas nk buat alamat ke opis sbb tak tahu pihak chilindo hantar mop aku mcmane..Dalam kotak atau macmane...Ekek...

Esok paginya (Pagi Jumaat) aku pun bg cash pd cikgu taska utk preparation...Smp pkol 3pm aku tggu sms/email/kol dr ninja van..NAN HADO..Bile kol CS Chilindo, katanya collect dekat warehouse within 24hrs..Delivery within 2-4 WDYS....Boleh gitu? SMS kau buat aku gelabah gile...Tetibe ckp gitu plk...Terus hati rasa hampa..huhu..Aku mintak cikgu pegang je duit tu smp la brng smp nnt...

Hari Ahad, dapat sms kata courier dari Ninja Van dah otw nk deliver barang aku...So menunggu la aku dekat rumah utk dapatkan brmg..Kata 2-4 hari bekerja...AHAD pun mari ka? Layan aje la..Mujur time ni aku xde plan nk g mane2...Pkol 3pm staff Ninja Van dtg...Teruja nak bukak kotak...Masuk je rumah terus jerit panggil Hata..Haha
All in 1...
4 brng dlm 1 kotak yg sama... 
Clean Mop 360...RM25.00
Bukak2 je kotak ni terus rase excited smp x dapat nak digambarkan..Memang aku dah lama aim mop ini...Selama ni tgk dekat Lazada, semua RM30++ termasuk delivery charges...Bila dapat bida harga under budget memang rase excited sgt2..Haha..

Terus je pasang dan acah2 try...Dan dan tu jgk che mek cakap,," Ibu, lepas ni kita cuba ye?"..Dan dan tu jgk aku cakap.." Malam nnt la..Sekarang mane bleh buat...Carpet semua tak kemas lg..." Mujur la che mek setuju..huhu..Nak mop bukan makan masa 20 minit..At least 30minit - 1 jam..Paling minima mop 3x..Kalo rajin lebih kalinya..Ekek..Mop aku bida ni kaler hijau..

Sebelah malam, che mek terus remind aku utk merasmikan mop baru ni...Memang benar bagai dikata...Spin dia memang smooth je...Mop pun tak berat, senang je nak guna...Mase proses mengeringkan mop pun memang cepat dan berkesan..Memang kering betul..Aku mop 3-4 kali je utk testing..itu pun mop ruang tamu je...Seronok...Tambah2 part nak mengeringkan lantai..Memang kejab sgt keringnya..Kalo mase pakai mop biase dulu, memang kena pasang kipas smp no.5..lepas tu kena tunggu dalam sejam utk lantai betul2 kering..So, lepas ni takde la alasan aku utk tak mop lantai selalu..Kemudahan dah ade kan? Kalo aku malas jgk, memang nak kena TAZKIRAH dekat Hata..haha... 
Penyagat Kulit Kaki...RM2.15
Aku beli benda ni sebab dah lama rasenye nk menyagat kulit2 kaki yg makin mengeras dekat tumit...Batu dulu dah hilang mase proses pindah rumah...Harap2nya lepas ni lembut blk la tumit ambe....Ekek.. 
Pembesar Skrin.. RM3.50
Sengaja beli ini utk anak2 aku layan cite time dlm kete...Tak payah nk berebut tgk screen hp yg semamangnya comel aje view die kan? Aku belum rasmikan lagi ni sebab belum ade long journey lg..Kalo ade nnt boleh la guna...Huhu...Pembesar skrin ni bukan semua model HP boleh masuk ye...Saiz: 18.3 x 12.3 x 9.5 cm. 
Memory card reader...RM0.70
Disebabkan aku ade beberapa memory card yg lama..Banyak jgk gambar dalam memory card tu...Reader yg sebelum ni dah rosak...Nak masukkan dalam henfon utk view mmg aku malas nk godek2..Kiki...Maka beli la yg baru...Tak sampai seringgit...Rasenye ok la kot kan?..

Ok..Itu je kisah aku dan chilindo.com yang tengah viral sekarang ni..Kalo bnyk duit tapi nak beli barang dengan harga murah, memang boleh la join membida dekat chilindo ni...Tapi kena mengadap laptop / komputer utk satu masa yg konsisten supaya kita dapat brng pada harga yg dikehendaki..Bukan mcm online shopping w/site yg lain, pilih, klik pymnt method, then tggu brng smp..Chilindo ni kena tunggu smp dapat rege yg kita nak, baru boleh pergi ke step yg berikutnya...Huhu


So sendiri pilih la ye? Nak cepat proses tapi harga tinggi sikit / nak murah tapi take time...Huhu
Kalau aku, aku pilih dua2..Ikut suka hati meks la..Duit meks...Masa meks..Kiki






End

Sep 8, 2017

PINK FONG SONG

As Salam

Lewat bersiaran hari ini...Pekerja UTAMA (tangan kiri) tergeliat..So terpaksa kurangkan activity2 yg melibatkan tangan kiri..Dah la aku ni kidal..Memang betul2 nak kasi aku rest je hari ni..Ekek...

Semalam, mase tgk youtube utk search lagu dan cerita baru utk anak2, tetibe nampak lagu dari PINK FONG..

4 tahun lepas kalo x silap aku PINK FONG ni ade dalam Apple Store je...Itu pun kena d/load app dia...Nak d/load satu2 lagu tu kena tunggu sesetengah waktu utk dia bg FREE DOWNLOAD...Mase gadget che mek belum retak cerminnya...Memang aku ade d/load app ini..Ade lagu, ade cerita,ade kids games activity, kids education activity pun ada jugak..Seronok je che mek melayan...

Bile tengok dekat youtube dah keluar banyaakkkkkk..Lagu2 dan cerita dari PINK FONG ni..Memang aku suka sebab boleh la bg anak2 tengok ...Huhu..Terlalu banyak cerita & lagu dalam PINK FONG ni..Jadi pandai2 la korang pilih mane yg sesuai dan mane yg rase2 anak kome suke ye?

Sini aku share ape lagu dan cerita yg che mek layan dulu...
Viral lagu ni siap ade baby shark dance challenge...huhu 
Lagu fevret che mek & ammar jugak..huhu 
Cerita tentang si biskut gingerbread man yg tetibe hidup lepas siap masak dan at last kena makan dengan sang crocodile...huhu
Yg ini cerita tentang 1 patung raja yang berhati mulia..Burung gagak tu jadi perantara dia dgn org yg raja tu nak tolong...

Actually ade byk lg lagu dan cerita yang che mek layan...Tapi aku bg yg top aje la dipilihan hati che mek time tu...kiki...So parents2 yg rase nk bg anak2 layan english song & english story yg mudah utk dihafal & diikut, boleh la d/load...Tak semestinya d/load dekat phone / gadget...Nanti anak2 ralit plk kan? Ape kate korang d/load dekat pendrive, then kasi connect dekat TV rumah korang...Takde la anak2 ralit dengan gadget...Boleh tengok dekat TV jugak...Kalo TV korang boleh connect dgn internet bagus jgk...Huhu

Mcm aku, sejak gadget che mek masih belum dibaiki, ape2 aku memang simpan dalam pendrive je...Blk rumah kasi connect dgn TV...Layanlah kome sepuasnya..Tapi kita as parent la kena korbankan rancangan2 kegemaran...Tapi skrg kan boleh tengok online jew...Huhu..

Pada aku baik jugak connect dekat TV ni tau..Sebab mata anak2 x tertumpu pada telefon / gadget lain...Dekat TV view dia BESAR..so anak2 bebas nak kesana kemari sambil layan cerita dieorg dekat TV..Boleh tengok sambil duduk ke..baring ke...Sambil makan pun boleh layan tgk TV...Kalo tengok guna telefon / gadget, pergerakan anak2 terbatas..Sebab tu kita nmpk anak statik je once dpt pegang telefon / gadget...

Itu pandangan aku la..Setiap pandangan ibu bapa lain2..Ini cara aku..Sebolehnya aku try utk elak anak2 aku main telefon / gadget dekat rumah...Layan TV takpe...Sepahkan rumah dengan mainan aku boleh terima sebab itu sememangnya akan terjadi..Bukan tak boleh kemas blk kan?kiki

Lain la kalo time travel...Boleh dimaafkan utk anak2 melayan telefon / gadget sebab takkan ko nak hangkut tv plk dlm kereta tu kan? Tapi berapa lama sgt anak2 boleh layan main gadget dlm kereta yg sedang bergerak ek? Anak aku tak lama..Kalo blk Perak tu, tak paling lamaseparuh perjalanan je..lepas tu x layan dah..Lebih baik dieorg layan lagu radio / tido...Kalo blk kelate pun sama jgk...Tak sampai pun separuh perjalanan aku bagi pegang gadget / telefon..Kang dibuatnya pening dalam kereta, muntah bagai..Aku jgk yg susah..Huhu...Aku tak boleh lama2 mengadap skrin henfon kalo time kete tengah bergerak..Pening...Lepas tu mula la rasa mual...Ekek


Ok..Asalnya nak cerita tentang PINK FONG ni je..Tetibe melarat ke topik lain plk..Kiki..
Layankan aje la ye..Huhu

Ape2 pun, setiap org lain cara didikan pada anak masing2..Mane yg elok, boleh kita jadikan panduan..Mane yg rase tak sesuai dengan cara hidup kita, biarkan aje la mereka..Ye dak?huhu




End

Sep 7, 2017

NASI GORENG KAMPUNG MENANGIS AKU NAK MAKAN

As Salam

Semalam aku x masak menu dinner sebab bahan x cukup..Plannya lepas che mek habis mengaji kami nk makan dekat kedai aje la...Nak dijadikan cerita, semua kedai yg kami selalu pergi SEMUANYA TUTUP...Nak pergi jauh2 aku dah x larat sebab dah lapar sgt..Anak2 aku pun dah kelaparan..Makanya kami carilah kedai paling dekat dengan rumah yg masih beroperasi...

Mase mula2 smp nmpk mcm ok...Maka kami pun order dekat si tukang buat air yg dtg pada kami...Dalam masa 5 minit je air dah sampai...30 minit lepas tu kami tggu makanan kami tapi tak sampai2 jgk....Nk masuk minit ke 40 baru la makanan kami smp SATU PER SATU...Ammar dah start beronar smp gigit tudung aku...Sekali makanan sampai...Aku pandang Hata, Hata pandang aku balik...Muka kami masing2 kelat je tengok makanan kami...

Order kuey teow kungfu...Memang aku pulakyg rase nak bukak silat..MASAM..Tengok nasi goreng USA..Aku rase nak baling pinggan smp ke USA...Tengok nasi goreng kampung telur mata yg Hata order...Aku pulak rase nak mengamuk mcm kerbau meroyan..Boleh? SEMUA OUT...Tapi aku telan jgk la nasi tu sebab aku dah kelaparan sgt..Kuey teow kung fu mmg x berusik langsung..Ammar habiskan daging & ayamnya jer..Nasi goreng kampung, Hata sanggup habiskan separuh je..Lagi separuh kalo paksa jugak memang boleh muntah hijau dekat situ dan time tu jugak...

Kedai yg kami pegi ni kedai melayu...Ade 2 tukang masak..Sorang NENEK..Sorg lagi si akak yg anaknya menangis je time si ayah dukung...So korang boleh imagine tak...Tenteram ke idak akak si tukang masak tu nak sediakan makanan kami?

Aku bukan nak kondem..Tapi memang hasil masakannya mcm stok masakan utk masak sendiri...Tak lalu aku nak ambik gambar nasik goreng USA aku yg dia charge smp RM8.50...Sedih nengoknya..Nasi goreng kampung Hata je yg sanggup aku ambik gambar sebab rase marah sgt...
Nasi Goreng Kampung...
Inilah wajah NASI GORENG KAMPUNG yg kami order..Mane sayurnya?Mana rasenya?Ape yg ada? Minyak yg bertakung & ikan bilis goreng yg ditabur..Itu je...Chargenya RM6.00....Berbaloi ke?...Hata cakap rase nasi ni mcm masak sambal, masuk nasi..Masukkn sikit garam & serbuk perasa..itu je...

Ya Allah..Mcm ni ke nak berniaga? Masakan mcm ni serve dekat pelanggan? Aku memang marah sgt time ni...Rase mcm nk pegi htr blk semua makanan dekat kitchen...Tapi bile fikir2 balik..Biarlah org nak buat dekat kita..Hari dah malam, perut dah lapar, anak2 dah mengamuk kelaparan jugak..Semua makanan tak habis..TERPAKSA ditinggalkan sebab tak lalu nak habiskan...

Mujur la lepas hantar che mek mengaji, Hata htr aku ke AEON Big utk beli lauk basah...Aku sempat grab roti massimo a few flavors..Blk rumah pujuk anak2 & Hata makan ini aje la utk lapik perut...

Sedih tau masakan gini..Bile kita pergi kedai tom yam thai..Kata tak support bangsa sendiri..Bile dah pergi, gini pulak dapatnya..So rase2 mcmane?

Kesian dekat anak2..Nak masak time blk rumah mmg TIDAK la sebab anak2 aku semua dah memang mengantuk sgt...



Lepas ni, kalo rase kedai makan tu tak pernah kami jejak & nampak mcm semacam..Elakkanlah pergi..nanti jadi macam aku...Tak pasal2 up cite komen ttg makanan..Ekekek





End

Sep 6, 2017

UNPLANNED : CAMERON HIGHLANDS

As Salam

Hari Raya ke-2 aku paksa Hata ikut idea aku yg x berapa nak bernas...Bangun pagi2 aku ajak Hata pegi Cameron Valley semata2 nak stock-up teh earl grey kegemaran..Boleh?Mujur la Hata layan..Tapi lepas tu kena tazkirah smp la ke Kajang..haha...

Pkol 8pagi dah siap2kan mak utk aku hangkut sekali ke Cameron Highlands..Niat memang nak bawak mak berjalan...Walau sekejab..Janji mak merasa..Dah lama mak x berjalan...Alhamdulillah..perjalanan ke Cameron smooth je..Udara pun sejukk je..Smp2 dekat Cameron Valley manusia mcm semut ramainya..Maka kami hanya berenti utk beli teh & terus ke Pasar Besar dekat puncak sikit...
Teh @ Cameron Valley
Kenangan...
Aku dan che mek curi masa bergambar sekejab lepas beli teh....Tak dapat nak lepak lama sebab takde parking..Aku x budget rakyat Malaysia pakat beramai2 bercuti ke Cameron Highlands time2 mcm ni..Hmmm..sedeh sebab tak dapat nak lepak lama mcm waktu pegi hari tu...Huhu
Medium Size Of Strawberry...
Mase smp2 je dekat Pasar Besar tu, terus je aku cari strawberry...Dah dapat, Hata plk nk sayur..Beli sayur sikit..lepas tu layan plk che mek nak beli keychain..Belikn la..Then beli jagung super manis & fresh...Time ni kejab je aku keluar sebab mak & abah kena tunggu dekat kereta..Time ni hujan renyai2...Lepas membeli, terus blk..mase otw nak blk, singgah dekat kedai Last Pit Stop utk belikan mak timun jepun dan sayur2 sikit...Lepas htr mak dekat rumah kak cik, kami pun terus grk blk KL..

Time ni tengok waze jammed nak mam....Pening kami mencari jalan short cut..Semua dah full house..makanya hadap aje la....Last2 pkol 11 mlm baru smp Kajang & Hata kena cancel meeting..Penat giler...Udah sama mcm blk dr Kelate penatnya...

Esok paginya my SIL masakkan lauk daging lembu korban...Daging masak kicap.. 
Daging masak kicap...
Layan..Bertambah2 kami makan..Macam kelaparan sgt..Pdhal masa smp2 semalam dah makan seround dua..Ekek...Pkol 12tghari gerak blk rumah..Pkol 1pm smp rumah...Selesaikan apa yang patut dan Zzzzz..Smp pkol 3pm..Kepala memasing tingtong...Hata masakkan sup tulang utk lunch..Ekek...

Lepas tu kami rehat je dekat rumah...Penat..Dah la aku kena membasuh smp dekat 10 round....Dah penuh penyidai baju...Adehhh..

Apesal raya kali ni jammed bebeno jalan ek? Apesal korang tak cuti lama2 duduk dkt kg je..Tak yah la jalan2 memenuhkan jalan...haha..Kebas badan mengadap jammed..Ekekk..

Jarang sgt blk perak jammed mcm ni tau..Rase mcm cuti hari Isnin hari tu tak cukup utk cover penat perjalanan pergi dan blk...ekek

Perjalanan raya korang mcmane pulak?
Share2 sini ye...





End