As Salam
Hari tu kan aku ada cerita yang aku mintak contractor untuk tutup 1 pintu dari 2 pintu bilik air dekat master bedroom & bilik menjahit aku? Alhamdulillah contractor ni dapat buat ikut kemahuan aku..Siap add on mozek walaupun tak sama dengan mozek asal sebab model mozek asal dah takde dah...Maklum lah..Property dah more than 10 years..Memang la susah nak cari model mozek yang sama...
Jadi masa buat lawatan ke rumah baru, aku tengok contractor ni dah selesaikan part bilik air ni..Sekarang bilik air ni hanya untuk master bedroom sahaja...Jadi ada la ruang tambahan dekat bilik menjahit aku tu nanti sebab pintu bilik air ni dah ditutup sepenuhnya...Suis lampu bilik air yang ada dalam bilik menjahit pun aku dah mintak contractor tutup & matikan wayarnya..
Beginilah keadaan bilik air master bedroom sekarang...
Walaupun nampak macam bercampur-campur, tapi aku puji jugak la usaha contractor ni...Dia cakap kalau dia simen plaster je...Risau nanti lama-lama dinding akan rosak...Jadi dia ganti dengan mozek...Kenapa tak tukar untuk seluruh bilik air? Sebab aku bayar upah untuk tutup pintu bilik air ni je...Bukan untuk seluruh bilik air...
Kalau seluruh bilik air, memang takde budget la kome...Tapi memang ade planning jugak ni nak letak epoxy dalam bilik air ni...Tunggu la kita kumpul budget semula...Kita dahulukan yang penting dulu. Eh???
Aku add on jugak cost contractor ni bukak sinki bilik air yang besar tu...Aku beli sinki baru sama macam sinki bilik air kedua dekat D'Looma...Kali ni harga 1 set RM99 je..Promo sampai 30 November 2025. Aku dapat sinki comey, cermin dinding, para untuk letak berus gigi, ubat gigi & 1 aluminium cabinet. Ok la kan...Mujur jarak shower dengan sinki ni jauh sikit..Nanti dah siap pasang aku amik gambar ye...Cermin yang kecik dari set tu aku letak tempat lain..Cermin besar dalam bilik air master bedroom ni kami tak bukak sebab nampak masih elok.
Mentol bilik ni pun Hata dah tukar,,,Tuker sendiri je..Dari warna kuning ke warna putih...Lampu dekat bilik air kedua pun Hata tukar ke warna yang sama...Terang benderang dua-dua bilik air ni...Seronok tengok...
Tak sabar nak pindah...
Tapi tak dapat nak speed up mengemas rumah sekarang sebab banyak perkara lain yang datang dan tak dapat dielakkan...

7 comments:
lawa jer dinding bilik air tu sbb sama themed kaler dgn mozek asal
Penat proses pindah rumah ni.
MZ : Itu la..Takde la nmpk beza sgt..Jadilah..Janji mozek ni dpt slmtkn dinding bilik air sy =)
Cie : Betul tu...
Alhamdulillah..nasib baik mozek tu tak bedal je..
Mesti tak sabar kan? I feel you!
Mesti dok google interior design je sekarang ni kan?
tak lama lagi boleh dah official pindah erk..sikit je lagi tu
Linda : Betul tu...=)
Uncle : Tau takpe...Tp last2 design sendiri je =)
SA : Iye sis..Tak sabar =)
Post a Comment