Nov 21, 2025

MASIH DI KOTA BHARU

 As Salam

Hari ni aku masih dekat Kota Bharu.. In Shaa Allah esok pagi kami akan balik semula ke KL. Dah 5 hari tinggalkan rumah... Barang-barang beli masa 11:11 pun dah banyak yang sampai...

Alhamdulillah Hata dapat tolong selesaikan apa yang termampu...Dari hari Selasa sampai hari Khamis malam Jumaat kami buat tahlil untuk arwah bapa mertua... Aku dan Hata jadi tukang masak untuk tiga-tiga malam tu...

Dekat Kota Bharu dari hari Rabu malam sampai hari ni hujan tak berhenti-henti... Kak ipar yang memang tinggal dekat KB masih belum boleh terima ketiadaan bapa mertua aku sebab dia yang jaga arwah 2 minggu direct sampai ke akhir hayat arwah... Hata pun dari awal tahu perkhabaran ni aku dah mintak dia lekatkan dalam fikiran yang ABAH DAH TAK SAKIT Dan anak-anak dah berusaha untuk ubati penyakit arwah...

Alhamdulillah aku berjaya menahan sebak... Aku tak nak nampak lemah jugak sebab Hata & family dah  cukup lemah & penat dengan keadaan sekarang juga waktu arwah bertarung dengan sakitnya. 3 kali dah aku hadap perkara ni.. Jadi aku rasa aku ada kekuatan yang cukup untuk terima kenyataan kehilangan seorang lagi lelaki yang aku gelar abah jugak... 5 tahun lepas abah tinggalkan aku, 3 tahun lepas mak dan lepas 2 tahun lebih, bapa mertua pulak... Jadi macamane cepatnya aku kena jadi seseorang yang kuat untuk terima kehilangan dalam masa 5 tahun? Bukan lama.. Aku rasa sekejab sangat... Jadi aku kena sentiasa KUAT.. 


Hari ni rasanya dapat buat 1 entry je... 
In shaa Allah esok dah sampai rumah aku update lagi ye... 

0 comments: