As Salam
Hari Rabu lepas staff pos laju masuk ofis untuk hantar parcel. Staff tu sebut nama NIEZA RAMLI.. Aku tetibe terkejut. Aku suruh staff Pos Laju ulang nama yang dia sebut. And YES..NIEZA RAMLI..Lepas tu aku diam & terima parcel sebab alamat dah betul. Sekali aku tengok dekat sticker delivery detail tu memang tulisnya Nieza Ramli 😆..Layan aje la..Janji barangnya betul .😆
Apa yang staff tu hantar??
Ini hadiah giveaway dari kak Notie. First time join GA kak Notie. Alhamdulillah sempat jugak grab peluang untuk jadi yang 10 terawal komen nak baju raya dekat entry giveaway kak Notie hari tu. Aku dapat jadi blogger yang kedua terpantas komen. Jadi aku dapat baju raya yang ini...
So soft warna dia..I super loike 💜
Dah jadi baju nanti gini la rupanya bila terletak dibadan...
Ini lace yang akan di-matching-kan dengan kain tu nanti..
Lace ni cukup kalau nak letak dekat keliling kaki baju, atau letak depan kaki baju sahaja dengan 2 belah tangan baju...Warna ini pun soft aje..
Adakah saya kena menjadi gadis ayu dihari raya nanti?😆
Apa pun terima kasih banyak buat kak Notie sebab sudi buat Giveaway ni dan memilih aku untuk jadi salah seorang pemenang giveaway tu. Semoga murah rezeki sokmo & kalau ada lagi next time, aku nak join lagi 😆
Bertambah koleksi baju raya 2026 meks 😁



8 comments:
Alamak salah nama ye. Byk Sgt sampai silap. Sori lah tapi yg penting tuannya dah terima. Mesti lah pagi raya jadi perempuan melayu yg cun Dan anggun.
Tahniah menjadi yang terpantas
Boleh buat baju raya dah tu. Tahniah.
kena cepat2 gi tempah tuuuu
Tahniah, Nieza. Lawa kain Nieza, ada corak.
wahhhhh cntiknya color soft blue!
Cantiknya warna baby blue ke apa ni ye. Selamat bergaya dengan baju raya nanti
Waaah birunya lembut. Dah lama tak buat baju yg pakai renda begini. Jadi agak tertarik saya. Dulu pernah punya, tp hanya utk pakaian formil di acara keluarga.
Post a Comment