Oct 23, 2025

SUPRISED BELATED BIRTHDAY GIFT AMMAR

As Salam

Masa birthday Ammar, aku tak tahu nak belikan hadiah apa untuk dia sebab Ammar ni bukan main mainan sangat dah...Kalau beli pun mainnya sekejab je..Lepas tu dia buat perhiasan dekat almari...Yang ini pun aku beli sebab nanti dia ada bilik sendiri..Jadi kalau dia tak main pun, at least dia boleh simpan dalam bilik dia..Idak la sakit mata aku tengok mainan tu tersidai dekat almari TV...

Actually Ammar tak tahu pun aku belikan barang ni..Hata ada tanya Ammar dan dia jawab dia nak...Tapi kena tunggu Pre-order selama sebulan. Ammar ok je...Tapi dia tak tahu yang aku dah order untuk dia..Order ni actually tak sampai pun sebulan...Aku order 14.10.25, 21.10.25 order dah sampai ke ofis aku...Seminggu aje la kan?

Masa aku bagi hadiah ni memang Ammar terkejut la...Seronok la tu sebab dapat sekali dengan 50 audio cards...Ok la kan? Sebab kalau aku tanya nak hadiah apa, mesti salah satu jawapan dia adalah kad topup Roblox...😏
Alat untuk slot the 50 pcs of card 1 by 1..
Ini la 50 pcs card tu...
Setiap card ada suara yang berbeza...

Alhamdulillah Ammar terima hadiah ni dengan senyuman & ralit dengar setiap suara dari setiap kad..Ok la buat main-main...Next year tak tahu la aku nak bagi ape pulak....😆

Oh ya..Hari Selasa hari tu tilam sampai dekat rumah...Aku suruh courier letak dekat bawah porch...Mujur la petang tu tak hujan..Aku suruh anak-anak berhati-hati masa nak ke pintu rumah sebab dekat situ jugak ada penyidai baju...
Part tilam selesai...
Aku beli yang murah-murah aje dulu...
Harap-harap bertahan lama la macam tilam yang 
kena kencing dengan si felix tu...
Tilam tu dah lebih 10 tahun..Masih elok je..



Sekarang misi mencari katil untuk anak-anak, wardrobe untuk kami sefamily & meja solek untuk aku & che mek...

PERKAKAS DAPUR : AKARA NORDIC CERAMIC DOUBLE ARE BOWL WITH LID

As Salam

Memandangkan dah nak pindah ke rumah sendiri, aktiviti membeli aku masih ONZZZ ye kome...Aku dah lama add to cart barang ni sejak sebelum ada planning nak beli rumah lagi..Tapi tetap la dia duk dalam cart shopeeah sebab waktu tu rege dia RM30++ sebiji...Sekali hari minggu hari tu aku nampak ade promo dengan harga below RM30..Jadi moh le kita grab...Lagipun mangkuk melamine dari kedai ECO yang ade dekat rumah tu dah lama digunakan...Jadi bila anak-anak dah besar ni boleh la pakai yang kaca-kaca ni..Kalau pecah jugak ntah la...Takde rejeki la tu...😆

Memandangkan aku lebih suka warna yang pekat berbanding warna pastel untuk product ni, jadi kita pilih 1 warna yang aku suka & 1 lagi warna fevret Hata...Jadi la...Boleh la buat letak lauk berkuah..Baru la ada vibe new life begin 😁..Inilah dia mangkuk tu...Comey aje kome..Ni kalau masak kari atau masak lemak ayam / daging / telur sesuai la..Masak sup-sup pun sesuai...
Berat kome..Aku bawak balik naik motor letak dalam bag keje...
1 lagi letak dalam bag kain felt...
Lurve...Luar dia ade bentuk macam ni..
Lurve lagi...
Sama macam warna merah ade texture jugak..
Cuma jalur putih tu nampak sangat...
Tapi ok la...

Ini penerangan dari AI Overview yang aku search..Dah beli baru terfikir mangkuk ni tahan panas tahap mana..Ok..Ngam la kot kan...Barang mur mur ni memang ade limit kegunaan dia..Kalau beli yang level T20 tu mungkin la boleh masak atas dapur gas terus 😆


Korang ada ke product-prodcut gini? Korang guna macam yang AI ni advice jugak ke? Maklum la..Kitonyo baru 1st time nak guna 😁...


Alhamdulillah...Bermula dari hari ini sampai Selasa depan bos aku bagi balik setengah jam awal sebab ASEAN 2025 ni..Memandangkan office kami memang sepelaung je dengan KLCC & memang dekat dengan Jalan Ampang, maka kami memang terkesan juga...Macamane despatch-despatch ni semua nak hantar document on time...Sebab kelmarin budak land office aku dah bising cakap dia stuck almost 2 hours nak sampai ke area office.

Sapa yang dapat WFH seronok le kome...Apa pun dapat balik jam 5pm ni pun dah bersyukur dah kome...Harap-harap LRT tak buat hal .😆

Oct 22, 2025

Oct 21, 2025

KEBETULAN ATAU???

As Salam

Aku tak ingat kejadian ni berlaku bila..Tapi berlaku pada hari yang mana aku & Hata naik motor untuk bungkus makanan dekat Nasi Lemak Saleha. Waktu ni kami berdua berhenti dekat traffic light simpang 4 Masjid Usama Bin Zaid - Wangsa Maju tu...

Tengah-tengah borak dengan Hata tetibe terdengar suara dari aunty sebelah kami tegur atau panggil Hata & kami berdua pun berpaling ke kanan sebab masa kami berborak, kami berdua berpaling ke kiri...

Aunty ni tetibe tanya Hata...

" Motor awak lama atau motor saya lama?"
Maksud dia, motor dia atau motor yang kami naik ni lagi lama usianya dari motor dia...

Hata Jawab...
" Motor you lagi lama"..

Lepas tu aunty tu jawab...
" Saya sudah 30 tahun bawak ini motor "..

Both of us angguk & gerak sebab kebetulan waktu tu lampu traffic dah tukar ke warna hijau...

Lepas tu aku & Hata macam terpinga-pinga la kan??? Tapi kami berdua fikir mesti aunty ni nak borak-borak kosong je..Tapi siapa sangka, lepas je kami bungkus makanan, dekat traffic light area yang sama tapi menghala ke rumah, kami bertembung sekali lagi dengan aunty ni...

Kita tengok dia pun kita tau motor & dia memang dah lama..Tapi macamane boleh bertembung sekali lagi? Dia kemana? Kami kemana sampai boleh berhenti dekat traffic light yang sama pada waktu yang sama? Lepas je traffic light ni memang kami gerak dulu tanpa tegur dia...Tapi itu la kan? Sama pulak timing kami...😆

Aku tengok dari cermin sisi motor, aunty ni nak pulas minyak pun macam dah tak larat...Motor dia memang gerak slow pada permulaan tapi luncur laju jugak masa dah gerak tu...Kadang-kadang aku rasa tersentuh sebab at this age dia masih kena kerah kederat dia untuk kesana-kesini...

Kalau aunty ni hidup seorang diri, aku doakan semoga aunty sentiasa sihat supaya dia dapat uruskan hidup dia ..kalau ada anak, aku doakan supaya anak-anak dia sentiasa datang melawat dia..Amin...

Aku ni dah tak boleh sangat nak tengok orang tua lebih kurang umur arwah mak / abah kena hidup mencari rezeki untuk kelangsungan hidup...Kalau hidup sebatang kara tu lain cerita...Kalau ada anak, harap-harap anak dapat tolong ibu ayah mereka dapat serba sikit.Amin

NASKAN COFFEE - GUA MUSANG

As Salam

Sebelah hotel kami ade kedai kopi nama Naskan Coffee . Kedai kopi ni memang famous dekat Kelantan..Dekat area rumah hata dekat Kota Bharu tu pun dah ada beberapa cawangan dah...Lepas dinner, kami singgah la kedai ni..Harga tu harga standard kedai kopi la kome...

Kedai ni bukan jual kopi semata ye kome..Kedai ni jual makanan jugak..Ade chicken chop, cake macam-macam jenis, nasi pun ade...
Kami beli 2 air ni...Chocolate Mocha & Matcha Latte..
Tekak aku masih craving dengan cake...
Jadi aku beli 1 slice cake dieorg rege tak ingat tapi bawah RM15 per slice...
Aku amik cake batik indulgence ni...SEDAP 

Sementara nak tunggu air aku siap, aku tengok-tengok jugak la cake diaorang...memang banyak pilihan ye kome...Lebih dari 7 jenis...Terus aku cakap dengan Hata masa OTW balik KL nak singgah sini nak bungkus beberapa jenis cake sebab aku nak try...

Kedai ni bukak seawal jam 7 pagi sebab dieorg ada sediakan menu untuk breakfast jugak...Tapi apakan daya masa dah sampai Gua Musang tu hati aku tetibe je takde rasa nak tapau cake ni sebab hati aku rasa nak cepat sampai rumah..Ntah la..Tetibe je perasaan tu datang...Mungkin sebab aku tak nak bazir masa & tak nak mengadap jammed kot 😁

Jadinya tak jadi la tapau..Tak pe lah..Next time balik KB ade rezeki kami singgah la..Aku memang teringin nak rasa cake-cake yang ada dekat Naskan Coffee ni sebab nampak sedap...

Apa pun aku bersyukur sebab semalam perjalanan kami smooth je...Gerak jam 6.30 pagi, jam 1 ke 1.30 petang dah sampai KL..Kami singgah rumah baru sekejab sebab nak tengok progress...Alhamdulillah konkrit dekat table top dah mengeras & lantai pun dah sama rata...


Korang dah pernah rasa ke kopi naskan ni?


Oct 20, 2025

MAJLIS TAHNIK

As Salam

Hari ni lambat aku bersiaran sebab baru sampai dari Kelantan...Kami gerak jam 6.30 pagi sekali dengan kak ipar yang dekat Kajang tu...Lepas isi minyak, kami berpecah tak berkonvoi...Masa nak sampai Gua Musang kak ipar message tanya nak sarapan tak? Sebab abang ipar aku ada nak jumpa kawan dia dekat kedai sarapan pagi sebelah sekolah cina dekat Gua Musang tu...Memula aku rasa malas sebab nak cepat sampai rumah risau jammed...Tapi Hata cakap join aje la..Maka kita pun join..Aku amik laksam untuk breakfast...Setengah jam lepas tu kot kami pun gerak balik..Ni pun tak berkonvoi..Abang ipar aku bawak kereta bleh tahan speed up jugak kome..Jadi baik la tak payah ikut top speed dia 😀

Memandangkan kak ipar yang dekat Kajang pun balik sekeluarga ke Kelantan, jadi abang ipar aku terus planning nak buat majlis tahnik baby dia...Semalam kami buat majlis tahnik untuk anak serada bongsu kami..Abang ipar aku yang kawin tahun lepas dah selamat dapat baby boy 7/10 hari tu...
Tak sangka umur 40+ masih boleh dapat anak sedara..
Aku risau aku tersasul bahasakan diri ni NENEK je...
Sebab semua cucu sedara aku panggil aku nenek dan 
mereka memang masih kecik-kecik lagi..Anak-anak sedara semua 
dah besar & dah sekolah darjah 5 paling kecik........😀
Majlis start jam 9.30 kalau tak silap...
Majlis simple je..Semua menu abang ipar aku order...
Takde yang kami masak...Air je Hata yang buatkan...
Abang ipar aku tak panggil orang ramai...Panggil anak-anak tahfiz dalam 
5-6 orang lepas tu jiran terdekat & family alik wife dia.
Aku pun takde amik gambar banyak sebab pinggang masih sakit...

Hari Sabtu masa sampai tu, lepas je letak bag dekat dalam bilik, aku temankan Hata ke klinik...Klinik tu pulak sebelah kedai ECO..Jadi???? jadi mintak kad ATM Hata lepas tu Hata masuk klinik, aku masuk kedai ECO..Sedang elok Hata selesai, aku pun OTW ke kaunter bayaran...

Apa yang aku beli?? Nanti aku share...😉

Balik dari klinik Hata cakap dia nak makan nasi sumatera..Jadi kami ke bandar KB untuk pegi makan sebab Hata nak kena makan ubat...Kebetulan pulak masa dekat hotel tu Hata start demam...Aduhai...
Menu aku...Nasi Sumatera dekat Bandar Kota Bahru...
Kedai ni terceruk sikit...Tapi orang tetap datang..
Aku terpaksa beli benda ni sebab pinggang masih rasa sengal...

Sampai rumah semula terus Hata naik bilik & berehat..Risau jugak sakit-sakit nak jumpa FIL & Baby...Dengan aku join Hata sebab malam tadi masa dekat hotel tu tak boleh nak tido sangat...Quite noise dengan bunyi lori & motor yang lalu sebab bilik kami mengadap main road...

Mujur la esok & lusa anak-anak masih cuti sekolah..Boleh la mereka berehat je dekat taska sebab both of us dah start kerja...

Oct 19, 2025

GIVE AWAY: HADIAH MISTERI MENANTI

 As Salam


Meh support giveaway my kawan baru but maybe kawan lama to others blogger 😁

📌 Cara penyertaan:

  1. Buat posting bertajuk GIVE AWAY: Hadiah Misteri Menanti di Blog Mek Yuhhh
  2. Muat naik gambar poster di atas ke entri anda dan buatkan link (backlink) ke entri GIVE AWAY: HADIAH MISTERI MENANTI.
  3. Publish-kan posting anda dan tinggalkan komen links di entri GIVE AWAY: HADIAH MISTERI MENANTI.
  4. Terpulang pada anda untuk tulis apa-apa di entri giveaway kome tu.
  5. Mana yang belum follow Wajib FOLLOW MEK YUHH tau... hahahah 
  6. (Pilihan) bantu tag 1, 2, atau seberapa orang teman blogger anda untuk turut menyertai giveaway ini. Tapi sekiranya seorang saja yang sertai, ia tetap pemenang.

Memandangkan aku nak semua join giveaway ni..Jadi aku tag semua reader blog aku ni untuk join...Mane tau makin ramai yang join, makin rajin mek Yuhh nak update blog dia lepas ni 😁

START DATE : 13 OKTOBER 2025
END DATE : 31 OKTOBER 2025 (11.59PM)
WINNER ANNOUNCE :  5 NOVEMBER 2025

Agak-agaknya apa la hadiah misteri tu ye..Kalau terpilih boleh la bawak gi rumah baru 😁

Oct 18, 2025

MUZIKAL LAWAK SUPERSTAR MUSIM 5

As Salam

Jarang-jarang aku nak update rancangan terkini dekat astro sebab sekarang ni aku memang dah jarang tengok TV kome..Kalau tengok pun sebab Hata ajak tengok...Kalau nama nak lepak depan TV memang idak melainkan waktu melipatkan...

Ni aku nak cerita sebab shot dieorang asyik lalu dekat FYT Tiktok aku je...Jadi terasa la nak share...Bila dah tengok shot-shot ni, aku rasa seronok pulak combination peserta disetiap kumpulan...Macam best aje setiap team..Siapa sangka Naqiu & Aziz M Osman join competiton ni?

Achey dengan Fad dah tak sekali..Jadi mesti ade idea lain-lain dari team mate masing-masing kan? Aku tengok minggu pertama dieorg pun takde la teruk sangat sebab yang masuk ramai yang otai..jadi lawak masing-masing bukan lagi lawak bodoh. 

Setakat ni aku suka tengok team Roda, Nanas, Puteh & Genzi . Cuma kali ni aku harap tiada apa-apa perkara yang dilakukan oleh Ali Puteh yang boleh cetuskan controversi & harapnya orang lain boleh lupakan sekejab kes dia yang dulu-dulu...Dia pun nak cari makan jugak..Dia pun ada family nak disara..Dia pun ada minat dia dengan join competition ni...

Yang lepas tu dia pun rasanya dah dapat atas apa yang dia dah buat..Aku tak nak sentuh part itu..Sebab semua tahu siap betul & siapa yang perlu ingat disetiap perbuatan akan ada balasan.

Semoga pertandingan kali ni adalah pertandingan yang bersih & kami semua terhibur...

Korang layan ke rancangan ni..?

JAJAN CRISPY SEAWEED

As Salam

Kadang-kadang ada masa tekak ni nak jugak makan jajan...Maka kita pilih la apa yang tekak kita request...Dah lama jugak aku tak makan jajan ni..Mula-mula makan kalau tak silap adalah masa jiran sebelah rumah aku bagi goodie bag Chinese New Year ke Hari Raya gitu la...Lepas tu udah la tersuka kome...Dah habis, kami cari la sendiri...
Aku suka yang chili flavour...Tapi idak la pedas beno kome..
Hawa-hawa je kate orang payrock 😀
Dalamya ada la sekirata 6-7 keping...Sangat nipis..
Ini sekali ngap terus habis...😀

Aku sentiasa mencari packaging yang besar..Tapi selalu tak jumpa..Jadi beli yang 3 packet aje la buat raso-raso..nak beli online rasa malas sebab kadang rege online sama je dengan rege dekat kedai...Kita ni nak makan terus..Tak nak tunggu-tunggu 😀


Korang suka jenis jajan yang macamane?

HOTEL MUTIARA - GUA MUSANG, KELANTAN

As Salam

Alhamdulillah semalam kami selamat sampai dekat Hotel Mutiara - Gua Musang...Walaupun banyak kereta dekat jalanraya tapi trafik masih terkawal means kereta sentiasa bergerak tanpa jammed walaupun hujan dari KL lagi & di sesetengah kawasan OTW ke Gua Musang...

Sebelum aku start cerita tentang hotel ni, aku nak bagitahu yang aku MC semalam..Semua gara-gara terlucutnya kotak bed frame yang sampai pagi Khamis..Khamis malam jumaat lepas balik dari tengok progress kitchen kabinet, test air-cond & tengok sofa serta meja makan yang sampai pada hari yang sama, aku & Hata try la masukkan kotak bed frame yang beratnya 34kg...Masa nak masuk rumah tu tetibe tangan aku terlucut dari kotak yang buatkan aku terjatuh secara mengiring..Udah dari bahu bawak ke pangkal peha aku rasa kejung..

Malam tu apa lagi..Makan pain killer, muscle relaxation & tampal hot patch lah...Esoknya (Jumaat) belakang alik kiri aku masih rasa sengal & lenguh-lenguh...Tidur pun tak selesa mengiring ke kiri..jadi ke klinik la aku pagi tu...
Hotel ni memang betul-betul dekat simpang empat Gua Musang tu...
Hotel ni ade 3 jenis...Studio, 1 room & 2 rooms..
Kami amik yang jenis studio je... RM140/nite
Studio kami level 4...Hotel / service apartment ni ada 6 tingkat...
Masuk studio ni, alik kiri ade rak gantung baju tapi aku 
lupa nak amik gambar...Lepas tu kita akan nampak sinki & table top...
Bilik air dia luas jugak...
Water heater...
Tetibe Hata cakap nak letak dekat master bedroom..
Aku geleng kepala je...
Lagi hebat dari hotel sebab peti sejuk besar, ade microwave lagi 😆
Iron board & iron pun ada..
Katil kami...
1 single, 1 queen...
TV rack...
Hebat ye ade netflix 😁
View dari bilik kami...

Hotel ni sangat convenience ye kome sebab alik kanan hotel ni ade pasaraya econsave, alik kiri ada Naskan Coffee..Belakang bangunan ni ada beberapa kedai makan, ade kedai ECO, Big Farmasi, kedais kasut...Seberang jalan simpang 4 tu ade macam-macam kedai lagi...Bank pun ada...Senang sangat kalau nak cari barang-barang asas...

Lepas self-check in sebab studio ni macam ade owner & bukan under hotel Mutiara..Jadi dia bagi instructions untuk amik kunci dekat mail box...Lepas letak bag semua, kami pegi la jalan-jalan sampai ke belakang hotel ni...Kami makan dekat kedai ni...
Kami amik menu ni sebab memasing pun lapar...
Telur dadar, paprik ayam & kerabu perut (takde dalam gambar)

Pada tekak aku semua menu sedap kecuali tomyam daging tu..Lain sikit rasa dia..Rasa lite sikit...Tapi kerabu perut tu memang sedap..Portion pun banyak...Lepas makan kami balik bilik untuk berehat..Memasing dah penat..Pinggang aku pun belum ok sepenuhnya...

Tapi OTW ke bilik studio tu kami ade singgah 1 kedai ni..Kedai apa?Nanti aku cerita...Waktu aku post entry ni, kami dah dalam perjalanan ke Kota Bharu..Doakan perjalanan kami selamat pegi, selamat sampai & selamat pulang semula ke KL ye..Amin..


Korang buat apa hari ni?

Oct 17, 2025

RENOVATION PROGRESS : KITCHEN KABINET

As Salam

Selasa malam Rabu lepas che mek habis kelas tuisyen kami melawat progress renovation kitchen kabinet kami sebab dari hari Isnin sampai Selasa nampak contractor lama dekat dalam rumah..Check in jam 10 pagi, check out jam 5 petang. Kami pegi bukan sebab tu je..Sebab nak siram pokok bunga yang aku beli hari tu jugak...Lepas tu Hata nak tengok dekat mana mereka alihkan peti sejuk & washing machine..Lepas tu nak tengok macamana nak bukak meja besar tu...
Gambar dapur asal masa mula-mula tengok 
rumah ni sampai la lepas dapat kunci.
Progress 8.10.25
Progress 10.10.25
Waktu ni Hata tanya contractor kenapa stuck macam ni sebab 
katanya proses bukak kitchen kabinet, pecah konkrit amik masa 3 
hari je..Sekali contractor reply mesin drill tu rosak..Itu yang terpacak 
aje mesin tu dekat situ...Kalau mesin drill rosak, kan boleh buat 
keje lain? Bukak store room tu ke, bukak kitchen hood ke...Kan?
Lagi pun Hata tengok hari Khamis (9.10.25) contractor masuk 1 jam je...
Lepas tu keluar..Hari Jumaat pun dalam 2 ke 3 
jam kot sebab aircond, kitchen hood, set sink sampai.
Progress 14.10.25
Dinding dah pecah, store dah bukak, 2 sink dah cabut..
Konkrit dekat yard dah pecah, kitchen hood & dapur gas dah dialihkan.
Main paip air pun dah tutup..Jadi rumah ni takde bekalan air buat sementara waktu sekali konkrit letak sinki tak siap.
Alhamdulillah...Nampak lapang dapur ni sekarang...
View dari dinding bekas store..
Pintu dari dapur ke yard pun dah dipecahkan...
Nanti lantai yard tu akan disamaratakan dengan lantai dapur.
Storage box alik kiri tu aku nak contractor buang sebab hari tu 
Hata dah terhantuk dekat kabinet tu..Dah la tajam.
View dari yard...
Dinding hujung tu nanti tempat letak freezer..
Rasanya memang patut kami buat kitchen kabient baru sebab 
mozek dinding dapur tu dah mula renggang sebab rumah dah lama...
Kalau ketuk-ketuk mozek tu, dengar macam kosong...
Inilah keadaan latest dapur aku...
Contractor dah siap pecah dinding nak buat dinding baru...


Lepas tengok ni kami pun gerak balik tapi singgah Petron sekejab sebab Hata nak isi minyak & che mek nak air..Dia lupa nak bawak botol air masa gi tuisyen jam 8.15 sampai jam 10.15 malam. Sabar aje la...

Hata dah bagitahu owner rumah sewa kami sekarang tentang notis keluar rumah kami..Owner ok je dan dia cakap dia hanya akan panggil agent untuk view rumah selepas kami keluar..Bukan dalam tempoh kami nak pindah randah ni...Alhamdulillah owner faham keadaan kami...Deposit 2 bulan guna untuk bulan 11 & 12. Deposit api & air RM600 nanti masa bagi kunci owner pulangkan..Sebab semalam aku tengok bil letrik RM28.95 sen je..Bil air aku tak dapat lagi..Tapi rasanya sikit jugak sebab tetiap bulan aku bayar RM15. Bil aku biasanya bawah RM15 sebulan.


Alhamdulillah dah nampak pergerakannya tu..Doakan contractor dapat siapkan ikut schedule.Amin