As Salam
Hari ni saja nak share apa yang aku borakkan dengan kak yong & my BIL masa kami balik beraya dekat kampung hari tu. Masa sampai rumah jam 9 malam, memang kami 4 beranak duk ulang alik bilik angkut barang dari kereta. 1 luggage 24 inch, 2 luggage 20 inch, 1 backpack, 1 bag untuk pakaian dalam, stokin, inner tudung,singlet Hata, 1 bag goodie bag, 1 bag bantal busuk masing-masing, 1 bag shower set dan beberapa bag & bekas yang lain.
Kak yong aku cakap macam nak pindah rumah. Banyak betul barangnya. Abang ipar aku pulak menyampuk...Katanya kena angkat transport yang lagi besar dari yang sedia ada. Dulu masa ada kereta persona penuh bonet. Dah ada MPV ni macam makin bertambah pulak barangnya. Sedangkan anak-anak dah besar semuanya 😆
Tetibe aku teringat...Sebelum dan semasa kami dalam proses survey rumah sekarang, actually kakak-kakak aku ada bergurau...Mereka kata....
"Beli la condo / rumah teres lain yang luas sikit. Boleh kami datang beramai-ramai..."
Macam tau-tau je waktu tu dah nak sampai masa untuk kami survey rumah untuk dibeli. Sekarang suruh kami beli MPV yang lagi besar pulak...Aku pun jawab dengan nada berseloroh...
" Kome doa-doakanlah..Hari tu kome doa teman dapat beli condo. Nah..Udah dapat beli. Kome nak merasa naik MPV besor, kome doakanlah teman dapat beli. Dapat kome merasa naik sekali."😆
Aduhai kakak-kakak aku ni...Mereka ingat gaji adik dieorang ni 5 angka agaknya...Tak pun mereka ingat gaji adik ipar mereka ni yang 5 angka??? Bukan senang nak beli rumah. Berapa tahun kami tunggu untuk dapatkan sebiji ni. Dah dapat ni pun berhutang dengan bank 😆
Kenderaan yang sekarang ni pun baru je umur 2 ke 3 tahun. Udah diajak gurau untuk angkat MPV yang baru. Pengsan la adik kome ni yong 😅. Apa pun kalau Allah kata kami akan dapat yang lebih elok. Kenapa tidak kan? Asalkan Allah kata kami mampu untuk bayar bulanan, maintenance, roadtax, insurance, tayar 4 biji. Mesti akan ada jalan untuk dapatkan apa yang mereka doakan tu. Betul tak?
Kami sendiri takde fikir lagi nak upgrade kenderaan yang ada sekarang ni. Cukup la apa yang ada. Selagi tak rosak teruk sampai tak boleh jalan. Kita guna je. Janji kita tak pening fikir tentang bayaran bulanan, roadtax, maintenance & semua tu untuk kenderaan yang baru tu. Jangan ikut kehendak orang. Nanti kita yang merana.😁. Ikut poket sendiri je janji kita bahagia dan mampu cover semua tu untuk kenderaan yang sedia ada. Dan ada sipi-sipi duit emergancy. Cukuplah.
Kalau korang nak tahu, masa bulan puasa & minggu lepas kalau tak silap aku, kawan cosplay aku & ex-ofismate Hata ada berhubung dengan kami untuk PINJAM DUIT. Kawan cosplay ni aku & Hata kenal tapi tak rapat. Dia nak pinjam duit. Tak banyak. Memula macam berat nak bagi. Tapi rasa kesian pulak sebab mungkin dia memang tengah terdesak.
Dia pinjam awal puasa hari tu. Janji nak bayar sebelum raya. Sampai 29 March 2026 dia senyap. Aku plan nak message mintak duit aku balik on 30.3.2026. Sekali malam tu dia message bagitahu hanya boleh bayar pada 7.4.2026 nanti sebab sebelum ni dia kena scam. Aku OK kan aje selagi aku tak terdesak nak guna duit yang dia pinjam tu.
Tapi semalam Hata nampak update mereka husband & wife dekat Facebook cakap nak pegi ke kenduri kahwin kawan cosplay dekat IPOH. Ehhh...Ada pulak duit minyak & toll korang ye. Hutang aku mintak postpone bayar balik sampai 7/4/2026. #tepukdahi. Tak paham jugak dengan orang-orang macam ni. Kalau takde duit, buat cara takde duit. Kalau ada duit tapi dahulukan yang tak penting, mesti orang yang bagi pinjam (aku la tu) akan query tentang korang. Kalau ada modal nak pegi pun, jangan cerita dekat media social sebab aku tahu berapa cabang yang korang dah pegi mintak tolong untuk pinjam duit & berapa amount yang korang pinjam sebab sejenis yang saknika benda nak update dekat media social.
Lepas tu, ex ofismate Hata pulak yang dah almost 5 years tak berhubung. Sekali message Hata nak pinjam duit. Memula Hata risau scammer. Hata pun kol. Memang betul nombor tu adalah nombor ex-ofismate dia & Hata pun bagi pinjam separuh dari apa yang dia nak pinjam sebab bagi Hata amount yang dia nak pinjam tu terlalu besar.
Pelikkan? Kenapa mereka datang dari out of nowhere??? Adakah mereka rasa kami ni orang yang berduit? Sedangkan kami tak tunjuk pun kemewahan kami. Apa yang mewahnya??? Hidup biasa je.Masih mengharapkan gaji bulanan untuk cover expenses hidup.
Dalam social media especially FB & IG kami tak pernah bagitahu yang kami tukar kereta ke, beli rumah ke, dapat bonus banyak ni ke, beli henfon baru ke hatta tak cerita pun kerja dekat company mana. Sekarang pun dah jarang update dekat 2 medsos tu. Kalau ada pun time raya / kenduri / vacation after filter aje la. Daily life memang jarang dah sekarang ni. Kalau dalam blog ni, itu cerita lain sebab reader blog ni takde dalam circle sedara mara/ kawan-kawan ofis / sekolah / cosplay. Tapi tetap la ada yang ingat kami ni berduit 😆
Aku pernah cakap dengan Hata tentang bab pinjam-pinjam duit ni. Sampai aku pernah tanya Hata.
Apalah yang Allah nak uji kita ni kan?
Sedangkan Allah lebih tahu level ekonomi kita macamana.
Apalah yang Allah nak bagi kita dimasa depan ni kan?
Korang pernah ada dalam situasi aku sekarang?
Apa yang korang buat?

9 comments:
Banyak kali je kawan nak pinjam duit masa Cie buat biz dulu. Dorg ingat kita ni banyak duit agaknya biz. Padahal buat biz tu plan nak kurangkan hutang. Memang tak pernah bagi la. Pinjam duit orang ni tak boleh selesai masalah pun. Lagi tambah masalah ada kalau kita tak bayar duit orang.
zaman sekarang nak beli rumah pun macam mampu tengok je huhuhuhuu
PH aminkan ye :)
Bab hutang tu gitulah biasanya, masa nak meminjam manis mulutnya kan...
kena learn to say no sbb kita akan jd pengemis bila mintak bayar duit yg dipinjam
Tapi kan. Baik betul Hata, membe yang dah 5 tahun tak contact pun, Hata willing bagi pinjam... Linda sendiri pun, kalau ada duit akan bagi juga, tapi amaun tak besar la..selalu nya yang below rm100 je Linda bagi .sebab duit gaji yang dah deduct sana sini, balance tu ngam2 je untuk next gaji...
Masalah hutang nih kak, saya dah serik bagi utk Orang2 tertentu yg saya tahu tak akan bayar. Tp kalau yg pinjam saudara dekat, sahabat, okelaah, saya tak berkira.
Pernah ada yg bilang, jika orang berhutang dengan kita, maka sampai tiba waktunya dia bayar, itu akan terhitung sedekah (pahala di kita) setiap hari, sampai dia bayar lah. Wallahu alam, apakah hadisnya sahih atau tidak.
Tapi yg pasti saya tak nak ikhlaskan semua hutang, jika ada yg berhutang. So, sampai matipun hutang itu akan menjadi beban dia. Krn hutang di bawa mati kan. Dia tak nak bayar, terserah. Hidupnya akan susah jika ada hutang, percayalah. Apalagi jika tak mau bayar
Setuju dengan Mama Zharfan
Semoga adik mendapat apa yang adik harapkan ya..doalah pada Allah pasti akan dikabulkan ..InshaAllah..
Dulu akak pun ada bagi pinajm kat kawan..sampai sekarang x bayar balik...dah 2 kali kena ni...sejak tu akak dah berani say NO...mana yang pinjam duit sebab nak beli susu anak x cukup tu akak halalkan aje..sebab akak mmg tau dia susah...yg x susah ni...dah lama dah dia pinjam ni..kaalu bayar sikit2 RM50 pun rsanya dah lama settle dah..tapi hidup dia bukan main mewah lagi...bila tanya duit akak, dia marah..x sabar2 katanya..padahal masa ko mintak x sabar2 gak kan...ni nampak dia baru balik dari bercuti kat Jepun..ada plak duit erk..pelik ni...skrg dia dah block akak dah kat semua platform...
Post a Comment