Sep 23, 2025

KATARAK MATA - APA PERLU KITA LAKUKAN?

As Salam



Masa kami balik KB sebelum merdeka hari tu, kak ipar ada bawak MIL ke klinik mata sebab MIL mengadu tetibe pandangan matanya makin kabur...Lepas bawak ke klinik, doctor sahkan yang MIL ada katarak mata yang agak tebal...Jadi diminta untuk buat proses buang katarak tu dengan kadar segera atas faktor usia...

Katarak mata adalah keadaan di mana kanta mata yang jernih menjadi keruh akibat pengumpulan protein, menyebabkan penglihatan kabur, seperti melihat melalui tingkap yang kotor. Ia sering berlaku kerana proses penuaan tetapi juga boleh disebabkan oleh kecederaan, penyakit seperti diabetes, dan penggunaan ubat steroid jangka panjang. Simptom termasuk penglihatan berkabus, sensitiviti kepada cahaya, dan kesukaran melihat dalam cahaya malap. Katarak boleh dirawat dengan pembedahan untuk menggantikan kanta yang keruh dengan kanta intraokular (IOL) yang baru.
 
Punca Katarak
Proses Penuaan: Protein dalam kanta mata boleh berkumpul seiring usia, membentuk kabus yang menyebabkan katarak. 
Kecederaan Mata: Trauma pada mata boleh menjadi salah satu punca katarak. 
Penyakit Tertentu: Penyakit seperti diabetes boleh meningkatkan risiko katarak. 

Penggunaan Ubat Steroid: 
Pengambilan ubat steroid untuk jangka masa panjang juga dikaitkan dengan pembentukan katarak. 

Simptom Katarak 
Penglihatan Kabur: Pandangan seperti berkabus atau tidak jelas.
Kesukaran Melihat dalam Malam Hari: Mengalami penurunan penglihatan pada waktu malam.

Sensitiviti kepada Cahaya: 
Merasa silau apabila melihat lampu terang atau cahaya matahari.

Pandangan Ganda: 
Melihat objek berganda atau bayangan berlipat.

Perubahan Warna: 
Warna di sekitar kelihatan pudar atau kekuningan.

Rawatan Katarak
Pembedahan: Ini adalah rawatan utama untuk katarak. 
Prosedur: Pakar akan menanggalkan kanta mata yang keruh dan menggantikannya dengan kanta intraokular (IOL) buatan. 

Jenis Pembedahan:
Phacoemulsification: Teknik moden menggunakan ultrasonik untuk memecah dan menyedut kanta yang keruh melalui sayatan kecil, dengan masa penyembuhan yang singkat. 

Extracapsular Cataract Extraction (ECCE): Kaedah lama yang melibatkan sayatan lebih besar dan jahitan, dengan masa penyembuhan yang lebih lama.
 
Bila Perlu ke Doktor?
Anda perlu mendapatkan pemeriksaan doktor mata profesional jika mengalami sebarang simptom katarak, terutama jika anda berusia lebih dari 40 tahun atau melihat penglihatan anda semakin memburuk hingga mengganggu aktiviti harian.
'
Mata MIL sebelah kiri yang ada katarak...
Ini gambar  masa 1st time pegi klinik mata..
Nampak kuning tu sebab cahaya lampu tau...😁
MIL aku pakai spek mata...Jadi kami pun tak perasan dia ada 
katarak sebab dia pun tak cerita...
Dah jadi macam tak nampak sangat baru dia cerita..itu 
yang kami pun baru tahu...

Semalam kak ipar bawak MIL ke klinik lepas set appointment...
Kena letak ubat untuk besarkan anak mata terlebih dulu sebelum 
teruskan ke proses buang katarak
Alhamdulillah...
Selesai..MIL kena tunggu another 30 minit sebelum bukak balutan...
Lama jugak nak tunggu turn..2 jam 😫
Semoga lepas ni mata MIL bertambah baik penglihatannya...Amin

Sep 22, 2025

APLIKASI CASHBACK

As Salam

Bila tengok Blogger Linda guna cashback apps, aku terus teringat yang dulu aku pernah ada apps ni..Tapi dah uninstall sebab bila dah check out barang baru teringat yang aku tak masukkan link dekat apps ni..Lama-lama jadi patah hati lalu aku pun uninstall la apps ni...

Lepas tengok Linda buat, baru la terasa nak buat balik...Lepas tu try la buat pembelian pertama...
Dapat la RM0.93

Alhamdulillah..Ok la kan? Ini pun sebab aku beli pencuci muka Dr.Leo buat pakai dekat ofis...In Shaa Allah next time pembelian kena beringat selalu la copy link product yang kita nak beli tu..Lepas tu check out macam biasa...

Aku hari tu beli 3 barang dari 3 kedai yang berbeza...1 barang je yang aku teringat nak copy link...lagi 2 barang terlupa...Jadi cashback amik masa sikit untuk verification..Lepas tu clear dah...

Jadi mari lah kita mengumpul sedikit modal hasil dari pembelian yang kita buat...Untung jugak kome...

Jangan makin banyakkkkkk check out sudah la....😆


BERTUAH PUNYA HATA

As Salam

Bertuah punya Hata...Hari Sabtu tu dia cakap dia nak postpone appointment mata dekat klinik Prof Mohaya tu ke next week..Korang tahu kemana Hata ajak kami pegi???

Jam 8 pagi aku ingat nak buat sarapan / nak beli sarapan sebab masih awal pagi...Lepas tu Hata cakap dia postpone appointment tu then ajak kami ke BENTONG....Aje kome..Yang kuban-kuban dipikiornya...Aku cakap nak pegi boleh, tapi make sure perjalanan pegi & balik langsung tak jammed..Kalau jammed aku akan "ceramah" dekat telinga dia...😆

Hata nak bawak kami pergi kedai makan yang bos ofis Bentong pernah bawak masa Hata duduk seminggu dekat sana hari tu...Hata nak bagi aku try makan ikan patin pais...Jam 9 pagi kerah anak-anak mandi & bersiap..Tambah pulak che mek...Dengan nak ber make-up lagi..Jam 10.10 pagi kami gerak dari rumah...Singgah Petron isi minyak & kami bukak waze..Alhamdulillah perjalanan amik masa tak sampai pun 50 minit...

Alhamdulillah highway clear je...
Aku geleng kepala aje dengan Hata ni tau...
Nasib la waktu ni nampak jalan clear je...
Lepas tol Bentong, waze suruh masuk jalan lama ni...
Ini la kedai yang Hata nak bawak kami tu...
Ina Patin's...
Kami sampai jam 11 pagi gitu..
Staff bagitahu kena tunggu dalam 20 minit sebab menu semua 
masih diatas dapur sedang dimasak...
Jadi kami tunggu aje la...
Aku amik jelly kelapa 1 bekas RM3 buat kudap sebelum 
makanan yang diorder sampai...
Aku & che mek mintak air dalam mangkuk...
Aku amik sirap limau ais & che mek pilih teh o ais...
Staff tanya nak ulam ke sebab kami tak amik set...Amik ala-carte...
Bila dah tanya tu kami pun amik la 1 bekas ulam...
Ini pun tak habis sebab Hata sorang je yang makan..
I am not in ulam mood 😆
Kami orderkan Ammar kambing bakar...
Sedap kome..Kami makan share-share..
Datang kedai ikan patin memang tak sah la kalau tak try 
rasa patin tempoyak kan?
Ini aku punya order..Ok je...Sedap jugak la...
Berasa semuanya...LULUS dekat tekak aku 😁
Pais ikan patin...
Menu utama yang Hata nak aku rasa sebab Hata cakap dia suka menu ni..
Ok AGREED..Aku pun suka pais ikan patin ni...
Pekat & berasa semuanya...Suku nasi aku, aku bagi pada 
Hata sebab aku nak meratah ikan2 ni je...
Daging Salai masak lepak cili padi...
Dah 3 hari che mek request..So kita orderkan...
Kuah dia mcm cair sikit..Tapi rasa smoking daging tu memang padu...
Sekeluarga with master mind yang pakai baju t'shirt merah tu...😆
Lepas makan ingat nak cari kedai dessert area sana je...
Sekali nan hado...Yang ada pun 25 minit kena drive dari kedai makan...
Kami pulak malas nk jalan jauh-jauh..Maka marilah kita pulangggg...

Alhamdulillah, perjalanan pulang kami pun clear je...Lepas je tol Gombak Hata cakap nak gi cari pomade dekat AEON AU2..Ok..Terus la kami ke Gurdian & Watson AEON AU2....Sesak jugak dalam AEON AU2 sebab ade event hari Malaysia host by Kieran...Lepas siap beli pomade, kami masuk grocery AEON AU2, beli dim sum, mantau coklat & a few items lain...Lepas tu balik rumah la kome...Udah penat makan banyak 😁

Pkol 3pm kak ipar dekat Kajang pulak message cakap nak jumpa dekat Bangsar jam 9 malam..Jumpa mamak Mahbob Bangsar...

Itu la cerita bertuahnya si Hata hari tu...Panjang akal dia ek tak mo gi check up mata...😁

Sep 21, 2025

JUMPA DURIAN JADI APA?

As Salam

Masa tengah masukkan dim sum dekat dalam freezer, tetibe aku terjumpa sebekas durian yang kak ipar bagi hari tu...Nak makan terus rasa macam aku bukan dalam mood nak makan durian...Tanya anak-anak pun dieorang tak nak...Jadinya aku pegi bawak durian ni ke dapur, cari stock santan, gula melaka pun ada...OK..Jom masak...
Beku dah durian musang king cheq 😁
Masukkan 
Santan kotak kecik 200ml
Air 600ml - 800ml
Gula melaka 1/2 keping yang besar
1/2 - 1 sudu kecik garam
3 sudu gula putih
DURIAN...
Kacau hingga mendidih dan masukkan durian...
Kacau lagi sampai durian lembut & isinya tanggal dari biji...
Siap...
Makan dengan roti gardenia...
Selesai 4 keping roti tanpa sedar diri 😆

Malam semalam kan aku cerita aku jumpa kak ipar? Kami gerak dari rumah jam 8.30 malam..Samapi dekat kedai Mamak Mahbob Bangsar jam 9.01 malam tapi pusing 2x mencari parking...Kena parking jauh sikit...

Waktu kami sampai, kak ipar pun baru je dapat meja & kami terus la order...Kak ipar amik meja panjang dekat level 1 ber-aircond...Aku order mee goreng mamak telur mata, che mek cheese naan...
Ini menu Hata...
Ini menu Ammar...
Kuah tu kuah kari ayam & kuah ayam masak madu...
Memang 2 kuah tu aje la fevret Ammar 😁

Dalam pkol 10 lebih kami semua gerak balik...Aku ajak Hata singgah Rosyam Mart dekat Setiawangsa tu sebab nak cari udang galah..Tekak nak udang galah pulak kome...Tapi nan hado...Aku beli ketam 3 ekor & sotong dalam 7 ekor...Lepas tu balik...

Pagi tadi aku ajak Hata ke pasar Chow kit...Banyak dah perubahan dekat sini kome...Dah ade Longwan & ade kedai frozen...Bila dah masuk chow kit ni memang korang akan rambang mata ye tengok sayur, buah & lauk basah...Alhamdulillah jumpa jugak aku punya udang galah..Beli la sekilo...Beli jugak udang kecik sikit sebab nak masak sambal udang petai..petai pun beli 3 papan je..kalau ade jual sepapan, aku beli sepapan je😁

Lepas beli udang, aku beli buah apple comey crunchy...18 pcs RM10 dan mempelam muda 3 biji RM3...Selesai hajat tekak ni ha..Macam-macam ek tekak ni...😆..Udang tu aku beli sebab plan nak goreng je..lepas tu bawak bekal ke ofis..Bukan goreng banyak pun..Sekali goreng dalam 3-4 ekor je...Ok la kan beli sekilo...

Aku cakap dengan Hata..In Shaa Allah next week nak datang sini lagi stock-up lauk basah...Sini aku rasa lauk-lauk dia lagi fresh & harga berpatutan walaupun kadang-kadang kita tengok tak ramai orang melayu kita yang jadi penjual..

Korang selalu pegi pasar chow kit?

Sep 20, 2025

CROCHET BY CHE MEK : ORDERED

As Salam

Minggu lepas ofismate aku ade tunjuk 1 gambar bantal hasil dari benang kait..Dia tunjuk dekat aku dan nak mintak che mek buatkan keychain untuk dia...Maka balik kerja aku tunjuk la dekat che mek..Che mek bagitahu stock benang kait warna putih dah habis..Jadi kita bawak la che mek ke NINSO untuk stock up...

Hari Khamis che mek tunjuk dia dah dapat siapkan keychain yang ditempah oleh ofismate aku...Ini gambar yang ofismate aku request untuk che mek buat...
Bunny head...
Ini kalau kait guna benang yang tebal tu mesti comey giler kan? 😍
Ini pulak hasil yang berjaya che mek siapkan...

Semalam aku pun pass la keychain ni dekat ofismate aku..Mujur la dia suka dengan hasil kerja che mek..Ok la.. Aku harap che mek dapat improve lagi skill mengait dia....Masa dekat Ninso hari tu pun che mek ade add on pin untuk mengait ni..Jarum untuk mengait tu pun che mek ade stock up..Alang-alang NINSO tengah ade SALE, bleh la aku tolong sponsor...Niat nak bagi semangat la katakan...😆

Sehari dua ni aku ade nampak che mek dah slowly pegang balik crochet hand bouquet dia..Slowly dia letak bunga...Lepas tu che mek ade jugak add on benang kait warna kuning & orange untuk buat tempahan itik dari kawan sekelas dia...Ok la..Janji che mek happy & tak buang masa dengan benda-benda lagha...

Ketahuilah bahawasanya hati mak-mak yang bekerja ni memang akan selalu teringat ke anak yang di sekolah, ditaska, dirumah...Nampak je boleh gelak ketawa...Tapi time ibu-ibu ni buat kerja sorang-sorang, mesti dia akan teringat..Kan?

PERASMIAN VIVO TWS 3e

As Salam

Cerita bagai pergi event VIVO..Padahal perasmian dekat rumah je 😆..Dah setahun dah aku dapat earbuds VIVO TWS 3e nih..Hari tu dah bawak kehulu ke hilir tapi asyik lupa je nak pakai & pairing....Leps tu aku simpan semula...Lepas tu udah lupa pulak aku simpan dekat mana...Bila dah jumpa ni baik la cepat-cepat aku rasmikan...
Comey aje casing dia kome...
Nak pairing pun memang senang sap sap soi je sebab connect 
dengan model phone yang sama kan...
Earbud jenis macam ni...

Paling aku suka adalah sensor earbud tu tak super sensitive...Ade sesetengah earbud kan sensor dia super sensitive....Tambah-tambah jenis yang touch sikit-sikit je dah tertukar lagu , adjust volumn , play & pause...Sepanjang seminggu lebih dah aku guna earbud ni, pakai pulak dalam anak tudung, so far elok aje lagu-lagu aku dimainkan...Tak ada gangguan ter-pause / ter-foward lagu-lagu dalam listing spotify aku..

Tempat charging pun semestinya guna charger type C...Selari dengan peredaran teknologi sekarang...Buat masa ni sepanjang cuti sekolah, kena aku pakai earbud ni sebab headphone aku che mek dah pinjam. Ammar amik headphone sonic gear aku...Tenang sikit hati ni sebab both of them dah tak perlu berebut headphone...Mujur la headphone sonic gear tu masih berfungsi dengan baik walaupun kain dekat span telinga tu dah koyak-koyak 😁...

Musim cuti sekolah ni aje la anak-anak pakai headphone tu..Hari sekolah idak la...Aku ni pun pakai headphone masa dalam LRT pegi & balik kerja..Sehari total pakai headphone ni dalam 40 minit je masa pergi & balik kerja...Ok la kan..idak la lama sangat 😆


Korang pulak macamana?
Korang prefer pakai headphone / earbud?

Dah 9 pagi...
Dan aku masih menanti keputusan Hata nak pegi check mata ke idak...

Sep 19, 2025

TOP UP PHONE CASING

As Salam

Hari tu gatai pi tengok phone casing...Ade je yang takde dalam koleksi...Lalu ter-check out 4 pcs...Semua tu memang takde dalam collection...😆
Aku top up 4 pcs jer...Sebab design & fesyen ini memang takde dalam koleksi

Ini semua berpunca dari aku kehilangan 1 bundle phone casing masa buat spring cleaning hari tu..Aku betul-betul tak ingat aku letak dekat mana masa mengemas area bilik ni..Seingat aku memang aku tak buang...Kalau terbuang memang menangis la kome...Banyak jugak koleksi dalam tu...Aku jeles dengan phone casing IP...Banyak gile design yang cute-cute...Design untuk phone model ni macam limited sikit...Apa pun aku sayang phone ni...Tinggi modal yang dileburkan 😁..Kalau jumpa semula nanti memang aku kena sediakan satu bekas khas hanya untuk phone casing je..Senang nak cari setempat macam yang aku buat dekat koleksi tali jam smartwatch sekarang ni..Tapi buat masa ni aku selesa pakai yang warna hitam tu..Itu aje la aku lenjan sampai sekarang...

Aku sejenis yang suka phone casing silikon / plastic / TPU berbanding leather / hard case...Kalau 3 senarai casing diatas tu senang sikit nak tukar-tukar sebab dia lembut dan tak merosakkan casing bila jumpa tuan yang sejenis suka tukar-tukar casing macam aku ni...Pernah je pakai yang hard case..Masa nak tukar casing terkasar tang mana tak tau la..Udah sompek casing tu.....Casing phone yang paling murah aku pernah beli adalah harga RM2.98...Paling mahal pejam mata bawah dari RM15...Biasa aku akan cari casing yang murah-murah je sebab sejenis yang suka tukar-tukar..Jadi bila suka tukar-tukar, kena la cari harga yang murah supaya boleh beli dalam kuatiti yang banyak...Kan?

Korang pulak jenis yag macamane?
Suka tukar-tukar ikut mood atau pakai sampai koyak / rosak baru tukar?

Semalam che mek dah awal-awal bagitahu dia nak makan nasi lemak Saleha dekat area tasik Sri Rampai tu...Aku & Hata tak mo makan nasi..jadi kami bungkus nasi lemak Saleha, lepas tu pegi makan dekat kedai Sarah Tomyam tepi tasik Sri Rampai tu...Aku order sup daging add on nasi impit 3 bungkus kecik...Sedapnya la bila dapat makan macam ni...Rase macam makan bubur nasi pekat sikit dengan sup / makan soto daging 😁
Pedas menyengat kaw...
Hata amik sup daging add on kuey teow...

Kedai Sarah Tomyam ni pada aku menu masakan dia memang kena dengan tekak...Cuma dah jadi kebiasaan kami sebelum datang kol tanya tentang menu..Ada semua atau ada sesetengah je..Sebab Sarah Tomyam ni rasanya dieorg ada 2 tukang masak & 2 tukang buat air..Jadi kalau salah seorang takde..Maka menu makanan & air tu limited. 

Katakan tukang masak A pandai masak siakap steam limau, tukang masak B pandai masak siakap 3 rasa..Jadi kalau tukang masak A takde, menu siakap steam limau tu takde untuk hari tu sampai la tukang masak A masuk kerja semula..Macam tu jugak air..Kalau tukang buat air A pandai buat air jus...Tukang buat air B pandai buat air teh o ais..Kalau tukang masak B takde...Makanya hari tu menu air dekat kedai tu hanya air yang berasaskan jus...

Aku rasa sebab dieorang tak nak nanti order jadi jammed bila sorang aje tukang buat air / tukang masak...Waiter akan bagitahu dengan customer apa menu yang ada hari tu kalau salah seorang dari tukang masak / tukang buat air takde...Mungkin hari tu pelanggan dieorg akan kurang, tapi tetap tak putus...Kan?

Esok Hata tengah dalam dua pulak nak gi check mata dekat klinik mata prof muhaya tu...Padahal dah booking date...Hata jadi dalam dua nak pegi sebab dia ada banyak kerja nak kena prepare untuk next week...Tengok la macamane keputusan Hata esok...Aku follow je...Kalau follow kena tunggu dalam 2 ke 3 jam..Jadi sementara tu mungkin aku akan bawak anak-anak ke Pavilion Bukit Jalil la kot sebab Hata bagitahu klinik tu area sana je...


Malam ni nak dinner ape ek?

COUNTING DAYS OF COMPANY TRIP 2025

As Salam
Yeay!!!!! Today si FRIDAY!!!!...Seronoknya lah bulan September tahun ni sebab kita yang bekerja makan gaji telah dimanjakan dengan cuti kapit yang banyak bermula dari hari merdeka sampai la ke cuti tambahan untuk hari Malaysia...

2 minggu lagi nak sampai ke tarikh activity company trip...Kemana kita? Kami ke Kuantan kome 😆...Kali ni bos bawak jalan-jalan dalam Malaysia je...Pilih date yang tak kena dekat cuti sekolah / public holiday sebab nak pegi hanya untuk 2 hari 1 malam dan tak nak berebut jalanraya dengan yang lain 😆..Kami akan stay dekat hotel yang mana? Nanti aku share.Apa preparation aku untuk company trip kali ni? Takde yang baru...Semua pakai apa yang ada je janji sesuai dengan keadaan dan cuaca...Yang pasti kena add on hand fan, & plastic untuk letak baju kotor...
Aku memang plan nak bawak backpack yang sedia ada dekat rumah je..Takde plan nk beli bag baru yang berkapasiti besar.. Bahan-bahan untuk buat games pun ade dah prepare..Aku dah beli ballons dekat Ninso masa top up benang kait che mek...Straw aku bwk dr rumah, getah amik dekat ofis je sebab dekat ofis getah dia warna warni..Jadi aku akan mintak 2 warna dari admin...

Selipar pun dah ada...Nak pakai waktu dekat pantai masa games nanti...Duit belanja rasanya tak perlu bawak banyak-banyak sebab sekarang kan dah banyak yang cashless..Lagipun bab makan ofis dah sponsor 😆..Untuk sling bag, aku akan pakai sling bag Jeep yang aku beli hari tu je...Settled...

Harapnya trip kali ni berjalan lancar sebab kali ni hampir 1 office join..Hanya 4 orang je yang tak dapat join atas sebab peribadi...Bos akan sewa 2 biji MPV...Jadi cukup untuk kami dalam 13-14 orang termasuk seorang anak lelaki bos...

Korang kemana esok lusa ni?
Aku ingat nak menjahit kain-kain perca yang ada ni...
Korang ade idea aku nak jahit ape lagi dengan kain-kain perca ni?
Kalau ada share sini ye...

Sep 18, 2025

UNBOXING : BLIND BOX FROM ECO SHOP

 As Salam


Hari tu kan aku cerita che mek borong blind bos dekat eco shop..Malam kelmarin baru che mek buat unboxing setiap kotak yang dia beli...
Total 10 boxes yang che mek grab...
Ini la yang che mek dapat...
Castle warna purple tu che mek cerita adalah special
 items antara blind box yang ada...

Rupa-rupanya barang-barang ni adalah salah satu kerja sekolah che mek yang mana dia kena buat voice over pulak..Makanya che mek kena buat video masa unboxing ni..Macam-macam kerja sekolah sekarang ni kan?

Ini Ammar pun ada kerja sekolah..Kena buat pouch bag berzip siap dengan deco..Lepas tu ade kena buat kotak hadiah manual & kena letak hadiah simple dalam kotak tu & dibawak masa bukak sekolah nanti...

This weekend macam takde ape-apa plan yang besar..Jadinya rasa macam nak menjahit..Nak jahit ape? Nanti aku fikirkan 😁

Korang buat ape this weekend?

REDEEM BUY 1 FREE 1 CAFFE LATTE - 7E CAFE

As Salam

Hari Selasa lepas, alang-alang kami keluar untuk beli air & beberapa barang lain, terus la aku teringat nak redeem air buy 1 free 1 dekat 7e Cafe..Lepas tu che mek pulak nak green tea latte dari Zus..Aku memang dapat complimentary dari ZUS..Jadi moh le kita redeem sekali..Lepas tu aku ade nampak tumbler ZUS yang menjadi rebutan orang yang warna PURPLE SUNSET tu..Tetiba rasa nak ada satu..Tapi selalu SOLD OUT je dekat shopee / tiktok shop...Masa tu aku takde tergerak pulak nak tanya dah start jual ke belum...

Lepas beli air dekat 7e Cafe & ZUS, kami ke MIXUE dekat rumah untuk redeem aiskrim cone..Dapat free sebab dah dapat 4 stamp...Tepi tu ade ZUS..Aku mintak Hata pegi tanya...Sekali staff tu cakap sekarang tumbler warna tu hanya dijual di-selected outlet je...Outlet dekat Taman Melawati tu ada jual tapi hanya bermula esok (RABU)..Jadi semalam lepas kerja terus ajak Hata ke ZUS Taman Melawati tu mencuba nasib...Korang rasa aku dapat ke idak tumbler tu???

Cerita dekat 7e Cafe pulak...Aku ni jenuh la hangkut kad yang aku dapat masa 7e Cafe bukak booth bagi air free tu kan...Bila aku tunjuk dekat staff 7e tu, dia cakap kad ni tak perlu kak...Akak beli je satu ikut harga sebenar nnt dekat resit akan keluar promo buy 1 free 1 tu..Cuma syaratnya akak kena beli 1 dulu..Dah keluar resit pembayaran, baru boleh redeem...Gitewwwww..Makanya aku beli 1..Lepas keluar resit, aku redeem terus waktu yang sama..Jadi staff tu buat 2 air caffe latte untuk aku & Hata...
Ini promonya...
Untuk air caffe latte ni, aku mintak 2 shot of air gula caramel...
Kalau 1 shot aku risau pahit...
Alhamdulillah 2 shot caramel tu memang ngam-ngam je 
manisnya dekat tekak aku..
Nice...
Kitonya tak pernah order..Jadi memang merangkak sikit la bila nak bagitahu untuk add on gula caramel tu...Bila dia tanya nk berapa shot..
Terus aku pandang Hata...😆
Berbaloi beli ni kome..Harga segelas ni hanya RM4.99..
Lepas tu dapat redeem free lagi satu..😁

Sebelah malam aku jadi active semacam..Ye la..Aku gi teguk air ni jam 7 malam..Kau rasa??? Sudahnya nak bagi badan penat, pukul 7 tu aku masak nasi, rendam ikan keli yang masih ada baki...Lepas maghrib aku goreng garing ikan keli & masak kicap...Siap steam carrot, brokoli, cauliflower & rebus telur...Hata pun terkejut apesal wife dia rajin bebenor malam tu 😆..Semalam bawak bekal salad untuk breakfast & lunch dengan nasi & ikan keli masak kicap ke ofis...Selesai...

Malam tu dekat pukul 12 malam jugak baru aku lena...Bahaya betul orang darah O ni kalau dapat caffein lewat petang atau malam 😁..

Sapa macam aku?

Hari ni satu bekal pun aku tak bawak sebab semalam smp rumah dah pukul 8pm sebab lepas singgah ZUS aku ke Ninso sebab che mek nak topup benang kait dia...

Sep 17, 2025

PERJALANAN PULANG : 8PAGI - 6.30PM

As Salam

Welcome back semua...
Dah ada yang start kerja macam aku ke?

Hari Isnin hari tu. aku ingat kalau gerak balik jam 8 pagi dari rumah takde la jammed sangat sebab fikir orang lain mungkin masih dalam mode bercuti dan mungkin ada yang amik cuti sambung sampai hujung minggu ni...
Cuaca mendung gelap je masa mula-mula keluar rumah...
Kami singgah sarapan & singgah dekat kedai ni...

Beli keropok losong yang ready to eat...
Sekilo RM12...Aku beli sekilo...
1/2 kilo untuk makan terus dalam kereta...
1/2 kilo lagi untuk bawak balik...
Kita kena bagitahu staff kalau nak makan terus atau nak bungkus 
bawak balik sebab kalau kita bungkus bawak balik, kedai akan letak 
sikit minyak dalam bungkusan keropok tu...
Masa nak sampai ke Machang, tetibe ade lencongan...
Baru la aku teringat kak ipar ade share news tanah runtuh...
Masa lalu hari Sabtu memang laluan ke Kota Bharu ditutup, laluan dari Kota Bharu ke Kuala Krai aje yang bukak..
Mungkin hari yang kami balik tu runtuhan tu dah makin merebak kot..
Itu yang mereka tutup terus laluan tu...
Jammed start dari simpang tu sampai la ke end of 
simpang ke Machang dari Kuala Krai..
Aku snap gambar pokok ni sebab aku first time tengok pokok ni...
Pada aku pokok ni unik...
Pekan Machang
Iklan guna ayat bersahaja...😁
Lepas keluar dari Machang, 
Alhamdulillah sepanjang perjalanan jalan kami clear je..
Kereta banyak tapi perjalanan kami masih lancar...
Kami berenti berehat sekejab dekat RnR Gua Musang yang lama..
Sampai la selepas tol Bentong...
Tetibe je jammed teruk...Ade satu tempat tu jalan clear, lepas tu stuck semula...
Sambung layan cerita Jawan yang dah separuh kami tengok...
Bila tiba dekat area takde line memang hang la sekejab...
Bila line dah ok, kita sambung semula...😁
Stress tengok view nih 😆
Nampak signboard ni baru la bersemangat sikit...
Tapi tetap terasa lambertttt sebab kereta bergerak perlahan...
Rupa-rupanya ada accident ni..
Sebelum sampai ke lokasi ini, ada 1 lagi kemalangan 
melibatkan 3 biji kenderaan...
Jadi memang akan double jammed sebab ade 2 tempat kemalangan.

Pkol 6.30pm baru kami dapat tengok pintu rumah sendiri 😆...Laju-laju selesaikan apa yang patut lepas tu berehat la kome...Lepas maghrib kami pegi makan nasi lemak saleha dekat area Tasik Sri Rampai tu...

Lepas tu balik rumah & rehatkan badan sambil-sambil basuh baju..
Selesai sudah cuti 4 hari kami...Hari ni kids ikut Hata ke ofis sebab che mek tak mo ke taska..Ammar tu kalau aku nak hantar ke taska boleh je...Cuma kena bayar RM30/day...Tapi Hata said boleh bawak anak-anak ke ofis, jadi kita bagi aje la...Senang sikit time balik, boleh aku turun dekat LRT KL Sentral lepas tu pegi dinner sekali😁 

This weekend ape planning korang?
Aku macam takde apa-apa planning lagi...