Showing posts with label KNOWLEDGE. Show all posts
Showing posts with label KNOWLEDGE. Show all posts

Feb 8, 2025

BASIC KNOWLEDGE DRR & DOC

As Salam

Sejak 2019, aku suka nak tau tentang beza antara DEED RECEIPT & REASSIGNMENT dan DISCHARGE OF CHARGE...Sebab rase mcm seronok plk nk tau basic knowledge tentang perkara ni...Ia jgk sebagai bekalan dikemudian hari...

2 perkara ni semestinya berbeza...Kejadian juga berbeza..Sini aku share basic aje ye..Yg semuanya lengkap & takde masalah "tepi"...

DEED RECEIPT & REASSIGNMENT..
  1. Prose berlaku selepas buyer dah habis bayar loan property dgn bank tapi geran masih atas nama developer...Kejadian biasa jadi bila kita beli rumah under developer...tak kira condo / landed...Jarang jadi kalau beli dgn org sebab biasa proses tukar nama tu dibuat masa proses jual/beli property lg.
  2. Jadi bila dah beli rumah nnt kena make sure dalam 2-3 tahun selepas penyerahan kunci, korang dah ade dapat perintah dari Developer utk perform Perfection of transfer & perfection of charge supaya geran yg asalnya atas nama developer dah tukar ke nama kita & dicagarkan kepada nama bank yg kita buat loan.
  3. Proses ni ade kos yg buyer kena tanggung sendiri.
  4. Bank akan keluarkan arahan dekat panel solicitor yg tak semestinya solicitor tu adalah silicitor yg sama masa korang sign SPA & Loan agreement..Bank jgk akan bagi surat yg sama dekat peminjam. 
  5. Peminjam boleh dapatkan quotation dulu dr appointed solicitor dgn loan solicitor..Jadi kalau nk tukar solicitor kena bgtau bank...Bank akan bgtau appointed solicitor...Kalau x tukar, teruskan je proses DRR ni dgn appointed solicitor dr bank.
  6. Owner kena bayar latest bill cukai pintu & cukai tanah. Kalu dah bulan 7, maksudnya korang kena bayar yg penggal kedua punya bill...Kalau dah bulan 11 / 12, korang kena bayar utk yg tahun baru.
  7. Selepas proses ni, korang hanya akan dapat original document je mcm SPA & loan agreement & yg berkaitan.Geran tak dapat lagi sebab geran masih atas nama developer...
  8. Biasanya solicitor akan advice korang utk tny developer status strata title sebab kalo korang ade planning nk jual property tu, tp tak perform lagi proses perfection, bank susah sikit nk bg loan dekat buyer korang.
  9. Dalam tempoh pinjaman, bank boleh lelong property kalau peminjam tak dapat bayar bulanan ikut tempoh masa yg diberikan.


DISCHARGE OF CHARGE
  1. Kejadian selepas habis bayar loan property kepada bank.
  2. Bank akan keluarkan arahan dekat panel solicitor yg tak semestinya solicitor tu adalah silicitor yg sama masa korang buat proses perfection of transfer & charge..Bank jgk akan bagi surat yg sama dekat peminjam. Peminjam boleh dapatkan quotation dulu dr appointed solicitor dgn loan solicitor..Jadi kalau nk tukar solicitor kena bgtau bank...Bank akan bgtau appointed solicitor...Kalau x tukar, teruskan je proses Discharge ni dgn appointed solicitor dr bank...
  3. Biasanya geran dah ade dengan bank sebab dah ada proses perfection of transfer & charge yg mana lepas proses POT & POC tu dibuat, geran ditukar dr nama developer / nama pemilik asal keatas nama korang & ada nama bank yg dicagarkan.
  4. Dalam tempoh pinjaman, bank boleh lelong property kalau peminjam tak dapat bayar bulanan ikut tempoh masa yg diberikan.
  5. Masa proses discharge of charge ni,  nama bank akan dipadamkan dari geran dan hanya akan ada nama owner je..
  6. Lepas dah siap proses tukar nama, korang akan dapat la original geran, original SPA, & Loan Agreement & lain2 document yg berkaitan.
  7. Geran yg original tak boleh di-laminate ye kome...
  8. Proses ni ade kos yg buyer kena tanggung sendiri.
Ini adalah proses yg tiada sebarang masalah ye...Dua2 proses diatas amik masa dalam 2 - 3 bulan ikut pada kelajuan pejabat tanah & pejabat daerah..Kalau ada masalah mcm loan 2 nama, sorg meninggal, kena ada proses lain plk mcm perlukan surat kematian, administration letter dr mahkamah yg mnyatakan siapa yg boleh menjadi pengganti tanda tangan simati dalam dua2 proses diatas...Lebih kurang gitu la...Sebab tu la kot kita kena ada wasiat kan?

Gitu la basic knowledge yg aku nak share dekat sini...Ada buyer yg boleh habiskan loan ikut perjanjian..Mcm 20 tahun gitu...Ade jgk buyer yg dapat selesaikan pinjaman dalam masa 5 tahun je...Seronok tengok buyer yg dtg amik geran masing...Mesti mereka dah rasa tenangkan waktu tu sebab loan dah habis bayar & akhirnya rumah tu milik mereka.


Kalau ade yg salah korang yg tau bleh add on dekat komen...ok?

Feb 20, 2024

BILA MASUK USIA 40 TAHUN, BANYAK PERKARA KITA KENA KURANGKAN…

As Salam

Saje nak kongsi sbb semua akan berada di peringkat usia ini kalo diizinkan Allah...

1. Kurangkan makan

Oleh sebab badan kita ni dah menua, begitu juga organ di dalamnya. Keperluan badan pun dah makin berbeza. Makan sekarang sekadar cukup nak bagi tenaga dan tak boleh dah lagi nak disumbat selagi ada.

2. Kurangkan berkawan

Bukanlah semua kena tinggalkan. Mana baik kita simpan, yang mana toksik kita maafkan dan lepas itu lupakan. Kemudian alihlah perhatian. Waktu begini kena cari kawan yang selalu ingat mengingatkan bahawa dunia ini bukanlah tempat berkekalan dan sering nasihat kita untuk terus sediakan bekalan.

3. Kurangkan membeli

Saya perasan umur begini kita mula mengerti bahawa mengumpul barang tu dah tak perlu lagi. Semakin banyak barang semakin semak kita tengok sana sini. Lagi pula kita dah tahu barang tak pakai akan jadi beban di sana nanti. Berapa banyak rupanya dulu wang kita terbazir atas nama hobi dan sebab kita minat nak kumpul koleksi.

4. Kurangkan bercakap

Benda ini senang sahaja untuk suami. Untuk saya memang kena berlatih lagi. Kata Ustaz kalau nak kurangkan bercakap banyakkan berzikir di mulut dan hati. Bila semakin banyak ia terisi, semakin kurang rasa nak bercakap perkara yang tak mendatangkan erti.

5. Kurangkan ‘complain’

Selama ni saya selalu perhati, ada dua jenis orang saya pernah temui. Satu yang hidupnya suka sangat memuji-muji, semua orang dan semua benda sentiasa memberi erti. Orang begini saya lihat sentiasa disayangi. Tapi ada juga yang gemar komplen tak henti-henti. Seakan semua benda tak beri kebaikan buat diri. Orang begini pula selalu orang lain hindari. Apa kita nak jadi nanti, pandai-pandailah pilih sendiri.

6. Kurangkan ekspektasi

Nak rasa apa ni adalah atas pilihan kita. Ikhlaskan semuanya walau balasannya kadang tak seberapa. Tak pun kadang memang langsung tak ada. Kita baik sebanyak mana pun sentiasa ada yang tak suka dan selagi banyak mengharap balas atas segala usaha, semakin sakit jadinya hati saat diuji rasa. Tapi begitulah kaedahnya. Lillahitaala tu tak semudah berkata-kata.

7. Kurangkan kerja

Dulu kita ingat kerja ini lah yang bagi rezeki. Lagi banyak kerja lagi banyak duit kita nanti. Lalu kita kerja dan kerja tak berhenti-henti dan tak perasan satu masa anak dah besar dan pasangan dah tak sekuat dulu lagi. Tapi sekarang dah mula pandai bahagi-bahagi. Kita tahu bila nak kerja dan bila nak luang masa berkualiti. Kita nak menang dua-dua tak nak ada satu yang kita rugi.

8. Kurangkan anxiety

Nak hilangkan anxiety boleh cuba ikut pesan Ustaz Wadi. Yang dah lepas belajar lupa apa yang jadi. Yang akan datang jangan fikir begitu teliti. Jadi manusia kita cuma usaha sepenuh hati. Apa saja yang datang kemudian nanti itulah kita punya rezeki. Baik atau buruk sentiasa jadi rahsia yang sering menguji.

Pepatah Bahasa Inggeris ada mengatakan bahawa ‘life begins at 40’ yang bermaksud, kehidupan seseorang itu akan mula dirasai dengan betul-betul dan secara matang apabila masuk usia 40 tahun. Betul atau tidak?

Ada juga yang mengatakan bahawa perjalanan hidup apabila usia memcapai 40 tahun ini lebih mencabar dari segi mental dan fizikal apabila badan sudah terasa ‘tua’ dan banyak pantang larang perlu diambil berat supaya kehidupan menjadi lebih tenang. 


*Sudah bersedia untuk menjengah ke usia 40 tahun?