Dec 17, 2010

Apa Itu Muntah Susu

Apa itu muntah susu?
Istilah perubatan pada masalah ini ialah gastroesophageal reflux. Ia tidak sama dengan muntah biasa. Muntah susu adalah masalah yang sangat kerap terjadi dikalangan bayi iaitu 40% pada bayi berusia kurang dari 1 tahun.

Apa yang menyebabkan muntah?
Ia terjadi kerana susu didalam perut termasuk balik kedalam salur esophagus ( saluran yang menyambungkan perut dan mulut). Bagi bayi yang lebih berusia, terdapat otot pada pangkal esofagus ini yang menghalang makanan dari perut masuk balik ke esofagus yang berfungsi seperti penutup satu hala atau 'valve'. Walaubagaimanapun, valve ini tidak betul-betul berfungsi sehinggalah bayi berusia 1 tahun ke atas. Itulah sebabnya ia lebih lebih kerap terjadi dikalangan bayi berusia kurang dari 1 tahun.
Gejala dan simtom
• Keluar secara 'effortless'
• Muntah terjadi sebaik minum susu
• Muntah selepas sendawa
• Susu keluar lebih banyak terutama setelah terlebih minum

Tip untuk kurangkan muntah susu:
• Sendawakan bayi dengan lebih kerap, semasa dan selepas menyusu
• Kurangkan tekanan pada perut- jangan berbekung atau memakai lampin yang ketat.
• Elakkan pergerakkan seperti membuai yang keterlaluan semasa dan selepas menyusu
• Hindar dari minum susu terlalu banyak dalam satu masa
• Baringkan bayi dalam kedudukan mengiring sebelah kanan semasa tidur
• Tinggikan kepala bayi 30 darjah semasa tidur
• Tegakkan badan bayi sebaik selepas menyusu.
• Periksa samada terdapat “dribbling” pada mulut bayi semasa tidur. Lap sekiranya ada susu untuk mengurangkan iritasi.
• Pastikan bayi tidak mengalami dihydrasi (kekurangan cecair badan) dengan memeriksa tanda-tanda dehidrasi seperti:
o Lampin- sekiranya lampin kerap kering bayi mungkin mengalami dehidrasi
o Periksa mulut: Lidah yang terlalu kering menunjukkan bayi dehidrasi
o Kulit: sekiranya nampak kering dan berkedut, mungkin bayi mengalami dehydrasi.

Bila perlu jumpa doktor?
Kebanyakkannya akan hilang dengan sendiri selepas 12 bulan dan bayi membesar secara normal. Walaubagaimanapun, ada segelintir dari bayi yang muntah terlalu banyak sehinggalah ia tidak membesar sebagaimana yang sepatutnya. Sekiranya muntahnya keterlaluan setiap kali menyusu, berjumpalah dengan doktor untuk pemeriksaan.

Tip untuk menyusukan bayi
• Menyusu dengan kadar sedikit. Hadkan setiap susuan kurang dari 20 min sekiranya menyusu botol.
• Sekiranya menyusu badan, susukan pada sebelah buah dada sahaja dan perah yang satu lagi.
• Jarakkan susuan sekurang-kurang 2 jam kerana perut mengambil masa 2 jam untuk kosong semula.
• Pakaikan lampin dengan lebih longgar
• Susukan bayi dalam keadaan tegak sedikit

Tip Penyusuan Susu Botol
Sekiranya anda menyusu botol bayi anda, Tanya doktor anda susu formula apa yang sesuai untuknya.
Terdapat 2 jenis susu yang berada dipasaran sekarang:
1. Berbentuk debu yang perlu dicampurkan dengan air
2. Berbentuk cecair yang sedia untuk diminum- ia adalah lebih mahal

Tip Penyusuan
Pastikan anda mematuhi arahan yang diberikan dengan hati-hati. Terdapat tarikh luput pada susu formula tersebut. Jangan guna selepas tarikh tersebut kerana ia tidak lagi selamat digunakan.
• Basuh dengan cermat botol susu plastik atau kaca termasuk juga alatan yang digunakan untuk menyediakan susu. Kalau boleh, gunakan air panas yang bersabun dan basuh dengan air paip yang bersih. Kemudian rebus selama lima minit dalam periuk khas atau sterilizer.
• Untuk menyediakan susu formula, panaskan air selama 5 minit dan sejukkan ia sebelum mencampurkan dengan susu debu tadi. Anda boleh menyimpan didalam peti sejuk dan gunakan ia dalam masa kurang dari 48 jam.
• Panaskan susu dengan meletakkannya dalam air panas. Jangan panaskan dengan mengunakan oven microwave. Ia boleh menjadi terlalu panas.
• Pastikan anda mengoncang botol susu dan titikan beberapa titik susu pada pergelangan tangan anda. Sekiranya ia suam, ia sesuai untuk diberikan kepada bayi anda.
• Semasa memberi susu, pastikan kepala bayi sedikit tinggi dari badannya. Semasa memegang botol, pastikan bahagian puting penuh dengan susu supaya bayi tidak menelan terlalu banyak udara.
• Jangan sesekali sandarkan botol susu kerana bayi anda boleh tersedak dan lemas. Sentiasa pegang bayi anda semasa memberi susu.
• Buang susu yang tertinggal selepas menyusu
• Masa menyusu buka sahaja untuk menghilangkan lapar bayi, malahan ia adalah masa untuk bayi bermanja dengan anda dan peluang anda untuk mengenali bayi anda dengan lebih baik.


Bila Bayi Menangis
Bunyi tangisan bayi berbeza-beza mengikut mood dan keadaan bayi dan kadang-kadang, sebab tangisan sukar dikenalpasti walaupun oleh ibubapa sendiri. Jika bayi menangis ketika anda sedang menjaganya, cuba semak kemungkinannya dari senarai berikut:
• Bayi mungkin lapar, sila semak masa susu terakhir?
• Bayi mungkin tidak selesa disebabkan lampin basah- tukar lampin dengan yang baru.
• Bayi mungkin colik, sakit perut disebabkan oleh angin.
• Bayi mungkin merasa terlalu panas atau terlalu sejuk, cuba rasa suhu dibelakang bayi. Alihkan kepada tempat sesuai.
• Bayi mungkin kesunyian dan inginkan teman, hiburkan dan gembirakan dia.
• Bayi mungkin keletihan tetapi tidak dapat tidur. Tenangkan bayi dengan membuai atau memberikan muzik ringan. Ia memudahkan bayi tidur dengan nyenyak.

Cara gembirakan bayi
Jika bayi masih lagi menangis cubalah lakukan perkara yang boleh menghiburkannya seperti:
• Berikan kepadanya benda untuk dilihat. Bayi suka melihat benda yang berwarna cerah, berwarna warni, dan bergerak gerak, serta muka manusia.
• Berikan bunyi-bunyian untuk didengar. Bayi gemarkan bunyi muzik dan irama kadangkala menggerak-gerakkan tangan serta kakinya mengikut rentak bunyi. Mereka juga suka mendengar suara orang terutama suara ibu dan ayahnya. Bercakap-cakaplah dengan bayi walaupun kamu rasa dia tidak faham.
• Pegang dan peluk bayi. Bayi suka dirinya dipegang. Ketika mengangkat atau meletakkan bayi, sokong lehernya dengan sebelah tangan dan punggungnya dengan tangan yang satu lagi. Sentiasa berhati-hati agar memberi sokongan kepada bayi kerana bayi tidak boleh menyokong kepala sendiri sehingga berusia 2 bulan.





end

0 Comments: