Dec 5, 2025

UNBOXING : 24 PCS AIR TIGHT CONTAINERS

As Salam

Hari Selasa lepas Ammar discharge, Hata bawak kami ke rumah baru...Tak lalu rasanya nak duduk dekat rumah lama yang dah macam tongkang pecah sebab masih dalam proses packing barang-barang yang nak dibawa & nak dibuang. Dalam bilik master bedroom tu lagi la bersepah sebab Hata tengah clearkan area work station dia...Bilik che mek pun lebih kurang jugak.

Jadi selepas luruskan tulang belakang setelah 3 hari 2 malam tidur tak tentu hala kongsi katil dengan Ammar, aku pun mula la mengemas sikit-sikit mana yang boleh untuk bagi ruang barang dari rumah lama sampai nanti..Jadi aku mulakan dengan unboxing 24 pcs air tight containers yang aku beli 13 October 2025 yang lepas...
Seronok tengok...😁
Yang tinggi ni..Memang tinggi betul sampai tak muat nak dimasukkan 
secara berdiri dekat dalam kitchen cabinet aku..kena baringkan..
Yang lain-lain ok..Muat..
Kali kedua seronok tengok...
Tapi masa nak tutup penutup tu agak terseksa ye...
Sebab rasa macam getah dekat penutup tu terlalu tebal sampai kena 
kerah tenaga yang banyak untuk tutup tupperware tu..Aku harap bila 
dah tutup ni, lepas ni dah senang la nak bukak tutup nya..
Means getah dah lembut..Harapanku..
Hari tu balik KB aku stock up 3 in 1 terus bawak balik rumah baru...
Jadi kita stock up la mana yang ada...

Semua container yang berisi & yang kosong aku dah susun dekat dalam kitchen cabinet..Hari Rabu pagi, sebelum Hata hantar aku ke LRT Taman Melati, sempat la Hata buat secawan air panas Mocha kongsi berdua 😍...Lepas ni nak stock up teh pulak dalam container yang lain..

Yang lain-lain tu aku dah ade planning nak isi dengan apa..Nanti aku share lagi ye...Macam ni rupanya perasaan orang yang ade dapur sempurna ber-kitchen cabinet di rumah sendiri..Excited dia lain maciam 😆

Korang pun ada perasaan macam aku jugak ke masa korang mula-mula masuk rumah sendiri?

Yeay!!!!! Hari ni hari exchange gift dengan ofismate...Alhamdulillah semalam semua berjaya bawak hadiah masing-masing ke ofis..Kami dah letak satu tempat. Around 12.30 tengahri nanti kami akan bawak hadiah-hadiah ni ke meeting room untuk di-setup.


ROAD TO 1 MILLION PAGEVIEWS LESS THAN 2K 💜


9 comments:

Suria Amanda said...

Akak ni kan..ntha bila nak decluttering barang- barang kat dalam stor rumah akak tu..kuali epriuk belangan besar2 arwah mak beli banyak dalam stor..x tau la nak let go atau sedekah mana- mana..mesti tengah rimas tgok sana- sini penuh barang kan...

adnil linda said...

comel lah bekas tu..memang nampak kemas lah...

Abam Kie said...

comelnya bekas2 kedap udara tu. sgt berguna utk menyimpan barang2 secara sistematik.

Yuslina Ghazali said...

lagi seronok topup makanan dalam bekas tapawe tu heheheh

anamizu said...

waaahhh cantik nampak kemasssss betul bila dah sumbat stock up brg2 dlm tu! mmg lain maciammmm perasaan exited ada dapur sendiri tu kan sis nieza ehehe

Roziah @ Cie said...

Ada bekas macam tu kemas la dalam kabinet tu tersusun je.

Mama Zharfan said...

memang excited laaa masa 1st time ada kitchen kabinet sendiri (kisah MZ tahun 2009!)

mummy_ayu said...

wah...best nya..

thisni3za said...

SA : Yg besar2 tu simpan dulu sis if nnt ade nk buat kenduri besar..Senang x perlku pinjam...Kami dkt kg kak yong simpan lg brng2 besar gitu..Nnt senang bila2 nk guna =D

Linda : Iye...Seronok menengoknya

Abam Kie : Betul tu...

Mek Yuhh : betul tu =D

Anamizu : Betul tu =D

Cie : Kan..Hrp2 kekal kemas =D

MZ : I can feel u sis sbb sy sdg melaluinya =D

MA : Thx sis =D