Dec 20, 2025

COMIC FIESTA DAY 0 : ONE TRUE PAIR REHEARSAL

As Salam

Lambat sikit bersiaran hari ni sebab lepas subuh aku terpaksa tido semula sebab sakit kepala...Lepas tu sedar-sedar matahari dah naik..Tapi takde la tinggi sangat 😆...Semalam lepas kerja terus aku jalan kaki ke KLCC...Singgah Maybank sekejab lepas tu singgah guardian. Che mek punya pencuci muka glad to glow & pencuci muka aku tengah ada SALE..Jadi grab la extra 1 ke 2 items...OTW tu aku beli jugak makanan sikit sebab risau anak-anak lapar menunggu aku dari jam 4.30 petang.

Sampai lobby hotel aku kol Hata untuk turun bawah amik aku..Hotel Traders ni nak naik lift ke bilik kena ada access card.Lepas maghrib kami turun ke bawah untuk ke tea Stage dekat level 4..Waktu ni tetibe je aku rasa macam nak marah sebab PIC OTP cakap kena register before 7.30pm dekat kaunter HALL 2...Tapi aku tak ingat jadi pegi la ke kaunter HALL 1 untuk tanya..Kaunter Hall 1 suruh aku ke kaunter HALL 2...Ehhhh..Sekali sampai dekat kaunter HALL 2, mereka suruh aku ke kaunter HALL 1 pulak...Waktu aku patah balik tu dieorang macam missed communication. Aku siap tunjuk email...

Aku cakap korang kena ada good communication...Don't waste my time..Aku sampai kaunter jam 7.20 petang. Sekarang dah pukul 7.30 petang. Lepas tu dieorang panggil 1 of competition team turun bawah...Rupanya BERKUMPUL dekat kaunter HALL 2 je...Bukan kena register...Aku dah berbulu je...Cuba cakap terang-terang...kan senang nak paham? Ni cakap kena REGISTER sebelum jam 7.30 petang...

Untuk ke Tea Stage tu aku takde masalah sebab setiap tahun dah 3 tahun pun lalu lalang dalam KLCC ni jugak...Jadi kami terus ke level 4...Jauh jugak nak menuju ke tea stage ni kome...Jadi esok jam 12 tengahri kami dah kena keluar dari bilik..
Stage kami untuk esok...
With my ONE TRUE PAIR 😆
With one of the contestant
Another team..
Lepas dah habis semua team buat rehearsal, masanya untuk cabut undi giliran...
Lepas tu dapat la pass ni...Kami team yang terakhir akan buat performance..
KAD KUASA BESAR!!!!

Lepas dapat kad ni kami terus balik rumah sebab ade lagi barang yang belum dibawa masa Hata check in siang tadi...Sampai hotel semula jam 12 tengah malam...Selesaikan apa yang patut lepas tu terus tido..Tak mengadap pun costume..

In Shaa Allah hari ni aku nak siapkan...Kejab lagi nak turun cosplay as Davy Jones & jack Sparrow...

Dec 19, 2025

COMIC FIESTA PREPARATION : BULU-BULU SAMPAI JAM 2 PAGI

As Salam

Malam semalam balik kerja terus ke KL Sentral jumpa salah seorang crew Comic Fiesta untuk passing ticket ke Comic Fiesta untuk hari Ahad...Kan aku ade cerita Hata beli 2 ticket CF? Malam ni In Shaa Allah kami akan dapat access card untuk contestant dan 2 assistant card..Jadi tak guna la tiket yang dibeli tu..Aku announce dalam group crew comic fiesta..Ade la sorang budak ni beli. Sekarang ade 1 lagi extra ticket.

Anak-anak jam 5.30 petang aku suruh berdikari berjalan kaki dari ofis Hata ke KL Sentral. ALhamdulillah mereka berjaya sampai dengan selamat sebab laluan dari ofis Hata ke KL Sentral memang sentiasa ramai orang tambah-tambah waktu peak hour. Lepas pass ticket, kami bertiga ke kedai ECO mencari jajan untuk dibuat isi goodies bag jamuan akhir tahun anak-anak dekat taska hari ni..Hari ni kira last day la anak-anak dekat taska tu...

Malam tadi pulun siapkan apa yang perlu...Sambil-sambil tu aku basuh kain..Lepas tu jam 1 pagi turun bawah pegi ke dobi untuk keringkan kain...RM6 untuk 30 minit..Start je mesin dryer tu berpusing aku & Hata naik rumah semula sambung kerja...Jam 1.30 pagi turun bawah semula amik kain yang sudah dikeringkan..Bawak naik bilik...Lepas tu aku cakap dengan Hata aku dah tak bleh berjaga dah ni...Aku kena tido sebab esok (hari ni) aku masih kena kerja...Mandi semua, last-last jam 2.40 pagi baru dapat letak badan atas katil.
Mujur sangat dobi layan diri ni ade dekat dalam kawasan rumah..
Turun bawah je kain dah boleh dikeringkan...
Dekat sini ada 3 mesin basuh & 3 mesin pengering dengan 
masing-masing untuk berat 14kg.
Malam tadi aku turun dengan Hata sambil tarik agon sebab ada 
2 bakul yang perlu dikeringkan...😁
Dari jam 8.30 malam aku tolong buatkan gauntlet 
Hata dan skirt bulu-bulu ni 😁
Lepas tu aku buat armer dekat bahu costume aku...
Ini untuk kiri dan kanan bahu..
Siap...
Tinggal nak cantum je...
Lepas rehearsal malam ni rasanya kena balik rumah sekejab..

Pagi tadi jam 7.30 baru keluar dari rumah..Banyak perkara aku nak pesan dengan Hata supaya Hata boleh bawak segala yang sempat ke hotel masa check in petang ni...Lepas tu kami menuju ke Nasi Lemak Saleha untuk bungkus nasi lemak..Aku bagi nasi lemak dalam 24 bungkus dekat taska dengan 6 packed kuih campur-campur...
Add on lagi 2 bungkus sorang untuk aku dan Hata , 
Anak-anak aku asingkan sebungkus sorang...
So total tadi ada 30 bungkus..

Gambar goodies bag lupa nak amik sebab masa anak-anak packing, aku menjahit..Tahu-tahu dah siap dan cukup 30 pcs..Aku bagi semua bekas air elainware yang aku ada, tupperware bentuk bintang & ade tupperware bulat mickey & minnie mouse. Aku nak clearkan storage box aku..Semua barang-barang ni masih elok dalam plastic..Jadi baik la aku sedekah je dekat kids di taska..Boleh jugak mereka guna 😁..


Aku tak praktis apa lagi ni...Kang time rehearsal memang kena tunggu Hata la yang bagi queue untuk beraksi 😆...

HADIAH TANDA PERPISAHAN - CIKGU TASKA

As Salam

Hari ini adalah hari terakhir che mek akan ke taska selepas waktu persekolahan ...Alhamdulillah selama hampir 12 tahun bersama...Semua layanannya baik-baik aje terhadap anak-anak aku..Selisih faham sikit-sikit tu kita maafkan aje la..Sedangkan lidah lagi tergigit..Ini kan pula anak-anak transit dan cikgu taska..Mereka-mereka inilah yang mengajar che mek dari umur 4 tahun & menjaga Ammar seawal usianya 3 bulan setengah. Mereka je yang tahu, faham & tahan dengan perangai anak-anak kita dekat taska tu...Takziah buat arwah cikgu Ema yang telah tinggalkan kami 2 tahun lepas sebab sakit. Aku tak sure sangat sakit apa..Tapi meninggalnya di rumah dia di Pahang setelah amik cuti yang agak panjang sebab keadaan dia.

Jadi beberapa bulan sebelum tarikh ini, aku dah mula fikir apakah hadiah farewell paling ok untuk bagi pada cikgu-cikgu taska ni sebagai tanda penghargaan terakhir aku pada mereka...Jenuh jugak memikir kome...Budget pun aku tak tetapkan terlalu rendah & tak terlalu tinggi..Sekadar mampu aje janji ikhlas & biar cikgu rasa dihargai perkhidmatan mereka selama 12 tahun layan kerenah anak-anak aku...

Jadi selepas berbincang dengan Hata, kami pilih untuk bagi ini...Ok la kan...Yang penting barang boleh guna sampai rosak...😆..
Gambar barang sebenar aku tak ingat nak amik sebab dah siap-siap letak dalam bag...Ini yang cikgu-cikgu taska dapat dari kami sekeluarga...
1 set periuk & 1 set kitchen knife semua tu...Warna random..
With the cikgu's..
Semua baik-baik aje...
Semua jaga anak-anak aku dengan baik...
Aku sebak masa bagi hadiah ni...Iye lah..dah 11 tahun lebih kot anak-anak aku dibawah jagaan mereka...

Semoga pemberian ini bermanfaat untuk setiap cikgu yang dapat..Ade lagi 2 orang cikgu tu dah tak mengajar / jaga taska sini...Mereka di cawangan lain di taman Melawati..Tapi pernah menjaga & mengajar anak-anak aku...Aku tetap berikan jugak hadiah-hadiah ni pada mereka sebagai tanda penghargaan. Untuk pengetua taska ni, aku bagitau, kalau tetibe husband dia kena keluar kerja awal pagi & nak minta tumpang  Hata hantarkan anak dia ke sekolah, kami ok je..Cuma kena hantar ke rumah baru la...😆

Anak bongsu guru besar taska ni sebaya che mek...1 sekolah jugak dengan che mek cuma lain kelas..Balik sekolah naik van akak yang sama...Jadi kadang-kadang tu kalau husband dia kena datang kerja awal, husband dia akan hantar mereka ke taska seawal jam 6 pagi...Biasa dia akan mintak tumpangkan anak dia naik kereta waktu kami nak hantar anak-anak ke sekolah sebab takkan nak hantar anak dia jam 6 pagi ke sekolah & dia pun tak berani nak hantar anak dia sorang-sorang naik grab..Kalau dia ikut sekali hantar guna grab, udah 2x kos pulak...Kalau tetibe van tak boleh amik che mek dari sekolah, cikgu ni akan bookingkan grab untuk amik che mek dan anak dia balik ke taskakalau waktu aku dekat ofis...Kalau cikgu ni tahu Hata outstation & husband dia kena pergi kerja awal, biasanya dia akan bookingkan grab dari taska hantar anak dia & che mek ke sekolah. Aku pulak akan hantar Ammar naik motor ke sekolah. Gitu la cara kami tolong menolong.

Besar pengorbanan cikgu taska ni...Jadi hargailah juga mereka macamana kita menghargai cikgu sekolah rendah/menengah..Sebab dari sini la anak-anak kita mendapat pendidikan awal selain dari kita as parents yang bekerja ni...Macam aku..Both of us bekerja..Jadi memang kami letak harapan yang tinggi dekat taska untuk tengok-tengokkan & jaga anak-anak kami.

Semoga cikgu-cikgu taska terima pemberian yang biasa-biasa ni dengan hati terbuka, gembira dan terus bersemangat bekerja dibidang ini..Sebab tanpa  mereka..Kita yang bekerja ni nak hantar anak-anak dekat mane? Kan?Selain dari mereka yang ada parents boleh tolong jaga & pengasuh.

Dari bulan 7 kot aku mula beli sikit-sikit hadiah ni ikut budget setiap bulan..Setiap bulan aku beli 2 set...Cukup 6 set kita stop la beli..Untuk diri sendiri aku tak perlu beli dah sebab taska tu tinggal 5 orang cikgu je..Seroang lagi dah berenti...Jadi extra 1 set tu aku amik la...Aku beli set-set ni dekat shopee je sebab dekat shopee je bleh dapat harga yang reasonable berbanding harga dekat kedai sebelah 😆

Large totebag ni aku beli dekat kedai ECO je..Tak sempat nak jahit...Sedih jugak nak tinggalkan taska ni..Nak teruskan pun tak boleh sebab kira macam dah off way dari rumah kami...Macam che mek..Van yang sekarang ni boleh hantar dia terus ke rumah selepas waktu persekolahan sebab akak tu memang ada hantar student lain yang tinggal sebelah bangunan rumah kami je..

Ammar lagi la..Dah lama tak ke taska sejak-sejak kes van tu..Van sekarang pun setuju untuk hantar Ammar terus ke rumah dari SRA cuma both fees dah naik ke RM100 seorang...Tak pe lah..Janji ada transport untuk anak-anak balik ke rumah...

Lagi pun sekarang aku dah naik LRT dekat stesen Taman Melati...Bukan lagi stesen Sri Rampai... Dari stesen Sri Rampai nak ke stesen Taman Melati tu kena lalu stesen Wangsa Maju dulu...Memang jauh la kome...

Hari ni ada jamuan akhir tahun taska...Aku mintak Hata belikan nasi lemak Saleha & kuih muih je..Sebab tak sempat dah nak masak apa-apa...Busy siapkan costume, bag baju untuk ke Traders & hari ni pun aku tak balik rumah. Lepas kerja terus ke Hotel & Pkol 7.30 malam nanti ada rehearsal untuk OTP.


Korang pernah lalui situasi macam ni?
Korang bagi ape sebagai tanda penghargaan?

Dec 18, 2025

COMIC FIESTA PREPARATION : ENJIN DAH SPEED UP

As Salam

Hari Isnin lepas keje aku turun dekat LRT Taman Melati, amik cab kena charge RM4 untuk ke M3 Mall dalam percubaan mencari gunting potong kain dalam Mr.DIY sebab Mr.DIY dekat Avenue K takde gunting tu..Sebab nak kejar masa...Hata pulak singgah rumah lama amik parcel..jadi aku pergi dulu then Hata pegi terus ke M3 Mall dari rumah lama. Tapi hampa..Tak ada jugak...Lepas tu aku ajak Hata ke Ong Tai Kim..Area sana ada dalam 3 kedai jual barangan menjahit..Guntingnya ada, tapi bukan untuk LEFTHANDED..Majority untuk right handed...Maka kami pun dinner dekat Dyawan Western Corner dekat Ong Tai Kim tu sebab nak cepat-cepat kejar waktu Maghrib...Gambar memang tak sempat nak amik la kome...Pada aku makanan dekat sini not bad...Sedap jugak..Ade masakan panas & western.

Balik je rumah, selesaikan apa yang patut dan terus masuk bilik menjahit..Aku start enjin mesin tapi macam ada something loose..Rupanya tali mesin terkeluar dari roda..Mujur Hata pandai masukkan semula...Potong kain, terus menuju ke mesin jahit panaskan otot-otot yang dah lama tak mengadap jarum mesin 😆
Base belt...
Mujur jumpa baki kain sampin sekolah SRA Ammar...
Amik untuk buat base belakang kain dark purple tu...
Cantum setiap pcs yang aku dah potong...
Juntai-juntai dekat belt tu nanti...
Jahit cape...Hoodie asing dari cape..
Stop menjahit jam 12 tengah malam...
Hari Selasa siapkan belt ni...
Lepas tu dapat siapkan hoodie...
Tidur jam 12.35 malam
Hata pulak repair his muscle suit...
Add on gauntlet & seluar pendek..
Aku punya costume dah 80% siap..
Hata tinggal nak settlekan sikit armer dekat bahu & boot.
Muka hari Isnin..
Hari pertama pergi kerja dari rumah baru...
Terlajak tido sampai jam 6 pagi baru bangun...
7.15 pagi baru gerak dari rumah...
8.30 pagi baru sampai ofis..
Muka bulat jangan ditanya kenapa...Penat pindah pun muka tak kuyus..
Harap-harap dapat semula muka licin macam ni 😆


Malam tadi try pakai full suit costume aku kecuali kasut..Ok..Muat semuanya 😆..Hari ni nak try siapkan menjahit as much as I can sebab esok lepas keje aku akan terus ke Traders Hotel untuk check in & rehearsal OTP...

DAPAT HADIAH

As Salam
Hari tu one of my chinese ofismate tanya aku nak apa sebagai tanda hadiah masuk rumah baru..Terkejut aku kome..Mane pernah orang lain tanya gitu sejak mereka tahu aku dah mula pindah ke rumah baru...Malu pulak rasanya sebab rumah kita biasa-biasa aje...Aku jawab aku takde nak apa-apa...

Tapi!!!!
Ofismate aku ni degil..Tetap jugak bagi barang simple walaupun aku cakap TAK PERLU..Sebab majority barang-barang dalam rumah ni aku dah beli sendiri...Korang tahu dia bagi aku apa???
Ini yang dibagi pada aku kome...😁
Sudah aku cuba letak dekat sinki dapur ni ha...
Ok je...Tapi nanti kalau lama-lama rasa tak ok aku bukak la semula 😁

Apa pun terima kasih pada ofismate aku yang sorang ni..Rajin betul nak belikan aku barang ni....Actually barang ni sebenarnya berguna...Memang adat orang chinese ke ek bertanya kita nak apa untuk hadiah masuk rumah baru? Sebab partner ofis aku ni pun ada tanya soalan yang sama dekat aku..Aku jawab yang sama jugak...Tak perlu dan nanti kalau ada rezeki aku jemput dia datang rumah beraya je 😀...

Nak buat housewarming tu rasanya memang idak la kot...Sebab nak mengemas ni pun aku tak pasti amik masa berapa lama...Bulan 2 nanti dah puasa, bulan 3 nanti kalau umur panjang udah raya pulak...Nak buat house warming pun bukan boleh buat simple-simple..Kita nak jamu orang, mesti nak bersiap sedia dan berikan yang termampu serta terbaik pada tetamu...Kan? Doakan kami ada rezeki lebih untuk buat open house raya nanti 😁

Yang pasti nanti aku akan panggil family aku dekat kampung untuk buat doa selamat sikit untuk rumah ni...Itu yang penting kan..Semoga dengan usaha ni, akan ada kerahmatan, ketenangan & keberkatan dalam rumah ni...Amin...

Mereka pun tak sabar nak tengok rumah adik bongsu mereka ni..Asyik update dalam group family je..Mereka nak jugak tengok depan mata mana ghopenya rumah adik deme ni ha...😆

Dec 17, 2025

SELAGI TAK PINDAH : KOS LORRY PINDAH

As Salam

Linda tanya, kita jawab...

Lorry ni kami dah panggil 3 kali..Kali pertama masa aku nak hantar barang dari rumah lama ke rumah kak yong dekat Perak...Kos ni tinggi sikit sebab jauh & lorry 5 tan...Kosnya adalah RM800 ringgit..Kami tak pakai movers, tapi kami guna orang yang sediakan perkhidmatan lorry pindah rumah..Kos RM800 ni termasuk 2 orang main power...Orghe kelate...Hari tu masa hantar ke rumah kak Yong, alhamdulillah semua barang yang kami hantar cukup & sampai dalam keadaan yang elok..Mereka takde sediakan perkhidmatan wrapping, kita kena wrap sendiri..Mereka hanya angkat, bawa & punggah masuk ke destinasi je...

Kalau Linda nak guna perkhidmatan mereka, PM saya ye..Kalau dalam Perak mungkin range dia gitu jugak la kot sebab brader ni tinggal dekat Gombak je..So dekat la kalau nak ke Selayang amik barang & ke Tronoh (Betul kan?)...Dekat sikit dari rumah kak yong.

Untuk kos lorry pindah dari rumah lama ke rumah baru, 1st trip hari tu kami kena charge RM550...Kos RM250 untuk sewa lorry...Lagi RM300 kos untuk 3 orang main power...Untuk 2nd trip hari tu, kami kena charge RM450..RM250 untuk charge lorry, lagi RM200 untuk main power..Trip kali ni kami tak banyak sangat dah barang...Tak penuh pun lorry 5 tan tu kalau nak dibandingkan 1st trip hari tu...

Gitu lah cerita dia tentang kos perpindahan kami...Banyak jugak kos untuk tiga-tiga trip tu..Tapi kena pejam mata aje lah sebab nak selesai cepat-cepat 😁...Semoga info ni dapat bantu Linda survey harga kos sewa lorry untuk pindah nanti..😁


Hari ni kena pecut mesin jahit lagi...Sikit je lagi nak siap..!!!
Hari ni jugak aku nak jumpa semua cikgu-cikgu dekat taska sebab kira this week will be the last week che mek ke taska...Lepas ni balik sekolah terus balik rumah...No more taska / transit..

Dec 16, 2025

UNBOXING : COFFEE TABLE & DINING TABLE

As Salam

Hari Jumaat malam sabtu...Aku, Hata & che mek cuba pasang coffee table double layer yang aku beli dulu...Pasang ni sebab nak bagi ruang dekat bilik menjahit...Maka berusahalah kami 3 beranak memasang...Mujur la ada drill yang Hata beli tu kome..kalau idak, jenuh jugak nak ketatkan screw-screw yang ada...
Alhamdulillah..
Berjaya jugak pasang...Takde la susah...
Tapi tetap kena paham baru boleh pasang 😁
Boleh tahan besar jugak bulatan meja ni...
View bila masukkan meja yang kecil dibawah meja yang besar...
Memang nice bagi aku...Senang bila tetamu datang...
Sebelah hidang air, sebelah hidang biskut petak Hup Seng 😁
Sabtu pagi, aku & Hata unboxing dining table yang dah lama sampai...
Masa mula-mula renovation dining table & sofa ni dah sampai...
Masa mereka sampai waktu renovation, memang aku wrapped kemas-kemas sebab risau terkena serpihan apa-apa masa renovation...
Inilah dining table kami untuk 4 orang...
Kerusinya aku & Hata tak bukak lagi sebab risau makan space...
Jadi kami bukak meja & letak tepi dinding dulu...
Meja ni kalau tak silap aku batu marmar...
Jadi memang berat jugak ye kome masa nak angkat nak buang kertas tu...
Bucu meja aku letak plastic cover ni sebab risau je cucu sedara 
yang akan datang pagi Sabtu tu..
Kalau terhantuk memang boleh benjol ye kome...😁

Sikit lagi nak selesai hal perpindahan ni...Lepas Comic Fiesta dah boleh la aku fokus untuk susun atur barang-barang dalam rumah ni pulak...Semoga rumah ni tetap nampak ada ruang walau selepas barang-barang ni disusun atur..Amin



Costume apa cerita????Tungguuuuuu...

TERIMA KASIH ANAK-ANAK SEDARA

As Salam

Hari Jumaat lepas Hata selamat sampai ke rumah dari Medan Gopeng, kami balik ke rumah baru sebab mane muat nak tido atas toto 4 beranak kome 😆...Malam tu kami clearkan bilik menjahit sebab nak bagi space barang esok dari rumah lama....Hari Sabtu dalam Jam 8.45 pagi anak-anak sedara 3 orang sampai rumah..Kak ipar bekalkan nasi lemak, nasi berlauk & satay nasi impit untuk sarapan. Jam 9.45 pagi aku, Hata & seorang anak sedara lelaki ke rumah lama sebab lorry sampai jam 10 pagi.
Inilah keadaan rumah aku hari Sabtu..
3 kipas angin yang kami tak perlukan lagi kami bagi pada budak lorry...
Hanya 1 je yang kami amik...

2 jam jugak proses angkut keluar dari rumah & susun dalam lorry ni kome...Ni dah nak menjahit huru hara rasanya sebab tak jumpa gunting & segala perkakas menjahit..Jadinya semalam waktu lunch hour, terpaksa la aku mencari gunting baru dekat mr.DIY Avenue K tu...

Jam 1 tengahari kami sampai ke rumah baru dan tunggu aje la budak-budak lorry selesai angkut barang-barang naik ke rumah..Sambil-sambil tu clearkan mana-mana space supaya ada ruang yang lebih...Sementara kami bertiga dekat rumah lama, anak-anak sedara aku yang perempuan 2 orang tolong che mek pasangkan almari solek che mek...Lepas tu pasangkan rak sangkut tuala aku...
Comey aje meja soleknya kome...
Meja solek aku je belum berpasang lagi...
Tunggu la lepas habis CF nanti 😁

Untuk makan tengahari kami beli fast food dari grab je sebab dah tak larat nak memasak atau pegi kedai...Dalam jam 3 petang jugak baru selesai angkat barang ke dalam rumah...Lepas selesai hal lorry, kami ber-5 sama-sama cuba pasang katil aku pulak...
Alhamdulillah...Sabtu malam ahad dah boleh tidur atas katil baru...
Katil ni aku beli dekat shopee...
Ada 3 drawer iaitu di kaki katil dan di kiri kanan body katil...
Nak pasang katil ni tak susah...
Cuma memang kena ada yang tolong baru cepat siap...
Alhamdulillah...Dah siap...
Aku letak katil ni ditengah-tengah bilik mengadap wardrobe...
Alik kanan katil ni kami letak karpet..
Alhamdulillah...
Masih ada ruang yang selesa untuk berjalan selepas letak katil secara menegak mengadap wardrobe...Tinggi katil ni selepas aku letak tilam ade la dalam satu tapak tangan selepas lutut...OK la kan..Vibe-vibe tinggi katil hotel gitewww 😆

Dalam jam 5.30 petang anak-anak sedara kami pun balik semula ke Bangi...Lepas tu aku & Hata rasa lembik badan-badan ni kome 😁...Hari Ahad misi mencari bahan-bahan untuk OTP..Tapi takde la kalut sangat sebab nak bagi badan rest...

Dec 15, 2025

YANG BANYAK BERJASA TAPI TERPAKSA DITINGGALKAN

Hari Sabtu hari tu lorry 5 tan datang nak angkat barang-barang yang aku dah pilih untuk dibawa ke rumah baru...Tapi malanngnya 1 almari yang dah 11 tahun berkhidmat terpaksa ditinggalkan sebab condition dia yang dah tak boleh untuk digunakan..Dah reput kome..Aku pun tak sure macamana boleh reput sampai gini rupanya..Ntah bila pulak kena air sampai kembang gini...Aku plan nak bawak dia satu je nak letak dalam bilik menjahit..Meja solek, 2 almari baju aku tinggalkan...
Kaki almari ni dah reput...
Masa punggah barang-barang dari dalam almari ni memang aku tak perasan langsung sebab almari ni duk tepi pintu hala ke bilik stor...Masa nak angkat baru perasan dah nak hancur dah...Jadi terpaksa la ditinggalkan...11 tahun dah dia berkhidmat dengan kami..Banyak jasanya ni...
Ini suasana suku dari barang rumah lama yang dibawa masuk...
Rasanya nanti bila dah fully transfered,memang tak muat bilik ni...
Memang akan sampai ke hall atau ke bilik Ammar...
Nanti aku share lagi suasana dalam rumah ni ye kome...

Ada beberapa barang yang aku sempat label, kami letak terus ke dapur sebab peti sejuk, washing machine & freezer dah masuk dekat tempat yang disediakan jadi dapat la bagi ruang untuk yang lain masuk...Sambung penat mengemas dekat rumah baru pulak nanti..Mujur dah ada kitchen kabinet..Boleh la aku masuk semua barang dapur dekat dalam tu...

Malam ni nak makan apa? Tak sabar nak cuti next week 😁

REWARD DIRI HASIL MENABUNG

As Salam

Hari tu aku rasa nak nampakkan 1 barang untuk diri sendiri setelah hampir setahun gigih mengumpul duit dekat tabung VIRAL tu..Jadi masa lalu dekat depan kedai Camel Active ni, mereka tengah buat Year End Sale...Semua mur mur dari harga sebenar...Aku rasa aku dah lama tak beli kasut / sandal gugurl sikit...Sejak-sejak merempit ni, memang banyak beli sneakers je...
Dapatla sepasang...
Sekali che mek pun nak sepasang...
Aduhai...Ni aku nak claim dekat ayah che mek 😆
Dah lama cari kasut / sandal yang begini...
Strap depan tu tutup separuh jari kaki aku...
Tapak kasut ni comfy je sebab rasa sponge dia tebal & padat...

Aku ada sepasang kasut wedges dari vincci ...Memang menjadi fevret...Bila dah fevret mesti la kita pakai hari-hari masa sebelum pegi kerja naik motor..Tapak kasut tu bukan haus, tapi dah terkopek ternganga besar jugak..Bukan sebelah, tapi dah dua-dua belah...Nak gi repair asyik la lupa je...

Semoga kasut / sandal ni bertahan lama masa try pun dah rasa selesa...Kasut ni kalau ak bawak motor pun rasanya masih under control sebab dia ade velcro tape dibelakang tumit tu...Jadi takde la aku risau terlucut masa nak brake / tukar gear motor...Kalau pakai sandal tanpa velcro tape dekat belakang, aku tak berani sangat nak pakai waktu bawak motor..Risau terlucut 😆

Ini semestinya bukan kasut raya...😆

Dec 14, 2025

TAHNIAH AMMAR!!!

As Salam

Minggu lepas dapat w/apps dari guru kelas SRA Ammar...Ehhh..Ammar dapat anugerah kedudukan terbaik dalam kelas...Memula aku ingat tak dapat pegi sebab kerja..Tapi nak dijadikan cerita, hari Rabu malam Khamis tu aku tak dapat tidur sebab gatal 1 badan..Mungkin sebab habuk mengemas rumah lama ni...Walaupun lepas mengemas tu aku memang mandi & pakai baju yang baru..Tetap jugak dia menggaru...

Sudahnya lepas hantar baju sekolah SRA ammar, aku terus ke klinik..Lepas jumpa doctor, doctor cakap kena cucuk 2 jenis ubat...Dose kuat jadi lepas cucuk kena balik rumah & tidur...Cucuk dekat lengan yang biasa aku buat blood donation..Lengan belah kiri...Lepas cucuk dapat MC & aku terus start motor balik rumah...Lepas tu memang mengantuk kome...Tak sampai pun 30 minit, aku message Hata cakap aku nak off data, update admin ofis & terus la aku pejam mata...Sedar-sedar dah jam 11.30 pagi...

Rehatkan badan sekejab lepas tu mengemas pun sikit-sikit je...Jam 2 petang aku rasa badan macam dah OK untuk bergerak...Baru la aku teringat yang Ammar ada hari anugerah dekat SRA...Aku plan nk buat suprise...Aku bawak motor sampai ke 7e then melintas jalan ke SRA...Aku tak bawak motor terus ke SRA sebab risau ramai orang...Susah nak parking...

Masa sampai aku tak nampak lagi Ammar..Maka aku terus masuk ke dewan...Jam 2.50 petang sesi penyampaian hadiah pun bermula...Jam 3.10 petang tiba giliran nama Ammar dipanggil...Waktu ni Ammar tak perasan lagi aku dah ada dalam dewan...Selesai penyampaian sampai ke murid darjah 6, aku tunggu habis 1 persembahan nasyid dari murid2..Lepas tu aku angkat kaki keluar dari dewan untuk jumpa Ammar...Terkejut Ammar waktu nampak aku berjalan sambil tengok dia...
Tahniah Ammar dapat tempat ke-3 dalam kelas...
Chocolate bouquet tu aku beli dengan murid SRA ni..RM10
Semoga terus bersemangat untuk UPKK & UPSRA tahun depan...

Jam 3.30 petang aku balik semula ke rumah sebab kepala rasa pening & Ammar kena stay sampai habis waktu persekolahan...Malam tu nak tidur aku kena makan ubat yang doctor bagi..Baru teringat aku kena makan ubat ni 6 biji sekaligus untuk 5 hari..Banyak giler kome..Dah macam makan ubat darah tinggi & saknika yang lain...Itu la..Sapa suruh pegi jumpa doctor selepas dah beberapa hari menahan allergic ni...
Jenuh nak telan & nak habiskan...

Doctor nasihatkan aku lepas ni kalau nak bermain-main dengan habuk (mengemas rumah) makan dulu ubat allergic..Lepas tu baru bleh start buat kerja...Baik Doctor......Semoga lepas selesai hal rumah ni,m allergic badan aku ni pun beransur pergi lah ye kome...Amin